Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, May 7, 2008

9 Jam Atas Bas dan 3 jam Meeting??...

Latihan Industri bukanlah penghalang untuk mengatakan tidak pada urusan jemaah... (jangan ada yang terasa dngan muqaddimahku ini... hehe)... dan tindakanku berani sekali untuk menghadirkan diri pada satu meeting yang dianjurkan oleh jawatankuasa penaja Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku GMMA dan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan PTPTN... benar, 9 jam perjalanan dan hanya 3 jam meeting... tetapi hasilnya cukup membuatkan aku puas dan memberiku maklumat berguna.. tahniah kepada mereka2 yang bekerja dengan kuat untuk itu.. akhi Shazni Munir, akhi Faridzul dan semua yang terlibat.. kalian memang hebat!!

Mari kita review sedikit latar kes dan gerakan yang dibentuk.. apakah misi sebenar gerakan mahasiswa ini... dan bagaimanakah strategi yang bakal digunakan untuk mencapai matlamat... kepada yang hadir.. jika ada kesilapan maklumat... jangan segan silu untuk membetulkannya... syukran...

Misi:

~ Memastikan AUKU akan dapat dimansuhkan

~ Memastikan sistem hutang PTPTN dimansuhkan dan diganti dengan sistem biasiswa

~ Memastikan kesedaran sampai kepada setiap mahasiswa berkaitan AUKU dan PTPTN


Siapa di belakang Gerakan:

* SMM- GAMIS, DEMA, KARISMA, PKPIM

* LAW SOCIETY of UM, UIA dan UKM

* Perstuan Bahasa Tiong Hua

* TERAS

* GBMU-Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara

* Dan anda serta mereka2 yang menyokong dan mendokong!


Bagaimana Gerakan ini berjalan?

#Dengan cukup profesional

#Melalui desakan yang pelbagai

#Kempen dan penerangan


Cukup sekadar ini dahulu... mari kita lihat respon mahasiswa yang cintakan keilmuan dan yang menyedari betapa mahasiswa punya suara yang kuat!!


Dan maklumat berkaitan peripentingnya AUKU dan PTPTN dimansuhkan... jangan lupa sertai kami untuk setiap gerakan yang dijalankan... jawapan ada disitu... jom kita menjadi mahasiswa yang tahu berkenaan HAK!!... nantikan lelaman rasmi GMMA...


Maklumat lain berkaitan AUKU... cuba disini...

4 comments:

eagle said...

apa fokus perbincangan di sana ?

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

erm lebih kepada penerangan sebenarnya... dan sedikit soal jawab... kalau nak tahu lebih lanjut, eagle kene hadir roadshow utara nanti... akan diberitahu kemudian.. ok??.. hehe

eagle said...

roadshow? hehehe, ok gak tuh

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

ada masuk paper dah ape yang depa bincangkan tu.. check ek.. hehe...

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!