Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Saturday, May 24, 2008

Sejuta Harapan...

Aku sekarang cukup terkesan ngan lagu nie... ad versi bahasa melayu.. tapi x jumpa lak kat you tube.. entah la.. sejak Tun mahathir kuar UMNO nie aku rasa mcm ad sejuta harapan untuk mendapat pemerintahan berdasarkan islam.. entahlah.. mungkin just hayalan aku.. jom hayati lagu nie.. best yang amat...



La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x



nie yang bahasa melayu.. tapi cam org len je nyanyi.. hehe x pe la.. layan je..

Teruskan Bacaan......

Thursday, May 22, 2008

UmmiKu Sayang...

Aku sedang berusrah sekarang.. Usrah on9... membincangkan kitab Fikah Mazhab Syafie.. Fiq Manhajie.. tapi entah kenapa aku dengan tiba2 sangat teringat ummiku... huhu rindu neh!!...



Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang




Teruskan Bacaan......

Thursday, May 15, 2008

Atas Nama Cinta... oh jiwang??... x habis2!!

Erm... seseorang yang mula rapat denganku.. ( mungkinkah boleh dipanggil ibu angkat?? ) menghadiahkan lagu ini buatku... katanya komen buat masalah cinta yang aku post tidak lama dulu... jom hayati.. liriknya benar buat aku berfikir dalam sekali... oh benar...



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Teruskan Bacaan......

Wednesday, May 14, 2008

Sedih... perlu ada.. cuma jangan lama....

Keputusan lulus gagal peperiksaan yang lepas sudah keluar... erm walaupun belum ketahui keputusan penuh, namun melihat apa yang aku peroleh... oh, sedih itu perlu... cuma jangan lama... haha... bakal mengundang seribu rasa berbelah bagi dalam jiwa... kata ayah... hehe 'adik kuat sangat kempen kot... sambil sedikit tergelak... aik... x marah??... hehe

Kepada rakan2.. apapun yang kalian peroleh, janganlah anggap ia pengakhiran dari hidupmu.. oh perjalanan masih jauh.. kampung akhirat matlamat utama... cuma mcm akan ada yang akan tanya... huh.. budak PMI tupun result mcm tu... alahai... mcm mana nak elakkan ek??... hehe...

okeh.. x tau nak tulis apa... since jiwa kacau lagi.. haha.. tapi jangan takut bakal tidak lama... benar!!

Teruskan Bacaan......

Friday, May 9, 2008

Bagiku... hari2 'Hari Umi'...

Ibu, benar insan istimewa... ingatkah kau apabila ditanya kepada kekasih Allah, siapakah yang paling patut aku berbuat baik.. maka Rasul Allah menjawab Ibumu 3 kali, kemudian bapamu... oh, tinggi sungguh nilaiannya ibu.. benar, tidak mampu dinilaikan dengan satu apapun... jadi, wajarkah ibu hanya dihargai setahun sekali??.. hanya setiap bulan Mei??... oh, bagiku, hari2 'Hari Ibu'!!

Bagaimanapula dengan perintah Allah ini... adakah tertakluk hanya satu hari sepanjang tahun??... "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Sahabat... ibumu adalah anugerah.. tautan hati tiada yang terkesan sehebat ibumu mampu membaca hatinya kamu... aku sangat tidak ingin bercerita pengorbanan ibu.. semua sedia maklum dan aku akan jadi sangat sedih mengenangkan pasti tidak akan mampu aku balas semua jasa yang tidak ternilai itu... oh tuhan...

Selagi ibumu masih belum pulang ke kampung halaman, balaslah jasanya semampunya kamu... benar, aku belum merasakan kehilangan.. tapi aku tahu bakal perit sekali jika itu berlaku... buat ibuku kecintaanku.. terimah ini...

Wanita Itu Ibuku!!

Putaran alam tetap sama...
Walaupun cepat sekali berlalu...
oh, senyuman wanita itu...
Dari dahulu hingga kini...
Benar, menyentuh hatiku...
pada dasarnya yang paling dalam...

Tanpa kenal ertinya kalah...
Aku dibesarkan oleh wanita itu...
Sehingga aku menjadi seusia ini...
Oh, puluhan tahun...
wanita itu sabar melayaniku...

Terkenang kenangan itu...
Kau... oh sedih...
Biarlah hanya kita yang tahu...
rahsia hati ini...
Cuma satu yang aku ingin wanita itu tahu...
Aku bangga dia Ibuku!!

P/S : sebenarnya ini adalah responku kepada hari ibu yang sering kita sambut dan kita dewa2kan.. oh tidak sekali pernah kita cuba2 menyelidik latar berlakunya peristiwa ini... sahabat, sepatutnya setiap hari adalah hari buat ibu... setelah segala jasa ditaburkan sedari kita kecil sehingga kini... adakah memadai hanya satu hari mereka dihargai??... oh disamping itu, ketahuilah.. sambutan ini khas buat Mariam ibu Isa A.S... dan benar, tiada apa yang cacatnya... tetapi kristian menyambutnya untuk memperingati Ibu kepada tuhanNya... patutkah kita menyambut hari memperingati Aminah ibunya Nabi??... jika itu yang lebih baik... oh, persoalan akidah.. aku bukan ahlinya... tapi bagiku...hari2 'Hari Umi'... oh.. nama Ibuku Aminah Bte Mohamad!!!


Teruskan Bacaan......

Wednesday, May 7, 2008

9 Jam Atas Bas dan 3 jam Meeting??...

Latihan Industri bukanlah penghalang untuk mengatakan tidak pada urusan jemaah... (jangan ada yang terasa dngan muqaddimahku ini... hehe)... dan tindakanku berani sekali untuk menghadirkan diri pada satu meeting yang dianjurkan oleh jawatankuasa penaja Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku GMMA dan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan PTPTN... benar, 9 jam perjalanan dan hanya 3 jam meeting... tetapi hasilnya cukup membuatkan aku puas dan memberiku maklumat berguna.. tahniah kepada mereka2 yang bekerja dengan kuat untuk itu.. akhi Shazni Munir, akhi Faridzul dan semua yang terlibat.. kalian memang hebat!!

Mari kita review sedikit latar kes dan gerakan yang dibentuk.. apakah misi sebenar gerakan mahasiswa ini... dan bagaimanakah strategi yang bakal digunakan untuk mencapai matlamat... kepada yang hadir.. jika ada kesilapan maklumat... jangan segan silu untuk membetulkannya... syukran...

Misi:

~ Memastikan AUKU akan dapat dimansuhkan

~ Memastikan sistem hutang PTPTN dimansuhkan dan diganti dengan sistem biasiswa

~ Memastikan kesedaran sampai kepada setiap mahasiswa berkaitan AUKU dan PTPTN


Siapa di belakang Gerakan:

* SMM- GAMIS, DEMA, KARISMA, PKPIM

* LAW SOCIETY of UM, UIA dan UKM

* Perstuan Bahasa Tiong Hua

* TERAS

* GBMU-Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara

* Dan anda serta mereka2 yang menyokong dan mendokong!


Bagaimana Gerakan ini berjalan?

#Dengan cukup profesional

#Melalui desakan yang pelbagai

#Kempen dan penerangan


Cukup sekadar ini dahulu... mari kita lihat respon mahasiswa yang cintakan keilmuan dan yang menyedari betapa mahasiswa punya suara yang kuat!!


Dan maklumat berkaitan peripentingnya AUKU dan PTPTN dimansuhkan... jangan lupa sertai kami untuk setiap gerakan yang dijalankan... jawapan ada disitu... jom kita menjadi mahasiswa yang tahu berkenaan HAK!!... nantikan lelaman rasmi GMMA...


Maklumat lain berkaitan AUKU... cuba disini...

Teruskan Bacaan......

Monday, May 5, 2008

Suatu Kesilapan??... Atau... Keputusan telah Kubuat!!

Melewati hari2 yang berlalu dengan rutin yang hampir sama rupa2nya mengundang kebosanan yang agak mencengkam jiwa... tidak dapat kubayangkan bagaimana alam pekerjaan yang dilalui oleh mereka2 itu yang pada setiap hari2 yang berlalu melakukan sesuatu yang sama berulangkali... mungkin bukan jenisku... aku cepat bosan dan dengan keadaanku itu, aku menjadi seorang pemikir yang sangat inginkan kelainan dalam setiap yang aku lakukan... maka ; lahirlah suatu kesilapan??.. atau keputusan telah kubuat??

Imbas kembali...

Ketika orang lain berfikir untuk mencari tempat latihan industri berdekatan dengan rumah dan kampung halaman masing2 atau paling tidak mencari syarikat yang memberikan elaun yan palin tinggi, aku pula berfikir tentang jemaahku... apa yang aku fikirkan adalah rumah jemaah yang bakal kosong... entahlah... aku berfikir terlalu jauh agaknya... maka aku mengambil keputusan untuk menyerahkan kepada pusat pengajianku mencarikan syarikat yang berdekatan dengan kampusku ini...

Aku menolak 2 syarikat di Johor kerana keputusanku ini... nampak mulia sungguh... huhu... dan sebenarnya, jika mengikut saranan dan nasihat ibuku, aku boleh sahaja dudk dengan percuma di rumah mak cikku yang juga terletak tidak jauh dari kampus... makanku sudah pasti ada yang jaga... tetapi aku memilih untuk tetap disini...
oh, apakah motifku kali ini???...

Oh, aku sudah mula bosan!!!... suatu kesilapan??... atau... keputusan telah kubuat??... huhu... ape la... cakap macam orang tuttt... hehehe...

Ayat nie aku penah pakai dulu... aku bukan anak tunggal mak bapak aku la!!... hehe mak bapak aku x cop duit... kuang2...

Walau apapun, aku nak trun KL gak sok... mana tau boleh jumpa presiden GAMIS itu.. hehe... Wasiat nabi kepada seorang pemuda... Sabarlah....

Teruskan Bacaan......

Thursday, May 1, 2008

Salam Buat Semua Yang Melakukan Kerja...


Tolong aku mencari maklumat berkenaan gambar ini... jika dapat, buatlah untuk pengetahuan sendiri... jika berminat untuk tahu... dan tidak dapat mencari maklumat... jangan segan tuk tanya padaku!!...


Kepada semua yang bekerja... tidak kira suri rumah, doktor, pencuci, polis, guru, jurutera dan buruh sekalipun... anda layak memberi penghormatan kepada diri sendri... sesungguhnya setiap dari kalian punya peranan!!... selamat hari buruh...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, April 30, 2008

Minggu2 chenta... kawallah perasaanmu wahai manusia!!


“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku” (HR. Tirmidzi)

Oh aku tidak tahu... hidupku sejak akhir2 ini seakan berepisod2... entahlah... perancangan untukku, benar adalah yang terbaik buatku... perlu apa lagi dipersoal?.. tinggalkan itu... sepanjang minggu, aku mengikuti banyak sekali kisah cinta... biar jelas, aku muatkan disini, aku lebih suka mengambil yang namanya bercinta lelaki perempuan itu haram hukumnya... biarpun ulama' berbeza pendapat mengenai itu... tapi bagiku... setiap yang menjadi pembuka zina, adalah haram... TITIK!

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).


Dapatkah kau bercinta tanpa melihat kekasihmu??... ingatkah ini..:

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang melihat dengan tidak sengaja. Maka jawab Nabi, ‘Palingkanlah pandanganmu itu!” (HR Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Tirmizi).

Oh sedang terlihat sudah Rasul tercinta perintahkan berpaling... adakah saat kau bercinta maka pandanganmu ditundukkan??... oh kami tidak pernah bertemu ya sheikh... hanya ber SMS dan kadang kala telefon... oh, canggih sungguh percintaan kini... seakan2 dapat menutup pintu2 zina melalui percintaan yang kononnya dengan cara yang benar... tetapi mereka lupa kerana, adanya zina hati... zina telinga dan akhir sekali pasti akan terbit keinginan yang tidak tertahan... oh, kau berzina dengan tanganmu sendiri???...

Episod 1.

Saya anggap dia sebagai kawan dan kami telah bersetuju untuk kekal sebagai kawan sehinggalah dia halal buat saya... kami jarang bertemu tetapi saya akui saya selalu sms dan telefon dia... saya memang menyayangi dia bang... Saya pernah juga terfikir dosa2 yang kami lakukan... bercinta tu saya tahu haram... dan sayapun takut sesuatu terjadi... mati umpamanya... tidakkah kami nanti akan mati dalam dosa besar??... bukankah dosa2 kecil yang dilakukan berulang2 akan menjadi dosa besar??... bukankah dosa2 kecil yang dilakukan dengan hati yang gembira akan menjadi dosa2 besar??... kisah seorang adikku... uit budak kecik... aku sayangkan kau!!

Yang mampu aku katakan... kurangkan sms, kurangkan telefon... kerana selain berlaku dosa disitu... kau telah mendatangkan fitnah terhadap dirimu... ah, budak baik tupun bergayut!!... adikku... aku pernah dengar ayat tu... huhu... kalian yang lain... ada saranan??... kuasa Allah besar sekali... mampu menjadikan perasaan dan hati manusia itu lain sekali... oh Tuhanku...

Episod 2.

Aku suke dia sejak matrik lagi... dia memang sangat baik... aku dah jatuh cinta dengan dia... tapi aku tahu dia dah ad kekasih... cume aku masih tetap mengharap... sampailah sekarang... dah 4 tahun sekarang... kami masih berhubung... aku g sinipun sebenarnya memang sebab dia... aku nak jumpe dia... aku nak luahkan perasaan aku pada dia... aku dah x sanggup lagi... dia pernah dikecewakan oleh kekasih dia sekali... aku nak tanya dan pastikan dia kembali semula dengan kekasih dia bukan sebab famili atau kawan2 dia.. aku nak dengar dari dia sendiri yang dia sayangkan kekasih dia... luah seorang sahabat baikku... sahabat!!... aku sayangkan kau!!

Aku jadi kelu nak bagi nasihat kes sahabat baikku ini... benar masalah hati begini rumit sekali?... berjayakah aku dengan hanya menyuruhnya kembali kepada yang Maha Pengasih??... oh aku sangat terbayang akan gagal sementelah dia telahpun menerima kata putus itu sewaktu disini... benar, sedih sekali... malah sempat membuatku sebak bersama... oh alangkah sadis perkara yang haram ini!!... cuma satu sahabat... perjalanan hidup masih jauh... kau perlukan rakan2 yang memahami... masuklah jemaah ditempatmu... moga2 ada yang mampu menegur dan menasihatkanmu... hidup didunia bukanlah matlamat... kg akhirat tempat yang abadi... tiada guna berkeluh kesah... bersedih berterusan hanya kerana keperluan hidupmu didunia.. benar dunia jangan ditinggal... tetapi janganlah terlalu kau kejar... Aku hanya mampu berdoa moga perjalanan yang lebih panjang selepas ini akan menemukan kau dengan jodohmu yang sebenar... jika tidak didunia ini... ingat sahabat... pasti Allah tangguhkan di akhirat!!

Episod 3.

Dan ini pula kisahku... oh malu sekali??... setiap yang aku tulis diatas tadi boleh sahaja kalian batalkan kerana penulisnya juga seorang yang bermaksiat hati!!... maka ini yang aku namakan masalah hati... sukar sekali... benar sukar sekali... bagi yang tidak mengenal Penciptanya... ya, aku menaruh harapan... tidaklah bercinta seperti 2 kisah diatas dan 3 lagi kisah lain sekitar minggu2 chenta ini kerana menghormati diri empunya kisah...

Cuma mungkin berbeza sedikit... aku masih mampu mengawal diri... oh bukan memuji diriku... malah aku sempat menyiapkan diri untuk ditolak... benar aku menyukainya... tetapi menyukai bererti memiliki??... panjang angan2ku mencerminkan hina dan lemahnya aku... oh aku tidak sanggup menulis... biarlah aku begini... kepada yang faham... oh, benar... ia benar sekali... rupa2nya aku juga perlukan nasihat dan bimbingan... saat ini... tiba2 terjadi begini... oh dan oh lagi... rupa2nya tidak sama padan malah jauh sungguh dari segala segi... bukankah sekufu lebih bagus??... oh Tuhanku... tunjukkanlah aku jalan bagaimana aku mampu mencintaiMu!!


Teruskan Bacaan......

Monday, April 28, 2008

Membuka pekung di dada... tetapi sungguh!!... ia lega...

Ada yang pernah bertanya kepadaku... layakkah setiap org memberi nasihat... aku menjawab mengapa tidak??... sampaikanlah walau sepotong ayat bukankah tertakluk kepada semua muslim??... maka adakah kelayakan khusus??... masalah cinta... sekali lagi berlegar isu remaja... isu dalaman diri... isu universal... isu yang bukan isu bagi mereka2 yang mendakwa kononya 'open'... ah, persetankan itu... bercinta bagiku tetap sahaja dosa!!.. yang namanya menghampiri zina itukan haram... maka buktikan padaku perzinaan berlaku bukan kerana cinta nafsu!!

Hari nie aku berbincang dengan seorang yang jika setahun lepas, mungkin aku tidak berani seberani ini membuka pekung didadaku... 2 hari aku memikirkan method bagaimana untuk menegur kesayanganku ini berkaitan masalah bercinta, dosa2 kecil yang menjadi dosa2 besar.. tetapi akhirnya aku membuka pekungku sendiri... layakkah aku memberi nasihat??... oh bukankah aku sudah dari awal menyatakan adakah kelayakan khusus untuk menyampaikan sepotong ayat??...



Cuma satu harapanku... moga2 aku dan kesayanganku ini mampu berubah... kita sama2 menjaga hati, laku dan bicara kita... kita layan wanita2 itu sebagaimana sepatutnya tanpa perlu bermaksiat hati... bagaimana caranya??... oh mungkin rakan2 yang lain boleh membantu??

Teruskan Bacaan......

Sunday, April 27, 2008

Latihan Industri... Benar, pengalaman bukan diatas kertas!!

Seminggu bukanlah satu jangka masa yang panjang... buktinya, seakan baru semalam aku habis menduduki peperiksaan, tiba2 hari ini sudah berlalu seminggu latihan industriku... syukur, apa yang pada mulanya begitu banyak masalah mendatang, kini aku sedang melalui satu lagi proses hidup... oh indahnya menjadi dewasa ( mungkin berubah nadanya apabila aku benar2 telah memasuki alam pekerjaan ... huhu )

Hari pertama... oh cukup berdebar... entah apa yang didebarkan.. huhu

8.00 a.m - melapor diri... disambut oleh seorang pegawai perhubungan awam syarikat.

8.20 a.m - mendengar taklimat berkaitan syarikat, modus operandi, keselamatan, proses kerja, pengurusan syarikat dan sebagainya.

9.30 a.m - aku di bawa ke engineering department, suaikenal dengan staf... dikenalkan dengan bos ( abang m ) dan 3 orang rakan dari ipt lain yang juga membuat latihan... huhu aku x keseorangan neh!!



10.00 a.m - lawatan sekitar kilang, diberi taklimat berkaitan mesin2 dibawah selian engineering department, loji rawatan air buangan, cooling tower, mesin pembuat ais dan banyak lagi yang kalau rosak, kamilah yang akan membaikinya di samping penyelenggaraan...

11.00 a.m - memcuci cooling tower 2 buah.. hehe tolong nengok je nie... saya budak baru belajar!!... haha.. menukar bateri container ais... membuat kemasan wayar...dll

12.00 tgh - rest... hehe makan kat kantin neh!!

2.00 p.m - lawatan ke dalam kilang tempat utama pemprosesan bahan keluaran kilang... bahan apa??... hehe x kan niepun nak bgtau!!... wakaka... lawatan ke bilik2 utama... QA lab, QC lab... Kimia Lab dan sebagainya... ponat bejalan je la hari nie.. hehe....

4.00 p.m - check dan off mesin2 yang telah digunakan dan tidak digunakan lagi... ad juga mesin yang on 365 hari... hehe.. ada kah??

5.00 p.m.. selesai dan boleh balik... oh rasa lega yang amat!!... kenapa??.. sebab x de la susah sangat LI.. lagi la dapat bos yang baik dan rakan trainee yang lain.. huhu pulang dengan wajah ceria... haha

Itulah yang aku lalui sepanjang hari pertama LI... seterusnya untuk 4 hari berikutnya, aku sudah ad jadual sendri... menjadi rutin semua pelatih di eng dept... dan kalau ada mesin yang rosak atau kurang berfungsi, maka kamilah yang akan membetulkannya.. setakat 5 hari di sana, sudah 2 mesin yang sedikit rosak dan selebihnya kami memang ada membuat penyelenggaraan berkala terhadap mesin2 termasuk mencuci penapis loji rawatan air buangan yang aku kira kerja paling mencabar setakat ini... haha

Tetapi bercerita tentang hidup... mari kita bercerita sisi lain yang aku dapati... oh dari pengamatanku yang sedikit bermain dengan emosi... bermula dengan tingkat pekerja... ya benar bos utama seorang cina... baik sekali... hehe... dan beberapa pengurusan utama adalah dari bangsa yang sama... mujur sahaja masih ada bangsaku yang menjadi sebahagian dari pengurusan tertinggi termasuk bosku di engineering department!!... syukur sekali kerana dia cukup memahami kerana katanya waktu dia membuat latihan dulu.. dia benci dengan bosnya kerana menganggap dia tahu segalanya kerana budak U!!!... haha jadi dia melayanku sebagai seorang yang ingin belajar bukan seorang serba tahu... oh syukur....

Berbalik kepada tingkat pekerja... kemudian kita pergi kepada pekerja pertengahan... supervisor dan sebagainya... 80% adalah dari bangsa cina... oh2... dan pekerja operator pengeluaran di bawah mereka adalah pekerja asing myanmar, india dan melayu... dan akhir sekali tukang cuci dan pekebun semuanya melayu dan india... oh kesian sekali aku melihat mak cik2 tukang cuci yang pada amatanku layak untuk aku panggil ibu atau nenek sekalipun... sedih... kerana mencari nafkah mungkin untuk anak2, mereka sanggup menjadi tukang cuci dan tukang sapu... aku cuba membayangkan mereka ini adalah ibuku... oh aku sungguh tidak sanggup melihat ibuku menjadi tukang2 seperti mereka... tapi apa nak buat??... di situ rezeki mereka...

Entahlah apa motif aku bercerita semua ini... tetapi satu kesimpulan yang aku tertanya2.. mengapa bangsa melayu selalu menjadi pekerja2 bawahan??... tidakkah mereka mampu menjadi bos2 utama??... untuk rekod... syarikat ini dulunya adalah milik seorang usahawan melayu tetapi telah dijual kepada bosku kini... entahlah.. mungkin hasil dari simpatiku kepada makcik2 ini... dah kilang nie tuannya berbangsa cina mestilah bangsa cina juga bos2nya!!!... haha aku mengambil kesimpulan sendri dengan mengandaikan banyak kilang2 melayu bos2nya melayu... penuh harapan!

Tingalkan itu... mari kita pergi ke sisi sedihku yang lain... bab solat... oh sungguh sedih dan hiba.. kaki tangan kilang ini yang mungkin seramai 1000 orang lebih separuhnya adalah Melayu... benar surau untuk lelaki ada 2 dan surau untuk wanita juga ada dua... tetapi aku amat hampa dan sedih kerana tidak sampai 10 orang yang mampu untuk bersembahyang disurau... oh, balik kerumahkah mereka?? entah lah... malah walaupun kesemua di engineering department mengaku adalah ahli @penyokong PAS... haha ini yang mula2 aku tahu di kilang nie!!.. tapi tetap sahaja ada yang tidak sembahyang... oh bagaimanakah aku ingin lakukan??... selemah2 iman adalah imanku kerana hanya mampu membenci dari hati... tidak punya kekuatan untuk menegur dengan lisan apatah lagi perbuatan... alahai!!

P/S : Inilah pengalaman berhargaku yang tidak aku dapatkan di atas kertas... hidup boleh sahaja menjadi sangat indah... tetapi kadang kala dari sisi lain keindahan itu cuma pencetus kepada satu kehibaan... dan begitu juga sebaliknya... hidup boleh sahaja menjadi begitu hiba... tetapi mungkin sahaja permulaan suatu kegembiraan... oh, perancangan Allah cukup sempurna sahabat2ku... maha besar Allah!!


Teruskan Bacaan......

Wednesday, April 23, 2008

Damailah, Bahagialah Hendaknya – Papan Nan Buruk.

Oleh : AdukaTaruna

Damailah hendaknya,
Paku yang dicungkil demi sebuah binaan lebih baik itu tetap meninggalkan bekasnya..
Binaan kukuh yang memayungi rusuk kiri itu..
Sambil mengharap sawang menutupi cungkilan..
Berdoalah dia perlindungan tuhan akan binaan itu.

Bahagialah hendaknya,
Itulah permintaan papan nan buruk..
Antara cita dan cinta..
Satu persimpangan yang bersiur..
Satu keputusan yang menyerpih papan.

Damailah hendaknya,
Jangan sesekali ditoleh..
Biarkan di belakang ini luput dan pupus..
Jagalah binaan itu setulusnya..
Majulah cinta, cita bakal menyusur..
Cita sentiasa mendoakan.

Bahagialah hendaknya,
Biarkan papan nan buruk ini memilih hidupnya..
Izinkan papan nan buruk ini menyimpan bekasnya..
Bekas itu hanya sebahagian dari toresan, serpihan, gurisan di papan buruk..
Yang mungkin membuatkannya kental mengharung cita.

Damailah hendaknya, bahagialah hendaklah.
Majulah cinta, cita akan menyusur.
Di laluan yang berbeza.

AdukaTaruna

Teruskan Bacaan......

Saturday, April 19, 2008

Pabila nikmat itu ditarik... oh tarbiyah terus dari Allah!!

Dimusim peperiksaan yang lalu, aku melalui ah, satu hari yang penuh liku2 hidup yang mencabar minda dan fizikal... dalam hiruk pikuk peperiksaan yang sedang aku lalui, oh rupanya peperiksaan bukanlah sesuatu yang paling menyiksakan... haha, serius aku lebih memikirkan pelbagai perkara lain bersangkutan soal sisi lain hidupku.... mari aku bercerita tentang hidup!!

Kita namakan hari itu sebagai suatu hari setelah 3 paper final secara berturut2 aku lalui...bermula dengan subuh yang hening... lenaku syahdu sekali apatah lagi tidur dipusat Islam, ustazd2 yang sungguh mulia hatinya membenarkan aku memasang air-cond... erm berkesan sungguh tidurku... dan tidak seperti malam2 yang lain di musim peperiksaan ini, aku tidak solat malam... terkesan dek tidur yang sungguh lena!!... dan kisahnya aku namakan "Satu Hari... Oh Permai Sekali"

Entah apa yang sesuai di namakan aku ini, bayangkan tidur ditempat azan dilaungkan... tetapi oh segan yang teramat... tidak terbangun sehingga jemaah selesai solat jemaah!!... hinanya... mungkin petanda sesuatu bakal terjadi hari ini??... jiwa tidak tenang... nasib sahaja masih juga terjaga... tinggalkan itu kerana aku akhirnya berjemaah dengan mereka2 yang lambat... oh masih sempat berjemaah di Pusat Islam... huhu



Jam menunjukkan 7.15 minit pagi... aku ada paper hari itu, paper yang pada pandanganku hebat sekali... aku mengambil kesempatan menghafal beberapa rumus yang cukup penting, tersilap rumus... maka kosonglah markahnya... aku ulangi tersilap rumus, maka kosonglah jawabnya... dan aku bersarapan sekitar jam 8.10 minit pagi... kuang2 melengkapkan hari indahku... dalam celaru ingin menghadapi peperiksaan 50 minit lagi... ops... alamak, tertumpah kuah dalca untuk roti telurku keatas baju... alahai... perasaanku waktu itu dan waktu menulis ini sungguh berbeza sekali... kini, tersenyum sendri!!

Jom masuk kedewan peperiksaan... lalalalala... mungkin kerana pengaruh peristiwa tadi, habis semua rumus2 bercampur aduk... hahaha pertama kalinya setelah 3 paper aku jadi sedikit gelabah dan sasau... oh, ini yang mereka namakan x dapat buat... hahaha... dan aku sedar rumusku silap dan salah hanya 5 minit sebelum masa tamat... 5 soalan... 2 kantoi=200 markah... sabar2... rupanya ramai lagi yang sepertiku... tapi mereka tidak melalui kuah dalca yang tertumpah!!... kuang2... jadi, mengikut pengalamanku... paper ni memang c+... hahaha... mari kita lihat... mujur kerja kursus B+!!... lalalala...

Sambung perjalanan hidupku... jam 12.15 tengah hari.. keluar dewan... aku seperti biasa tersenyum walaupun apa yang terjadi... tiba2 lega kerana semua respon kata x sempat buat... ad yang tinggal 2 soalan.. ada yang lobang2... hehe... tetiba yakin semula.... oh, rupanya rasa gembira tidak lama... makan tengah hari... oh baru kusedar duit dah x de... erm kene keluarkan duit sekadar 50 cukup untuk 3 hari... hehe... aloha!!... kad bankku rosak!!!... oh...oh dan oh lagi... sedikit terlintas betapa malangnya hari ini... nasib cepat tersedar hidup mesti terus... hehe

Dirumah.. masih ad kurang lebih 20 inggit duit ku termasuk duit syiling... haha.. maka 3 hari ini aku akan gunakan duit ini dengan sebaik mungkin!!... kuang2... oh Allah cukup!!... hehe... setelah campur makan kenduri maulid nabi di surau... dan pusat Islam juga... huhu... agak siksa juga tiada duit!!... hidup2... tepat jam 3 petang, seorang pensyarah yang menguruskan Latihan Industriku telefon... tempat kamu tidak confirm lagi... nanti saya akan carikan kilang lain kalau yang nipun x boleh!!...

Hahaha... rupa2nya aku yang selama ini menganggap Latihan Industriku akan berjalan lancar lantaran aku antara org yang awal menerima tempat LI sekitar rumah sewaku... rupa2nya akan ada masalah ini kurang lebih 10 hari dari tarikh LI??... huhu... sebenarnya aku telah menolak 2 syarikat di Johor ( yang aku minta sendiri)... tetapi mengenangkan rumah jemaah ini akan kosong dan tiada siapa akan tinggal selama 3 bulan ini, aku mengisi borang untuk U carikan kilang sekitar rumah jemaah ini... dapat dan kebetulan terlebih dahulu daripada syarikat di johor... maka atas dasar jemaah dan juga U yang carikan... aku tolak di Johor... tiba2... haha.. kene reject sebab aku Melayu!!... huhu... syarikat tu memang menetapkan Chinese sebagai syarat... tetapi since aku tetap diterima mula2.. aku fikirkan tiada masalah... akhirnya... aduhai!.. dan kini... hehe sekurang2nya aku dapat naik kereta pensyarah yang menjadi pujaan mahasiswa kampusku itu... kalian pernah naik??... hehe...

Dan magrib itu... ada maulid nabi di surau taman sebelah... hehe.. dapat makan free neh!... dengan seorang abangku, aku kesana... sampai2 memang tengah makan... oh hujan!... haha.. agak basah gak la... nasib baik masih dapat makan... jimat duit.. ( terlihat disitu niatku sudah terpesong atas jamuan itu!)... oh silapku besar sekali... aku terus mendengar ceramah agama yang sungguh menarik dan menambah ilmu... sekitar jam 11, kami balik... aku hantar abangku ke kampus... dan aku balik rumah... tiba2 je hujan jadi sedikit lebat... dan aku... haha... lencun gak la... lalalala...

Mungkin kalian berfikir sampai disini sahaja ceritaku hari ini... kalian silap... hahaha... sampai dirumah... dengan gaya biasa aku membuka pintu bilik.... kuang2... tilam tempat tidurku tiada... manakah ia??... jawapannya telah diambil semula oleh tuannya setelah ek memakainya kurang lebih 4 bulan!!... hahha... hari yang syahdu...benar2 indah bila difikirkan semula!!... jom tido Pusat Islam lagi!!!

P/S : aku namakan tajuk tulisnku ini apabila nikmat ditarik ...kerana benar, kita hanyalah manusia dan hamba kepada Allah... kita hidup atas nikmat yang Allah berikan dan atas pengasih dan penyayangnya Dia... Solat berjemaah juga nikmat... tidak semua ALlah pilih dapat berjemaah... walaupun aku sudah tidur di tempat azan di laungkan... tetap juga tidak mampu berjemaah dengan imam kerana nikmat itu ALlah tarik.. apatah lagi aku sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya seperti berniat umpamanya untuk bangun solat malam dan berjemaah... maka total salahku...makanan itu juga nikmat... dan tertulis kuah dalca itu bukan rezekiku... walaupun sudah hampir masuk kedalam mulutku... oh tetap sahaja tertumpah... mungkinkah tertulis itu rezekinya semut??... dan aku sendiri jarang sungguh melafazkan syukur untuk perkara2 seperti itu... kerana menyangka dalca itu aku yang punya... menjawab peperiksaan juga memerlukan nikmat aqal yang Allah kurniakan... bayangkan nikmat ini Allah tarik sebentar... aku sudah jadi sasau dan tidak tahu bagaimana menjawab peperiksaan... lebih dari itu... aku sendri jarang benar bersyukur dengan aqal yang dikurniakan ini... adakah kau menyangka duit di dalam bank itu hakmu??... haha bagaimana jika ia tetap ada tetapi tidak dapat kau keluarkan... maha suci Allah.. duit x mampu buat apa2 tuan2... kata seorang sahabatku!!... dan janganlah menganggap yang telah kita miliki tetap kita miliki... tempat LI itu tidak sepatutnya ada masalah kalau dilihat dengan pandangan aqal... tetapi bila Allah menarik nikmat itu... maka siapa yang mampu menghalang??... dan hujan itu rahmat... dapatkah kau menyanggah nikmat hujan ketika kau rasakan tidak perlu hujan waktu itu??... maka ketahuilah tempat tidurmu juga pinjaman Allah... pernahkah kau terfikir alas tidurmu juga boleh Allah tarik semula nikmatnya??... ketahuilah wahai diri... kau hidup dalam nikmat ALlah!!... oh tarbiyah terus dari ALLAH!!!....

Teruskan Bacaan......

Selamat sudah... berhenti berdoa???


Alhamdulillah selamat sudah aku menjalani peperiksaan semester 6-ku di Kampus kecil ini... oh benar, tidak seperti semester2 lalu, aku lebih santai dan tenang... mampu bermain badminton sehari sebelum final, aku tidak tahu kenapakah perasaan ini indah sekali... benar, aku sudah mampu menjangkakan keputusan yang bakal aku perolehi!... haha.. kalian juga begitu... kerana kita mampu menilai sejauh mana prestasi kita di dalam peperiksaan itu!...

Aku tidak mahu mengulas lanjut apa yang membuatkan aku jadi tenang semester ini, tetapi aku ingin berkongsi apa yang guruku pesan 10 tahun lalu ketika aku mengambil peperiksaan UPSR. Didalam satu sesi motivasi yang cukup terkesan di dalam jiwaku, kurang lebih begini kata guruku...



" Ketika berlangsung peperiksaan, banyaklah pihak yang akan mengadakan solat hajat perdana, ibu bapa juga mendoakan anak2 di dalam solatnya, anak2 sendiri bagi yang rajin cukup tekun berpuasa dan melakukan solat hajat, banyak sungguh membaca Al-Quran... oh pendek kata jika sebulan lagi peperiksaan, makan sebulanlah ibadah tambahan ini dilakukan... bagus itu... setelah berusaha, memohon kepada Allah untuk mendapat yang terbaik... tetapi kita lupa, proses peperiksaan itu tidak berakhir hanya sehingga kertas terakhir kita jawab... banyak lagi proses sesudah itu... guru2 memberi markah, di masukkan markah di dalam sistem, pengredan dan sebagainya... dan waktu proses ini berlaku, kita sudah berhenti berdoa??...."

Banyak lagi ayat2 yang diutarakan guruku itu dan aku ingat hampir keseluruhannya... dia menceritakan bagaimana seorang sahabat baiknya sedang menanda kertas peperiksaan dan saat itu dilanda ujian apabila sahabatnya itu bertengkar suami isteri dan peristiwa itu telah mempengaruhi penandaan kertas tersebut... akibatnya, ramailah yang mendapat keputusan yang buruk... sahabat guruku menyesal, tetapi perkara sudah berlaku... dan aku sangat pasti banyak hati2 yang akan kecewa... apakah puncanya??... kita berhenti berdoa apabila selesai peperiksaan!!

Sejak dari saat itu, aku secara serius lebih banyak berdoa untuk mendapatkan keputusan yang baik setelah aku selesai menduduki sesuatu peperiksaan... malah jika keputusannya kurang memberangsangkanpun, aku jadi dapat menerima dengan hati yang tenang... cukup indah... bayangkan jika tiba2 sungguh tidak dapat menjawab sesuatu kertas, tetapi dengan kuasa tuhan berlaku kesilapan sewaktu pensyarah memasukakan grad dan sampai kepada namaku, Allah kalihkan perhatiannya dengan meletakkan A di dalam list namaku, oh aku rasa pernah terjadi kepadaku!!... tidakkah kalian pernah rasa terjadi begitu??

P/S :Jadi, aku menyeru sahabat2 sekalian, ayuh kita solat hajat untuk mendapat keputusan yang cemerlang secara istiqamah... moga2 kita sama2 cemerlang, gemilang dan terbilang!!

Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!