Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, April 28, 2009

Kejahatanku.. suatu muhasabah...

Sedih dan sadis... entahlah aku x tahu perasaan sendri... 4 tahun??... gile... macam tu je belalu... apa yang telah aku lakukan sepanjang 4 tahun ini??... ah, satu petanyaan yang memeritkan minda... bergelar seorang mahasiswa... satu jawatan yang menaikkan ego sendiri.. menganggap diri hebat, apatah lagi tidak ramai yang punya peluang yang sama... di menara ilmu ini... ah, satu perjalanan yang kejap... adakah masa itu pantas berlalu??... arghh.. aku sering percaya masa berlalu mengikut sukatnya.. benar, sudah 4 tahun mengikut laluannya yang sebenar...

Pengalaman, mungkin satu2nya kebaikan yang aku punya di bumi kampus ini... apatah lagi akademikku tidak lagi sebaik dulu...buktinya, untuk menyambung master sahaja, aku terpaksa bagai seorang pengemis ke hulu ke hilir mencari pensyarah yang sudi menerimaku menjadi student master mereka... ah, benar hubungan yang baik dengan pensyarah membantu... sehinggakan ramai pula pensyarah yang menolak secara berhemah... haha... dari satu sudut, sangat berbekas di mindaku... dengan jawatan yang mereka punya.. . boleh sahaja mereka terus menolakku dengan berterus terang... haha... namun, ada juga yang memberi peluang.. syukran ku ucapkan... cuma agak sadis, tiada pula sumber kewangan, biasiswa mahupun geran yang dipunyai oleh mereka... haha... kalaulah aku anak bolkiah... atau ada sesiapa yang ingin menajaku??... hehe..ada kekesalan disitu kerana tidak score... arghh tidak mahu menyesali nasib.. apatah lagi resultku juga banyak dipengaruhi oleh kesihatan mentalku dan juga fizikalku... hehe satu cubaan menyalahkan jemaah??... gile... masih x mahu mengaku salah!...

Tidak mengapa, keyakinanku setakat hari ini masih kukuh... benar, aku punya 3 perancangan untuk hidupku kehadapan... menyambung master salah satunya... aku juga mungkin akan berpindah bidang, andai itu juga satu peluang... aku meminati cabang kaunseling... sungguh... aku menyedarinya sedari sekolah menengah lagi... aku suka mengkaji kelakuan orang... haha... sehingga sampai satu tahap... aku membuat penilaian sendri mengenai mereka.. haha sungguh tidak patut...atau mungkin cabang agama... sekolah pondok mungkin... ada sedikit kekesalah aku meninggalkan bidang agama sewaktu sekolah menengahku dulu.. dan kini, jahil sekali diriku ini... arghhh... masihkah punya waktu??.... keduanya aku akan mencari kursus2 pendek untuk aku mengorak langkah sebagai seorang usahawan... haha... sebenarnya ia sudah hampir pasti kerana aku punya kenalan di MeCD.. hehe.. tapi kini??... haha segalanya beku... dan akhir sekali, aku mungkin akan pulang ke kampung... kata orang berbakti pada tanah tidak akan rugi.. dengan tanah yang tidak sebesar mana dikampung, aku bercadang untuk mengusahakan sesuatu... ada cadangan??... hehe...


Kenapa aku menulis perancanganku ini??... kerana sudah menjadi musimnya kini, orang betanya kemana selepas ini... haha.. mereka mengharapkan aku berkata bekerja makan gaji sebagai engineer.. huhu... dengan jawapan itu, pasti tidak akan ada lagi soalan susulan.. namun, ketahuilah itu hanyalah optionku yang terakhir... malah, jujur sahaja aku boleh mendapatkan pertolongan daripada kenalan keluarga untuk mendapatkan kerja cabuk di kilang-kilang... namun, hatiku tidak terbuka untuk itu lagi... entahlah... bukan jenisku suka bekerja dibawah orang... haha... penyakitkah itu??... ego yang terlalu tinggi

Aku punya satu kekesalan yang maha besar sepanjang 4 tahun ini... benar2 menggugat hatiku dan mindaku... aku telah mengabaikan satu elemen yang sangat besar... oh maafkan aku pada semua... pada sahabat2 sekuliah.. sahabat2 sejemaah.. sahabat2 sesekolah... sahabat2 kenalan dimana sahaja... rupanya aku kekurangan elemen ukhuwah... ah, aku sering mengandaikan orang lain kurang dariku... sering berasa pelik mengapa orang lain tidak berfikir sepertiku sehingga banyak tindakan yang dilakukan berbentuk menyelesaikan masalah sekejap sedang tidak sedar mengundang masalah lebih besar kemudian hari... arghh... perasan ini sering cuba aku singkirkan.. dan akibatnya, aku sebenarnya menyingkirkan diriku sendiri... maka sahaja tidak banyak yang mampu aku sumbangkan... malah, jika aku sedikit open dan berani, aku percaya banyak yang mampu aku berikan... oh, benarkah??... masa tidak mampu diputarkan kembali... moga jadi pengajaran pertama buat diri sendiri.. terutamanya di dalam menguruskan soal emosi... benar, sakit diminda lebih perit berbanding kesakitan fizikal...

Kenapa tetiba aku sedih nie???... Arghhh!!


12 comments:

piz said...

wah berg, tahniah la... akhirnye mu berjaya jg menggenggam title "penganggur"... kwang3. bes wei, jd pengaggur nih,bila lg nk melepak kt umah ke mane2 ke... aku masa ni yg plg bes skali, tp jgn le nganggur sampai bertahun2 berg wei, tu kureng budu sungguh tu!!

slmt le berg wei, buat le gapo2 pon, yg pasti buku2 tu blh msk kotak blake a!! ha3

Evelyn said...

rupanya aku kekurangan elemen ukhuwah... ah, aku sering mengandaikan orang lain kurang dariku... <= berg, nih elemem perasan bagus ke berg.. hihi

"too much knowledge= idealistics
too much experiencs= realistics"

tahniah berg, bukan sonang nak istiqomah dlm blaja nih..

ahaks.. berg, welcome to the real world.. :)

p/s: berg.. den linkkan blog ekau nih kek blog eden yo.. sonang den nak ngutuk2 ekau.. -_^

Xenan said...

Lu nak wat pe berg,

Kalau nak wat pertanian meh wat latihan kat kebun wa.Jd pelatih tak bergaji.ekekeke.

Wa cam pernah jek jd cam lu.hehe..Sabo jek la..ade rezki tu.

Berg said...

uit piz.. belum jadi penganggur la... haha.. aku x abis viva lagi.. haha.. bulan 6 nanti rasmi la jadi penganggur.. wakaka...

aku nak round2 satu mesia dulu baru pikirkan apa step seterusnya.. hehe.. aku dpt offer buat master.. but silapnya x de fund la... erm kene fikirkan dnegan dalam.. x kan skang masih nak susahkan parent.. wakaka.. x patut!

hehe bab buku... daku dah sedekah kat ramai orang sejak dulu lagi.. wakaka... btw buku fotostat je.. hehe.. buku kulit tebal daku simpan.. wakaka

-----------------------------------
Hai V.. sihat?.. wakaka...tu ayat menyatakan diri lemah dan sungguh tunduk tawadduq sekali.. haha...perg.. kalau yg average2 je mcm mana??... just humanistics??

huhu.. selama nie daku di alam khayalan ka??... kompius2.. wakaka...

erm link je la.. blog daku nie blog budak baik2.. kalau nak cemarkan.. si blog si duka.. wakaka

-----------------------------------

uit xenan... kebun lu luas mana??... wa ad tanah 5 ekar nie... apa bley buat??.. sebelum kene rampas dek WPI... wakaka

Xenan said...

humm,
Lu usm kan?..kebun wa kat taiping jer.Kalau rajin mai turun..leh sembang2.Mana tau kot leh nampak nak wat apa.5 ekar besar bai..leh wat kompleks pertanian tuhhh.

Cahaya~ said...

ehh.. curi pic succes org.. carik la pic sendiri!
haha


*gud lak, moga dipermudahkan kehidupan mendatang..


btw, nur jarang betul g sedekah2 buku belajar nur kat org.. *sayang*,, hehe..

alang said...

Salam Berg. Tahniah lu dah nak grade. Apapun klau tak dapat sambung master lu cari la keja ka apa. Anggap la bukan rzeki lu untuk sambung master. rezeki lu kat tempat lain.
p/s dah 6 tahun aku kat menara gading.Wawawa. Bila nak abis.haha

Berg said...

bro xenan.. nanti ada masa wa g la sana.. lu bagi la no kat wa.. huhu.. mcm mana wa nak hubungi??.. kalau x jadipun, nengok2pun best gak.. hehe

-------------------------------------

ces nur... mcm dia buat sendri lak pic tu.. wakaka...

kedekut gak dak nur nie.. buku2 dah x pakai tu, bagi la jr guna lak.. hehe

-----------------------------------

ye alang.. tq2... hehe.. x pe bro.. pelan2 kayuh.. ok la tu nanti.. hehe.. selamat segala2nya...

Xenan said...

lu msk jek http://precisefarm.blogspot.com.Ade no contact wa dlm ni.

Anonymous said...

takpe berg..chaiyo!masa yg terluang ni..pikir dlm2 nak bawa ke mana haluan masa depan..

-kak k-

maymot said...

berg suka gambo success tu nur sebab diorang sama tembam..muahaha

Akak dah offer keje spesel,,eksen plak...

Mencabar minda dan stamina tau...hehe

Berg said...

hehe... hari nie balik johor... tenangkan pikiran.. sambil tu amek tender kak memot kot... jaga si ammar.. gajinya boleh tahan.. 3k x masuk elun.. erm.. huhua...

selamat pada semuanya...

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!