Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, December 14, 2009

Sepi Dalam Ketakutan

Semakin hampir,
Dalam rona-rona warna,
Hiruk perjalanan hidup,
Mencari gelagat kanan dan kiri,
Buat mengimbangi suatu rasa aneh,
Tentang hidup dan kehidupan.

Sungguh hampir,
Lama tertunda-tunda,
Akan erti silap dan kesilapan,
Perasaan yang tidak terucap,
Atau sekurang-kurang mampu lahir,
Dalam hati yang tersuci.

Sangat hampir,
Realiti yang terkambus,
Oleh lukisan wajah nampak ceria,
Dan menyembunyikan wajah sayu,
Sisi sebenar sebuah perjalanan,
Menuju destinasi yang hampir.

Sepi dalam ketakutan,
Seperti setiap detik yang dilalui... Sepi...

Benarkah sesuatu hanya akan mula dihargai...
Pabila ianya tiada lagi...
Dan aku memilih untuk pergi...
Kerana aku sangat ingin dihargai!
Titik!!

Maktabah Affendi
Padang Serai
6.30 p.m

Dedikasi buat semua yang menerima msg semalam.. adalah orang2 yang aku fikirkan.. tatkala sepi melanda... mungkin terpadam dalam memori.. bila suatu dimensi lain menyelubungi hidupku... dan buat yang lain juga... jika aku lupa akan diriku... janganlah kalian juga melupakan aku... moga dipanjangkan Allah umur... dan mampu melalui hari2 mendatang.. menjadi najib yang jauh lebih baik.. daripada si jahat yang ada sekarang... amin... mohon doanya... dan maafkan segala salah dan silap... yang sangat banyak itu...

Teruskan Bacaan......

Saturday, December 5, 2009

Berkali-kali Ku Terkenang


17 tahun
telah berlalu,
Terkenang,
Betapa jujurnya menjadi anak kecil,
Corak hidupnya
masih bersih...

Menangis
tandanya sedih,
Tertawa
ertinya gembira,
Tercengang
kagumnya dia...

Kini,
Baru kusedar,
Sahabat karib itu,
Benar!
17 tahun lalu...

Termenung...
Mengapa pabila dewasa,
tidak lagi sejujur dahulu??

p/s: sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi... dan terkenang2 sahabat2 lamaku... rindu sekali pada sahabatku ini.. ZulAzwan Bin Ramli... pemakai nick Berg sebelumku... bayangkan.. kali terakhir bersua muka adalah lebih 7 tahun lalu!!... Ah, rindunya... sahabat pertamaku disekolah makan2!!... bakal engineer yang pasti membanggakan ku.. lulusan luar negeri!... huhu... kalau ko baca ini... ketahuilah, dalam bulan ini sahaja, sudah 3 kali aku bermimpi zaman kita kecil2 dahulu... ah, indahnya... mungkinkah petanda kepada sesuatu??... moga Allah lindungi kita semua... sahabat.. walau dimanapun kau berada... moga kita sama-sama dalam Redha Allah...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, November 18, 2009

Adakah Sekadar Sudah Sampai Musim?

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." An Nur-43

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Al-Ankabut-40

Aku tidak bercadang untuk membahas kedua ayat diatas... kerana sedar dimana tahap sendiri... dengan ilmu dan pengamalan agama yang cetek... maka, perlu banyak lagi untuk belajar daripada terus-terusan membuat penafsiran sendiri atas lemahnya diri yang ego. Namun, benarkah hanya sekadar sudah sampai musim?

Bersabarlah kepada semua yang terlibat dengan ujian yang begitu perit ini... buat adik2 yang mengambil SPM... anggaplah ia sebagai suatu cabaran yang bakal menjadi nilai tambah kepada kejayaanmu nanti.. selamat menghadapi SPM dalam kehujanan... moga2 beroleh keputusan seperti apa yang dihajati. Buat semua mangsa banjir... belajarlah untuk mensyukuri nikmat Allah tatkala lapang dan mampu bercucuk tanam... moga2 ujian dilalui dengan menambah nilai taqwa di sisi Allah... bukannya menjadi seorang yang berputus harap... setiap penyakit ada ubatnya.. setiap bencana ada hikmahnya.. setiap perkara ada natijah baiknya... tidak Allah jadikan ia sekadar sia-sia.. jikapun tidak didunia... pasti di 'sana' nanti... Tribute buat mangsa banjir < disini > tidak sampai 10 minit sahaja daripada rumah sewaku ini... ah.. terasa dayus tidak dapat membantu walau sedikit... adakah cukup sekadar titipan doa moga selamat??... moga Allah terima amal baik semua kita.




Teruskan Bacaan......

Monday, November 16, 2009

Kempen Jom Taubat



Jom bloggers2 kita pakat2 taubat... takut2 penulisan kita walaupun pada sisi kita itulah yang terbaik, namun ia menjadi satu beban dosa pula di sisiNya

Moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beroleh keuntungan dunia akhirat.

p/s: TGNA pengerusi Parti Pakatan Rakyat??... ada orang tanya.. kenapa aku melebihkan sangat TGNA berbanding TGHH... aku jawab TGHH aku hormat... TGNA aku sayang. Aku salah?



Teruskan Bacaan......

Sunday, November 15, 2009

Berapa Lama Kita Melupakan Quran?


Akhir-akhir ini pejuang2 yang mengaku membawa panji-panji Islam begitu galak dengan situasi politik yang berombak dengan sangat hebat. Berbicara dengan pendapat masing-masing seolah-olah akulah yang tahu perkara terbaik yang bakal berlaku di negara tercinta Malaysia. Namun, entah sedih atau apa, aku berbicara soal diri sendiri. Aku juga sangat terkesan dengan kepelbagaian dunia politik hari ini dengan dukunganku kukuh ke atas jemaah islam PAS. Galak juga memberi pendapat dan menyanggah pendapat yang lain. Dan tiba-tiba aku tersedar suatu perkara, Berapa Lama Kita Melupakan Quran?. Ah Ya Allah malu sekali apabila kita meyakini bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber ambilan tertinggi. Tetapi kita masih terus-terusan dengan pendapat sendiri? Aku pulangkan pada diriku dan sahabat semua untuk menilai..

p/s: sekadar iklan... sudah sibuk dan heboh sekarang nie Quran terjemahan perkata dan disertai sebab turun ayat keluaran magrifah pustaka. Walaupun datangnya dari indonesia, namun bahasa yang digunakan dapat difahami dengan baik di belah kita Malaysia ini. Check di internet, banyak sudah dijual secara online. Baca testimoni pelanggan... ramai yang begitu memberi respon positif. Dan anda juga mampu menilainya. Ada yang menjual dengan harga RM 190 dan ada juga yang menjual dengan harga RM 150. Dan aku juga, membantu seorang sahabat untuk mempromosi Quran terjemahan ini. Oleh kerana ada pelbagai harga di dunia internet, maka jika sesiapa berminat untuk mendapatkan daripada aku beserta harganya sekali, bolehlah email di sini old_guys86@yahoo.com . Namun, harga pasarannya adalah RM 160 dan kami akan cuba menjual dibawah harga pasaran dan dibawah harga mana-mana jualan secara online jika kami mampu. Syaratnya, sila nyatakan dimana harga yang rendah itu. hehe... okeh sekian dimaklumkan... kat atas tu adalah contoh bergambar al Quran tersebut.

Teruskan Bacaan......

Friday, November 13, 2009

Entah Kenapa... Sebak Bersama



Biarlah gambar berbicara... aku cukup sedih... baru pagi tadi aku post berkaitan TGNA yang disayangi... namun kini... ini pula yang jadi... Ya Allah... ampunkanlah hamba2Mu yang berdosa

< di sini >

X apalah Tok Guru... Allah akan gantikan dengan seribu kemulianNya kemudian hari... maka hancurlah hati2 yang keras dan lahap mencari sekelumit berita yang tidak dapat membezakan antara hak dan batil!

Teruskan Bacaan......

Siri 1: Kisah Cinta Dalam Al-Quran (TGNA)



Salam'alaik

Kisah Cinta dalam Al-Quran < klik sini > adalah satu lagi buah fikir yang dilontarkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang sama-sama kita kasihi. Sejujurnya, aku pernah membeli buku ini dahulu setelah aku membacanya sekali lalu dirumah seorang sahabat di Johor. namun, buku pertama yang aku beli itu, telah ku hadiahkan buat seorang sahabat. Moga ada manfaat diatas hadiah tersebut.

Dan beberapa hari lalu, aku sekali lagi telah membeli buku yang sama kerana desakan keinginan untuk mengulang baca dan natijahnya beradalah buku ini di tanganku sekarang. Hasrat hati, aku ingin sekali berkongsi soal cinta dengan kalian. Ah, kita terlalu sering di rigidkan dengan maksud cinta yang sempit. Dari itu, elok aku lontarkan pandanganku tentang perihal cinta yang terkandung dalam buku ini.

Suka aku mulakan siri satu ini dengan kita kenal-kenal dahulu dengan tuan punya buah fikir yang kita sayangi...

YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliauterkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan


Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'had Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam diluar daripada negeri ini amnya.

Moga berbahagialah Tok Guru yang aku cintai...

<sumber>

Teruskan Bacaan......

Penulisan Semula...


Adalah dimaklumkan bahawa blog ini akan beroperasi semula... namun, ia hanya akan berkisar darihal dakwah dan tarbiyah... sisi2 politik penulis akan kekal di dalam blog < click sini > moga ada manfaatnya...





Teruskan Bacaan......

Monday, August 31, 2009

Notis Tampalan Terakhir..

Yeah akhirnya... setelah berkira2 untuk terus berblog atau tidak... maka hari ini entah angin apa yang bertiup... aku berjaya membuat blog baru yang entah ke berapa... namun, aku ingin berkongsi dengan kalian.. darihal yang boleh ku kongsi di alam maya... maka jemput2 lah singgah selalu!!...

di sini... http://anakakhirat.blogspot.com/

kepada semua yang telah memberi link kepada blog ini, syukran diucapkan.. namun,. dapatlah kiranya ditukar link tersebut kepada blogku yang baru... terima kasih...




Teruskan Bacaan......

Thursday, June 18, 2009

Mengembara Lagi...

Orang lain tatkala menganggur dan x dak duit, akan duduk rumah diam2 sambil berdoa moga2 kerja trun dari langit... hehe... tapi itu pastinya bukan aku... minggu sudah aku ke Alor Star dan telah menyusahkan keluarga mertua seorang sahabat/senior... dan minggu ini pula, aku akan sekali lagi melilau2 menuju ke pusat bandaraya pula... mana tahu akan bertemu jodoh kerja disana nanti...

So, adios jumpa lagi di lain kesempatan... huhu


Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 17, 2009

Siri 3: Klewon malam Khamis??



Sambil menutup muka sekali sekala tangan diangkat... oh, kisah seram nie makin hangat... mcm nengok ceplos lak... erm... kene layan ramai2 baru kurang skit seramnya...

huhu




Teruskan Bacaan......

Monday, June 15, 2009

Kembara Seniman Jalanan...

Pulang dari alor star, aku begitu ditarik2 untuk terus sahaja menjenguk2 dunia maya.. seakan ada sesuatu yang tidak cukup dalam diriku tatkala 3 hari tidak berjumpa dengan internet... ah, dalam 3 hari, macam2 boleh berlaku... ada yang mampu membuatku tersenyum (kredit buat aduka dengan lawak jambunya)... juga ada yang buat aku sayu.. ah, tianggalkan itu kerana yang namanya makhluk itu lemah.. pasti ada melakukan silap sana-sini.. biasalah, maka sahaja ada istilah saling maaf memaafkan juga Allah bagi peluang akan yang namanya taubat.. moga kita tergolong dalam golongan kanan yang beroleh untung...

Aku sebetulnya sudah merangka2 untuk menulis darihal kembara jalananku ke Alor Star... ya untuk yang kesekian kalinya... benar, aku puas sekadar melihat2 dunia Allah... kerana bagiku luas perjalanan bertambah pengalaman dan aku sangat percaya bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik... namun, aku terpaksa menangguh tulisanku atas tajuk itu kerana pintu hatiku tiba-tiba diketuk dengan perasaan meronta-ronta sambil menyoal diri sendiri... selama ini, aku begitu kuat berpolitik... mana yang aku tidak sampai?.. Kuala terengganu... permatang pauh... bukit gantang.. malah penantipun sempat aku sampai walaupun tidak bergerak kerja...

Aku pernah dengan jariku menulis bahawa PAS itu bukan sekadar siyasah, namun jauh dari itu ia juga medan tarbiyah melangkau medan dakwah dan jauh menusuk juga medan untuk melakukan segala bentuk kebajikan... ah, adakah retorik semata2??... aku jadi tersentak tatkala aku terlupa bahawa pembangunan insan itu juga sangat penting... kerana tanpa pembangunan jiwa ini, sesama ahli gerakanpun mampu bercakaran... dan lebih sadis, ahli gerakan begitu ghairah berpolitik bertempik sana sini dan telah dengan sengaja melupakan segala elemen lain Islam yang syumul... aku menyesali diri sendiri sebenarnya tatkala membaca blog yang sepatutnya aku mengambil tanggungjawab diatasnya.. kerana aku pernah berkira2 untuk menyumbang jika tidak dengan kewanganpun cukuplah dikira disana nanti ikhlas jari2 yang menaip!...

Cabaran Baru (Sediakan Dana Atau Bahan Binaan)

Masjid Dijangka Akan Dapat Digunakan Ramadhan 1430Hijriyyah

Syukur alHamduliLLaah! Sekalipun perlahan, kemajuan pembinaan masjid tetap ada.

Awal bulan jun 2009 beberapa petang saya datang berehat dalam bangunan masjid yang sedang dibina. Setelah penat program siang sementara tiba malam untuk kekuliah maghrib sempat jugalah melihat-lihat hasil kerja yang dilakukan Tok Wan, Abang Halim dan anak-anak buah beliau. Sesekali terfikir "lambat sungguh siap masjid ni", "alangkah perlahannya kerja-kerja kami, gotong-royong tegak tiang 1 april 2008, sekarang dah jun 2009, lama tu"

Hari sabtu 060609 ibu mertua salah seorang AJK kami meninggal dunia. Pada malamnya kami kerumah keluarga beliau untuk tahlil. Selepas itu kami kembali kemasjid. Ketika kami sedang berbincang seorang kotraktor datang menyertai kami. Beliau adalah salah seorang ahli keluarga mak cik yang baru meninggal dunia.

AlhamduliLLaah! Beliau menyatakan telah meninjau projek pembinaan masjid ditapak al Madrasah al Insaaniyyah. Beliau berjanji akan menghantar 2 orang dari pekerja beliau untuk melakukan kerja setiap hari sehingga masjid siap. Kami hanya perlu sediakan bahan-bahan binaan.

Nah! Kini kami berhadapan dengan cabaran baru, mendapatkan dana secukupnya untuk mempastikan masjid madrasah dapat disiapkan dengan kadar segera.

Semoga projek ini tidak terbantut lagi dan dapat disiapkan sebelum Ramadhan 1430 hijriyyah.

Terima kasih.

Gambar bangunan masjid pada 09 jun 2009

Pandangan belakang bangunan masjid dan bangunan tandas


Anak-anak Acheh melakukan kerja-kerja persediaan untuk memasang kekuda serambi masjid

maklumat lanjut <sini>

Teruskan Bacaan......

Friday, June 12, 2009

Gue ke Alor Star

Hujung minggu nie gue mau ke alor star.. my naquib ajak ke kenduri kahwin sedara belah zaujah dia.. act meraikan kemengagguran daku yang pertama la nie.. haha.. btw nak g jumpa ustadz zizan.. mana tau dia nak amek keje jadi SU akbar dia ka.. wakaka

Tengah merancang2 dalam pale otak apa la nak buat sementara nak cri keje nie.. erm nak sambung master dah x layak... hauhua... kalau ikut my umi kire suh balik johor je.. wa... kene balik gak ke??... kuikui... ok la... mcm manapun aku jenis percaya pada rezeki dah Allah tetapkan.. berjalanlah mengikut susunannya.. I'syaAllah ada kat mana2... hehe... btw kalau tanam pisang kaya apa!!

haha.. jumpa lagi senin nanti!!

Teruskan Bacaan......

Siri 2: Perempuan P**ka??..

X nak banyak cakap la.. apa kata masing2 g nengok sendri.. then nilai... kata orang jangan terima satu pihak je... so, g la cri n tanya satu pihak lagi... erkk makin seram lak jadinya kisah nie.. melibatkan alam yang satu lagi... aik.. ada bape banyak lak alam?... entahlah... manusia makhluk lemah dan punya keterbatasan diri.. maka nak jadi kuat... disandarkan pada yang lain selain Allah... maka manusia biasa2 jadi seram.. macam aku la.. yang masih duk seram sambil menganggur2 nie.. huahua.. layan!!





Teruskan Bacaan......

Thursday, June 11, 2009

Lumba Haram!!

Aku cukup benci kalau ada ahli gerakan yang bawak motor macam nak bunuh diri sendiri... masalahnya ramai pula yang mcm tu.. Bila ditegur mulalah kata masa itu emas... hidup mati ditangan Allah... Kalau ada yakin yang tinggi, x perlu takut sekadar bawa laju sedikit... Argghhh.. entah, aku benci!... itu bab motor... yang bawak kereta juga satu hal... aku pulak jenis yang menumpang... so, kalau ada yang bawak laju memang nak kene la... ko jangan cuba2 nak bunuh aku secara halus!!... Erk sapa suruh ko tumpang??... katanya semula.. lol!

Semalam, usai balik dari solat magrib, aku sempat singgah pasar malam... yup pasar malam sekitar2 rumah sahaja... kawasan aku duduk nie sempadan 3 negeri.. maka boleh kata seminggu ada 4 pasar malam area sini... hehe... selaku orang bujang, makanan berbungkus2 begitu adalah bekalan yang cukup baik bagi meneruskan hidup... disamping agak murah... juga tidak perlu memasak sendiri... hehe

Ini bukan kisah pasar malam... tapi ini kisah sekumpulan mat motor yang aku terpaksa gunakan istilah sial buat mereka... dalam lingkungan 10 biji motor... dengan tetiba memekak membawa selaju mungkin di kawasan pasar malam tersebut... aku sangat tidak faham apa yang cuba mereka buktikan... mungkin sahaja biasa bagiku berjumpa perkumpulan begitu... namun yang membuatkan aku menjadi sangat panas hati adalah salah seorang daripda mereka nyaris terlanggar seorang budak kecil berumur sekitar 8 ke sembilan tahun... nasib baik budak itu sempat mengelak dan jatuh ke tepi jalan... sedikit luka tangannya... orang ramai sudah menjerit2 memaki hamun mat rempit tersebut... rupanya mereka sedang berlumba haram... arghh awal gile berlumba!!!

Menambah luka dihati aku adalah apabila dengan jelas aku ternampak salah seorang daripada mereka memakai baju dengan logo BN... argh... memang nak kene maki la dengan aku... so, dedikasi buat mereka... terimalah gambar nie!!




Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 10, 2009

Cari Jodoh.. Dedikasi buat Aduka Taruna 2... :-)



Napsu hanya mampu dikawal apabila manusia dapat memenuhi separuh lagi daripada keperluan hidup iaitu perkahwinan... bukan sekadar nafsu bersifat keinginan sahaja, jauh daripada itu termasuk juga nafsu amarah...

Apabila ada diantara kamu seorang yang sudah bernikah sementara yang lain belum, maka yang sudah bernikah itu lantiklah menjadi imam... begitulah islam mengajar bagaimana keperluan manusia diatur cukup cantik...

Hehe dan aku sangat percaya dengan cara ini sahaja dapat menjinakkan Aduka Taruna supaya lebih mampu mengawal napsu amarah, napsu dalam penulisan malah napsu keinginannya... Maka kempen cari Jodoh dedikasi ini akan diteruskan.. Moga berjaya..

Wakaka

Teruskan Bacaan......

Berjayanya Mereka!!

Nie antara step2 yang diajar dalam BTN bagaimana mengeruhkan sesuatu hubungan... baca dengan hati yang dalam dan lihat walau apapun ideanya walau bagaimana baguspun ideanya.. namun, jika membawa keburukan kepada jemaah dan pakatan... wajarlah diketepikan dahulu... jika tidak... Maka jadilah begini...

KUALA LUMPUR 9 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diminta tidak 'membuat kacau' berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.

Tegasnya, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, nasihat kedua-dua parti 'pengacau' itu dilihat tidak langsung menguntungkan negara sekali gus membantutkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan kedua-dua parti berkaitan diminta tidak memberi nasihat yang tidak menguntungkan.

"Soal perpaduan harus diutamakan mana-mana parti politik di negara ini. Sesiapa yang tidak suka perpaduan bermakna tidak mempunyai pendirian kukuh untuk membina negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Republik Singapura, Lui Tuck Yew di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Abdul Hadi mengutarakan idea tersebut pada Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu.

Bagaimanapun PKR dan DAP tidak bersetuju dengan idea Abdul Hadi terhadap pembentukan kerajaan perpaduan itu yang dilihat hanya akan melemahkan pakatan pembangkang sendiri.

Tambah Rais, penghargaan harus diberikan kepada Abdul Hadi di atas keterbukaan dan pandangannya untuk melihat suasana politik negara yang baik pada masa depan.

Katanya, pujian tinggi juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memandang idea itu dengan penuh keterbukaan.

"Kita hargai usaha Abdul Hadi itu dan kita juga mengagumi Najib dan Muhyiddin kerana keterbukaan mereka menerima idea tersebut.

"Kita yakin usaha itu akan dibincangkan dalam masa terdekat," ujarnya.




Teruskan Bacaan......

Siri 1: Perempuan P**ka??...

Arggghhh seram lak tengah2 hari nie... baru je lepas2 rewang2 kat TKO.. erm macam2 gak jadinya... tapi x banyak yang membina dalam forum... kalau dipusing2 isu yang agak sama je... hujahpun kurang mantap dah.. masing2 main hujah emosi... hehe.. emosi rakyat Malaysia sukar betul dikawal sekarang nie... entahlah.. mungkin kesan kehidupan yang makin ditekan dan tertekan...

Tapi ada sesuatu yang betul2 menarik perhatian aku tadi.. kisah seram jugaklah... dan yang sangat pasti bakal jadi BOOM sehari dua nie.. kalau x bertahunpun jadi modal politik belasah orang... hehe.. nak2 kalau abang Mat yang bawak cerita nie nanti.. ceramah lak Khamis malam jumaat... mesti Wak Banjari terpaksa menghentikan segala aktiviti klewon dia... seram wak!!... serius seram.. takut den dibuatnya!

Ok... kepada pengunjung blog buruk nie.. yang ada orang ckp x sesuai dah guna nama blog konsesi dakwah.. sebab x de unsur2 nak dakwah dah dalam nie.. melainkan borak2 kosong dan kata2 yang sia2... coz lahir dari penulisan yang x bermanfaat... sebab sendri tulis sendri syok.. wakaka...

Apa2 halpun.. layan la siri satu nie... nengok seram x seram... coz terbayang dah mcm mana suasa Malaysia lepas nie kalau betul la segala apa yang ada dalam tu... kuikui... Layan!!



Teruskan Bacaan......

Tuesday, June 9, 2009

Suku Kedua Pemerintahan...

Diam x diam sudah melewati suku kedua pemerintahan sejak peristiwa mac 8, tahun lepas... jika perayaan 100 hari pemerintahan 5 negeri dahulu... pimpinan pakatan sering mengatakan beri cukup masa untuk merealisasikan segala janji2 yang ditabur... Janji UBN memang x kan pernah ditagih.. kitapun dah kenal rapat sapa UBN nie... tapi kerajaan pakatan nie kita baru je nak bekenal2 rapat dan mesra... ya, sudah masuk suku kedua pemerintahan... jadi, perlukah rakyat yang ingatkan janji2 yang ditabur dahulu??

Erm baik PAS, DAP mahupun PKR... nampaknya sekarang fokus dah sedikit lari... kalau x laripun, cuma melihat dari sudut pandangan lain.. pandangan kebanyakkan orang... mula2 PKR dengan isu kesetiaan dan murahannya... diikuti DAP dengan isu moral... sekarang PAS (harap tidak) dengan isu nak tunjuk kuatnya... kadang2 kalau diikutkan hati yang x terkawal dek hembusan Syaitan... mahu lari je jemaah nie... tapi nak kemana??... ada pilihan ka??... ye la.. kalau ditegur... maka isu wala' akan serta merta keluar... ah konon ikut saluran yang betul... cuba bagi sini satu saluran yang dikatakan betul tu dan selepasnya tindakan akan diambil.. sedang cakap2 dalam muktamarpun boleh buat bodoh...

Aku menulis nie bukan nak kurang ajar dengan pimpinan... tapi setakat sekarang, aku lihat banyak pimpinan yang buat kurang ajar dengan ahli... apa kehalnya??... x dapat nak cover masalah, maka dengan selambanya kata termakan dakyah media masa yang dipunyai UBN.. tapi entah apa alasan dibuka pintu untuk segala bentuk dakyah itu bertapak.. jika tidak ada pintu2 yang dibuka... masakan dengan senang nak diputarkan oleh komponen UBN itu... baca harakah tadi, aku geleng kepala... aku ka yang x paham atau??... ah, aku kot yang x paham... negara lain buat juga.. tapi sebab x dak satupun parti yang ada undi majoriti... sebenarnya UBN tu adalah UG la tu... tetiba sebok nak masuk dalam UG orang apa kehal??... konon2 UBN akan setuju la...

Oiii pimpinan2 PR.. daripada duk borak benda yang buat pecah belah nie.. baiklah fokus tunaikan janji2 dulu... jangan sampai pakatan nie jadi sejarah dalam buku teks tingkatan 2 yang sudah disunting je!!


Teruskan Bacaan......

Monday, June 8, 2009

Kita hidup dalam sejarah yang Berulang!!


Didalam Al-Quran... selain menceritakan perihal hukum hakam... perjalanan hidup Nabi Muhammad... Fenomena Alam Ghaib... Perkara yang bakal terjadi... rupa-rupanya Allah juga merakamkan peristiwa-peristiwa terdahulu sebelum kelahiran junjungan mulia...

Sifat Allah yang Maha Mengetahui tidak akan boleh disangkal kerana Allah pasti tahu bahawa umat terkehadapan akan mengalami sekali lagi apa yang pernah dialami oleh umat terdahulu... dan kebanyakan kisah adalah suatu pengajaran yang sangat berguna... bagi yang mampu mengambil iktibar... namun akan pula menjadi suatu kerugian jika tidak dengan serius untuk cuba tidak terjerumus ke dalam kesilapan-kesilapan yang aib itu.

Kebiasaannya, golongan agamawan begitu takut untuk melakukan kesilapan yang sama secara berulang-ulang... kerana sifat mereka yang mengaji bagaimana janganlah kita dipatuk ular didalam lubang yang sama sebanyak dua kali... malah, sakit yang dahulu belum hilang dan masih berbekas dengan dalam... namun dengan tiba-tiba sebahagian daripada golongan itu dengan tiba-tiba menghulurkan lagi anggota ke dalam lubang yang sama dan lebih dahsyat ular dahulu masih hidup dan menunggu penuh sabar...

Ya, inilah hakikat... kita hidup dalam sejarah yang berulang!!... Moga kali ini kurang sikit sakitnya...

p/s: ini bukan ancaman bunuh ular!

Teruskan Bacaan......

Sunday, June 7, 2009

Tribute Buat GMI dan Kak Laila...





Tak terkata... Moga Allah membuka hati2 manusia yang masih tidak punya perasaan atas kezaliman ini supaya dapat membuka mata dan hati akan kezaliman yang tidak termaafkan!!...

Kau benar hebat wahai seluruh warga GMI... dan buat kak laila... moga Allah balas segala kesakitan kau dan keluargaMu di akhirat sana.. moga menjadi bekal yang terbaik buat berjumpa Dia yang maha Kuasa... amin

Kisah2 yang mencengkam hati... <sini>


Teruskan Bacaan......

Saturday, June 6, 2009

Tulus Dari Hati...

Ya Allah,

Jika hati-hati ini tidak lagi bertaut atas landasan JalanMu,
Tegurlah hati-hati ini dengan segala cara yang kau mahu.

Andai hati-hati ini telah alpa lantaran cubaan yang Kau berikan,
Rungkaikanlah ujian ini menjadi sesuatu yang mampu kami harungi,
Walau kami tahu setiap ujian Kau timpakan pada hambaMu yang layak memikul,
Namun ketahuilah diri kami telah dengan sedar atas tidak menerima godaan nafsu dan syaitan.
Apa sudilah kiranya Kau hapuskanlah setiap godaan yang mencengkam hati-hati kami.


Wahai yang Maha Pengasih,

Aku hanyalah hambaMu yang hina,
Namun aku bersyukur atas nikmat Iman dan Islam,
Kekalkanlah aku didalamnya sehingga waktu Kau perhitung.


Wahai pemilik langit, bumi dan yang ghaib,

Dengan sedikit ilham yang kau ciptakan buatku,
Aku memilih PAS sebagai wadah buat menemuiMu,
Kerana aku tidak punya banyak pilihan,
Inilah yang terbaik menurut penilaianku.


Namun hari ini wahai yang Maha Pengasih,

Hatiku menjadi hiba dan sangat takut,
Adakah wadah kami yang menjadi alat ini ingin Kau ganti?
Lantaran alpanya kami,
Atau adakah ini suatu siri dari jenis ujian?
Yang bakal lebih mematangkan,
Atau benarkah kau sedang melakukan saringan?
Pada hanya yang sebenar pejuang.
Atau mungkin kau berikan peringatan?
Atas lemahnya makhluk ciptaan.
Sesungguhnya segala sesuatu didalam genggamanMu.


Ya Rabb,

Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,
Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,
Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,

Jika benar hari ini sesuatu yang jahat telah meresap dalam PAS,
Aku Redha Kau bukakanlah hijap kejahatan,
Andai itu bakal memulihkan PAS.

Hanya kepadaMu Ya Allah aku Memohon….

Konsesi Dakwah
6 June 2009
8.31 pm
Penang


Teruskan Bacaan......

Ponzi!!

Beberapa hari lepas sebelum si nyle balik tolong uruskan adik dia kawen.. si jane tu, aku ada borak2 kat shout box dia pasal ponzi... istilah nie pertama kali aku dengar adalah dalam web UZAR rasanya... aku dah lupa.. tapi dah agak lama gak la...

Nak jadi cerita... semalam seorang sahabat aku yang sama2 duk menganggur n sibuk duk intw keje sana sini telah ditipu... sebenarnya bukanlah besar mana... sekadar 20 ringgit je... wang proses katanya...

Aku pelik la manusia nie.. adakah begitu sekali nilainya duit sampai tergamak mereka2 ini mencarinya dengan segala jalan yang boleh... yup betul UZAR kata matlamat x menghalalkan cara sebenarnya tidak seratus peratus ada dalam Islam.. tapi dalam kes nie aku sangat yakin mereka2 ini tak termasukpun dalam kes darurat yang dibenarkan islam...

Modusnya mudah... sebenarnya dia sekadar ingin mengisi masa lapang dengan mencari sedikit duit poket.. dan biasalah... bagi orang yang mempunyai internet.. rasanya bekerja dengan komputer dan internet adalah mudah... dan sebenarnya pernah juga melakukan kerja2 begini... yup juru taip... sekadar proses maklumat yang perlu ditaip... biasa bukan dilakukan??... malah kakakku pernah mengambil upah menjadi juru taip setiap kali cuti semester pengajiannya... jadi aku berpendapat adalah tidak mustahil pekerjaan ini dapat dilakukan...

Maka dengan satu link yang entah dari mana dia jumpa... dengan wang proses 20 ringgit maka diapun mendaftar... ah, tahukah anda apa yang terjadi??... wakaka rupanya mereka mengajar bagaimana membuat web yang serupa dengan mereka dan mengharapkan ada orang yang mendaftar... dan yuran duit orang yang mendaftar itulah pendapatannya... haha... sadisnya manusia!!...

P/S: aku sedang berkira-kira untuk mendedahkan nama dan no akaun orang yang telah menipu sahabatku itu di alam Maya ini.. erm perlukah??... apa serasa anda??... sekadar tidak mahu ada yang lain tertipu!!

Teruskan Bacaan......

Fuh Lega!!


Baru balik dari pergi 2 kenduri kawen... dalam pejalanan tadi si uma msg... dia kata ada orang tegolek... aku buat x tau je sebab aku tau uma memang suke merapu bab tegolek2 nie... tapi dalam hati duk pikir... pasal apa lak tegolek??... wakaka.. sedap2 je pagi tadi akbar lawan versi online duk dengan yakin tulis berita pasal x tegolek... alih2 si uma kata tegolek... hehe... x berapa paham aku walaupun secara serius ada sedikit terkilan... haha... tapi sebenarnya siapapun yang menang, aku sangat pasti aku masih punya rasa terkilan sebab bila ada yang menang, ada yang kalah... huhu... dan aku terkilan akan yang kalah la... kemana hala tuju mereka selepas ini??... erm abang Mat masih lagi ka dapat peranan memobilasi gerakan gempur??... adakah Yb Husam akan terus tinggal dan berurusan di kelantan sahaja... ish sangat rugi kalau bakat nasionalnya sekadar terdampar dikelantan... ke mana mereka selepas ini??

Namun Fuh lega... akhirnya segalanya selesai!!... sebenarnya sudah boleh dijangka... keputusan akan jadi mcm tu... bayangkanlah.. perwakilan dewan ulama' pasti solid sokong Ustadz nasa... then perwakilan lain yang ada title Ustadz yang memang aku percaya ramai dalam tu akan secara serius juga mengundi ustadz nasa... ikut perkiraan aku, dapat 400 undi sudah cukup.. sebab satu kumpulan lagi akan pecah dua... yang merakyat akan pilih abang mat... yang agak profesional dan teratur kerjanya akan pilih YB Husam... so, itu hakikat yang jadi... maka x de isu sebenarnya kalau keputusan nie nak diperdebatkan lagi panjang2... aku lega sebab segalanya selesai!!... hehe.. tapi, benarkah segalanya selesai sekadar disini??.. erm check posting aku sebelumnya...

P/S: selamat bekerja kepada semua pimpinan PAS x kira menang atau kalah... bukankah ada pimpinan PAS yang duk cakap 4,5 kali masa tamrin kata kita bekerja x kira ada jawatan atau tidak... so, jangan lak gatal2 tetiba x de jawatan nak lari dari pejuangan... memang aku serahkan kat aduka la.. hehe... apa2pun syabas gak kat YB salahudin Ayub... Jadi x nak balik johor??... ala, betanding la kat Skudai... kak memot ada nolong kat sana.. huhu... apa kabar la si uda.. moga2 cepat sembuh.. amin

Teruskan Bacaan......

Dan Keputusannya!!


Ahaks... selama nie aku main tarik tali dan x menyatakan sokongan terus kepada mana2 pihak... but since dalam PAS peringkat tertinggipun susah nak jaga kerahsiaan... siap bley lepas maklumat keputusan yang belum di umum kepada mstar... haha... kalaupun maklumat tu betul... entah aku rasa lain mcm je... aku doa2 dalam hati moga2 orang2 yang dakwa dapat maklumat dalaman tu membohong je... hehe... tapi kalau betul bocor maklumat... maka janganlah dimarah ahli bawahan kalau lebih kerap melakukannya... sebab aku pernah kene maki dengan teruk sebab dituduh x menjaga kerahsian.. kerahsian yang entah apa2... arg tinggalkan benda tu... sebab ramai org kata budak2 mahasiswa yang konon berjuang dengan jemaah nie retorik je.. huahua... orag kata la...

Ok, skang aku nak umumkan... yup, secara peribadi aku menyokong Abang Mat untuk menang... namun secara Ummah, aku menyokong YB Husam sebagai pemenang... tapi aku x dak masalah lansung kalau Ustadz Nasa yang menang... Aku dah analisis hujah2 penentang ketiga2 calon nie... tapi atas kapasiti aku sebagai budak baru belajar (kata forumer TKO.. hehe)... aku mempunyai pandangan, x relevannya pandangan mereka kalau disabitkan kepada keputusan individu... ah, namakan sahaja PAS adalah jemaah!!... ya, anggapkan sahaja ustadz nasa menang dan masih juga meneruskan perbincangan dengan UMNO which is memang aku tentang habis-habisan la... but, adakah keputusannya itu mutlak untuk parti??... bukankah ia masih juga tertakluk dengan banyak saringan... sidang harian sekurang-kurangnya... dan lebih dari itu, inilah fungsi Syura!!... begitu juga abang mat mahupun Yb Husam...

Jadi, aku berpandangan... siapapun yang menang... jika masih juga membawa idea peribadi... tidak punya masalah selagi syura masih yang tertinggi dan masih di galas oleh orang yang betul.., but kalau betul kata 'sumber dalaman' tu berkaitan Yb Husam menang... hehe... aku suke sangatlah... btw Yb husam pernah belanja aku makan... bukan aku sorang la... wakaka... petugas2 Bukit gantang dulu... satu meja dia belanja ( arg.. salah satu kempen ke dia belanja makan tu??... sebelum2 nie dia ada belanja org lain x??... wakaka).. nasib baik dalam meja tu x dak sorangpun sibuk minta kawasan bagi jadi perwakilan... hehe... so, ada lagi isu kempen??...

Haha.. apa2 hal, bersabarlah sikit je lagi... keputusan pasti akan diumumkan gak nanti... so, siapapun yang menang, adalah sangat diharapkan mampu bertugas dengan lebih baik... salam perjuangan...Takbir!!

Teruskan Bacaan......

Friday, June 5, 2009

YB Salahuddin Ayub... Jom Balik Kampung...


Aku tertarik pagi nie bila baca hujah wakil Johor dalam muktamar dewan pemuda PAS 2009... ya, boleh saja aku abaikan bab Renggo yang nyanyi lalu masyuk Aduka Taruna... haha.. lansung x menarik minatku... tapi aku tersenyum sendiri apabila secara seloroh wakil Johor tersebut meminta mantan Ketua Pemuda supaya balik ke Johor membantu jentera negeri... Yup, selari sekali dengan hasratku... benar, jika aku adalah perwakilan, aku juga ingin menyuarakan perkara yang sama... aku kira pemuda-pemuda Johor juga sudah berubah selari dengan perubahan nasional...

Namun, mereka pastinya memerlukan seorang ikon yang mampu lebih menarik dan memberi keberanian kepada mereka untuk mengubah suasana.. Johor bukan seperti negeri2 lain umpama Perak, Selangor mahupun Kedah... Isu di Johor adalah golongan muda ini terpaksa beradu dengan ibu2 dan bapa2 sendiri... Maka sahaja mereka tidak ingin berlaku pergeseran keluarga... dan hasilnya pegangan politik menjadi rahsia diri... ah, terlalu ramai sahabatku begitu!!... keluar daripada Johor menjadi PAS namun pulang ke johor menjadi nuetral mahupun UMNO... huhu

p/s: ok YB, kalau YB jadi balik dan betanding kat Johor nanti... teman janji akan balik Johor kempen gile2 buat YB... hehe... Yb nie orang kampung teman nie... cikgu ayob tu sapa x kenal kat kampung... hehe... tapi baru2 nie eksiden... moga2 dah sembuh... zaujah diapun x berapa sihat sekarang... banyak betul dugaan jadi pejuang nie... erm apa2 hal kalau YB balik kampung... call le teman... hehe

Teruskan Bacaan......

Thursday, June 4, 2009

Terharu...

Entah kenapa tetiba aku terharu apabila mendengar dan melihat muktamar muslimat PAS Pusat... ya, perbincangannya biasa-biasa.. benar hebat... namun, itu belum mampu menyentuh hatiku sedalam ini... tetapi yang membuatkan aku terharu tatkala ini dan lansung tidak dapat menahan sebak yang entah lain macam... mungkin bagi orang lain adalah biasa-biasa... namun, sangat berbekas dalam hatiku... ah, namakan sahaja derma jihad... ya benar derma jihad yang mereka lakukan dan terus diserahkan kepada wakil dari bumi palastine... ah, jika jumlah 6000++ itu sudah cukup besar bagiku... namun yang berjaya mencuit hatiku adalah 2 bentuk cincin dan seutas gelang emas yang mereka sumbangkan... ah, x terkata... jika muslimat sudah begitu taranya.. mka dimanakah aku disisi perjuangan??... aku sangat jauh dan bukanlah siapa2... belum pernah rasanya aku menderma jihad lebih daripada 5 ringgit.. ah kerapnya sekadar seringgit dua... Ya Allah malunya hambaMu ini... tribute buat muslimat PAS!!



p/s: tahniah ustazah nuridah... menang ketua muslimat PAS 2009-2011!!.. takbir!!

Teruskan Bacaan......

Email Kene Serang!!

Aku nak umumkan bahawa email aku baru je kene rampas tadi.. seseorang dari ohio US telah merampas ID aku dengan menggunakan nick Ruth... pihak yahoo telah menghubungi aku dan minta tukar Password... Arghhh... nasib baik dia x buat apa2 yang pelik... rupa2nya dia guna akaun email aku untuk send hampir 200 email tentang may be skim cepat kaya or yang sewaktu dengannya... maka dengan ini jika ada sesiapa kenalan yang menerima email berkaitan skim ponzy or apa2 la yang berkaitan pusing2 duit nie... tolong just delete n abaikan je... erkkk.. kene create ID baru ka??... ces kek betul.. baru beberapa hari lepas aku membebel pasal benda2 nie.. hari nie kene kat aku... huhu...

Nasib baik blog nie guna akaun Gmail!!

Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 3, 2009

Bekerjalah...


Erm dah angkat sumpah sebagai TKM1 Pulau pinang dah Dr Mansor nie... baguslah... x lec USM nie aku harapkan dapat menunaikan segala janji yang beliau telah gariskan semasa berkempen... jangan nanti rakyat tidak melihat sebarang perubahan.. Melayu nie lain skit.. sensitip dia lain macam... kalau sekali dah marah.. teruk nak mujuk semula... maka jangan pandai2 nak tabur janji but then dengan muka poyo buat x tau.. dah la Penang tinggal bape kerat je Melayu dalam pentadbiran... modal yang umpuh bagi UBN... memang jadi zikir depa la hal2 Melayu sikit dlam pentadbiran nie.. nak2 bila tiba time2 nak PRU nanti... maka, untuk selamat... bersedialah dari sekarang.. tunjuk memang PR berbeza dari segla segi dari BN dalam memerintah.. sudah tentu berbeza dari segi jauh lebih baik!!

Apa2pun.. selamat bertugas!!... jangan lak lepas nie ignore pulak PAS Pulau pinang... besilat nanti Pemuda susah lak Ustadz Salleh Man nak menjawab.. kesian dia... huhu

Supaya x lupa.. aku lampirkan sekali janji2 nie... moga x dapat buat semuapun.. jangan pandai2 nak tinggal semua...

"Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:
  1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
  2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
  3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
  4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
  5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
  7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
  8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
  9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
  10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti"



Teruskan Bacaan......

Legasi ini Bukan Kamu Yang Mulakan!!



Jika pemilihan yang lalu... aku tidak begitu sensitif seperti kali ini... entahlah... bukan tidak berminat... tetapi mungkin aku tidak begitu terdedah dengan media baru seperti yang ada sekarang... aku percaya... mana-mana pemilihan dalam muktamar.. pasti ada kurang banyak pergeseran sana-sini... namun uniknya PAS, selepas habis muktamar, selesai segalanya disitu.. kemudiannya gerak kerja akan berjalan seperti biasa...

Tetapi kali ini, lain benar rentaknya... walau cuma satu jawatan yang terlihat begitu sengit saingannya... namun, entah syaitan apa membisikkan ke telingaku mengandaikan bahawa pemilihan kali ini tidak akan selesai sekadar selepas muktamar... bukan sekadar calon yang bertanding... jauh dari itu aku lebih risaukan kelompok-kelompok yang menyokong... Ya Allah, bantulah pejuang-pejuangMu...

Cuma mungkin satu yang mampu aku ungkapkan... Legasi ini bukan Kamu yang Mulakan!!... tetapi jangan sampai Kamu yang mengakhirkan!!

p/s: jika tersedar kita seakan dikuasai napsu... apa salahnya menoleh sebentar kebelakang... ingatilah pejuang2 terdahulu.. penat lelah mereka... perit jerih mereka... sampaikah hati kita memusnahkan apa yang sudah mereka bawakan??... Al-Fatihah buat Almarhum Ustadz Fadhil Noor... amin

Teruskan Bacaan......

Tuesday, June 2, 2009

Cyber War... pro n cons!

Pagi nie aku ambil masa dekat 2 jam gak membongkar dari satu blog ke satu blog... huhu.. matlamat satu je... coz semalam aku terbaca MSO punya artikel.. aku sedia maklum bagaimana sinis MSO terhadap YB Husam... yup.. aku berpandangan ada la luka-luka lama antara mereka berdua suatu masa dahulu... biasa la tu.. namapun manusia... tapi entah kenapa pagi nie... aku terhidu satu cyber war yang maha dasyat... erk... ke aku sorang yang rasakan nie??

Aku x berani nak berpihak.. since x tahu menahupun apa yang terjadi sebenarnya... aku adalah ahli PAS yang menghargai semua golongan... atau terlalu berbaik sangka??... huhu.. adakah dengan 'mungkin' pernah sedikit melakukan kesilapan.. maka hukuman gantung terus dikenakan dan seterusnya melupakan pula jasa-jasa pengorbanan yang lain... baik MSO mahupun YB Husam dan blogger2 lainnya juga... masing-masing adalah menyumbang pada pembangunan PAS.. dengan cara sendiri... tapi berbaloikah apa yang telah dilakukan selama ini dengan secara 'mesra' berperang terabur peluru begini... ah, aku sempat membayangkan semuanya kerana pemilihan PAS 2009... kalaulah semudah itu dan minggu depan segalanya kembali ok... huhu


Dan semalam gak tetiba si nyle naik angin... haha... aku pelik la manusia2 nie... kalau betul berjuang untuk sesuatu yang benar... kenapalah bermusim... arg... semalam bab Abang Mat Sabu Syiah... haha... akupun x tau la Syiah ke tidak abang Mat Sabu tu... tapi yang aku persoalkan adalah kenapa time pemilihan begini baru keluar semua cerita tu semula??... dan lebih malang ada sorang bagi email... sebab go go MU daku tu... haha... boleh pulak ye dia kata aku budak2 lagi dan x faham selok belok politik... belajar lagi... hehe... sadis dan sinis sekali... setakat nie adalah email kedua aku terima sebagai moderator TKO dan merupakan satu kritikan... sebolehnya aku terima sahaja.. ya mungkin aku belum betul2 faham apa itu politik... tapi tahukah kalian semua... orang2 seusiaku dan sepertikulah yang bakal menentukan politik itu bagaimana nanti kedepan... hehe

p/s: Wak Al-Banjari... ermmm... ulama' tu sapa ek??... huhu dan UBN memang agak bejaya la kalau time2 pemilihan PAS nie... huhu... mainan depa selalu menjadi... tapi aku secara peribadi berdoa... moga2 PAS masih kekal seperti dahulu.. selepas segalanya selesai... maka selesai jugalah segala puak2... masa bekerja jauh lebih penting... mari jadikan usaha UBN sebagai sesuatu yang sia2!!


Teruskan Bacaan......

Monday, June 1, 2009

Go go MU!!


yeah... aku sebenarnya x berapa nak ambil pusing sangat pasal Penanti.. mentaliti Melayu beb.. pikir dah selamat.. mcm x perlu je abis tenaga.. hehe.. walaupun ada gak la telibat malah penah gak meeting pelaksanaan ngan ustadz Salleh Man... sori2 x dapat bg komitmen lak kat Penanti... huhu.. x de feel la coz lawan sebenar x masuk gelanggang.. sejak akhir2 nie depa memang pengecut.. haha... biau pi la.. dah memang mcm tu... nie namanya PRKmaphobia... kuang2... dan tahniah gak la kat PKR coz menang dengan majoriti lebih besar walaupun undi dapat kurang bebanding sebelum nie.. hehe.. pengundi yang duk luarpun pikir ratus kali gak nak balik... hauhua

Minggu niepun dijangka akan panas gile coz muktamar PAS... biasa muktamar hanya akan hot setiap kali ada pemilihan.. hehe.. dan tahun nie memang ada pemilihan kepimpinan baru.. walaupun semua tahu banyak gak kepimpinan tertinggi menang tanpa bertanding.. tahniah kepada TG Haji Hadi sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi parti ini walaupun orang mcm Aduka akan berbulu... haha.. ces dia tu kutuk je la kejenya.. suh bagi nama nak gantipun dia x dapat tu... kuang2... pastu suh kawen x layan lak... ces kek betul... haha... berbekas gile hal2 lama ye.. hauhua

So, paling hot pastinya perebutan antara YB Husam, Ustadz Nasa dengan abang Mat... haha... semua orang sibuk ngan andaian dan pilihan masing2... haha... biasa la tu.. masing2 punya kecenderungan.. tapi aku cukup x berkenan politik membuka kemlemahan lawan untuk menang dan bukannya memberi kekuatan diri... politik mcm nie bagi pandangan peribadi aku kurang elok... pimpinan mungkin cool je.. tapi penyokong bawah nie la yang duk tergedik2... haha.. abis bab balak... bab masuk kelambu UMNO... bab Syiah semua keluar... haha... cepat la semuanya selesai... dan kembali bertugas... sebab yang jauh lebih penting adalah bagaimana merangka pelan baru dan terkini untuk membenamkan segala kejahatan UBN yang sudah lebih 50 tahun mencengkam... kamon PR... itu lebih penting!!

Dan 3 perenggan baru aku perasan... aku belum citepun bab yang kene mengena ngan Tajuk... haha.. sekali lagi mesti si AT bebulu ngan aku sebab dia memang anti ngan MU... haha... cukup marah dia bila kata lebih separuh manusia kat Mesia yang meminati bola sepak inggeris meminati MU... haha.. semua nak kata tipikal pemikiran Melayu.. ces... nada UMNO lak duk jaja Melayu nie... haha... dah2... mari kita masuk bab sebenar... tajuk entri nie adalah nak bagi semangat pada semua petugas PR kat manik Urai nanti.. coz aku dah putuskan nak bekampung kat kelantan .. hehe.. so, aku akan menganggurkan diri sehingga selesai PRK manik Urai... sebab aku nampak adalah sangat penting untuk kita benamkan UMNO terus dihati orang Melayu... perlu nie beb... kesan psykologi yang maha besar kalau UMNO mampu dikalahkan dengan majoriti yang depa x terpikir... dan UMNOpun pasti nak besarkan ego depa kata masih relevan.. maka sahaja manik Urai mungkin akan dilimpahi dengan segala bentuk rezeki... haha... mcm jalan segera kat area jalan ke Kuala Sepetang la.. dan2 buat baru... haha... tapi kene bagi siap sebelum ngundi la.. kalau x, jadi senasib la ngan BUkit gantang.. ada banyak gak projek tersadai... coz UBN kalah... haha

Ok nak cerita banyak x usah... nie aku nak menyeru seluruh pemutar2 alam yang duk cakap besar kat Alam cyber nie.. meh pakat ramai2 trun manik Urai... kalau x mampu nak g pasang bendera atau tampal posterpun sekurang2nya kat setiap UPU atau MTD mesti ada tabung jihad.. masukkanlah not2 paling kecil warna merah... memadailah tu daripada belagak jadi Bos x tentu hala... setakat sembang2 kosong... pastu bila menang claim akulah wira... ces... ramai lak tu jenis nie... haha... sampai bro cenangau x mampu nak kata apa dah.. hauhua... sabau je la bro...



Teruskan Bacaan......

Friday, May 29, 2009

Cari Jodoh... Dedikasi buat Aduka Taruna.. :-)



Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***




Teruskan Bacaan......

Konsert Antara Dunia '09


Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos


HAMPIR sedekad kumpulan nasyid Rabbani mengukuhkan label nama mereka di persada seni. Biar kemunculan penyanyi dalam genre yang sama tumbuh bagai cendawan selepas hujan, mereka masih utuh bersaing.

Paling membanggakan, kumpulan nasyid yang cukup dikenali dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali ini memahat nama dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menerusi anugerah itu, kategori Penyanyi/Artis Nasyid Popular setia menjadi milik mereka selama lapan kali berturut-turut. Tidak betah duduk diam dan selesa dengan kedudukan yang ada, Rabbani kini terus rancak merancang program menarik termasuk menganjurkan konsert.

Memilih lokasi yang sama sewaktu terbabit dalam Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Februari lalu iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam, sebuah konsert diberi nama Konsert Antara Dunia dijangka dipersembahkan pada 1 Ogos ini bermula jam 8.30 malam.

Bukan sekadar berhibur, konsert atas paksi kemanusiaan dan sarat dengan nilai murni itu dilaksanakan atas tujuan amal bagi mengumpul dana tabung pembangunan insan bagi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis).

“Setakat ini, tiket konsert besar kemungkinan akan ditetapkan pada harga RM10 untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi. Tiket biasa pula dijual sekitar harga RM30 dan RM50.


“Hasil penjualan tiket nanti akan disalurkan kepada fakir miskin dan anak yatim di Malaysia juga mangsa tsunami di Acheh. Malah, Rabbani dan Gamis berhasrat untuk ke sana menyampaikan dana atas tabung pendidikan itu.

“Jika tiada aral melintang, sepanjang hari itu juga satu karnival akan diadakan bermula pagi hingga ke tengah malam. Kepada yang mungkin berminat untuk berniaga atau membuka gerai jualan boleh menghubungi Shahrul Azhar di talian, 019-2225588,” kata Azadan Abdul Aziz mewakili Rabbani sewaktu dihubungi Hip baru-baru ini.

Persatuan itu turut menjadi rakan kerjasama merealisasikan konsert itu bersama Rabbani Productions. Ketika ini, semuanya masih dalam rangka perbincangan termasuk usaha untuk mendapatkan kumpulan dari seberang, Ungu selain beberapa orang artis tempatan.

“Ini antara kelainan yang kami sedang berusaha untuk tampilkan melalui kolaborasi dengan artis luar. Jika sebelum ini, Rabbani pernah berduet dengan Amy Search, siapa tahu hasrat berduet dengan Ungu pula bakal menjadi kenyataan jika semuanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang kami sedang usahakan ini ialah atas maklum balas dan cadangan peminat yang mahu Rabbani bekerjasama dengan Ungu. Tak dinafikan, Ungu juga antara kumpulan yang sering memperjuangkan lagu ketuhanan. Lalu, ruang baru ini dibuka demi kepuasan peminat.

“Pihak kami sendiri sudah berurusan dengan pihak Ungu dan ia berjalan dengan lancar. Cuma, biasalah kita masih menanti kata putus daripada mereka di samping perihal rundingan harga dan sebagainya,” kata Azadan lagi.

Masih merahsiakan konsep persembahan pada malam konsert itu nanti, Rabbani kini mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi penaja konsert terbabit.

Bahkan ketika ini pun produk Permata Hijrah yang baru melamar Rabbani sebagai duta sedang berkira-kira untuk menawarkan diri sebagai penaja. Malah, ada dua tiga syarikat yang berminat nak menjadi penaja pada peringkat permulaan ini.

“Setakat ini 60 peratus persetujuan sudah dicapai antara Permata Hijrah dan Rabbani. Kalau tiada halangan, siapa tahu syarikat ini akan terbuka hati untuk jadi penaja konsert itu.

“Sewaktu Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul diadakan, kami bersyukur kerana Telekom Malaysia Berhad (TM) sudi menaja, lalu untuk konsert ini kami masih merisik dan mencari penaja yang berminat,” kata Azadan sambil memberitahu mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai konsert itu boleh menghubunginya di talian, 019-2110300 atau layari laman web, www.rabbani.com.my

Pada masa yang sama, Rabbani turut rancak merancang pakej umrah bersempena cuti sekolah Jun ini. Menariknya juga, 10 orang anak yatim dan tidak bernasib baik daripada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim) akan turut serta mengerjakan umrah.

Maklumat Lanjut Di Sini


Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!