Erm baik PAS, DAP mahupun PKR... nampaknya sekarang fokus dah sedikit lari... kalau x laripun, cuma melihat dari sudut pandangan lain.. pandangan kebanyakkan orang... mula2 PKR dengan isu kesetiaan dan murahannya... diikuti DAP dengan isu moral... sekarang PAS (harap tidak) dengan isu nak tunjuk kuatnya... kadang2 kalau diikutkan hati yang x terkawal dek hembusan Syaitan... mahu lari je jemaah nie... tapi nak kemana??... ada pilihan ka??... ye la.. kalau ditegur... maka isu wala' akan serta merta keluar... ah konon ikut saluran yang betul... cuba bagi sini satu saluran yang dikatakan betul tu dan selepasnya tindakan akan diambil.. sedang cakap2 dalam muktamarpun boleh buat bodoh...
Aku menulis nie bukan nak kurang ajar dengan pimpinan... tapi setakat sekarang, aku lihat banyak pimpinan yang buat kurang ajar dengan ahli... apa kehalnya??... x dapat nak cover masalah, maka dengan selambanya kata termakan dakyah media masa yang dipunyai UBN.. tapi entah apa alasan dibuka pintu untuk segala bentuk dakyah itu bertapak.. jika tidak ada pintu2 yang dibuka... masakan dengan senang nak diputarkan oleh komponen UBN itu... baca harakah tadi, aku geleng kepala... aku ka yang x paham atau??... ah, aku kot yang x paham... negara lain buat juga.. tapi sebab x dak satupun parti yang ada undi majoriti... sebenarnya UBN tu adalah UG la tu... tetiba sebok nak masuk dalam UG orang apa kehal??... konon2 UBN akan setuju la...
Oiii pimpinan2 PR.. daripada duk borak benda yang buat pecah belah nie.. baiklah fokus tunaikan janji2 dulu... jangan sampai pakatan nie jadi sejarah dalam buku teks tingkatan 2 yang sudah disunting je!!





