Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, June 2, 2008

Catatan Santai Penang-Kb-Penang... Ops Intai 1

Tidak lama.. cuma dalam tempoh 72 jam... dan perjalan mengambil masa hampir 18 jam pergi balik (bukan jangka masa yang normal..huhu)...

Mari kita mulakan...
Aku sememangnya seorang yg nekad ( atau punya keterbegantungan yg tinggi pada Penciptaku??.. hehe)... buktinya sudah banyak dan perjalanan ini salah satu buktinya.. santai sekali... aku dengan seorang rakan terpaksa terlebih dahulu perlu menuju ke kulim... oh menumpang pengantin untuk ke Kelantan.. haha... asal boleh!!... dan seperti biasa dengan nada yakin aku cukup mengharapkan di hentian bas tempatku ada bas perjalanan ke Kulim.. maka sahaja aku merancang untuk bertolak lewat.. huhu.. sekitar jam sepuluh sedangkan hari jumaat dan kami akan bertolak seusai solat jumaat... hehe.. oleh kerana tiada bas terus ke kulim, maka dengan nada selamba seolah2 tiada apa2 akan berlaku, kami ke butterworth... oh lambatnya bas yang satu ini.. haha... jam 12.20 kami sampai... terus mencari bas menuju ke Kulim.. oh dapat dan terus naik.. erm x de masalahpun... haha sampai ke kulim tepat pada masanya... terus sembahyang dan betolak bersama pengantin ke kelantan.. bermula suatu perjalanan yang menguji mata.. haha...

Oh lupa untuk aku catatkan disini... tiket dari kelantan untuk pulang semula ke penang sudah habis... kuang2.. jika kalian adalah aku, ingin teruskan perjalanan??... hehe... dan aku adalah aku... Kelantan harus kau jejaki... walaupun hanya berbekal duit 100 untuk 3 hari...!!


Dalam perjalanan, permandangan yang cukup indah aku tempuhi.. entah berapa kali aku catatkan di blog kecilku ini betapa aku sangat menghargai permandangan yang sungguh indah.. oh ciptaan Penciptaku!!.. apa lagi bukti untuk 'mereka2' yang tidak mempercayai wujudnya kuasa tunggal Maha Agong itu!!.. aku pelik... tetapi... ops ( rupa2nya sepanjang perjalanan aku lebih banyak tido??.. lalalala )...berhenti sebentar dipuncak, perjalanan diteruskan dan sekitar jam 7.30, kami sampai di masjid kubang kerian... semgbahyang disana dan rakanku turun disitu.. perjalanannya ke bachok kemudian diteruskan dengan diambil oleh ibunya... ( maafkan ak tidak dapat memenuhi permintaan untuk bermalam dirumahmu.. oh maaf, tidak dalam perancanganku... percayalah aku sering sahaja mengembara dalam keadaan senang tidak menyusahkan ramai orang.. ) hehe benarkah??

Aku minta diturunkan di masjid Muhammadi... sudah tiga kali aku bermalam disitu sepanjang kisah panjang hidupku... walaupun memang banyak nyamuk... hehe tetapi ada satu kuasa yang menyebabkan aku rasa sesuatu yang lain disitu.. entahlah.. mungkin sahaja lahir atas obsesku terhapad TGNA??.. haha pulak.. mcm x de kene mengena... sekitar jam 8.20 malam aku tiba disana... memang termasuk dalam perancanganku untuk tidur sekali lagi disitu.. tetapi siapakah aku, perancanganku memang seringkali akan gagal.. kerana janganlah kalian lupa, Allah juga merancang dan perancangannya itu maha sempurna... dan bukankah itu juga yang terbaik buatmu??... erm masjid rupa2nya dikunci.. oh aku tidak pernah tahu itu... tiba2 demam!!.. selesema... dan batuk2... heheh kata doktor perubahan cuaca??... apa2 la... aku msg tuan presiden, memberi kata dua.. haha... lebih kurang mcm memberi soalan yang mana jawapannya nanti akan aku gunakan untuk membuat keputusan... hehehe... percayakah kalian, di kelantan masih ada hotel berharga serendah RM 30 ringgit semalam???... percayalah dan itu aku alami... didepan hotel, aku menunggu balasan tuan presiden... hola... tidur dirumah presiden la aku 2 malam nie... hehe... ops dan malam itu juga aku telah melihat2 keindahan bumi kelantan... erm Pantai Cahaya Bulan... waktu malam memamng memukau... tetapi seperti kata sahabat baikku AT... ad sedikit kebenarannya.. kuang2 ada lebih sedikit sampah sarap dari tempat kelahiranku.. huhu!!

Malam itu aku habiskan dengan meletihkan kakiku... bayangkan 3 jam aku perlu menunggu tuan presiden yang juga dalam perjalannya dari kemaman... sampai sekitar jam 11, maka dari jam 8 aku ad 3 jam untuk meletihkan kakiku.. dan memang letih!!

Sampai di rumah tuan presiden.. oh aku syukur sekali... mendapat ibu yang sungguh mengambil berat adalah idaman semua orang.. melihat ibunya tuan presiden, seperti melihat ibuku sendri.. dalam keadaan aku yang macam poyo sampai negeri org time tu la buat2 nak demam.. haha.. batuk2 lagi.. ( sangat mengganggu seisi rumah neh!! ).. ibunya telah dengan nada keibuan sangat risaukan diriku.. oh rasa diriku sangat menyusahkan.. bukan caraku.. kami dijamu makan dan panadol sudah tersedia... makan.. dan tido??... hahaha pastinya tidak.. kami berdiskusi berkenaan banyak perkara ( atau mengumpat??... haha... masalah umat jemaah ini memang rumit.. dengan semangat turun naik.. rasa malas yang amat.. oh inilah aku...) sehingga sekitar jam 2.30 pagi barulah kami memaksa diri masing2 untuk tido... haha

Selamat pagi dunia!!... subuh yang sedikit awal... hehe ad denagan tuan presiden tu.. x kan nak subuh lewat??... hehe... tiada sangat xtvt hari ini melainkan cuba untuk mendapatkan tiketku pulang ke penang... bukan mencari di kaunter bas... tapi sibuk menelefon ke sana-sini.. haha... patutlah aku kurang rasa risau dalam hati.. rupa2nya ada rombongan helwa dari pusat Islam di kelantan ini.. bersama untadz cui, maka dengan bas yang banyak kosong... rupa2nya inilah hikmah Allah tidak gerakkan aku untuk membeli tiket awal... ( haha sebenarnya aku memang suka bertangguh!! )... dan membeli sedikit hadiah untuk pengantin esok... oh singgah makan di yati ayam perchik.. haha.. PUASnya makan.. wakaka.. masing2 menggeleng kepala... dah x amek lauk.. janganlah harap nak makan banyak!!... dan aku sebenarnya punya satu lagi agenda ke kelantan ini...

[ Disini ] Oh rupa2nya niat yang ikhlas pasti Allah tunjukkan jalan.. ya malam itu sekali lagi aku dapat berkumpul dengan sahabat2 dunia akhirat dari ketiga2 kampus... oh rupanya dicampur dengan sahabat2 UIA, UiTM dan UPSI... berjumpa dengan kepimpinan dan disertai oleh seorang mentor yang hebat dilapngan jemaah ini... kami berdiskusi mencari kekuatan dan kelemahan serta berkongsi rasa dan jerih betapa jemaah itu perlu kuat.. tetapi yang lebih penting perlu diteruskan!!.. walau apapun badai yang menimpa... melihat jemaah sehebat UIA, kerdil terasa diri ini.. tetapi terdetik juga sedikit bangga apabila mengetahui hakikat kami bermula dari sifar... oh berbahagialah mereka2 yang mendapat tarbiyah dari awal... sekitar jam 1.30 pagi... barulah kami berpisah.. oh dalam suasana ukhuwah yang indah sekali... terasa kemanisan berjuang!!.. ( erm aku berjuangkah??.. haha )

Sampai dirumah.. tidak banyak yang mampu diperkatakan... oh tiada elektrik.. hehe sebentar cuma... x lama kemudian ia ad.. haha.. dan aku.. tido.. selamat malam dunia... dan kuang2.. rupa2nya xtvt yang memerlukan akal lebih letih rupanya.. buktinya huhu aku subuh jam 7.00 ??!!.. ish2 ciri2 pejuang Islam yang sungguh gagal.. oh malunya pada Pencipta!!... tinggalkan itu... kita bercerita pula perihal perkahwinan seniorku... oh aku sangat mengharapkan kalian berdua berbahagia.. oh senior yang senama denganku... inilah tujuan aku ke kelantan sebenarnya... acap kali aku memberitahu kalian hatiku halus sekali.. jika aku, akan berasa hati jika sahabat2 se rumahku tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinanku.. ada yang memberi alasan jauh... oh jika terengganu jauh, maka.. mcm mana nanti aku di johor... ish2.. tidak mengapa.. aku tidak berharap!!... ops lupa aku namakan misi ini.. OPS intai!!... haha... bersediakah aku untuk bernikah??.. erm sebulan 2 ini.. duniaku berlegar isu ini.. rupanya terlalu ramai orag yang menjadi kenalanku sudah berumah tangga.. berbahagialah kalian dunia akhirat.. dan buat seniorku yang mempunyai nama yang sama dnganku... aku panjatkan doaku buat dirimu.. moga2 kekallah hendaknya perkahwinanmu hingga kesyurga.. moga2 isterimu kini adalah ketua dari bidadari buatmu!!... selamatlah dikau hendaknya... ( haha pernah terpikir nak bg set baby neh!! )

Dan usai menghadiri majlis walimah itu.. aku dengan muka seolah2 pemalu.. menyertai rombongan helwa untuk pulang ke penang!!... erm satu lagi perjalanan yang panjang... uhuk2... ashimmm... erm batuk dan selesema... haha.. selamat tinggal kelantan.. pasar besar siti khadijah... muzium diraja.. KB mall... Pantai cahaya Bulan... erm ak pasti ke sana lagi.. ke pulai chondong mungkin.. erm terdetik rindu pada keluarga angkatku.. maaf tidak dapat ziarah... kerana ak tidak sendiri.. mengikut org maka tidak boleh membuat keputusan sendiri.. haha... adios!!

Nota Kaki : melihat adik tuan presiden terpaksa ke sekolah lengkap berpaian seragam.. oh aku jadi kasihan.. begini sistem yang terlalu mengejar yang namanya pencapaian akademik melalui peperiksaan... oh sungguh di hari2 cuti juga perlu belajar... oh aku juga begitu dulu??.. haha... dan tiba2 aku teringat anak muridku yang pertama dan mungkin terakhir.. ( setahun lepas aku pernah jadi guru tuisyen... haha )mendapat 5 A!!... erm mungkin inilah perasaan seorang guru.. apabila anak muridnya berjaya.. ya, perasaan sepertiku!!... haha



No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!