Lahanat Jebat!

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!

Monday, August 31, 2009

Notis Tampalan Terakhir..

Yeah akhirnya... setelah berkira2 untuk terus berblog atau tidak... maka hari ini entah angin apa yang bertiup... aku berjaya membuat blog baru yang entah ke berapa... namun, aku ingin berkongsi dengan kalian.. darihal yang boleh ku kongsi di alam maya... maka jemput2 lah singgah selalu!!...

di sini... http://anakakhirat.blogspot.com/

kepada semua yang telah memberi link kepada blog ini, syukran diucapkan.. namun,. dapatlah kiranya ditukar link tersebut kepada blogku yang baru... terima kasih...




Teruskan Bacaan......

Tuesday, June 23, 2009

Happy 200!!... Happy Ending!!

Sejak aku menulis di blog aku yang ini... akhir 2007 yang lalu, sedar atau tidak aku sudah menulis 200 entry... ya, ini adalah entry ke 200 blog konsesi dakwah...

Banyak sebenarnya perkara2 yang tidak patut aku tulis, telah aku coretkan di sini... sempat juga menerima fitnah yang maha besar...

Aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua yang terlibat di dalam penulisanku di dalam blog ini... aku sejak dahulu memang lemah... cuba2 untuk jadi baik tapi yang jahat itu dikenang juga...

Banyak juga perancangan yang x lansung dapat aku capai... maka aku jenis yang punya banyak perancangan dan harapan... kerana bagiku jika sesuatu perancangan tidak dapat ku gapai, maka aku sudah punya perancangan lain... dan Allah menentukan segalanya.

Aku pernah menyuarakan hasrat ingin sambung master... mana tahu aku tidak layak... juga ingin bekerja disekitar utara, namun juga hampa... hehe.. kerana tidak layak... maka harus juga sedar diri... mungkin belum tiba masanya...

Penulisanku ini adalah disebabkan esok aku akan pulang ke johor... untuk berapa lama aku tidak tahu... mungkin juga buat selamanya dan utara menjadi kenangan yang sangat indah dalam hidupku... ah, sedih dan mengalir air mataku... 4 tahun adalah jangka masa yang tidak dapat aku kesan kemana umurku itu telah pergi... moga2 bukan umur yang sia2...

Buat rakan2 jemaah sebatch, faris, hakim, mior, syazwan, irsyad, acap, firdaus, aufa, dayat, aza, zarina, fizah, mufid,ifah dll, aku memohon ampun dan maaf dengan sangat... aku sedar aku bukanlah sahabat jemaah yang baik... aku seringkali menimbulkan masalah... malah terlalu banyak masalah yang aku bawa buat jemaah... yup, inilah aku... buat faris dan lain2, teruskanlah perjuangan... jangan berhenti disini... kurangkan retorik tempuhlah realiti kerana realiti bukan seperti yang ada di dalam buku2 silibus usrah... juga bukan atas meeting2 yang terlalu berdegar2... realiti adalah perjalanan yang berliku... seni menempuh realiti adalah pengalaman yang maha berharga... mulutku dan tanganku memang sangat jahat... tetapi yakinlah ia tidak lansung seiringan dengan hati dan perasaanku... aku pernah hilang rasa yakin pada jemaah dan begitu geram sehingga mengganggu banyak sisi kehidupanku... dari akademik sehinggalah kepada soal yang paling kecil... namun apabila meletak Islam di depan, yakinilah ia merupakan sekolah2 pengalaman yang mampu mendewasakan...

Buat rakan2 serumah... sejak setahun setengah yang lalu, banyak pengalaman suka dan duka yang aku tempuh kerana duduk di luar kampus dari akhir semester tahun 2 lagi... tidak ramai dari rakan2 sekampus yang berani melakukan itu... ah, percaya atau tidak, aku melakukannya adalah semata2 atas dasar jemaah dan pengalaman... tidak sedikit duit yang aku habiskan untuk sekadar menyewa di luar... yang mana itu jugalah alasan kenapa ahli jemaah tidak mahu duduk di luar kampus... aku bukan kaya malah pernah sangat miskin ketika kecilku... waktu bapaku tidak mempunyai kerja dahulu... maka aku sangat sensitif akan hal2 berkaitan kewangan sehinggakan selalu juga menjerat diri... maka aku mohon sesiapapun selepas ini yang akan menguruskan soal pengurusan kewangan rumah, akan lebih berterus terang... masalah bayar lambat itu normal... maka sering perlu mendahulukan duit sendiri... malah selalu juga membayar lebih... itulah harga yang perlu dibayar jika kalian memikirkan soal imbuhan di sana nanti... bayangkan bagaimana aku setahun yang lalu apabila tiada sesiapapun yang menyatakan hasrat untuk duduk di rumah... sungguh sadis dan pedih sekali... bukan soal kewangan yang menjangkau ribuan ringgit terpaksa ku bayar untuk 3 bulan tersebut... jauh dari itu adalah darihal jemaah yang seakan dilupakan... oh tanamkanlah dalam diri betapa pentingnya rumah jemaah... pertahankanlah ia...

Buat adik2 jr dan anak2 usrahku... Malik, Syak, Kuje, Fattah, Zul, Uzair, Sob dan lain2... maaf2kan aku kerana tidak pernah menjadi contoh yang baik buat kalian... maafkan aku juga seringkali mempermainkan dan kerap juga membuli... haha... indah juga kenangan yang sempat ku gapai bersama kalian... juga buat sabu, lan, syuk, bo dan lain2... kalian adalah jr yang baik... janganlah tergelincir dalam likuan hidup di bumi kampus... buat adik2 jemaah juga... sambunglah perjalanan ini dan yakinilah Allah sentiasa ada bersama orang2 yang berbuat amanah... binalah simpulan ukhuwah dan jangan kau ulangi setiap detik salah silap yang kami lakukan dahulu... sesungguhnya elemen ukhuwah itu adalah tali2 yang bakal mengikat hati2 antara kalian... ingatlah wanita itu ujian dunia... perasaan yang kalian punya itu boleh jadi sahaja merupakan satu bentuk ujian yang Allah titipkan... masanya akan tiba adik2ku... sehingga saat itu jagalah hatimu.. jagalah seluruh amanah anggotamu.. jangan kau hinakan ia dengan zina2 kecil yang bakal berlaku... angkatlah darjat dirimu sendiri dengan tidak cuba2 bersahabat dengan nafsu jahat dan bisikan Syaitan... aku bukan orang yang layak berbicara soal ini... namun aku terpaksa juga meluahkannya... kerana kalian sudah terlalu kerap menimbulkan fitnah buat diri sendiri dan juga jemaah... Aku sayangkan kalian kerana Allah...

Dan untuk blog ini juga... satu kenangan abadi tulisan2ku di sini... melambangkan fikrahnya aku... selepas dari ini, aku akan berhenti update blog konsesi dakwah ini dengan serius... cukuplah disini sisi2 hidupku sebagai mahasiswa... akan ku jadikan sirah yang mampu dibaca dimasa hadapan... mungkin sahaja aku akan terus berblog... tetapi bukan lagi atas blog yang ini... ah, kenapa jadi sangat sedih??...

Penganggur,
Konsesi Dakwah,
29 Jamadil Akhir 1430,
23 June 2009,
3.00 a.m
-The End-

Teruskan Bacaan......

Thursday, June 18, 2009

Mengembara Lagi...

Orang lain tatkala menganggur dan x dak duit, akan duduk rumah diam2 sambil berdoa moga2 kerja trun dari langit... hehe... tapi itu pastinya bukan aku... minggu sudah aku ke Alor Star dan telah menyusahkan keluarga mertua seorang sahabat/senior... dan minggu ini pula, aku akan sekali lagi melilau2 menuju ke pusat bandaraya pula... mana tahu akan bertemu jodoh kerja disana nanti...

So, adios jumpa lagi di lain kesempatan... huhu


Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 17, 2009

Siri 3: Klewon malam Khamis??



Sambil menutup muka sekali sekala tangan diangkat... oh, kisah seram nie makin hangat... mcm nengok ceplos lak... erm... kene layan ramai2 baru kurang skit seramnya...

huhu




Teruskan Bacaan......

Monday, June 15, 2009

Kembara Seniman Jalanan...

Pulang dari alor star, aku begitu ditarik2 untuk terus sahaja menjenguk2 dunia maya.. seakan ada sesuatu yang tidak cukup dalam diriku tatkala 3 hari tidak berjumpa dengan internet... ah, dalam 3 hari, macam2 boleh berlaku... ada yang mampu membuatku tersenyum (kredit buat aduka dengan lawak jambunya)... juga ada yang buat aku sayu.. ah, tianggalkan itu kerana yang namanya makhluk itu lemah.. pasti ada melakukan silap sana-sini.. biasalah, maka sahaja ada istilah saling maaf memaafkan juga Allah bagi peluang akan yang namanya taubat.. moga kita tergolong dalam golongan kanan yang beroleh untung...

Aku sebetulnya sudah merangka2 untuk menulis darihal kembara jalananku ke Alor Star... ya untuk yang kesekian kalinya... benar, aku puas sekadar melihat2 dunia Allah... kerana bagiku luas perjalanan bertambah pengalaman dan aku sangat percaya bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik... namun, aku terpaksa menangguh tulisanku atas tajuk itu kerana pintu hatiku tiba-tiba diketuk dengan perasaan meronta-ronta sambil menyoal diri sendiri... selama ini, aku begitu kuat berpolitik... mana yang aku tidak sampai?.. Kuala terengganu... permatang pauh... bukit gantang.. malah penantipun sempat aku sampai walaupun tidak bergerak kerja...

Aku pernah dengan jariku menulis bahawa PAS itu bukan sekadar siyasah, namun jauh dari itu ia juga medan tarbiyah melangkau medan dakwah dan jauh menusuk juga medan untuk melakukan segala bentuk kebajikan... ah, adakah retorik semata2??... aku jadi tersentak tatkala aku terlupa bahawa pembangunan insan itu juga sangat penting... kerana tanpa pembangunan jiwa ini, sesama ahli gerakanpun mampu bercakaran... dan lebih sadis, ahli gerakan begitu ghairah berpolitik bertempik sana sini dan telah dengan sengaja melupakan segala elemen lain Islam yang syumul... aku menyesali diri sendiri sebenarnya tatkala membaca blog yang sepatutnya aku mengambil tanggungjawab diatasnya.. kerana aku pernah berkira2 untuk menyumbang jika tidak dengan kewanganpun cukuplah dikira disana nanti ikhlas jari2 yang menaip!...

Cabaran Baru (Sediakan Dana Atau Bahan Binaan)

Masjid Dijangka Akan Dapat Digunakan Ramadhan 1430Hijriyyah

Syukur alHamduliLLaah! Sekalipun perlahan, kemajuan pembinaan masjid tetap ada.

Awal bulan jun 2009 beberapa petang saya datang berehat dalam bangunan masjid yang sedang dibina. Setelah penat program siang sementara tiba malam untuk kekuliah maghrib sempat jugalah melihat-lihat hasil kerja yang dilakukan Tok Wan, Abang Halim dan anak-anak buah beliau. Sesekali terfikir "lambat sungguh siap masjid ni", "alangkah perlahannya kerja-kerja kami, gotong-royong tegak tiang 1 april 2008, sekarang dah jun 2009, lama tu"

Hari sabtu 060609 ibu mertua salah seorang AJK kami meninggal dunia. Pada malamnya kami kerumah keluarga beliau untuk tahlil. Selepas itu kami kembali kemasjid. Ketika kami sedang berbincang seorang kotraktor datang menyertai kami. Beliau adalah salah seorang ahli keluarga mak cik yang baru meninggal dunia.

AlhamduliLLaah! Beliau menyatakan telah meninjau projek pembinaan masjid ditapak al Madrasah al Insaaniyyah. Beliau berjanji akan menghantar 2 orang dari pekerja beliau untuk melakukan kerja setiap hari sehingga masjid siap. Kami hanya perlu sediakan bahan-bahan binaan.

Nah! Kini kami berhadapan dengan cabaran baru, mendapatkan dana secukupnya untuk mempastikan masjid madrasah dapat disiapkan dengan kadar segera.

Semoga projek ini tidak terbantut lagi dan dapat disiapkan sebelum Ramadhan 1430 hijriyyah.

Terima kasih.

Gambar bangunan masjid pada 09 jun 2009

Pandangan belakang bangunan masjid dan bangunan tandas


Anak-anak Acheh melakukan kerja-kerja persediaan untuk memasang kekuda serambi masjid

maklumat lanjut <sini>

Teruskan Bacaan......

Friday, June 12, 2009

Gue ke Alor Star

Hujung minggu nie gue mau ke alor star.. my naquib ajak ke kenduri kahwin sedara belah zaujah dia.. act meraikan kemengagguran daku yang pertama la nie.. haha.. btw nak g jumpa ustadz zizan.. mana tau dia nak amek keje jadi SU akbar dia ka.. wakaka

Tengah merancang2 dalam pale otak apa la nak buat sementara nak cri keje nie.. erm nak sambung master dah x layak... hauhua... kalau ikut my umi kire suh balik johor je.. wa... kene balik gak ke??... kuikui... ok la... mcm manapun aku jenis percaya pada rezeki dah Allah tetapkan.. berjalanlah mengikut susunannya.. I'syaAllah ada kat mana2... hehe... btw kalau tanam pisang kaya apa!!

haha.. jumpa lagi senin nanti!!

Teruskan Bacaan......

Siri 2: Perempuan P**ka??..

X nak banyak cakap la.. apa kata masing2 g nengok sendri.. then nilai... kata orang jangan terima satu pihak je... so, g la cri n tanya satu pihak lagi... erkk makin seram lak jadinya kisah nie.. melibatkan alam yang satu lagi... aik.. ada bape banyak lak alam?... entahlah... manusia makhluk lemah dan punya keterbatasan diri.. maka nak jadi kuat... disandarkan pada yang lain selain Allah... maka manusia biasa2 jadi seram.. macam aku la.. yang masih duk seram sambil menganggur2 nie.. huahua.. layan!!





Teruskan Bacaan......

Thursday, June 11, 2009

Lumba Haram!!

Aku cukup benci kalau ada ahli gerakan yang bawak motor macam nak bunuh diri sendiri... masalahnya ramai pula yang mcm tu.. Bila ditegur mulalah kata masa itu emas... hidup mati ditangan Allah... Kalau ada yakin yang tinggi, x perlu takut sekadar bawa laju sedikit... Argghhh.. entah, aku benci!... itu bab motor... yang bawak kereta juga satu hal... aku pulak jenis yang menumpang... so, kalau ada yang bawak laju memang nak kene la... ko jangan cuba2 nak bunuh aku secara halus!!... Erk sapa suruh ko tumpang??... katanya semula.. lol!

Semalam, usai balik dari solat magrib, aku sempat singgah pasar malam... yup pasar malam sekitar2 rumah sahaja... kawasan aku duduk nie sempadan 3 negeri.. maka boleh kata seminggu ada 4 pasar malam area sini... hehe... selaku orang bujang, makanan berbungkus2 begitu adalah bekalan yang cukup baik bagi meneruskan hidup... disamping agak murah... juga tidak perlu memasak sendiri... hehe

Ini bukan kisah pasar malam... tapi ini kisah sekumpulan mat motor yang aku terpaksa gunakan istilah sial buat mereka... dalam lingkungan 10 biji motor... dengan tetiba memekak membawa selaju mungkin di kawasan pasar malam tersebut... aku sangat tidak faham apa yang cuba mereka buktikan... mungkin sahaja biasa bagiku berjumpa perkumpulan begitu... namun yang membuatkan aku menjadi sangat panas hati adalah salah seorang daripda mereka nyaris terlanggar seorang budak kecil berumur sekitar 8 ke sembilan tahun... nasib baik budak itu sempat mengelak dan jatuh ke tepi jalan... sedikit luka tangannya... orang ramai sudah menjerit2 memaki hamun mat rempit tersebut... rupanya mereka sedang berlumba haram... arghh awal gile berlumba!!!

Menambah luka dihati aku adalah apabila dengan jelas aku ternampak salah seorang daripada mereka memakai baju dengan logo BN... argh... memang nak kene maki la dengan aku... so, dedikasi buat mereka... terimalah gambar nie!!




Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 10, 2009

Cari Jodoh.. Dedikasi buat Aduka Taruna 2... :-)



Napsu hanya mampu dikawal apabila manusia dapat memenuhi separuh lagi daripada keperluan hidup iaitu perkahwinan... bukan sekadar nafsu bersifat keinginan sahaja, jauh daripada itu termasuk juga nafsu amarah...

Apabila ada diantara kamu seorang yang sudah bernikah sementara yang lain belum, maka yang sudah bernikah itu lantiklah menjadi imam... begitulah islam mengajar bagaimana keperluan manusia diatur cukup cantik...

Hehe dan aku sangat percaya dengan cara ini sahaja dapat menjinakkan Aduka Taruna supaya lebih mampu mengawal napsu amarah, napsu dalam penulisan malah napsu keinginannya... Maka kempen cari Jodoh dedikasi ini akan diteruskan.. Moga berjaya..

Wakaka

Teruskan Bacaan......

Berjayanya Mereka!!

Nie antara step2 yang diajar dalam BTN bagaimana mengeruhkan sesuatu hubungan... baca dengan hati yang dalam dan lihat walau apapun ideanya walau bagaimana baguspun ideanya.. namun, jika membawa keburukan kepada jemaah dan pakatan... wajarlah diketepikan dahulu... jika tidak... Maka jadilah begini...

KUALA LUMPUR 9 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diminta tidak 'membuat kacau' berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.

Tegasnya, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, nasihat kedua-dua parti 'pengacau' itu dilihat tidak langsung menguntungkan negara sekali gus membantutkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan kedua-dua parti berkaitan diminta tidak memberi nasihat yang tidak menguntungkan.

"Soal perpaduan harus diutamakan mana-mana parti politik di negara ini. Sesiapa yang tidak suka perpaduan bermakna tidak mempunyai pendirian kukuh untuk membina negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Republik Singapura, Lui Tuck Yew di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Abdul Hadi mengutarakan idea tersebut pada Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu.

Bagaimanapun PKR dan DAP tidak bersetuju dengan idea Abdul Hadi terhadap pembentukan kerajaan perpaduan itu yang dilihat hanya akan melemahkan pakatan pembangkang sendiri.

Tambah Rais, penghargaan harus diberikan kepada Abdul Hadi di atas keterbukaan dan pandangannya untuk melihat suasana politik negara yang baik pada masa depan.

Katanya, pujian tinggi juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memandang idea itu dengan penuh keterbukaan.

"Kita hargai usaha Abdul Hadi itu dan kita juga mengagumi Najib dan Muhyiddin kerana keterbukaan mereka menerima idea tersebut.

"Kita yakin usaha itu akan dibincangkan dalam masa terdekat," ujarnya.




Teruskan Bacaan......

Siri 1: Perempuan P**ka??...

Arggghhh seram lak tengah2 hari nie... baru je lepas2 rewang2 kat TKO.. erm macam2 gak jadinya... tapi x banyak yang membina dalam forum... kalau dipusing2 isu yang agak sama je... hujahpun kurang mantap dah.. masing2 main hujah emosi... hehe.. emosi rakyat Malaysia sukar betul dikawal sekarang nie... entahlah.. mungkin kesan kehidupan yang makin ditekan dan tertekan...

Tapi ada sesuatu yang betul2 menarik perhatian aku tadi.. kisah seram jugaklah... dan yang sangat pasti bakal jadi BOOM sehari dua nie.. kalau x bertahunpun jadi modal politik belasah orang... hehe.. nak2 kalau abang Mat yang bawak cerita nie nanti.. ceramah lak Khamis malam jumaat... mesti Wak Banjari terpaksa menghentikan segala aktiviti klewon dia... seram wak!!... serius seram.. takut den dibuatnya!

Ok... kepada pengunjung blog buruk nie.. yang ada orang ckp x sesuai dah guna nama blog konsesi dakwah.. sebab x de unsur2 nak dakwah dah dalam nie.. melainkan borak2 kosong dan kata2 yang sia2... coz lahir dari penulisan yang x bermanfaat... sebab sendri tulis sendri syok.. wakaka...

Apa2 halpun.. layan la siri satu nie... nengok seram x seram... coz terbayang dah mcm mana suasa Malaysia lepas nie kalau betul la segala apa yang ada dalam tu... kuikui... Layan!!



Teruskan Bacaan......

Tuesday, June 9, 2009

Suku Kedua Pemerintahan...

Diam x diam sudah melewati suku kedua pemerintahan sejak peristiwa mac 8, tahun lepas... jika perayaan 100 hari pemerintahan 5 negeri dahulu... pimpinan pakatan sering mengatakan beri cukup masa untuk merealisasikan segala janji2 yang ditabur... Janji UBN memang x kan pernah ditagih.. kitapun dah kenal rapat sapa UBN nie... tapi kerajaan pakatan nie kita baru je nak bekenal2 rapat dan mesra... ya, sudah masuk suku kedua pemerintahan... jadi, perlukah rakyat yang ingatkan janji2 yang ditabur dahulu??

Erm baik PAS, DAP mahupun PKR... nampaknya sekarang fokus dah sedikit lari... kalau x laripun, cuma melihat dari sudut pandangan lain.. pandangan kebanyakkan orang... mula2 PKR dengan isu kesetiaan dan murahannya... diikuti DAP dengan isu moral... sekarang PAS (harap tidak) dengan isu nak tunjuk kuatnya... kadang2 kalau diikutkan hati yang x terkawal dek hembusan Syaitan... mahu lari je jemaah nie... tapi nak kemana??... ada pilihan ka??... ye la.. kalau ditegur... maka isu wala' akan serta merta keluar... ah konon ikut saluran yang betul... cuba bagi sini satu saluran yang dikatakan betul tu dan selepasnya tindakan akan diambil.. sedang cakap2 dalam muktamarpun boleh buat bodoh...

Aku menulis nie bukan nak kurang ajar dengan pimpinan... tapi setakat sekarang, aku lihat banyak pimpinan yang buat kurang ajar dengan ahli... apa kehalnya??... x dapat nak cover masalah, maka dengan selambanya kata termakan dakyah media masa yang dipunyai UBN.. tapi entah apa alasan dibuka pintu untuk segala bentuk dakyah itu bertapak.. jika tidak ada pintu2 yang dibuka... masakan dengan senang nak diputarkan oleh komponen UBN itu... baca harakah tadi, aku geleng kepala... aku ka yang x paham atau??... ah, aku kot yang x paham... negara lain buat juga.. tapi sebab x dak satupun parti yang ada undi majoriti... sebenarnya UBN tu adalah UG la tu... tetiba sebok nak masuk dalam UG orang apa kehal??... konon2 UBN akan setuju la...

Oiii pimpinan2 PR.. daripada duk borak benda yang buat pecah belah nie.. baiklah fokus tunaikan janji2 dulu... jangan sampai pakatan nie jadi sejarah dalam buku teks tingkatan 2 yang sudah disunting je!!


Teruskan Bacaan......

Monday, June 8, 2009

Kita hidup dalam sejarah yang Berulang!!


Didalam Al-Quran... selain menceritakan perihal hukum hakam... perjalanan hidup Nabi Muhammad... Fenomena Alam Ghaib... Perkara yang bakal terjadi... rupa-rupanya Allah juga merakamkan peristiwa-peristiwa terdahulu sebelum kelahiran junjungan mulia...

Sifat Allah yang Maha Mengetahui tidak akan boleh disangkal kerana Allah pasti tahu bahawa umat terkehadapan akan mengalami sekali lagi apa yang pernah dialami oleh umat terdahulu... dan kebanyakan kisah adalah suatu pengajaran yang sangat berguna... bagi yang mampu mengambil iktibar... namun akan pula menjadi suatu kerugian jika tidak dengan serius untuk cuba tidak terjerumus ke dalam kesilapan-kesilapan yang aib itu.

Kebiasaannya, golongan agamawan begitu takut untuk melakukan kesilapan yang sama secara berulang-ulang... kerana sifat mereka yang mengaji bagaimana janganlah kita dipatuk ular didalam lubang yang sama sebanyak dua kali... malah, sakit yang dahulu belum hilang dan masih berbekas dengan dalam... namun dengan tiba-tiba sebahagian daripada golongan itu dengan tiba-tiba menghulurkan lagi anggota ke dalam lubang yang sama dan lebih dahsyat ular dahulu masih hidup dan menunggu penuh sabar...

Ya, inilah hakikat... kita hidup dalam sejarah yang berulang!!... Moga kali ini kurang sikit sakitnya...

p/s: ini bukan ancaman bunuh ular!

Teruskan Bacaan......

Sunday, June 7, 2009

Tribute Buat GMI dan Kak Laila...





Tak terkata... Moga Allah membuka hati2 manusia yang masih tidak punya perasaan atas kezaliman ini supaya dapat membuka mata dan hati akan kezaliman yang tidak termaafkan!!...

Kau benar hebat wahai seluruh warga GMI... dan buat kak laila... moga Allah balas segala kesakitan kau dan keluargaMu di akhirat sana.. moga menjadi bekal yang terbaik buat berjumpa Dia yang maha Kuasa... amin

Kisah2 yang mencengkam hati... <sini>


Teruskan Bacaan......