Berbahagialah Kau Wahai Ibu saudaraku....di sana...
1 Syawal....ya 1 Syawal...tatkala belum sempat Solat Sunat Aidilfitri kami dirikan...kau terlebih dahulu pergi meninggalkan kami...sedih tidak dapat kugambarkan....kaulah ibu saudaraku....kaulah ibuku....
Tenanglah kau disana....sudah terlalu lama kau menderita...ya, tuhan memang lebih sayang padamu...2 tahun kau terlantar sakit...sudah cukup puas kau menderita...kukira semua dosamu sudah terampun...melihatkan ketabahanmu menerima ujian hidup...aku berdoa mudah-mudahan begitulah hendaknya...
Aku jadi terkenang sewaktu kecil...kaulah yang membelaku...kau memang tidak mempunyai anak...dan kebetulan aku yang paling kecil dan kau telah membelaku dengan penuh ksih sayang...setanding kasih sayang ibu bapaku....malah permainanku semua kau yang belikan...setiap kali melancong...aku yang kau bawa...ingat lagi kita ke Port Dickson...waktu umurku 6 tahun...aku demam waktu itu...kau menjagaku sepanjang malam...akanku kenang sepanjang hayatku...masih segar di ingatan ini...walaupun kini aku telah menganjak dewasa....
Aku jadi tidak tahu perasaanku sendiri...sedih...ya cukup sedih dan pedih...tapi aku bersyukur kerana kau telah terlalu lama menderita ibuku....biarlah kau tenang di sana..aku yakin kau sedang bergembira di taman2 syurga...amin
Aku sekali lagi mengalirkan airmata...lelaki menangis??...erm biarlah...aku selesa begini semalam kau datang dalam mimpiku...ak jadi tidak tahu apakah permainan syaitan atau memang kenangan indahku bersamamu terimbau kembali...kau datang dalam mimpiku dan mengingatkan kisah kau menghantarku kembali kerumah ibu bapaku...waktu itu aku menangis kerana tidak mahu berpisah denganmu dan Arwah Puang....kenapa kau datang dan membawa kenangan itu???...adakah sesuatu yang ingin kau nyatakan padaku??....
Biarlah kau menjadi kenanganku paling indah...semoga Allah cucuri rahmatNya keatas Rohmu...amin...
Marilah bersama2 kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarhamah Andik Halijah Bte Daeng Sanusi...
Daeng Sanusi Bin Daeng Materang
Andik Bechik Binti Andik Puchik
Andik Rafik bin Daeng Sanusi
Andik Hasbullah Bin Daeng Sanusi
Berbahagialah kalian di sana!...
Teruskan Bacaan......