Terlewat.. benar syawal masih ada... adakah sambutannya selama sebulan??... oh pulang bercuti.. syukur saja masih diberi nikmat berhari raya bersama keluarga... dan aku seperti biasa... selalu menjadi pemerhati... gemar mengutip perjalanan hidupku... dan mereka2 disekeliling... buat bekal tatkala menghadapi dugaan hidup.. yang sementara... syukur masih saja bernafaz... dalam keadaan elok fizikal dan mental... sambil mengharapkan dosa2ku yang banyak sesama makhluk.. sudah terampun... moga2...
======================================================
Adik beradik itu umpama air yang dicincang tidak akan putus??... sampai sekarang aku tidak begitu faham maksudnya... tetapi aku sangat yakin.. ikatan darah itu pasti membuatkan jiwa bergetar tatkala bersua muka sesama adik beradik.. apatah lagi ibu bapa... yang jelas2 darah mereka mengalir ditubuh...
Dikampung.. setiap tahun kisah ini bermain semula.. tidak kiralah secara serius atau kurang... tidak berniat menceritakan aibnya org.. cuma moga2 paparan ini bakal memberi keinsafah buatku.. dan kalian yang membaca...
Jiranku... tinggal tidak sampai 50 meter dari rumah.. merupakan seorang nenek 11 orang anak dan berpuluh cucu... tidak ada masalah kesihatan mahupun kewangan.. arwah suaminya guru besar sekolah dan pencennya cukup untuk hidupnya seorang... tetapi menyayat hati... krisis kasih sayang sangat jelas di wajah situa itu... bersangkutan soal adik beradik... soal pilih kasih dan entah apa2 lagi... jika tahun sudah... mereka sekadar bertikam lidah.. tahun ini.. seusai solat sunat aidilfitri... oh namakan sahaja mereka bertumbuk adik beradik atas punca yang x ketahuan...
Cukup sekadar itu.. bukan punca pergaduhan yang ingin aku ceritakan... tetapi si tua itu... sedih aku melihatnya... terus dia berlari kerumahku.. mendakap kemas ibuku... sambil menangis dengan esakan yang cukup kuat.. sempat membuatkan aku cukup hiba dan tersentuh... tidak berkata2.. kami maklum... sudah cukup sedia maklum...
Anak yang sebelas itu ada 2 team... team pertama ada 5 orang team ke dua 6 orang dan sudah meninggal seorang... anak bongsu... bagaimana aku namakan krisis kasih sayang... setiap dari team ada ketua... dan mereka ini adalah yang sangat rapat dengan ibuku... oh tahukah kalian... ibukulah tempat titik pertemuan ketiga entiti ini... team A menceritakan kepada ibuku via telefon versi kisah pertengkaran itu... team B menceritakan kepada ibuku tatkala bertandang kerumah... beberapa hari kemudian...
Kesimpulan yang ibu buat... masing2 tidak mahu menunjukkan kasih sayang .. cukup ego dan setiap masalah itu bukan masalahpun.. jika mereka mampu duduk berbincang... saling bercerita... team A menyatakan ibunya lebih menyayangi team B.. team B menyatakan ibunya melebihkan Team A... oh dan ibunya pula berkata... aku sayang setiap sorang dari anakku!!... setiap tahunpun begitu... oh sedihnya syawal mereka...
=======================================================
Genap setahun ibu saudaraku meninggal dunia.. tepat 1 syawal tahun lepas... dia umpama ibuku... waktu kecil.. aku diasuh oleh nenek... dan tidur malamku adalah dengan ibu saudaraku ini... oh dia juga kuanggap ibuku... sedikit sedih dan terkenang2... tenanglah kau di sana ibuku...
Yang hilang itu berganti.. patah kan tumbuh.. tahun ini aku mendapat 3 orang anak buah baru... comei2 belaka... huhu.. dan mengambil kesempatan semua ada di kampung... majlis bercukur dan akikah diadakan.. tumbang juga seekor lembu.. huhu.. dah mcm kerja kawen... tapi cukup manis dan gembira... berjumpa dengan sanak saudara yang jauh... tiba2 aku merasakan diri sudah cukup besar.. kerana ramai dari adik2 saudaraku sudah besar dengan sihat semua.. oh masa.. masih tetap sama berlalu... tetapi mengapa terasa cepat??... dan yang best.. huhu.. masih tetap dapat duit raya... sudah semestinya lebih dari dulu.. kerana status mahasiswaku... modal yang cukup ampuh... segan den.. haha..
======================================================
Tapi tahun ini sedikit terkilan... tidak dapat beraya bersama sahabat2 sekolah lama... sehinga mereka menyangka aku sombong... entahlah.. tiada mood nak beraya bersama... adakah aku akan di pulau selepas ini??... oh banyaknya hati yang ingin di jaga... huhu.. tinggalkan je mereka...
Rupa2nya bukan sahabt2 sahaja yang tidak dapat aku beraya bersama.. guru2pun tidak dapat kukunjungi seperti biasa... oh sudah lupakah aku pada jasa mereka??... oh ketahuilah.. aku tidak sekali2 lupa pada kalian... cuma tahun ini aku sangat berazam untuk fokus pada keluarga... melayan mereka2 yang datang kerumah.. dan turut menziarahi mereka2 yang berada disekitar Johor... seronok juga!!
======================================================
Dalam sibuk beraya.. masih juga ada kerja2 jemaah yang perlu difikirkan... aku seorangkah??... oh tidak.. kesian pada mereka2 yang terpaksa balik awal.. untuk apa tujuan sekalipun.. kalian terpaksa memikirkan darihal jemaah... maaf aku sangat tidak membantu... dan sering pula msg2 merapu2... huhu...
Juga menerima banyak sekali berita kematian dan juga kemalangan.. dikalangan sahabat jemaah 2 berita ku terima.. dikalangan jiran sekampung juga 2 berita kematian ku dengar... dikalangan sudara mara... 1 kemalangan di beritahu... oh takziah sekali... kepada yang sakit.. moga2 kalian redha... dan kudoakan cepat sembuh... dan kepada yang sudah kembali menuju kampung halaman.. moga rohmu termasuk mereka2 yang Allah beri Redha atasnya.. amin..
Tetapi tetap sahaja ada berita gembira kudengar.. oh hidup ini berpasang2... duka dan gembira silih berganti.. abang naquibku selamat di ijapkabulkan dengan suri hatinya.. moga kalian hidup aman dan damai... dan membawa kesyurga... dan satu lagi berita gembira tatkala seniorku selamat menerima sorang cahaya mata baru... baby girl yang bakal menjadi mujahidah sejati.. i'syaAllah... untuk semua.. tahniah ku ucapkan...
=======================================================
Aku ingin pulang.. ikut perancangan asal aku akan pulang pada 8 hari bulan... tetapi tidak ada sesiapa mampu mematahkan perancangan Allah... huhu... aku pulang pada 5 hari bulan... bukan ke kampus... tetapi ke kuala lumpur.. rumah kakakku yang baru berpindah.. kesian dia.. cuti sehingga raya ke 2 sahaja... oh aku menaiki bas dengan ibu... tidak berkereta kerana ayah tidak dapat turut serta... bakal naik kerja hari isnin...
Kebetulan atau benar hikmah dari pertukaran perancangan... 4 hari sebelum ini aku mendpat msg.. menyatakan bakal berlansung meeting urusan jemaah di kuala lumpur... oh aku memilih untuk hadir... yup.. kerana aku memang sudah berada di Kuala Lumpur... oh hebatnya mereka.. segan dan malu aku pada sahabat2 kampus lain.. UIA... UM.. UTMKL... dll... ah kalian memang hebat.. juga pimpinan jemaah... banyak yang dapat aku belajar... akan kujadikan pengalaman hidup paling berharga... terus kepudu dan pulang bas ke kampus...
=======================================================
Benarlah kata orang.. kerisauan ibu itu pasti berasas... huhu... sewaktu mengemas beg... ibu menanyakan soalan yang sudah acapkali aku dengar... " adik ada tinggal apa2 x??"... hehe... dan aku dengan tujuan ingin bermesra dengan ibuku... menjawab.. "Ummi... kalau barang tu belum tertinggal... macam mana nak panggil tertinggal.. tunggu barang tu tertinggal dulu la.".. huhu.. durhakakah aku??... ibuku senyum...
Dan bila Allah nak tunjuk tidak perlu lama... di dalam bas... aku mendapat satu perasaan aneh yg tidak enak.. haha... kunci rumahku dan kunci motorku tertinggal dirumah di Johor... haha.. Ya Allah... maafkan hambaMu ini ya Allah... terus telefon ibu dan perkara pertama yang kubuat ialah memohon ampun.. ibu kaget.. katanya baru minta maaf raya hari tu.. dah buat dose lagi ka??... huhu.. baru kuceritakan... dan seperti biasa.. ibu mengeluarkan kata2 sedikit laju... huhu... tenang mendengar.. dan akhirnya minta ayahku poskan kemudian...
========================================================
Hidup ini cukup indah... oh warna2nya membuatkan manusia patut terus bersyukur pada tuhan Pencipta... Ya Allah... syukur atas segala nikmat yang kau beri... ibu.. ayah... adik beradikku... sahabat... guru.. dan semua kalian... oh syukur Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment