Aku bukan dari latar ekonomi... maka sudah pasti jika berhujah berkenaan tajuk ini, mudah saja aku tersalah fakta... namun, melalui pemerhatianku yang lemah ini... oh kerajaan sedang membuat sesuatu yang sangat drastik dan sudah pasti memberi kesan kepada rakyat Malaysia ( oh lebih kepada rakyat 'orang kebanyakan!!' )... naik sebanyak 78 sen untuk petrol dan 92 sen untuk diesel bukanlah sesuatu yang normal dan pasti membebankan.. entahlah apa yang difikirkan oleh kerajaan ini...
Aku sempat berfikir... jika harga pasaran dunia untuk minyak ini naik mendadak... bukankah bermakna, Malaysia sebuah negara penjual minyak juga akan menjual minyaknya dengan harga yang tinggi??... ( sempat singgah ditelingaku minyak Malaysia adalah yang berkualiti tinggi.. benarkah?? )... maka dengan sebab kualitinya itu.. ia sangat sesuai dikomersialkan.. dan sebagai ganti.. Malaysia membeli pula minyak berkualiti rendah dari luar... maka, apakah kenaikan harga minyak dunia begitu mencengkam??... bagaimana ini berlaku sedang kita juga penjual.. walaupun juga pembeli... oh mungkin sahaja beli lebih banyak dari jual... aku x tahu!!
Adakah minyak ini satu2nya sumber utama kewangan Malaysia??.. oh jawablah bagi yang tahu.. kerana jika bukan... oh apalah salahnya jika semua minyak yang kita ada mulai hari ini digunakan sahaja untuk tujuan domestik.. bukankah kita yang nanti akan mengawal harga??.. entahlah.. sekali lagi aku bukan ahlinya ekonomi... cuma aku sangat berharap.. cepat2lah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia... dengan harapan janji2 untuk menurunkan harga minyak dapat dilunaskan.. oh dan bukan naik mendadak seperti hari ini...
Esok2 sape2 nak pinjam motor!!.. pastikan isi minyak penuh.. huhu... minyak oh minyak!!
1 comment:
dlm paper Utusan Malaysia hari nie (jumaat - 6/6/2008), muka depan bahagian atas sekali, tan sri hassan marican mengeluh : -
1) kos petronas meningkat lebih 200%, tapi tak ramai yang peduli.
2) Exxon Mobil syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik, margin hasil dorang jugak terjejas walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat. kos gerudi, kos sewa kapal dan kos-kos lain meningkat.
tapi.. petronas sbg entiti bisnes antaranya kita tgk dorang mampu sponsor F1, tgk-tgk tan sri bagi alasan mcm tu..blh ker rakyat awam terima?
kedua, ana teringat tazkirah subuh kelmarin. tok imam tu cakap tak mustahil nanti satu masa Allah akan tarik balik nikmat yang Dia bagi sebab kita hamba tak reti bersyukur. kerajaan dan rakyat, 2 x 5. semua ni berlaku dengan izin Allah, dan juga asbab drp kita. di negara lain dorang kena taufan, gempa bumi, gunung berapi dsb. imam tu baca (maksud):
Jika sekiranya penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi jika mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya?- al araaf ayat 96.
bila pikir-pikir balik, mulianya ayat ni. ana benar-benar terasa betapa rezeki buat manusia itu memang amat teruji. malam dgr berita harga minyak naik frust giler ..bedebub harga minyak naik tinggi mcm tu. tapi antara marah dan pasrah, rumusan pertama dan utamanya : hubungan kita sume dengan ALLAH terutamanya mereka yang di atas sana yang tak der hati perut, yang hanya tahu bahasa FULUS. bila Allah angkat berkah, kita akan susah.
Post a Comment