Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, October 2, 2007

selamat mengundi!!


Esok...akan tercatat satu lagi sejarah mahasiswa di malaysia...ya mengundi...keluarlah mengundi!!...sesungguhnya undi anda bakal menentukan barisan kepimpinan bagaimanakah yang akan kalian terima untuk tempoh setahun dari sekarang...kalau kalian rasa masih ingin dikawal segala tindak tanduk oleh HEP...maka kalian bolehlah mengundi calon tajaan mereka...tetapi jika kalian inginkan perubahan dan kepimpinan sebenar mahasiswa, maka sokonglah calon pro mahasiswa....

Dan aku kira sekarang baru sahaja habis rapat umum untuk semua kampus...dan apa yang aku dengar, banyak sekali fitnah2 ditabur di pentas terbuka oleh calon2 pro aspirasi dalam usaha memberi kemenangan di pihak mereka...adakah begitu terdesak sekali mereka2 ini??...aku sangat yakin ini adalah usaha tidak kenal erti lelah oleh sahabat2 yang telah berjuang dengan penuh berani...

Sahabat2 usaha kita tidak sia2 kerana kini terbukti pihak proaspirasi begitu terdesak di sana sini.... teruskan usaha dan berdoalah moga2 kita beroleh kemenangan...tetapi ingat kemenangan bukanlah matlamat utama..yeng lebih penting bagaimana nanti MPP kita gunakan untuk menyuburkan amalan agama dan aktiviti dakwah dikampus...ketahuilah sahabat2ku...andai kalian menang dengan majoriti besar sekalipun, segala aktiviti2 maksiat akan tetap diteruskan oleh HEP..mereka pasti akan memberikan projek2 seperti ini kepada golongan yang menyokong mereka...maka dengan itu adalah menjadi tanggungjwab kita untuk membanteras segala aktiviti maksiat ini dari bumi kampus!!...menang atau kalah....inilah tugas utama kita...

Walaubagaimanapun...selamat berjuang aku ucapkan kepada seluruh sahabat2 seMalaysia...usaha murni anda hanya Allah akan membalasnya...ikhlaskan hati...mari kita mengambil barkah 10 malam terakhir Ramadhan ini untuk kita berjihad ke jalan Allah...

Takbir!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!