Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, November 18, 2009

Adakah Sekadar Sudah Sampai Musim?

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." An Nur-43

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Al-Ankabut-40

Aku tidak bercadang untuk membahas kedua ayat diatas... kerana sedar dimana tahap sendiri... dengan ilmu dan pengamalan agama yang cetek... maka, perlu banyak lagi untuk belajar daripada terus-terusan membuat penafsiran sendiri atas lemahnya diri yang ego. Namun, benarkah hanya sekadar sudah sampai musim?

Bersabarlah kepada semua yang terlibat dengan ujian yang begitu perit ini... buat adik2 yang mengambil SPM... anggaplah ia sebagai suatu cabaran yang bakal menjadi nilai tambah kepada kejayaanmu nanti.. selamat menghadapi SPM dalam kehujanan... moga2 beroleh keputusan seperti apa yang dihajati. Buat semua mangsa banjir... belajarlah untuk mensyukuri nikmat Allah tatkala lapang dan mampu bercucuk tanam... moga2 ujian dilalui dengan menambah nilai taqwa di sisi Allah... bukannya menjadi seorang yang berputus harap... setiap penyakit ada ubatnya.. setiap bencana ada hikmahnya.. setiap perkara ada natijah baiknya... tidak Allah jadikan ia sekadar sia-sia.. jikapun tidak didunia... pasti di 'sana' nanti... Tribute buat mangsa banjir < disini > tidak sampai 10 minit sahaja daripada rumah sewaku ini... ah.. terasa dayus tidak dapat membantu walau sedikit... adakah cukup sekadar titipan doa moga selamat??... moga Allah terima amal baik semua kita.




Teruskan Bacaan......

Monday, November 16, 2009

Kempen Jom Taubat



Jom bloggers2 kita pakat2 taubat... takut2 penulisan kita walaupun pada sisi kita itulah yang terbaik, namun ia menjadi satu beban dosa pula di sisiNya

Moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beroleh keuntungan dunia akhirat.

p/s: TGNA pengerusi Parti Pakatan Rakyat??... ada orang tanya.. kenapa aku melebihkan sangat TGNA berbanding TGHH... aku jawab TGHH aku hormat... TGNA aku sayang. Aku salah?



Teruskan Bacaan......

Sunday, November 15, 2009

Berapa Lama Kita Melupakan Quran?


Akhir-akhir ini pejuang2 yang mengaku membawa panji-panji Islam begitu galak dengan situasi politik yang berombak dengan sangat hebat. Berbicara dengan pendapat masing-masing seolah-olah akulah yang tahu perkara terbaik yang bakal berlaku di negara tercinta Malaysia. Namun, entah sedih atau apa, aku berbicara soal diri sendiri. Aku juga sangat terkesan dengan kepelbagaian dunia politik hari ini dengan dukunganku kukuh ke atas jemaah islam PAS. Galak juga memberi pendapat dan menyanggah pendapat yang lain. Dan tiba-tiba aku tersedar suatu perkara, Berapa Lama Kita Melupakan Quran?. Ah Ya Allah malu sekali apabila kita meyakini bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber ambilan tertinggi. Tetapi kita masih terus-terusan dengan pendapat sendiri? Aku pulangkan pada diriku dan sahabat semua untuk menilai..

p/s: sekadar iklan... sudah sibuk dan heboh sekarang nie Quran terjemahan perkata dan disertai sebab turun ayat keluaran magrifah pustaka. Walaupun datangnya dari indonesia, namun bahasa yang digunakan dapat difahami dengan baik di belah kita Malaysia ini. Check di internet, banyak sudah dijual secara online. Baca testimoni pelanggan... ramai yang begitu memberi respon positif. Dan anda juga mampu menilainya. Ada yang menjual dengan harga RM 190 dan ada juga yang menjual dengan harga RM 150. Dan aku juga, membantu seorang sahabat untuk mempromosi Quran terjemahan ini. Oleh kerana ada pelbagai harga di dunia internet, maka jika sesiapa berminat untuk mendapatkan daripada aku beserta harganya sekali, bolehlah email di sini old_guys86@yahoo.com . Namun, harga pasarannya adalah RM 160 dan kami akan cuba menjual dibawah harga pasaran dan dibawah harga mana-mana jualan secara online jika kami mampu. Syaratnya, sila nyatakan dimana harga yang rendah itu. hehe... okeh sekian dimaklumkan... kat atas tu adalah contoh bergambar al Quran tersebut.

Teruskan Bacaan......

Friday, November 13, 2009

Entah Kenapa... Sebak Bersama



Biarlah gambar berbicara... aku cukup sedih... baru pagi tadi aku post berkaitan TGNA yang disayangi... namun kini... ini pula yang jadi... Ya Allah... ampunkanlah hamba2Mu yang berdosa

< di sini >

X apalah Tok Guru... Allah akan gantikan dengan seribu kemulianNya kemudian hari... maka hancurlah hati2 yang keras dan lahap mencari sekelumit berita yang tidak dapat membezakan antara hak dan batil!

Teruskan Bacaan......

Siri 1: Kisah Cinta Dalam Al-Quran (TGNA)



Salam'alaik

Kisah Cinta dalam Al-Quran < klik sini > adalah satu lagi buah fikir yang dilontarkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang sama-sama kita kasihi. Sejujurnya, aku pernah membeli buku ini dahulu setelah aku membacanya sekali lalu dirumah seorang sahabat di Johor. namun, buku pertama yang aku beli itu, telah ku hadiahkan buat seorang sahabat. Moga ada manfaat diatas hadiah tersebut.

Dan beberapa hari lalu, aku sekali lagi telah membeli buku yang sama kerana desakan keinginan untuk mengulang baca dan natijahnya beradalah buku ini di tanganku sekarang. Hasrat hati, aku ingin sekali berkongsi soal cinta dengan kalian. Ah, kita terlalu sering di rigidkan dengan maksud cinta yang sempit. Dari itu, elok aku lontarkan pandanganku tentang perihal cinta yang terkandung dalam buku ini.

Suka aku mulakan siri satu ini dengan kita kenal-kenal dahulu dengan tuan punya buah fikir yang kita sayangi...

YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliauterkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan


Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'had Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam diluar daripada negeri ini amnya.

Moga berbahagialah Tok Guru yang aku cintai...

<sumber>

Teruskan Bacaan......

Penulisan Semula...


Adalah dimaklumkan bahawa blog ini akan beroperasi semula... namun, ia hanya akan berkisar darihal dakwah dan tarbiyah... sisi2 politik penulis akan kekal di dalam blog < click sini > moga ada manfaatnya...





Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!