Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Sunday, November 16, 2008

Merenung Sebuah Ijtihad...

Hatinya berbolak balik... dia bukan lelaki yang baik... jarang sunguh bersolat jemaah... kerana dalam hatinya ada penyakit... dia sungguh hina... seringpula bermegah-megah... konon tahu segala... dan setiap yang lain melakukan kesalahan... maka dia sahaja yang sedang benar dalam iman... betapa jahatnya dia... sehingga imam juga sering dipersoal... tidak mahu ada benci dalam hati... sering mengelak berada dibelakang... walau tahu 27 lebih besar dari satu... sombongnya dia... lelaki yang hatinya berbolak balik itu...

Jiwanya halus... bagai bayi yang jujur... selalu ingin hidup sendiri... namun atas jahatnya dia... dia gagahi juga... biar katanya... walaupun dia suka sekali kegelapan... dia ini penggemar sunyi... selalu suka membelakangkan diri... dan betapa pengotornya dia ini... imannya hilang separuh mungkin... atas tidak sukanya dia pada bersih... atau dia memang sungguh malas... kerana dia sering menganggap itu tidak penting... maka dia senang hidup sendiri...

Dia juga seorang yang cepat penat... tidak pernah mahu bersukan... atau mungkin akan pengsan... kerana hati yang berbolak balik itu... sering mendapat penyakit... rohani dan jasmani... cepat juga datang amarah... lantaran wudu'nya sudah hilang... dan saat itu... dia jadi dirinya sendiri... mengutuk dan memberi kutukan... pada siapa sahaja yang disukai... walaupun siapa dia... silap sedikit... maka besar baginya... umpama dunia menghempap kepala...

-------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata... dia itu jahat mulutnya... tidak pandai menyimpan rahsia... bercakap mengikut selera... melepaskan segala tanpa selindung walau secebis... dia itu... bila berkata tidak lansung peduli... hati dan nurani yang lain... seringpula membawa mulut... cerita buruknya orang... sedang diri jauh lebih hina... dia itu... memang manusia lalai... tidak layak bergelar pejuang... jika Rasulullah masih hidup... dia itu pasti sudah menerima 10 lempangan... lantaran munafiknya dia...

Kata orang lagi... dia kuat berchating... melakukan banyak perkara sia-sia... setiap detik lalai dari mengingat tuhanNya... dia tidak suka bermesyuarah... sering mengambil keputusan sendiri... memang keras hatinya yang halus itu... kerana apa pentingnya mesyuarah... jika setiap keputusan sudah dibuat... itulah yang difikirkannya... lelaki sipembunuh hujah... kerana hanya dia yang benar... yang lain semuanya salah...

Mereka berkata lagi... dia ini tidak amanah... sering pula mengungkit-ngungkit... sudah diberi diminta semula... kerana dia ini anak Bolkiah... bapanya punya ladang berjuta ekar... tidak punya pinjaman... jauh sekali tajaan... maka anak orang kayalah dia... jika berjumpa dengannya... pasti bercerita soal duit... entah berapa banyak sudah digelapkannya... lelaki yang hatinya berbolak balik itu... makan duit haram!!... bertaubatlah hendaknya... sebelum ajal kunjung tiba...

Tidak habis lagi mereka berkata... kerana lelaki yang hatinya berbolak balik itu... tidak pernah matang... darihal lelaki... diceritakan pada perempuan... walau dia tahu... jika golongan itu sudah tahu... pasti semua akan tahu... biarkan... niatnya memang begitu... supaya semuapun tahu... dia sipengadu... lelaki jahat yang hina itu... semuapun sudah menyampah... mengada-ngada... si gemuk yang boroi??... haha... lelaki jahat itu dengr darihal itu... maka nafsu marahnya tidak terkawal lagi... menaiki motor ke sungai kerian... dengan lagak gila talak.. dia menjerit sekuat hati... membuang sagala dosa-dosanya pergi??

Ya Allah... lelaki yang hatinya berbolak balik itu adalah aku???... biarlah aku mengambil ijtihad ini... kerana sesudah kumerenung sebuah ijtihad... aku tahu ini yang terbaik buatku... buat semua!

Aku menarik diri demi kebahagiaan sahabatku sendiri....

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
apa maksud tarik diri tu..

Cahaya~ said...

nur suka ni

" Tuhanku, harapanku pada-Mu
takkan putus meskipun aku melakukan maksiat pada-Mu,

sebagaimana kecemasanku (pada seksa azab-Mu)
takkan sirna walaupun aku
mentaati-Mu."
Ibn, Athaillah

suka nur ayat tu, sbb nur tau nur byk wat dosa.. huhu

Anonymous said...

Dunia ini penjara untuk orang yang beriman. Kesusahan, kesukaran bukanlah sesuatu yang perlu kita benci, sebab di akhirat nanti, kita tahu, apa imbalannya. Sunnah berjuang, mustahil dihampar permaidani merah, disambut dengan tepukan dan hilaian tawa. Tetapi sudah pasti onak dan duri itulah terpampang dan menjerat kita.

Allah berfirman, "Adakah kamu mengira kamu dibiarkan sahaja untuk mengatakan 'aku telah beriman' sedangkan kamu tidak diuji?" - Surah al-Ankabut ayat 2.

Akak dah lama meninggalkan kampus, tapi sering juga menanya khabar adik-adik. Sebenarnya masalah dalaman tidak boleh dilayan dan terus dilayan. Anggap sahaja sindiran kawan-kawan itu satu gurauan semata-mata dan sifat memaafkan, bukankah ia sifat yang terpuji?

Kadang-kadang, ada bisikan dalam hati yang menyeru kepada kita untuk membantah, membenci dan berburuk sangka. Jangan terus menyambut bisikan-bisikan tersebut. Apatah lagi diluahkan terus dalam kata-kata. Ini adalah kebiasaan seorang manusia. Rasional dan akal perlu di depan dalam menilai sesuatu perkara. Di sinilah terletaknya berbaik sangka, berlapang dada sebagai pengimbal terhadap nafsu dan bisikan-bisikan jahat tersebut. Sebenarnya bersangka baik dan berlapang dada dapat dilatih dengan kecintaan pada teman-teman dengan menganggap mereka sebahagian daripada diri kita. Inilah namanya ukhwah.


Adik, walaupun kita diherdik ketika berjamaah, mungkin disebabkan atas kelemahan kita, jadikan itu satu cabaran untuk diperbaiki kelemahan tersebut. Jangan jadikan teguran yang mungkin kurang berhemah menjadikan kita kurang berselera dengan berjamaah. Sebab, inilah yang dinamakan ego. Ego tidak layak dipunyai oleh seorang pejuang.

Sesungguh Khalid Al Walid pernah diherdik dan dimarahi oleh Saidina Umar disebabkan perbezaan pendapatnya. Malahan beliau dipecat dari jawatan Panglima Tertinggi Tentera Islam. Namun, pemecatam itu tidak sedikit pun menjejas semangat beliau untuk terus berjuang. Sehingga di akhir hayatnya, beliau ditanya kenapa masih gigih berjuang sedangkan sudah kehilangan jawatan, jawapan beliau seperti dalam kitab-ktab sejarah, "Aku berjuang bukanlah kerana Umar. Aku berjuang kerana Allah".

Begitu tinggi sahsiah sahabat nabi. Iya, mereka amat jauh bezanya dengan zaman mutakhir ini. Namun tidak salah untuk diteladani.


Semoga adik terus bersemangat dan jangan berkecil hati atas tingkah laku sahabat yang mungkin tidak menyenangkan adik. Mungkin tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk bermanja dan menarik perhatian adik.

Sekian, kakak di kejauhan....

Anonymous said...

...sombong,,,pengotor,,,jahat,,,mengada2,,,'anak org kaya',,,suka chatting,,,,bla..bla..bla....huhu

....moga jeritan mu di sg kerian dapat melegakan apa yg berserabut dalam pale otak,,,huhu

...chayok2 berg...Allah is always near,,,soooo.....

~k.memot~

Anonymous said...

nasihat akak selalu lari drpd nasihat akak jemaah yg lain berg..
hehe

"kalau rasa tak larat.. rehat lah kejap.. tapi kita tahu yg kita belum mati lagi.. so still kena jalan"

paham kan?
dengar lah suara diri, suara hati.. apa yg diri sendiri mahukan, kerna walaupun ummah centric, akhirat nanti. keihlasan kita berdiri sendiri.

<< akak memang 'kepala sendiri'.. susah kot org nak agree. huhu

Anonymous said...

senyum seorg shbt mmg ku damba, tapi sasaran mad'u didepan lebih memerlukan...jgn lah slhkn diri, syabab!! ayuh berani tuk ubah diri..kita ade Allah yg tau ape kita nk buat..ijtihad?perlu tp pastikan ia bkn atas keegoan diri..ok, zaman skrrg perlu diperjelaskan objektif grkn kita, jgn smpai terlalu risaukan diri dan shbt shggakan sasaran kita tercicir...'berjemaah lah mengikut acuannya'

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!