Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, June 8, 2009

Kita hidup dalam sejarah yang Berulang!!


Didalam Al-Quran... selain menceritakan perihal hukum hakam... perjalanan hidup Nabi Muhammad... Fenomena Alam Ghaib... Perkara yang bakal terjadi... rupa-rupanya Allah juga merakamkan peristiwa-peristiwa terdahulu sebelum kelahiran junjungan mulia...

Sifat Allah yang Maha Mengetahui tidak akan boleh disangkal kerana Allah pasti tahu bahawa umat terkehadapan akan mengalami sekali lagi apa yang pernah dialami oleh umat terdahulu... dan kebanyakan kisah adalah suatu pengajaran yang sangat berguna... bagi yang mampu mengambil iktibar... namun akan pula menjadi suatu kerugian jika tidak dengan serius untuk cuba tidak terjerumus ke dalam kesilapan-kesilapan yang aib itu.

Kebiasaannya, golongan agamawan begitu takut untuk melakukan kesilapan yang sama secara berulang-ulang... kerana sifat mereka yang mengaji bagaimana janganlah kita dipatuk ular didalam lubang yang sama sebanyak dua kali... malah, sakit yang dahulu belum hilang dan masih berbekas dengan dalam... namun dengan tiba-tiba sebahagian daripada golongan itu dengan tiba-tiba menghulurkan lagi anggota ke dalam lubang yang sama dan lebih dahsyat ular dahulu masih hidup dan menunggu penuh sabar...

Ya, inilah hakikat... kita hidup dalam sejarah yang berulang!!... Moga kali ini kurang sikit sakitnya...

p/s: ini bukan ancaman bunuh ular!

3 comments:

Unknown said...

kalo peristiwa tu berulang-ulang dlm jemaah, mmg tak patut berlaku kalo para pemimpin sedia menerima teguran, pendapat, bantahan dll drp penyokong, pendukung, peminat dll. Jemaah yg bijak & kuat akan saling mempercayai dlm melengkapi kehendk bersama.

Lain ler kes sejarah berulang pd. individu, sering saja leh berlaku, akibat alpa, lupa, lemah etc. Apa kita leh perbaiki kekuatan jati diri untuk meminimakan kes berulang.

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

maymot said...

eeekkk...

seram nengok molot ular ternganga tu....

malangnya ada yg dok sua pale gaks...hu3

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!