Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, June 18, 2008

Wang Oh Wang....

Tinggal kurang 8 hari lagi aku akan berLi... tiba2 teringat sahabatku seorang pelatih, juga dari Tanah Besar China... maka berbuallah kami bagai ayam dengan itik.. huhu dan dia itik nila... namakan saja dia Wang...

Erm tapi aku x bercadang nak bercerita perihal Wang kawanku itu... tetapi.. mari bercerita:

Tanah Melaka... pernah gemilang... rakyatnya dikhabarkan hidup penuh aman sentosa... buminya subur...


Sejarahnya cukup panjang... malah kegemilangannya tercatat didalam sejarah.. oh betapa hebatnya zaman itu...

Tetapi, sehebat2 Melaka... akhirnya hancur juga... selesai

Seorang sahabat, yang genetiknya Melayu... ( pinjam kata2nya dia )... pernah memberiku Rm 100.. hanya kerana aku sudi bertandang kerumahnya di Seremban... dan Wang itu tidak kusia2kan... kusalurkan ke... selesai

Suatu hari... aku ditugaskan mengutip derma untuk tajaan berbuka puasa... targetnya RM 1000... tetapi aku gagal... tercapai sekitar RM 770++... selesai

Menjadi pengarah projek... sungguh letih... malah sedar atau tidak.. seseorang pengarah projek... kalau ianya atas nama jemaah dan islam.. pasti banyak mengeluarkan wangnya sendiri... kagum dengan mereka... selesai

Aku x de duit la... erm x pa.. pakai la duit aku dulu... ( aku x de duit x pa )... Aku itu setiap pejuang islam yang ikhlas... selesai

..........................................................................................................................................................................

Aku sangat mencintai jemaah... entahlah.. obses mungkin... dan wang salah satu cabang yang aku sangat tidak berkira jika soal jemaah... aku sedang berkonflik diri.. satu pihak menyalahkan diri kerana terlalu obses dengan jemaah... satu pihak lagi mempertahankan tindakanku kerana bagiku jemaah adalah tunjang kekuatan...

Robohnya kota Melaka juga berkaitan gilanya pembesar akan namanya Wang... dan akan robohkah jemaah ini kerana Wang??... Ya Allah jauhkanlah...

Aku ditegur secara sinis... mungkin hanya lawak saja.. namun aku memandangnya sebagai sesuatu yang serius...

Aku terdidik untuk menyatakan harta itu bukan harta.. ianya rezeki.. dan di dalam tanganku itu belum tentu rezekiku.. hatta didalam mulutpun boleh dimuntahkan semula andai itu rezekinya semut...

Dan baru sebentar tadi.. satu lagi teguran... seorang yang obses jemaah ini dikatakan tidak mengamalkan konsep berjemaah.. aku jadi sedih dan tersentuh sekali.. benar2 sedih...

Ingatanku kuat sekali terhadap pesan ibuku... jika kamu ditegur.. maka itu salahmu.. walaupun itu bukan salahmu... dalam sekali maksudnya.. dan aku benar bersalah..

Tiada istilah letih dalam berjuang... wang ringgit bukan ukuran.. walaupun jelas kau tiada itu.. tetapi kata saiful Islam.. pejuang muda sangat berpegang dengan ayat biasa.. kalau kita tolong agama Allah... Allah pasti akan menolong kita.. tapi inginkah Allah menolong.. andai diri sendri tidak berusaha??...

..........................................................................................................................................................................

kalau aku ikutkan hati... dah lama aku tinggalkan jemaah ini...

kalau aku ikutkan hati... aku tidak akan duduk dirumah jemaah ini dengan beban kewangan yang sungguh besar...

kalau aku ikutkan hati... aku ingin jadi seperti diriku yang dahulu... akademikku sering menjadi no 1... pedulikan kerja jemaah!!

kalau aku ikutkan hati... aku ingin berehat2 dirumah selepas pulang dari kerja..

kalau aku ikutkan hati... aku ingin pergi jauh.. ditempat elaunnya berkali ganda... moga tiada bebanan ini..

kalau aku ikutkan hati... semua orang akan aku arahkan.. biarlah kau nak lari... biarpun sudah 2 orang yang aku jumpa begini...

Tetapi kenapa aku tidak ikutkan hati??... ah, hatiku halus sekali!!!

Banyak yang aku nak tulis.. tetapi... END!!

Entri terakhirku berkaitan sirah hidupku.. selepas ini aku hanya akan memendamkan segalanya.. dan ikut cara lama... caranya aku menulis didalam sehelai kertas.. atau berhelai2.. kemudian ku masukkan dalam botol.. kucampak kelaut... malamnya aku mohon ampun pada Pencipta... selesai...

Tolonglah kenali AKU!!... "KAu seorang yang penakut dan pengecut!!... bersembunyi disebalik nama konsesi dakwah"- ayatku sendiri hasil sindiran halus sahabatku yang kuanggap serius.. aku pasti memperkenalkan diriku.. ya dilain kali.. maaf buat semua... ( letih, pening, risau... kemudian dimarah?... hahaha... mujur tuhan sentiasa ada!! )

Adakah benar aku hanya mementingkan rasaku sahaja??... dan mengabaikan perasaan yang lain??... maafkan aku semua... pada semua...

5 comments:

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Berat la... camner nak komen tu..

isk isk...

bzzzttt...zbbzzztttt... bzzzzztttt..
alamak! Wayar den short circuit!

Anonymous said...

semoga Allah meneguhkan hati

Mujahid Cakna said...

berat mata memandang, berat lagi telinga mendengar keluhan hati shbt...bnyk2 bersabar, i'Allah kami pasti membantu

eagle said...

paham sgt luahan najib. tapi sy pon tak dpt komen banyak, tak terlayak krn diri ini juga teruji dgn wang. moga Allah membantumu. amiin

e-mam said...

rahsia kejayaan rasullullah dalam membina empayar islam..........BERSEDERHANA....

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!