Sejak aku menulis di blog aku yang ini... akhir 2007 yang lalu, sedar atau tidak aku sudah menulis 200 entry... ya, ini adalah entry ke 200 blog konsesi dakwah...
Banyak sebenarnya perkara2 yang tidak patut aku tulis, telah aku coretkan di sini... sempat juga menerima fitnah yang maha besar...
Aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua yang terlibat di dalam penulisanku di dalam blog ini... aku sejak dahulu memang lemah... cuba2 untuk jadi baik tapi yang jahat itu dikenang juga...
Banyak juga perancangan yang x lansung dapat aku capai... maka aku jenis yang punya banyak perancangan dan harapan... kerana bagiku jika sesuatu perancangan tidak dapat ku gapai, maka aku sudah punya perancangan lain... dan Allah menentukan segalanya.
Aku pernah menyuarakan hasrat ingin sambung master... mana tahu aku tidak layak... juga ingin bekerja disekitar utara, namun juga hampa... hehe.. kerana tidak layak... maka harus juga sedar diri... mungkin belum tiba masanya...
Penulisanku ini adalah disebabkan esok aku akan pulang ke johor... untuk berapa lama aku tidak tahu... mungkin juga buat selamanya dan utara menjadi kenangan yang sangat indah dalam hidupku... ah, sedih dan mengalir air mataku... 4 tahun adalah jangka masa yang tidak dapat aku kesan kemana umurku itu telah pergi... moga2 bukan umur yang sia2...
Buat rakan2 jemaah sebatch, faris, hakim, mior, syazwan, irsyad, acap, firdaus, aufa, dayat, aza, zarina, fizah, mufid,ifah dll, aku memohon ampun dan maaf dengan sangat... aku sedar aku bukanlah sahabat jemaah yang baik... aku seringkali menimbulkan masalah... malah terlalu banyak masalah yang aku bawa buat jemaah... yup, inilah aku... buat faris dan lain2, teruskanlah perjuangan... jangan berhenti disini... kurangkan retorik tempuhlah realiti kerana realiti bukan seperti yang ada di dalam buku2 silibus usrah... juga bukan atas meeting2 yang terlalu berdegar2... realiti adalah perjalanan yang berliku... seni menempuh realiti adalah pengalaman yang maha berharga... mulutku dan tanganku memang sangat jahat... tetapi yakinlah ia tidak lansung seiringan dengan hati dan perasaanku... aku pernah hilang rasa yakin pada jemaah dan begitu geram sehingga mengganggu banyak sisi kehidupanku... dari akademik sehinggalah kepada soal yang paling kecil... namun apabila meletak Islam di depan, yakinilah ia merupakan sekolah2 pengalaman yang mampu mendewasakan...
Buat rakan2 serumah... sejak setahun setengah yang lalu, banyak pengalaman suka dan duka yang aku tempuh kerana duduk di luar kampus dari akhir semester tahun 2 lagi... tidak ramai dari rakan2 sekampus yang berani melakukan itu... ah, percaya atau tidak, aku melakukannya adalah semata2 atas dasar jemaah dan pengalaman... tidak sedikit duit yang aku habiskan untuk sekadar menyewa di luar... yang mana itu jugalah alasan kenapa ahli jemaah tidak mahu duduk di luar kampus... aku bukan kaya malah pernah sangat miskin ketika kecilku... waktu bapaku tidak mempunyai kerja dahulu... maka aku sangat sensitif akan hal2 berkaitan kewangan sehinggakan selalu juga menjerat diri... maka aku mohon sesiapapun selepas ini yang akan menguruskan soal pengurusan kewangan rumah, akan lebih berterus terang... masalah bayar lambat itu normal... maka sering perlu mendahulukan duit sendiri... malah selalu juga membayar lebih... itulah harga yang perlu dibayar jika kalian memikirkan soal imbuhan di sana nanti... bayangkan bagaimana aku setahun yang lalu apabila tiada sesiapapun yang menyatakan hasrat untuk duduk di rumah... sungguh sadis dan pedih sekali... bukan soal kewangan yang menjangkau ribuan ringgit terpaksa ku bayar untuk 3 bulan tersebut... jauh dari itu adalah darihal jemaah yang seakan dilupakan... oh tanamkanlah dalam diri betapa pentingnya rumah jemaah... pertahankanlah ia...
Buat adik2 jr dan anak2 usrahku... Malik, Syak, Kuje, Fattah, Zul, Uzair, Sob dan lain2... maaf2kan aku kerana tidak pernah menjadi contoh yang baik buat kalian... maafkan aku juga seringkali mempermainkan dan kerap juga membuli... haha... indah juga kenangan yang sempat ku gapai bersama kalian... juga buat sabu, lan, syuk, bo dan lain2... kalian adalah jr yang baik... janganlah tergelincir dalam likuan hidup di bumi kampus... buat adik2 jemaah juga... sambunglah perjalanan ini dan yakinilah Allah sentiasa ada bersama orang2 yang berbuat amanah... binalah simpulan ukhuwah dan jangan kau ulangi setiap detik salah silap yang kami lakukan dahulu... sesungguhnya elemen ukhuwah itu adalah tali2 yang bakal mengikat hati2 antara kalian... ingatlah wanita itu ujian dunia... perasaan yang kalian punya itu boleh jadi sahaja merupakan satu bentuk ujian yang Allah titipkan... masanya akan tiba adik2ku... sehingga saat itu jagalah hatimu.. jagalah seluruh amanah anggotamu.. jangan kau hinakan ia dengan zina2 kecil yang bakal berlaku... angkatlah darjat dirimu sendiri dengan tidak cuba2 bersahabat dengan nafsu jahat dan bisikan Syaitan... aku bukan orang yang layak berbicara soal ini... namun aku terpaksa juga meluahkannya... kerana kalian sudah terlalu kerap menimbulkan fitnah buat diri sendiri dan juga jemaah... Aku sayangkan kalian kerana Allah...
Dan untuk blog ini juga... satu kenangan abadi tulisan2ku di sini... melambangkan fikrahnya aku... selepas dari ini, aku akan berhenti update blog konsesi dakwah ini dengan serius... cukuplah disini sisi2 hidupku sebagai mahasiswa... akan ku jadikan sirah yang mampu dibaca dimasa hadapan... mungkin sahaja aku akan terus berblog... tetapi bukan lagi atas blog yang ini... ah, kenapa jadi sangat sedih??...
Penganggur,
Konsesi Dakwah,
29 Jamadil Akhir 1430,
23 June 2009,
3.00 a.m
-The End-

12 comments:
sedih yob..moga jumpa lagi...x sempat ana nak jumpa nta sebelum nta balik johor...moga Allah permudahkan nta atas segala urusan..insyaAllah.
-keon-
salam..
blog yg amat brguna..
knapa perlu diberhentikn pengunaan blog ini..
ana harap post ini buknlh post terakhr dri enta..
shukran..
from: juniormu..
salam
hu3...
jgn la sedeyy berg...w/pun mana leh tak sedey...
blog ibarat kekasih catatan...bkn catatan kekasih..he3
kekasih meaning sayang laa...
apa yg kita catat merupakan catatn yg kita sayang untuk dibiarkan lupa gitu aje...
-->next blog guna nama konsesi dakwah dan kerjaya plak...(tapi tak sedap la nama tu..),,muahaha
~k.memot~
berg.. nak balik johor dah ke.. awat sayu je berg.. kat johor takde tenet dah ke..
apa2 pon, good luck for your past, present and future..
-_-
Berg yg diingati,
wa sbg follower kamu berasa terkezut ttg keputusan kamu tak mau lg tulis di blog yg indah nama nih, wa sbg wakil follower yg seramai 14 org tu melahirkan rasa tidak puas dgn idea kamu nih. Kami bangkang 100%. Ikut kata pepatah "Jangan salah nyamuk, dipatah kaki nyamuk" .. hehe..tu pepatah wa sendiri bikin maa. Lu sendiri pikir ler...bak kata elyn, takkan johor nun takda tenet ka? kamu duk JB ka, pulau bt. putih, hah? hehe
saranan wa lu buat blog lain nama jer, teruskan penulisan dlm blog baru, idea kamu sempoi gak...pastu iklan byk byk..leh dpt income gak ler..pastu income tax mai bayaq ler sbg warga Messia yg prihatin..hehe
wa tggu lu bukak gelanggang baru (blog baru)..ok jgn lupa buh cerita hangat lagi memdebarkan..ok caya lu Berg...Idup Berg...Idup orang Johor...kuang 3x
Teruskan Berjuang,
Jumpa lagi.. InsyaALLAH.
Orang-orang dlm perjuangan Islam tidak pernah kenal kalimah Menganggur.
Salam, nnt kan ada bahagian anda...insyaAllah.
good luck!!
mekyah
tangkak
aku pun tumpang sedih...
http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/07/10/bila-anak-melayu-dirawat-di-gereja/
sedihnya najib.. dan alangkah sedihnya lagi namaku tidak disebut dalam entry kali ini.. namun terima kasih segalanya najib.. atas support selama ni.. seniormu ini akan sentiasa mengenang segala kebaikanmu padaku.. dan kuharap segala keburukanku dimatamu dilupakan.. :).. dan terima kasih utk 'catatan hati seorang lelaki'.. hadiah terakhir yg paling bernilai insyaALlah.. sedih ni.. uwaa :(
Assalamualikum.....
Ana sahabat johor anta juga..
awat blog nie mcm kena sendrum sedih and menangis..
Sabarlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
Bro apa pun kita perlu berjuang dimana kita berada.
Post a Comment