Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, December 31, 2007

Ybmu dan Ybku...

a
Salam Sejahtera keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...semoga Islam akan tetap sejahtera adanya...

Adapun Artikel ini hamba karang berdasarkan pengalaman hamba di kampung halaman dan pengalaman hamba 5 hari di Machang Kelantan...


Tanggal 25-29 Disember, hamba dijemput menghadiri satu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM ) anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM), tidak bermaksud menceritakan perjalanan disana, apa yang hamba ingin sentuh adalah perihal laku YB Hj. Zulkifli Bin Mamat (PAS) yang pada pandangan hamba seorang Yb yang bukan sahaja berjiwa pemimpin, malahan beliau seorang yang sangat merendah diri.

Lima hari bersama beliau beraktiviti, terserlah segala keperibadian beliau. Dari seorang wakil rakyat N 33 Pulai Chondong, beliau menjadi rakyat marhain sewaktu sama-sama bergotong royong membantu membaiki rumah seorang penduduk miskin. Tidak pernah terlintas di hati untuk melihat seorang YB bersama-sama memegang penukul mengetuk paku, mengangkat papan-papan dan sebagainya.

Sungguh bertuah pulai Chondong kerana mendapat YB seperti beliau. Hamba secara peribadi mendoakan YB akan terus gemilang dan jika bertanding lagi akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Berbeza dengan YBku...x perlulah diberitahu dimana, cukup hamba sebut di negeri Johor, dari UMNO...memang berbeza seratus peratus, dari segi khidmat, kalau tidak di tempat ber air cond, dengan lagak senyum sinisnya seperti seorang tuan yang melihat hamba-hambanya, maka tidak dapatlah kami berjumpa dengan YB. Entah apa yang disibukkan mesyuarat sana-sini sedang khidmat kepada rakyat dilupakan. Ketika merayu undi, pijak semut kaki terangkat. Dan yang paling hamba tidak paham rakyat hamba negeri hamba sendiri...kalaulah mereka hidup bersama YB Zul, mungkin sudah lama UMNO berkubur di negeri Johor. Masalahnya, mereka tetap memberi sokongan kepada YB begini sedang dibelakang sering bising-bising.

Entahlah, mungkin belum sampai masanya Beruntunglah rakyat kelantan dengan YBmu sedang hamba bersedih dengan YBku!!

P/S : Apa-apapun kredit hamba beri pada akhi Nik, Presiden PMKUM kerana berjaya mengemudi sebuah persatuan dengan cemerlang. kepada latiff (kalau boleh dipanggil abang angkat) terima kasih atas pengalaman bermain dam aji kelantan dan sebagainya, kepada Pak Wan dan Mek Su...terima kasih kerana menerima diri hamba sebagai cucu angkat, tidak akan kulupakan kalian dan i'syaAllah hamba akan kesana lagi dilain kesempatan. Dan semua kenalan-kenalan baru hamba, adik zul, akhi pok lah dan semuanya, kalian meninggalkan kenangan terindah buatku...salam ukhuah Fillah Ilal Jannah...
"

Artikel ini susulan perjalan 1000 batuku yang aku teruskan ke Kelantan...dan aku muatkan dalam laman Tranungkite.net....

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!