Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, October 9, 2007

Anak Yatim Juga Manusia!!!!










Dalam kebasahan hujan yang lebat sekali...aku jadi tidak kisah itu
semua...aku harungi jua semata2 kerana satu tujuan yang menggamit mindaku untuk terus bergerak ke satu destinasi yang asing bagiku...Ya Rumah anak-anak yatim- Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang Kedah Darul Aman...terima kasih kepada mereka2 yang telah bersusah payah didalam mengharungi misi ini...hati kalian sungguh murni sekali!!...jauh meninggalkan gerak kerjaku di kampus yang lebih cakap dari kerja...lebih teori dari praktikal...kadang-kala membuatkan aku sedikit bosan dan terasa dungu!!...

Sekitar lawatan singkatku dalam misi Selamat hari Raya Adik-AdikKu memberi sedikit sinar buat adik-adik yang mana kebanyakan mereka yatim piatu atau jika beribu atau berayah...ketahuilah mereka tidak tahu di mana mereka berada!!!.....

Hayatilah kisah yang di nukilkan oleh seorang mentor dan sahabatku ini....

Matanya bundar. Usianya baru 5 tahun. Adik kecil comel ini Zulaikha namanya adalah diantara 70 penghuni Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang yang diseliakan oleh Ustaz Daud Rahman.

"Mai kat Abah" kata Ustaz Daud. Zulaikha dengan penuh ceria berjalan terkedek2 menuju kepada "abah". Senyum melihat tetamu yang tidak pernah dikenali sebelum ini (Asri67, MB, Asoi, Ibnu_Ismail), memberi posing yang paling istimewa buat Bro Asri untuk merakam potretnya.

Zul aikha menghuni disini sejak 5 bulan yang. Disini dia dan 69 lagi anak2 yang senasib dengann ya menumpang kasih Ustaz Daud bersama dengan 4 lagi pembantunya. Ustaz Daud menggalas tanggung jawab besa r me njadi penaung dan "Abah" kepada mereka. Anak2 yang kurang bernasib baik menyimpan beribu cerita duka akibat kepincangan hidup masyar akat sehingga membawa mereka terpaksa menump ang kasih di rumah Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang.

Cerita2 Ustaz Daud membuatkan kami sesak dada, geram dan sedih. Saya menahan air mata mendengar sebahagian dari cerita duka yang dilalui oleh anak2 ini. Selain dari itu kesungguhan dan kegigihan Ustaz Daud berusaha menjadi penyelamatkan anak2 ini sangat2 saya kagumi. Saya lihat Bro Asoi berapa kali mengesat matanya bersimpati dengan pengalaman duka yang terpaksa ditempuh oleh anak2 disini.

Itu hanya antara beberapa kisah hitam yang tidak pernah termimpi oleh anak2 kita. Betapa bertuahnya mereka berada dipangkuan ibu bapa mereka.

Dan ini....

Kata Ustaz Daud, kalau setakat nak buat 17 pasang hanya untuk anak yatim yang mendiami Rumah Yakin Al-Wadi, baik tak payah buat. "Saya tak mau", Kata Ustaz Daud "saya tak mau nanti anak2 lain kecil hati. Anak lain memang ada ibu dan ayah tapi dimana ibu ayah mereka? Tapi dengan sahabat2 semua saya menumpang semangat untuk menyahut cabaran Ustaz Daud.
Kegigihan sahabat mengumpul dana, sikap yang cukup optimis Asoi, kigigihan Tok_J mengempen dan memasarkan keperluan untuk mendapatkan dana, kesudian Huda menerima tetamu untuk menguruskan soal pembelian kain dan sahabat dari KL yang sanggup meluangkan masa pergi ke Nilai untuk membeli kain, dan banyak lagi keterlibatan sahabat2 semua, akhirnya memudahkan kerja2 yang pada mulanya nampak agak mustahil.

Mana mungkin untuk menyiapkan 70 pasang baju raya dalam masa 25 hari dikala semua tailor sudah tutup buku tempahan jahitan masing2. Tapi Allah memudahkan jalan bagi anak2 ini memiliki sepasang baju raya yang lengkap menjelang shawal ini. Mungkin niat sahabat2 semua yang ikhlas untuk membantu anak2 yang kurang bernasib baik ini mendapat redo Allah (itulah yang kita harapkan) lalu dipermudahkan semua urusan kita yang nampak mustahil dalam kacamata kita.

Dihari penyerahan 6 Oktober 2007 di surau Rumah Yakin Alwadi selepas solat zohor mencatat sejarah , program kita berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami pulang dengan berbagai episod yang banyak menjadi pengajaran. Antaranya...

Sebak dada saya bila Ustaz Daud bertanya Zulaika "mak mana? ", "Mak lari". Hati saya sudah tersentap dengan jawap petah Zulaika. Ustaz Daud bertanya lagi dengan suara inginkan kepastian "Mak mana?". Untuk kali kedua Zulaika hanya mampu memekup mukanya. Tidak ada lagi perkataan yang terkeluar dari mulut Zulaika. Suasana hening seketika. Hadirin mula tangkap shahdu. Lelaki hensem berambut panjang disebelah saya dilihat mengesat air mata. Tidak ku sangka mat rock pun berjiwa sensitif begitu. Saya cuba menahan butiran manik jernih dari mengurai jatuh dari kelopak mata saya. Ternyata saya juga gagal seperti mat rock sebelah saya.

Zulaika memang anak pintar dan petah. Seusianya 5 tahun sudah punya perasaan menjadi anak yang ditinggalkan ibu yang sepatutnya menjadi dahan tempat bergantung kasih sayang. Tingkah Zulaika dengan memekup muka tanpa sebarang patah perkataan membuatkan kami faham apa yang terbuku dihati anak kecil ini. Selepas Zulaika duduk semula, hadirin masih terdengar esak tangis Zulaika. Mungkin hatinya remuk redam bila mengenangkan nasibnya begitu, hanya tangisan mungkin berjaya merawat sejenak duka dari sejarah hitam yang perlu dilaluinya seusianya begitu mentah sekali.

Hati saya dipenuhi seribu persoalan "bagimana mungkin seorang ibu tergamak lari meninggalkan anak2nya, apakah sudah tercabut naluri kasih sayang dari sanubari seorang ibu?" Persoalaan yang tiada jawapan.

Ya, Zulaika mungkin gembira dengan sepersalinan baju kurung merah hati, bertudung merah jambu siap dengan bruce sekali bersama2 dengan kakaknya yang lain, tapi samakah shawalnya dengan baju baru yang dihadiahkan disaat takbir bergema dipagi raya berbanding dengan anak2 lain yang bernasib baik yang ibunya siap memandikan mereka dan memakaikan juga sepersalinan baju baru?

Zulaika bukan anak yatim, jika tidak ada insan seperti ustaz Daud dan kakitanganya, dimanakah agaknya anak2 seperti ini akan menumpang kasih untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang baru bermula itu?

Terdetik dihati saya, kita sepatutnya membantu lagi Ustaz Daud dalam misinya menjaga anak2 yang kurang bernasib baik ini.

Entahlah...aku memang seorang yang berjiwa sensitif...mungkin kerja2 begini jauh lebih sesuai dan mengembirakan hatiku berbanding segala jenis meeting dan mesyuarat yang pada pandangan peribadiku tidak membuahkan hasil selagi kita masih takutkan bayang2 sendiri...entahlah...mungkin aku berfikir terlalu jauh...atau juga mungkin aku bukan orang yng boleh menerima gerak kerja begini...aku gembira dengan caraku...dan aku tidak menyesal untuk tidak ke meeting jika ada program2 seperti ini...kerana mereka jauh lebih penting dari apa yang kau katakan penting!!!



Teruskan Bacaan......

Tuesday, October 2, 2007

selamat mengundi!!


Esok...akan tercatat satu lagi sejarah mahasiswa di malaysia...ya mengundi...keluarlah mengundi!!...sesungguhnya undi anda bakal menentukan barisan kepimpinan bagaimanakah yang akan kalian terima untuk tempoh setahun dari sekarang...kalau kalian rasa masih ingin dikawal segala tindak tanduk oleh HEP...maka kalian bolehlah mengundi calon tajaan mereka...tetapi jika kalian inginkan perubahan dan kepimpinan sebenar mahasiswa, maka sokonglah calon pro mahasiswa....

Dan aku kira sekarang baru sahaja habis rapat umum untuk semua kampus...dan apa yang aku dengar, banyak sekali fitnah2 ditabur di pentas terbuka oleh calon2 pro aspirasi dalam usaha memberi kemenangan di pihak mereka...adakah begitu terdesak sekali mereka2 ini??...aku sangat yakin ini adalah usaha tidak kenal erti lelah oleh sahabat2 yang telah berjuang dengan penuh berani...

Sahabat2 usaha kita tidak sia2 kerana kini terbukti pihak proaspirasi begitu terdesak di sana sini.... teruskan usaha dan berdoalah moga2 kita beroleh kemenangan...tetapi ingat kemenangan bukanlah matlamat utama..yeng lebih penting bagaimana nanti MPP kita gunakan untuk menyuburkan amalan agama dan aktiviti dakwah dikampus...ketahuilah sahabat2ku...andai kalian menang dengan majoriti besar sekalipun, segala aktiviti2 maksiat akan tetap diteruskan oleh HEP..mereka pasti akan memberikan projek2 seperti ini kepada golongan yang menyokong mereka...maka dengan itu adalah menjadi tanggungjwab kita untuk membanteras segala aktiviti maksiat ini dari bumi kampus!!...menang atau kalah....inilah tugas utama kita...

Walaubagaimanapun...selamat berjuang aku ucapkan kepada seluruh sahabat2 seMalaysia...usaha murni anda hanya Allah akan membalasnya...ikhlaskan hati...mari kita mengambil barkah 10 malam terakhir Ramadhan ini untuk kita berjihad ke jalan Allah...

Takbir!!!

Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!