Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, December 31, 2007

Perjalanan 1000 Batu....


Lama tidak menulis dalam blogku ini...huhu..benarlah kata orang...kadangkala selalu ad perkara yang akan kita rasa jemu sekali sekala...tetapi lama menyepi membuatkan aku rindu untuk menulis kembali...pelbagai kejadian berlaku semenjak kali terakhir blogku ini menerima catatan hidupku...

Terbaru...satu perjalan panjang dalam hidupku merentas Semenanjung Tanah Melayu ini...huhuu....erm mungkin terlambat mengucapkan selamat Hari Raya Haji...hehehe...dari P.Pinang, aku ke Seremban...berjumpa seorang sahabat yang aku kenali hanya dialam maya...penuh dengan kepercayaan...hehehe kalaulah dia tidak seperti yang aku sangkakan!!

Dua hari disana membuatku melihat kehidupan dari satu lagi demensi yang lain...ya, aku memang senang sekali melihat2 dunia di luar lingkar hidupku...kerana aku percaya sekali pada yang dinamakan pengalaman....yup, bagiku pengalaman adalah guruku yang utama...aku jadi dapat melihat kehidupan orang lain yang mana sebelumnya aku tidak pernah tahu dan tidak terlintas dihati untuk ambil tahu...terima kasih sahabatku AT....akan ku kenang walau sekejap pertemuan kita...Ko membuatkan aku berfikir kerdilnya diriku....

Dari Seremban, aku terus Ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kawen sahabat mayaku juga...huhuhu...berbahagialah kau sahabatku Usen...sedap sungguh hidangan kenduri yang kau sajikan...aku senang sekali dan dapat juga berjumpa dengan ramai sekali kenalan yang sebelumnya tidak pernah bersua muka...sesungguhnya ukhuah yang terjalin ku harap terus ke syurga...tahniah sekali lagi ku ucapkan kepada sahabatku Usen...

Dari Kuala Lumpur aku menaiki bas sekali lagi ( semua perjalananku dengan bas!!..hehe) menuju ke Pulau Pinang...ya ke rumah sewaku...sampai dalam lingkungan pertengahan malam...tido...hehehe...nanti akan aku sambung kisahku kerana esok pagi, aku akan bertolak ke Kelantan pula... :-)

P/S : selamat pengantin baru...usen

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!