Ibu, benar insan istimewa... ingatkah kau apabila ditanya kepada kekasih Allah, siapakah yang paling patut aku berbuat baik.. maka Rasul Allah menjawab Ibumu 3 kali, kemudian bapamu... oh, tinggi sungguh nilaiannya ibu.. benar, tidak mampu dinilaikan dengan satu apapun... jadi, wajarkah ibu hanya dihargai setahun sekali??.. hanya setiap bulan Mei??... oh, bagiku, hari2 'Hari Ibu'!!
Bagaimanapula dengan perintah Allah ini... adakah tertakluk hanya satu hari sepanjang tahun??... "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Bagaimanapula dengan perintah Allah ini... adakah tertakluk hanya satu hari sepanjang tahun??... "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Sahabat... ibumu adalah anugerah.. tautan hati tiada yang terkesan sehebat ibumu mampu membaca hatinya kamu... aku sangat tidak ingin bercerita pengorbanan ibu.. semua sedia maklum dan aku akan jadi sangat sedih mengenangkan pasti tidak akan mampu aku balas semua jasa yang tidak ternilai itu... oh tuhan...
Selagi ibumu masih belum pulang ke kampung halaman, balaslah jasanya semampunya kamu... benar, aku belum merasakan kehilangan.. tapi aku tahu bakal perit sekali jika itu berlaku... buat ibuku kecintaanku.. terimah ini...
Wanita Itu Ibuku!!
Putaran alam tetap sama...
Walaupun cepat sekali berlalu...
oh, senyuman wanita itu...
Dari dahulu hingga kini...
Benar, menyentuh hatiku...
pada dasarnya yang paling dalam...
Tanpa kenal ertinya kalah...
Aku dibesarkan oleh wanita itu...
Sehingga aku menjadi seusia ini...
Oh, puluhan tahun...
wanita itu sabar melayaniku...
Terkenang kenangan itu...
Kau... oh sedih...
Biarlah hanya kita yang tahu...
rahsia hati ini...
Cuma satu yang aku ingin wanita itu tahu...
Aku bangga dia Ibuku!!
Putaran alam tetap sama...
Walaupun cepat sekali berlalu...
oh, senyuman wanita itu...
Dari dahulu hingga kini...
Benar, menyentuh hatiku...
pada dasarnya yang paling dalam...
Tanpa kenal ertinya kalah...
Aku dibesarkan oleh wanita itu...
Sehingga aku menjadi seusia ini...
Oh, puluhan tahun...
wanita itu sabar melayaniku...
Terkenang kenangan itu...
Kau... oh sedih...
Biarlah hanya kita yang tahu...
rahsia hati ini...
Cuma satu yang aku ingin wanita itu tahu...
Aku bangga dia Ibuku!!
P/S : sebenarnya ini adalah responku kepada hari ibu yang sering kita sambut dan kita dewa2kan.. oh tidak sekali pernah kita cuba2 menyelidik latar berlakunya peristiwa ini... sahabat, sepatutnya setiap hari adalah hari buat ibu... setelah segala jasa ditaburkan sedari kita kecil sehingga kini... adakah memadai hanya satu hari mereka dihargai??... oh disamping itu, ketahuilah.. sambutan ini khas buat Mariam ibu Isa A.S... dan benar, tiada apa yang cacatnya... tetapi kristian menyambutnya untuk memperingati Ibu kepada tuhanNya... patutkah kita menyambut hari memperingati Aminah ibunya Nabi??... jika itu yang lebih baik... oh, persoalan akidah.. aku bukan ahlinya... tapi bagiku...hari2 'Hari Umi'... oh.. nama Ibuku Aminah Bte Mohamad!!!
4 comments:
"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
Inilah doa yang dibaca selepas tiap kali solat bagi memperingati ibu dan ayah yang telah banyak menabur bakti dan kasih-sayang yang tidak terhingga sejak dari dalam rahim ibu lagi. Mungkin sambutan Hari Ibu bukan bermaksud untuk mengagung-agungkan Siti Mariam ra, ibu kepada Nabi Isa Al-Masih as. Sekadar memperingati ibu bahawa beliau adalah insan teristimewa dan sentiasa dikenang sebagaimana kita menyambut hari kelahiran. Menyambut Hari Ibu setahun sekali tidak bererti kita lupa pada ibu pada hari-hari yang lain. Taat, patuh dan menyayangi ibu adalah perkara wajib. Jika engkar, berdosa besar. Bukankah syurga di bawah telapak kaki ibu??
Di kesempatan ini, mungkin kita dapat menggembirakan ibu dengan pemberian hadiah, panggilan telefon, makan malam dan sebagainya. Ucapan dan kata-kata "Selamat Hari Ibu, Mama" sudah pasti menyentuh kalbu seorang ibu. Ibu tidak pernah meminta agar jasa dan pengorbanan mereka dibalas. Hanya doa mengiringi anak-anak agar mereka menjadi insan kamil, anak soleh dan solehah serta sentiasa dilindungi daripada bahaya dan bencana.
Terimakasih anakanda bonda. Walaupun jauh di mata, doa mama mengiringi anakanda agar dipermudahkan segala urusan, dipertingkatkan iman dan sukses selalu. Bila nak belanje mama makan pizza?? hehe.
mama raina
Assalamualaikumwarahmatullah...
ana bersetuju dengan enta...
hari2 adalah hari memperingati Ibu...
bukan pada masa tertentu sahaja... :-)
*kebetulan pula nama ibu kita sama.
nama Ibuku adalah AMINAH BT HUSEIN
Hari ni, seorang kawan, kehilangan ibunya..
secara kebetulan hari ni hari ibu..
Harapnya, dia akan kuat menghadapi kehilangan ibunya.
Hari-hari hari Ibu..
Even setelah ibunya pergi, tanggungjawabnya terhadap amanah2 dan nasihat2 ibunya tetap berjalan seperti biasa..
Mama Raina...
benar... tiada salah menghargai ibu waktu itu... cuma sekadar ingin memberitahu latar ia berlaku bukan dari ajaran Islam... tiada salahnya untuk menggembirakan ibu hari ini.. hehe... jom pizza... tapi mama belanja la.. heh bley??
Mohamad...
W'salam w.b.t ...oh2.. Aminah ibu kita adalah idola kita.. sama2lah kita menjadi anak yang baik.. moga2 mampu sedikit membalas jasa mereka.. oh, nama Aminah hebat sekali!!
anonymous...
Al-Fatihah buat rohnya.. moga tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya... oh benar, hanya tinggal 3 perkara buat ibu itu... dan salah satu doa anak yang soleh... buat diriku juga... tetiba sayu... kalaulah dia itu aku!!
Post a Comment