Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, June 11, 2009

Lumba Haram!!

Aku cukup benci kalau ada ahli gerakan yang bawak motor macam nak bunuh diri sendiri... masalahnya ramai pula yang mcm tu.. Bila ditegur mulalah kata masa itu emas... hidup mati ditangan Allah... Kalau ada yakin yang tinggi, x perlu takut sekadar bawa laju sedikit... Argghhh.. entah, aku benci!... itu bab motor... yang bawak kereta juga satu hal... aku pulak jenis yang menumpang... so, kalau ada yang bawak laju memang nak kene la... ko jangan cuba2 nak bunuh aku secara halus!!... Erk sapa suruh ko tumpang??... katanya semula.. lol!

Semalam, usai balik dari solat magrib, aku sempat singgah pasar malam... yup pasar malam sekitar2 rumah sahaja... kawasan aku duduk nie sempadan 3 negeri.. maka boleh kata seminggu ada 4 pasar malam area sini... hehe... selaku orang bujang, makanan berbungkus2 begitu adalah bekalan yang cukup baik bagi meneruskan hidup... disamping agak murah... juga tidak perlu memasak sendiri... hehe

Ini bukan kisah pasar malam... tapi ini kisah sekumpulan mat motor yang aku terpaksa gunakan istilah sial buat mereka... dalam lingkungan 10 biji motor... dengan tetiba memekak membawa selaju mungkin di kawasan pasar malam tersebut... aku sangat tidak faham apa yang cuba mereka buktikan... mungkin sahaja biasa bagiku berjumpa perkumpulan begitu... namun yang membuatkan aku menjadi sangat panas hati adalah salah seorang daripda mereka nyaris terlanggar seorang budak kecil berumur sekitar 8 ke sembilan tahun... nasib baik budak itu sempat mengelak dan jatuh ke tepi jalan... sedikit luka tangannya... orang ramai sudah menjerit2 memaki hamun mat rempit tersebut... rupanya mereka sedang berlumba haram... arghh awal gile berlumba!!!

Menambah luka dihati aku adalah apabila dengan jelas aku ternampak salah seorang daripada mereka memakai baju dengan logo BN... argh... memang nak kene maki la dengan aku... so, dedikasi buat mereka... terimalah gambar nie!!




1 comment:

abeteku said...

huhu.. nampaknya diriku kena bawak slow lah motor selepas ini bila najib nak tumpang.. hehe

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!