Ya Allah,
Jika hati-hati ini tidak lagi bertaut atas landasan JalanMu,
Tegurlah hati-hati ini dengan segala cara yang kau mahu.
Andai hati-hati ini telah alpa lantaran cubaan yang Kau berikan,
Rungkaikanlah ujian ini menjadi sesuatu yang mampu kami harungi,
Walau kami tahu setiap ujian Kau timpakan pada hambaMu yang layak memikul,
Namun ketahuilah diri kami telah dengan sedar atas tidak menerima godaan nafsu dan syaitan.
Apa sudilah kiranya Kau hapuskanlah setiap godaan yang mencengkam hati-hati kami.
Wahai yang Maha Pengasih,
Aku hanyalah hambaMu yang hina,
Namun aku bersyukur atas nikmat Iman dan Islam,
Kekalkanlah aku didalamnya sehingga waktu Kau perhitung.
Wahai pemilik langit, bumi dan yang ghaib,
Dengan sedikit ilham yang kau ciptakan buatku,
Aku memilih PAS sebagai wadah buat menemuiMu,
Kerana aku tidak punya banyak pilihan,
Inilah yang terbaik menurut penilaianku.
Namun hari ini wahai yang Maha Pengasih,
Hatiku menjadi hiba dan sangat takut,
Adakah wadah kami yang menjadi alat ini ingin Kau ganti?
Lantaran alpanya kami,
Atau adakah ini suatu siri dari jenis ujian?
Yang bakal lebih mematangkan,
Atau benarkah kau sedang melakukan saringan?
Pada hanya yang sebenar pejuang.
Atau mungkin kau berikan peringatan?
Atas lemahnya makhluk ciptaan.
Sesungguhnya segala sesuatu didalam genggamanMu.
Ya Rabb,
Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,
Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,
Hapuskanlah segala fitnah buat PAS ini,
Jika benar hari ini sesuatu yang jahat telah meresap dalam PAS,
Aku Redha Kau bukakanlah hijap kejahatan,
Andai itu bakal memulihkan PAS.
Hanya kepadaMu Ya Allah aku Memohon….
Konsesi Dakwah
6 June 2009
8.31 pm
Penang
Tanpa Tajuk
-
Kemuncak Sepi, Semoga saja kau sedang bergembira di salah satu taman
syurga.. Al-Fatihah Zarina Bte Tardan...
11 years ago
2 comments:
PAS who?
hehe
salam
wahai adikku
usahlah memilik PAS sebagai wadah perjuanganmu..
kerna
andainya PAS tersasar, engkau sudah buntu untuk melihatnya yg tersasar
tapi pilihlah neraca al-Quran dan as-Sunnah
dan tetaplah berada di dalam perjuangan PAS
dengan itu,
kau akan yakin dan teguh berdiri
dgn ilmu dan keyakinan yg jitu
kerana Allah.. wahai adikku.
- only me.
Post a Comment