Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, December 14, 2009

Sepi Dalam Ketakutan

Semakin hampir,
Dalam rona-rona warna,
Hiruk perjalanan hidup,
Mencari gelagat kanan dan kiri,
Buat mengimbangi suatu rasa aneh,
Tentang hidup dan kehidupan.

Sungguh hampir,
Lama tertunda-tunda,
Akan erti silap dan kesilapan,
Perasaan yang tidak terucap,
Atau sekurang-kurang mampu lahir,
Dalam hati yang tersuci.

Sangat hampir,
Realiti yang terkambus,
Oleh lukisan wajah nampak ceria,
Dan menyembunyikan wajah sayu,
Sisi sebenar sebuah perjalanan,
Menuju destinasi yang hampir.

Sepi dalam ketakutan,
Seperti setiap detik yang dilalui... Sepi...

Benarkah sesuatu hanya akan mula dihargai...
Pabila ianya tiada lagi...
Dan aku memilih untuk pergi...
Kerana aku sangat ingin dihargai!
Titik!!

Maktabah Affendi
Padang Serai
6.30 p.m

Dedikasi buat semua yang menerima msg semalam.. adalah orang2 yang aku fikirkan.. tatkala sepi melanda... mungkin terpadam dalam memori.. bila suatu dimensi lain menyelubungi hidupku... dan buat yang lain juga... jika aku lupa akan diriku... janganlah kalian juga melupakan aku... moga dipanjangkan Allah umur... dan mampu melalui hari2 mendatang.. menjadi najib yang jauh lebih baik.. daripada si jahat yang ada sekarang... amin... mohon doanya... dan maafkan segala salah dan silap... yang sangat banyak itu...

Teruskan Bacaan......

Saturday, December 5, 2009

Berkali-kali Ku Terkenang


17 tahun
telah berlalu,
Terkenang,
Betapa jujurnya menjadi anak kecil,
Corak hidupnya
masih bersih...

Menangis
tandanya sedih,
Tertawa
ertinya gembira,
Tercengang
kagumnya dia...

Kini,
Baru kusedar,
Sahabat karib itu,
Benar!
17 tahun lalu...

Termenung...
Mengapa pabila dewasa,
tidak lagi sejujur dahulu??

p/s: sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi... dan terkenang2 sahabat2 lamaku... rindu sekali pada sahabatku ini.. ZulAzwan Bin Ramli... pemakai nick Berg sebelumku... bayangkan.. kali terakhir bersua muka adalah lebih 7 tahun lalu!!... Ah, rindunya... sahabat pertamaku disekolah makan2!!... bakal engineer yang pasti membanggakan ku.. lulusan luar negeri!... huhu... kalau ko baca ini... ketahuilah, dalam bulan ini sahaja, sudah 3 kali aku bermimpi zaman kita kecil2 dahulu... ah, indahnya... mungkinkah petanda kepada sesuatu??... moga Allah lindungi kita semua... sahabat.. walau dimanapun kau berada... moga kita sama-sama dalam Redha Allah...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, November 18, 2009

Adakah Sekadar Sudah Sampai Musim?

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." An Nur-43

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Al-Ankabut-40

Aku tidak bercadang untuk membahas kedua ayat diatas... kerana sedar dimana tahap sendiri... dengan ilmu dan pengamalan agama yang cetek... maka, perlu banyak lagi untuk belajar daripada terus-terusan membuat penafsiran sendiri atas lemahnya diri yang ego. Namun, benarkah hanya sekadar sudah sampai musim?

Bersabarlah kepada semua yang terlibat dengan ujian yang begitu perit ini... buat adik2 yang mengambil SPM... anggaplah ia sebagai suatu cabaran yang bakal menjadi nilai tambah kepada kejayaanmu nanti.. selamat menghadapi SPM dalam kehujanan... moga2 beroleh keputusan seperti apa yang dihajati. Buat semua mangsa banjir... belajarlah untuk mensyukuri nikmat Allah tatkala lapang dan mampu bercucuk tanam... moga2 ujian dilalui dengan menambah nilai taqwa di sisi Allah... bukannya menjadi seorang yang berputus harap... setiap penyakit ada ubatnya.. setiap bencana ada hikmahnya.. setiap perkara ada natijah baiknya... tidak Allah jadikan ia sekadar sia-sia.. jikapun tidak didunia... pasti di 'sana' nanti... Tribute buat mangsa banjir < disini > tidak sampai 10 minit sahaja daripada rumah sewaku ini... ah.. terasa dayus tidak dapat membantu walau sedikit... adakah cukup sekadar titipan doa moga selamat??... moga Allah terima amal baik semua kita.




Teruskan Bacaan......

Monday, November 16, 2009

Kempen Jom Taubat



Jom bloggers2 kita pakat2 taubat... takut2 penulisan kita walaupun pada sisi kita itulah yang terbaik, namun ia menjadi satu beban dosa pula di sisiNya

Moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beroleh keuntungan dunia akhirat.

p/s: TGNA pengerusi Parti Pakatan Rakyat??... ada orang tanya.. kenapa aku melebihkan sangat TGNA berbanding TGHH... aku jawab TGHH aku hormat... TGNA aku sayang. Aku salah?



Teruskan Bacaan......

Sunday, November 15, 2009

Berapa Lama Kita Melupakan Quran?


Akhir-akhir ini pejuang2 yang mengaku membawa panji-panji Islam begitu galak dengan situasi politik yang berombak dengan sangat hebat. Berbicara dengan pendapat masing-masing seolah-olah akulah yang tahu perkara terbaik yang bakal berlaku di negara tercinta Malaysia. Namun, entah sedih atau apa, aku berbicara soal diri sendiri. Aku juga sangat terkesan dengan kepelbagaian dunia politik hari ini dengan dukunganku kukuh ke atas jemaah islam PAS. Galak juga memberi pendapat dan menyanggah pendapat yang lain. Dan tiba-tiba aku tersedar suatu perkara, Berapa Lama Kita Melupakan Quran?. Ah Ya Allah malu sekali apabila kita meyakini bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber ambilan tertinggi. Tetapi kita masih terus-terusan dengan pendapat sendiri? Aku pulangkan pada diriku dan sahabat semua untuk menilai..

p/s: sekadar iklan... sudah sibuk dan heboh sekarang nie Quran terjemahan perkata dan disertai sebab turun ayat keluaran magrifah pustaka. Walaupun datangnya dari indonesia, namun bahasa yang digunakan dapat difahami dengan baik di belah kita Malaysia ini. Check di internet, banyak sudah dijual secara online. Baca testimoni pelanggan... ramai yang begitu memberi respon positif. Dan anda juga mampu menilainya. Ada yang menjual dengan harga RM 190 dan ada juga yang menjual dengan harga RM 150. Dan aku juga, membantu seorang sahabat untuk mempromosi Quran terjemahan ini. Oleh kerana ada pelbagai harga di dunia internet, maka jika sesiapa berminat untuk mendapatkan daripada aku beserta harganya sekali, bolehlah email di sini old_guys86@yahoo.com . Namun, harga pasarannya adalah RM 160 dan kami akan cuba menjual dibawah harga pasaran dan dibawah harga mana-mana jualan secara online jika kami mampu. Syaratnya, sila nyatakan dimana harga yang rendah itu. hehe... okeh sekian dimaklumkan... kat atas tu adalah contoh bergambar al Quran tersebut.

Teruskan Bacaan......

Friday, November 13, 2009

Entah Kenapa... Sebak Bersama



Biarlah gambar berbicara... aku cukup sedih... baru pagi tadi aku post berkaitan TGNA yang disayangi... namun kini... ini pula yang jadi... Ya Allah... ampunkanlah hamba2Mu yang berdosa

< di sini >

X apalah Tok Guru... Allah akan gantikan dengan seribu kemulianNya kemudian hari... maka hancurlah hati2 yang keras dan lahap mencari sekelumit berita yang tidak dapat membezakan antara hak dan batil!

Teruskan Bacaan......

Siri 1: Kisah Cinta Dalam Al-Quran (TGNA)



Salam'alaik

Kisah Cinta dalam Al-Quran < klik sini > adalah satu lagi buah fikir yang dilontarkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang sama-sama kita kasihi. Sejujurnya, aku pernah membeli buku ini dahulu setelah aku membacanya sekali lalu dirumah seorang sahabat di Johor. namun, buku pertama yang aku beli itu, telah ku hadiahkan buat seorang sahabat. Moga ada manfaat diatas hadiah tersebut.

Dan beberapa hari lalu, aku sekali lagi telah membeli buku yang sama kerana desakan keinginan untuk mengulang baca dan natijahnya beradalah buku ini di tanganku sekarang. Hasrat hati, aku ingin sekali berkongsi soal cinta dengan kalian. Ah, kita terlalu sering di rigidkan dengan maksud cinta yang sempit. Dari itu, elok aku lontarkan pandanganku tentang perihal cinta yang terkandung dalam buku ini.

Suka aku mulakan siri satu ini dengan kita kenal-kenal dahulu dengan tuan punya buah fikir yang kita sayangi...

YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliauterkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan


Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'had Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam diluar daripada negeri ini amnya.

Moga berbahagialah Tok Guru yang aku cintai...

<sumber>

Teruskan Bacaan......

Penulisan Semula...


Adalah dimaklumkan bahawa blog ini akan beroperasi semula... namun, ia hanya akan berkisar darihal dakwah dan tarbiyah... sisi2 politik penulis akan kekal di dalam blog < click sini > moga ada manfaatnya...





Teruskan Bacaan......

Monday, August 31, 2009

Notis Tampalan Terakhir..

Yeah akhirnya... setelah berkira2 untuk terus berblog atau tidak... maka hari ini entah angin apa yang bertiup... aku berjaya membuat blog baru yang entah ke berapa... namun, aku ingin berkongsi dengan kalian.. darihal yang boleh ku kongsi di alam maya... maka jemput2 lah singgah selalu!!...

di sini... http://anakakhirat.blogspot.com/

kepada semua yang telah memberi link kepada blog ini, syukran diucapkan.. namun,. dapatlah kiranya ditukar link tersebut kepada blogku yang baru... terima kasih...




Teruskan Bacaan......

Thursday, June 18, 2009

Mengembara Lagi...

Orang lain tatkala menganggur dan x dak duit, akan duduk rumah diam2 sambil berdoa moga2 kerja trun dari langit... hehe... tapi itu pastinya bukan aku... minggu sudah aku ke Alor Star dan telah menyusahkan keluarga mertua seorang sahabat/senior... dan minggu ini pula, aku akan sekali lagi melilau2 menuju ke pusat bandaraya pula... mana tahu akan bertemu jodoh kerja disana nanti...

So, adios jumpa lagi di lain kesempatan... huhu


Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 17, 2009

Siri 3: Klewon malam Khamis??



Sambil menutup muka sekali sekala tangan diangkat... oh, kisah seram nie makin hangat... mcm nengok ceplos lak... erm... kene layan ramai2 baru kurang skit seramnya...

huhu




Teruskan Bacaan......

Monday, June 15, 2009

Kembara Seniman Jalanan...

Pulang dari alor star, aku begitu ditarik2 untuk terus sahaja menjenguk2 dunia maya.. seakan ada sesuatu yang tidak cukup dalam diriku tatkala 3 hari tidak berjumpa dengan internet... ah, dalam 3 hari, macam2 boleh berlaku... ada yang mampu membuatku tersenyum (kredit buat aduka dengan lawak jambunya)... juga ada yang buat aku sayu.. ah, tianggalkan itu kerana yang namanya makhluk itu lemah.. pasti ada melakukan silap sana-sini.. biasalah, maka sahaja ada istilah saling maaf memaafkan juga Allah bagi peluang akan yang namanya taubat.. moga kita tergolong dalam golongan kanan yang beroleh untung...

Aku sebetulnya sudah merangka2 untuk menulis darihal kembara jalananku ke Alor Star... ya untuk yang kesekian kalinya... benar, aku puas sekadar melihat2 dunia Allah... kerana bagiku luas perjalanan bertambah pengalaman dan aku sangat percaya bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik... namun, aku terpaksa menangguh tulisanku atas tajuk itu kerana pintu hatiku tiba-tiba diketuk dengan perasaan meronta-ronta sambil menyoal diri sendiri... selama ini, aku begitu kuat berpolitik... mana yang aku tidak sampai?.. Kuala terengganu... permatang pauh... bukit gantang.. malah penantipun sempat aku sampai walaupun tidak bergerak kerja...

Aku pernah dengan jariku menulis bahawa PAS itu bukan sekadar siyasah, namun jauh dari itu ia juga medan tarbiyah melangkau medan dakwah dan jauh menusuk juga medan untuk melakukan segala bentuk kebajikan... ah, adakah retorik semata2??... aku jadi tersentak tatkala aku terlupa bahawa pembangunan insan itu juga sangat penting... kerana tanpa pembangunan jiwa ini, sesama ahli gerakanpun mampu bercakaran... dan lebih sadis, ahli gerakan begitu ghairah berpolitik bertempik sana sini dan telah dengan sengaja melupakan segala elemen lain Islam yang syumul... aku menyesali diri sendiri sebenarnya tatkala membaca blog yang sepatutnya aku mengambil tanggungjawab diatasnya.. kerana aku pernah berkira2 untuk menyumbang jika tidak dengan kewanganpun cukuplah dikira disana nanti ikhlas jari2 yang menaip!...

Cabaran Baru (Sediakan Dana Atau Bahan Binaan)

Masjid Dijangka Akan Dapat Digunakan Ramadhan 1430Hijriyyah

Syukur alHamduliLLaah! Sekalipun perlahan, kemajuan pembinaan masjid tetap ada.

Awal bulan jun 2009 beberapa petang saya datang berehat dalam bangunan masjid yang sedang dibina. Setelah penat program siang sementara tiba malam untuk kekuliah maghrib sempat jugalah melihat-lihat hasil kerja yang dilakukan Tok Wan, Abang Halim dan anak-anak buah beliau. Sesekali terfikir "lambat sungguh siap masjid ni", "alangkah perlahannya kerja-kerja kami, gotong-royong tegak tiang 1 april 2008, sekarang dah jun 2009, lama tu"

Hari sabtu 060609 ibu mertua salah seorang AJK kami meninggal dunia. Pada malamnya kami kerumah keluarga beliau untuk tahlil. Selepas itu kami kembali kemasjid. Ketika kami sedang berbincang seorang kotraktor datang menyertai kami. Beliau adalah salah seorang ahli keluarga mak cik yang baru meninggal dunia.

AlhamduliLLaah! Beliau menyatakan telah meninjau projek pembinaan masjid ditapak al Madrasah al Insaaniyyah. Beliau berjanji akan menghantar 2 orang dari pekerja beliau untuk melakukan kerja setiap hari sehingga masjid siap. Kami hanya perlu sediakan bahan-bahan binaan.

Nah! Kini kami berhadapan dengan cabaran baru, mendapatkan dana secukupnya untuk mempastikan masjid madrasah dapat disiapkan dengan kadar segera.

Semoga projek ini tidak terbantut lagi dan dapat disiapkan sebelum Ramadhan 1430 hijriyyah.

Terima kasih.

Gambar bangunan masjid pada 09 jun 2009

Pandangan belakang bangunan masjid dan bangunan tandas


Anak-anak Acheh melakukan kerja-kerja persediaan untuk memasang kekuda serambi masjid

maklumat lanjut <sini>

Teruskan Bacaan......

Friday, June 12, 2009

Gue ke Alor Star

Hujung minggu nie gue mau ke alor star.. my naquib ajak ke kenduri kahwin sedara belah zaujah dia.. act meraikan kemengagguran daku yang pertama la nie.. haha.. btw nak g jumpa ustadz zizan.. mana tau dia nak amek keje jadi SU akbar dia ka.. wakaka

Tengah merancang2 dalam pale otak apa la nak buat sementara nak cri keje nie.. erm nak sambung master dah x layak... hauhua... kalau ikut my umi kire suh balik johor je.. wa... kene balik gak ke??... kuikui... ok la... mcm manapun aku jenis percaya pada rezeki dah Allah tetapkan.. berjalanlah mengikut susunannya.. I'syaAllah ada kat mana2... hehe... btw kalau tanam pisang kaya apa!!

haha.. jumpa lagi senin nanti!!

Teruskan Bacaan......

Siri 2: Perempuan P**ka??..

X nak banyak cakap la.. apa kata masing2 g nengok sendri.. then nilai... kata orang jangan terima satu pihak je... so, g la cri n tanya satu pihak lagi... erkk makin seram lak jadinya kisah nie.. melibatkan alam yang satu lagi... aik.. ada bape banyak lak alam?... entahlah... manusia makhluk lemah dan punya keterbatasan diri.. maka nak jadi kuat... disandarkan pada yang lain selain Allah... maka manusia biasa2 jadi seram.. macam aku la.. yang masih duk seram sambil menganggur2 nie.. huahua.. layan!!





Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!