Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, October 31, 2008

Sehari bersama Hujan... "epilog rintihan gerimis"... 'dia datang lagi'...

Erm panjangnya tajuk.. huhu... exam datang lagi... maka kegilaan kembali menghantui warga kampus... benarlah jiwa tertekan... mcm2 boleh jadi... otak dipaksa untuk bekerja dengan keras... sapa x marah... selalu2 x nak suruh.. tetiba time2 nak peksa baru suruh... panggil meeting la segala.. apa maknanya semua ini??... adakah kerana exam akan muncul.. maka baru dipaksa otak bekerja??... waktu senggang dulu.. x de satu meetingpun nak buat... ces... melampau gile manusia nie... kalaulah exam tu x muncul.. pasti otak nie masih dibaiarkan mcm tu je... huh!!... dalamnya maksud.. huahua...


Ada sesapa time2 nak peksa nie kene ujan x??... cis apalah... nama je pejuang... ada ke patut time2 nak peksa x kene ujan... jangan jadikn alasan nak exam maka x leh naik motor n kene ujan... entah apa2... haha... seb baik lepas discuss design tadi rasa nak main2 ujan... maka g jugak la masuk utan tu... kata pejuang... tapi pelik... mana dia panglima yang hebat2 tu??... x kan xleh kene ujan??... pelik2... dan lebih pelik.. boleh lak aku g main ujan time2 nak peksa nie??...

Apa2pun layan nie.. semalam dah ad yang nak kene pelempang.. hari nie harap2 jangan la ad yang nak kene pelempang gak.. cis kalaulah aku seberani itu melempang anak org.. pasti skang dah puas hati... huhu.. apa2pun...

Selamat buat exam ngan jayanya... dah jadikan exam alasan tuk stop buat benda lain.. maka jangan lak x score nanti.. buat kene kutuk ngan aku je... huhu






Teruskan Bacaan......

Saturday, October 25, 2008

Muhasabah Cinta...

Nie last... aku tetiba rasa hiba sangat bila dengar lagu nie... erm bukan sebab diriku.. tapi nak aku tujukan kepada kakakku... kau tahu siapa kau!!... tenanglah kau kakakku.. rindu untuk sama2 mesra seperti dulu.. kemana menghilang??... jangan di ikut kata hati... kerana sekelilingmu masih ramai yg kasih... kasih kerana Allah...





Teruskan Bacaan......

Ermm.. Erk.. Ego??

ish2... jumpa lak lagu nie... mcm kene ngan jiwa aku je.. huhu x kire nak publish gak dulu.. huhu...





Teruskan Bacaan......

Jangan Mepet-Mepet... haha

Aku nak ke Kulim Pagi nie... kenduri ustadz ramadhan Fitri...but then tetiba terjumpa video nie.. haha.. layan la dulu.. best gak... ad msg.. kalau faham la... huhu



Kalau x faham... cubalah cari sumber untuk faham.. sebab akupun banyak x faham.. tapi serius nie kumpulan nasyid.. huahua



Teruskan Bacaan......

Thursday, October 23, 2008

Tatkala berduka... ingatlah saat ceria...

Esok ada test... tapi x tahu napa mlm nie malas sangat nak study... erm dan mcm biasa... sakit datang lagi... aduh.. mencucuk2... huhu sahabat2 satu rumah.. kalau nampak aku mcm org x betul.. tetiba terbaring berselimut... maknanya ada sesuatu yang aku sembunyikan... cuma sakit tu x lama... akan pulih sendri... beberapa jam kemudian... huhu

Dan malam nie aku mengimbau kembali kisah2 bergambar... saja2.. untuk mengembalikan nostalgia hidupku... di bumi kampus ini... oh ternyata aku mahasiswa yang aktif sekali... huhu.. dan itu benar aku!!... tergelak sendiri.. terapi yang cukup baik...

Dan malam ini.. aku ingin lampirkan beberapa keping foto... yang menjadikan aku kuat..

Kem Jati diri Tahun Satu... oh kenangan terindah... ukhuwah terbaik kurasakan di sini... huhu


Teringat janji yang sama2 pernah kita lafaz dulu... masihkah dalam fikiranmu??... huhu



Makan bersama di atas batu
air yang dingin...


Mendaki bukit dengan wajah yang comel??... huhu


Oh kenangan kem yang menjadi permulan ukhuwah sesama rakan sekuliah... indah cukup kurasakan... kita mula rapat dari sini... yang mengajar kita erti apa itu universiti... oh kalau masa boleh diputar kembali... saat ini ingin ku lalui sekali lagi...

====================================================================

Sapa comei??.. haha.. aku punya hati yang halus sekali... mudah tersentuh... bersama seorang adik yg lambat belajar.. prog MPDL... sedang aku cukup sifat.. adik2 di sekolah anak2 cacat ini tiada siapa yang peduli... oh dan oh... seronok menjadi guru lukisan!


Waktu ini jangan kau main2 dengan aku.. jurus silatku sedang dalam kemuncak adanya.. haha.. interaksi silat cekak... di sini aku berkenalan dengan ramai kepimpinan kampus kini.. huhu.. dari semua aliran!!... tidak dapatkah kita bersama2 lagi bagai dulu??... lihat mukaku... mcm budak jahatkah waktu ini??.. hehe

Bersama rakan2 MRS untuk prog anak angkat di Pahang.. oh apa khabarlah ayah angkatku??.. huhu tok empat Pahang??... huhu... manis juga kurasa...


Sahabat2 sekuliah.. oh ketahuilah kalian sahabatku dunia akhirat...


Tetapi inilah akhirnya aku pilih.. bersama PMI dan jemaah... benar terkadang banyak duka dari gembira... tapi melihat gambar ini.. aku pasti jadi kuat semula... aku pasti jadi kuat semula!!
Rehlah di Cheruk tok Kun... kekal dalam memoriku...

Teruskan Bacaan......

Tuesday, October 21, 2008

Ayat2 Sufi...


“Tuan, tidakkan tuan tahu bahawa orang yang
sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti
sedang berjalan menuju ke syurga kerana
sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya.
Saya bercita-cita menjadi
seorang yang beriman lagi berilmu.
Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci
sekali bercakap bohong. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini tuan,
hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak sekali akan berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!”


-sheikh abdul kadir jailani-

===================================================================

"Aku mencapai bidang kerohanian melalui tiga perkara, iaitu: menjauhkan dunia, berpuasa dan berjaga sepanjang malam."
"Aku ini hamba yang tidak punya kemerdekaan. Aku akan pergi bila Allah menyuruhku pergi, sama ada ke syurga atau ke neraka."

-junaid Al-Baghdadi-

================================================================

Sejak akhir2 ini... aku sendiri tidak faham dengan diriku sendiri... oh pernahkah aku memahami diriku??... adakah perlu aku memulaukan dunia... kerana di situ penuh ketenangan... akhirat yang dikejar... maka dunia ditinggalkan??...

Teman bantu aku... nasihatilah aku dengan ayat2 sufi!!



Teruskan Bacaan......

Thursday, October 16, 2008

6 Hari Diatas Pelangi...



Sewaktu kecil... aku sangat suka dan teruja apabila melihat pelangi sesudah hujan... hati rasa berbunga dan kegembiraan seakan berganda... pernah aku bayangkan berlari2 dan duduk dengan mahligai indah disana... oh manis kurasakan... menganjak sedikit besar... aku masih menyukai ciptaan Allah ini... unik sekali... tetapi aku sudah mengetahui hakikat lemahnya manusia.. mana mungkin mampu membina mahligai di atas pelangi... cuma mungkin... aku masih punya deria hayal yang cukup tinggi... huhu

================================================================

Aku melihat ada satu kumpulan manusia... di planet x... meriah dengan aktiviti... oh tumpang gembira aku dibuatnya... program mengEsakan Allah cukup banyak... cuma aku pelik... eh kenapa muka sama??... hanya banyak itukah manusia di planet X??... atau mereka memilik negarakan negara x??... menjadikan negara x hak eksklusif mereka??... sambil membiarkan yang lain seakan tidak selesa berada di sana??... erm... di atas pelangipun boleh berburuk sangka...

==================================================================

Aku melihat ada sekumpulan manusia... cukup seronok bercerita bab lompat2.. huhu... kenapalah suke sangat terlompat2... peliknya... minyak turun kali ketiga.. tambah2 masih x sebanyak naik.. alahai.. manusia kat bumi name Mesia tu suke hati... pelik2 je... kera kat hutan lak x cukup penclonan nak jadi wakil untuk manusia... nasib baik... tp apa2 boleh jadi... kera tu ganas... ada banyak pisang nak bg kat manusia... dan manusia suke!

Satu team g nak melompat gak... x nak ikut aturan... faham tinggi maka x perlu ikut step... biar lompat tinggi terus... kalau berjaya by mean akan terus berada di atas... kalau jatuh parah.. x pe... peluang 50%.. tinggi tu... nk biar x sampai hati... huhu... satu haripun mengeluh... nak balik awal... mcm mana nak duk ngan aku kat atas pelangi nie 6 hari??... uit najib... hikmahlah sikit ckp tu... ( untuk semua yang bernama Najib )

=================================================================

Aku melihat satu kumpulan lagi.. sibuk sungguh... mengalahkan menteri yang sedang buat urusan rasmi makan2 sempena raya.. ape kehal??... oh exam dah nak dekat rupanya... patutlah aku mcm nak jatuh je... eh.. dah 6 hari kat atas pelangi... huhu... study!!!

Peace...


Teruskan Bacaan......

Wednesday, October 8, 2008

Alhamdulillah Syukur...

Terlewat.. benar syawal masih ada... adakah sambutannya selama sebulan??... oh pulang bercuti.. syukur saja masih diberi nikmat berhari raya bersama keluarga... dan aku seperti biasa... selalu menjadi pemerhati... gemar mengutip perjalanan hidupku... dan mereka2 disekeliling... buat bekal tatkala menghadapi dugaan hidup.. yang sementara... syukur masih saja bernafaz... dalam keadaan elok fizikal dan mental... sambil mengharapkan dosa2ku yang banyak sesama makhluk.. sudah terampun... moga2...

======================================================

Adik beradik itu umpama air yang dicincang tidak akan putus??... sampai sekarang aku tidak begitu faham maksudnya... tetapi aku sangat yakin.. ikatan darah itu pasti membuatkan jiwa bergetar tatkala bersua muka sesama adik beradik.. apatah lagi ibu bapa... yang jelas2 darah mereka mengalir ditubuh...

Dikampung.. setiap tahun kisah ini bermain semula.. tidak kiralah secara serius atau kurang... tidak berniat menceritakan aibnya org.. cuma moga2 paparan ini bakal memberi keinsafah buatku.. dan kalian yang membaca...

Jiranku... tinggal tidak sampai 50 meter dari rumah.. merupakan seorang nenek 11 orang anak dan berpuluh cucu... tidak ada masalah kesihatan mahupun kewangan.. arwah suaminya guru besar sekolah dan pencennya cukup untuk hidupnya seorang... tetapi menyayat hati... krisis kasih sayang sangat jelas di wajah situa itu... bersangkutan soal adik beradik... soal pilih kasih dan entah apa2 lagi... jika tahun sudah... mereka sekadar bertikam lidah.. tahun ini.. seusai solat sunat aidilfitri... oh namakan sahaja mereka bertumbuk adik beradik atas punca yang x ketahuan...

Cukup sekadar itu.. bukan punca pergaduhan yang ingin aku ceritakan... tetapi si tua itu... sedih aku melihatnya... terus dia berlari kerumahku.. mendakap kemas ibuku... sambil menangis dengan esakan yang cukup kuat.. sempat membuatkan aku cukup hiba dan tersentuh... tidak berkata2.. kami maklum... sudah cukup sedia maklum...

Anak yang sebelas itu ada 2 team... team pertama ada 5 orang team ke dua 6 orang dan sudah meninggal seorang... anak bongsu... bagaimana aku namakan krisis kasih sayang... setiap dari team ada ketua... dan mereka ini adalah yang sangat rapat dengan ibuku... oh tahukah kalian... ibukulah tempat titik pertemuan ketiga entiti ini... team A menceritakan kepada ibuku via telefon versi kisah pertengkaran itu... team B menceritakan kepada ibuku tatkala bertandang kerumah... beberapa hari kemudian...

Kesimpulan yang ibu buat... masing2 tidak mahu menunjukkan kasih sayang .. cukup ego dan setiap masalah itu bukan masalahpun.. jika mereka mampu duduk berbincang... saling bercerita... team A menyatakan ibunya lebih menyayangi team B.. team B menyatakan ibunya melebihkan Team A... oh dan ibunya pula berkata... aku sayang setiap sorang dari anakku!!... setiap tahunpun begitu... oh sedihnya syawal mereka...

=======================================================

Genap setahun ibu saudaraku meninggal dunia.. tepat 1 syawal tahun lepas... dia umpama ibuku... waktu kecil.. aku diasuh oleh nenek... dan tidur malamku adalah dengan ibu saudaraku ini... oh dia juga kuanggap ibuku... sedikit sedih dan terkenang2... tenanglah kau di sana ibuku...

Yang hilang itu berganti.. patah kan tumbuh.. tahun ini aku mendapat 3 orang anak buah baru... comei2 belaka... huhu.. dan mengambil kesempatan semua ada di kampung... majlis bercukur dan akikah diadakan.. tumbang juga seekor lembu.. huhu.. dah mcm kerja kawen... tapi cukup manis dan gembira... berjumpa dengan sanak saudara yang jauh... tiba2 aku merasakan diri sudah cukup besar.. kerana ramai dari adik2 saudaraku sudah besar dengan sihat semua.. oh masa.. masih tetap sama berlalu... tetapi mengapa terasa cepat??... dan yang best.. huhu.. masih tetap dapat duit raya... sudah semestinya lebih dari dulu.. kerana status mahasiswaku... modal yang cukup ampuh... segan den.. haha..

======================================================

Tapi tahun ini sedikit terkilan... tidak dapat beraya bersama sahabat2 sekolah lama... sehinga mereka menyangka aku sombong... entahlah.. tiada mood nak beraya bersama... adakah aku akan di pulau selepas ini??... oh banyaknya hati yang ingin di jaga... huhu.. tinggalkan je mereka...

Rupa2nya bukan sahabt2 sahaja yang tidak dapat aku beraya bersama.. guru2pun tidak dapat kukunjungi seperti biasa... oh sudah lupakah aku pada jasa mereka??... oh ketahuilah.. aku tidak sekali2 lupa pada kalian... cuma tahun ini aku sangat berazam untuk fokus pada keluarga... melayan mereka2 yang datang kerumah.. dan turut menziarahi mereka2 yang berada disekitar Johor... seronok juga!!

======================================================

Dalam sibuk beraya.. masih juga ada kerja2 jemaah yang perlu difikirkan... aku seorangkah??... oh tidak.. kesian pada mereka2 yang terpaksa balik awal.. untuk apa tujuan sekalipun.. kalian terpaksa memikirkan darihal jemaah... maaf aku sangat tidak membantu... dan sering pula msg2 merapu2... huhu...

Juga menerima banyak sekali berita kematian dan juga kemalangan.. dikalangan sahabat jemaah 2 berita ku terima.. dikalangan jiran sekampung juga 2 berita kematian ku dengar... dikalangan sudara mara... 1 kemalangan di beritahu... oh takziah sekali... kepada yang sakit.. moga2 kalian redha... dan kudoakan cepat sembuh... dan kepada yang sudah kembali menuju kampung halaman.. moga rohmu termasuk mereka2 yang Allah beri Redha atasnya.. amin..

Tetapi tetap sahaja ada berita gembira kudengar.. oh hidup ini berpasang2... duka dan gembira silih berganti.. abang naquibku selamat di ijapkabulkan dengan suri hatinya.. moga kalian hidup aman dan damai... dan membawa kesyurga... dan satu lagi berita gembira tatkala seniorku selamat menerima sorang cahaya mata baru... baby girl yang bakal menjadi mujahidah sejati.. i'syaAllah... untuk semua.. tahniah ku ucapkan...

=======================================================

Aku ingin pulang.. ikut perancangan asal aku akan pulang pada 8 hari bulan... tetapi tidak ada sesiapa mampu mematahkan perancangan Allah... huhu... aku pulang pada 5 hari bulan... bukan ke kampus... tetapi ke kuala lumpur.. rumah kakakku yang baru berpindah.. kesian dia.. cuti sehingga raya ke 2 sahaja... oh aku menaiki bas dengan ibu... tidak berkereta kerana ayah tidak dapat turut serta... bakal naik kerja hari isnin...

Kebetulan atau benar hikmah dari pertukaran perancangan... 4 hari sebelum ini aku mendpat msg.. menyatakan bakal berlansung meeting urusan jemaah di kuala lumpur... oh aku memilih untuk hadir... yup.. kerana aku memang sudah berada di Kuala Lumpur... oh hebatnya mereka.. segan dan malu aku pada sahabat2 kampus lain.. UIA... UM.. UTMKL... dll... ah kalian memang hebat.. juga pimpinan jemaah... banyak yang dapat aku belajar... akan kujadikan pengalaman hidup paling berharga... terus kepudu dan pulang bas ke kampus...

=======================================================

Benarlah kata orang.. kerisauan ibu itu pasti berasas... huhu... sewaktu mengemas beg... ibu menanyakan soalan yang sudah acapkali aku dengar... " adik ada tinggal apa2 x??"... hehe... dan aku dengan tujuan ingin bermesra dengan ibuku... menjawab.. "Ummi... kalau barang tu belum tertinggal... macam mana nak panggil tertinggal.. tunggu barang tu tertinggal dulu la.".. huhu.. durhakakah aku??... ibuku senyum...

Dan bila Allah nak tunjuk tidak perlu lama... di dalam bas... aku mendapat satu perasaan aneh yg tidak enak.. haha... kunci rumahku dan kunci motorku tertinggal dirumah di Johor... haha.. Ya Allah... maafkan hambaMu ini ya Allah... terus telefon ibu dan perkara pertama yang kubuat ialah memohon ampun.. ibu kaget.. katanya baru minta maaf raya hari tu.. dah buat dose lagi ka??... huhu.. baru kuceritakan... dan seperti biasa.. ibu mengeluarkan kata2 sedikit laju... huhu... tenang mendengar.. dan akhirnya minta ayahku poskan kemudian...

========================================================

Hidup ini cukup indah... oh warna2nya membuatkan manusia patut terus bersyukur pada tuhan Pencipta... Ya Allah... syukur atas segala nikmat yang kau beri... ibu.. ayah... adik beradikku... sahabat... guru.. dan semua kalian... oh syukur Alhamdulillah...





Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!