Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, January 1, 2008

1 Muharram ka 1 Januari??



"hiasan
Selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, sama ad yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, usia meningkat dan mungkin kematangan berjalan seiring pertambahan usia...Namun, sedar atau tidak, semakin bertambah usia sebenarnya semakin mendekatkan kita pada kematian...bersedialah untuk sesuatu yang pasti!!

Dan kini, bertambah setahun lagi tahun masihi...manusia merayakan seolah-olah mereka meraikan satu pesta kemenangan...dan sesuatu yang pasti, umat Islam tidak ketinggalan dalam merayakannya...bermula dengan sekecil-kecil unit keluarga sehingga sebesar-besar unit kerajaan, tahun baru disambut dengan penuh kelalaian.

Dengan penuh keyakinan, si ayah membawa anaknya menonton pertunjukan bunga api yang baginya sesuatu yng dapat mengembirakan anaknya...tetapi tanpa sedar, si ayah sebenarnya sedang meracun minda anaknya supaya mencintai dunia...kerajaan pula, waktu-waktu begini berlumba-lumba membuat pelbagai acara untuk melalaikan rakyat di samping terus-menerus membazirkan wang rakyat dengan membuat pertunjukan bunga api...( dan rakyat yang kagum melihat tidak sedar duit mereka yang digunakan untuk mengadakan semua majlis tersebut)...

Jika habis disitu, mungkin boleh dimaafkan dan dianggap sebagai hiburan ringan, namun...hakikatnya malam sambutan 1 januari ini, pelbagai maksiat berlaku...bermula dengan mat rempit menghurung minah rempit kehulu kehilir membuat bising dan akhirnya diakhiri dengan penzinaan, kutu-kutu rayau berkumpul lelaki perempuan dan akhirnya juga akan ada penzinaan, acara minum arak berlansung, berhimpun secara yang kerajaan katakan halal sambil terpekik terlolong dan sebagainya...

Mungkin inilah yang dikehendaki sebagai falsafah menyambut tahun baru...1 januari lebih menggembirakan berbanding 1 muharram tahun hijrah...permulaan kiraan tahun dalam Islam dipandang sepi dan tidak ada apa-apa berlaku..sedang banyak sekali kebaikan dan kemulian yang diberikan dalam bulan muharram ini...Hari Assyura' pada 10 muharram dilupakan atau mungkin ramai yang tidak pernah tahu...apatah lagi cuba untuk berpuasa...

Entahlah...mungkin ini juga petanda akhir zaman yang banyak sekali kelihatan disana-sini...Hanya mampu berdoa semoga kita masih dibawah redha Allah hendaknya...selamat tahun baru 1 Muharram!!




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!