Wednesday, April 29, 2009
Otak-otak
Posted by Aku Bukan Umar Al-Khatab at 7:09 PM 5 comments
Labels: Sirah Hidupku...
Tuesday, April 28, 2009
Kejahatanku.. suatu muhasabah...
Kenapa aku menulis perancanganku ini??... kerana sudah menjadi musimnya kini, orang betanya kemana selepas ini... haha.. mereka mengharapkan aku berkata bekerja makan gaji sebagai engineer.. huhu... dengan jawapan itu, pasti tidak akan ada lagi soalan susulan.. namun, ketahuilah itu hanyalah optionku yang terakhir... malah, jujur sahaja aku boleh mendapatkan pertolongan daripada kenalan keluarga untuk mendapatkan kerja cabuk di kilang-kilang... namun, hatiku tidak terbuka untuk itu lagi... entahlah... bukan jenisku suka bekerja dibawah orang... haha... penyakitkah itu??... ego yang terlalu tinggi
Kenapa tetiba aku sedih nie???... Arghhh!!
Posted by Aku Bukan Umar Al-Khatab at 4:26 AM 12 comments
Labels: Cetusan Ilham..., Fikir dengan Dalam...., Muhasabah Diri, Tazkirah buat diriku...
Dan Semusimpun Berlalu...
ANAK LELAKI IBU
Usai salam ke kanan dan kiri
Setelah wirid dan istighfar
Tangan dhaif ini aku tadahkan
Mendoakan kebahagiaanmu
Di akhiran doa
Dalam rintih yang tertahan
Ku titipkan jua doa untuk saudara-saudara kita di sana
Anak lelaki ibu…..
Sedari kecil,
Engkaulah permata hati, mutiara kasih ibu,
Tidurmu kubelai dengan sayang,
Jagamu kubelai dengan manja,
Sedang, Ibu-ibu di bumi jihad itu,
Hanya rintih pilu yang kedengaran,
Menatap tubuh kaku si anak,
Yang perginya tanpa rela dan dosa,
Menjadi korban petualang agama.
Anak lelaki ibu…..
Tika dirimu menginjak remaja,
Engkau tenggelam di lautan ilmu,
Cita-citamu tinggi,
Usahamu tidak pernah jemu,
Biarpun payah,
Meski keringat dari tubuh ini kering,
Dan tenaga ini tidak bersisa lagi,
Namun harganya tidak terbanding dengan harapanku,
Untuk melihat kau megah di puncak itu.
Namun, Di bumi Isra’ dan Mikraj itu,
Anak-anak mudanya,
Cita-cita dan usaha mereka barangkali engkau tidak terfikirkan,
Tahukah engkau hai anak,
Cita-cita unggul mereka adalah syahid,
Usaha mereka tanpa jemu adalah jihad ke jalan Allah.
Anak lelaki ibu….
Dengan tangan ini,
Telahku didik engkau hingga menjadi seorang insani,
Pergilah perwira hati ibu,
Bantulah saudara-saudara kita di sana,
Perangilah semua soldadu-soldadu laknat itu,
Biarlah jiwa Sallahuddin bersatu di hatimu,
Agar nanti bumi suci itu tidak bertukar tuan.
Anak lelaki ibu…
Jangan gentar anakku,
Doaku akan sentiasa mengiringimu,
Walau nanti…
Tiada lagi desah nafas dari jasadmu,
Takkan kubiarkan walau setitik,
Airmata sedih mengalir dari mata ini,
Kerana yang dunia akan saksikan nanti,
Hanyalah airmata seorang ibu,
Yang syukur pada Tuhannya,
Kerana amanah anugerahNya,
Hidupnya sebagai mujahid,
Dan perginya sebagai syuhada.
Posted by Aku Bukan Umar Al-Khatab at 3:44 AM 0 comments
Labels: Muhasabah Diri, Tazkirah buat diriku...