Sedikit demam... namun ada yang x percaya.. terpulang... benar memberi peluang untuk aku menonton debat antara penasihat parti keadilan dengan mnteri penerangan Malaysia... mungkin itu hikmahnya lantaran sepatutnya banyak sekali gerak kerja yang sepatutnya dilakukan malam ini... tinggalkan itu kerana aku sudah meninggalkannya...
Namun atas dasar aku juga biasa berdebat walau setakat peringkat Universiti ( Suatu masa dahulu pernah mewakili negeri untuk debat di zaman sekolah )... aku merasakan debat di peringkat sekolah itu jauh lebih baik mutunya... entahlah, mungkin atas nilaianku semata... untuk berdebat, suatu kajian menyeluruh wajar, perlu malah wajib dilakukan demi memberikan hujah yang mantap dan tidak tersangkal... Gaya bahasa yang elok, tidak menyeleweng dari tajuk dan yg lebih penting, sekalipun pendebat peringkat sekolah itu tidak dibenarkan untuk menyerang peribadi pendebat lawan umpamya menyatakan lawan gemuk dan sebagainya...
Apa yang terjadi tadi, aku terpaku dengan mutu debat yang ramai beranggapan akan menjadi debat yang hebat dan menarik kerana karismatik dan statusnya pendebat yang diundang... terpaku dalam erti kata tidak faham, siapakah sebenarnya yang sedang berdebat... oh sekali lagi, pelajar sekolah jauh lebih baik dalam isu ini...
Tinggalkan DSAI... beliau memang dalam kelasnya tersendiri... hujah yang diberikan sesuai dengan namanya debat... sedari tadi apa yang aku omelkan adalah perihal memalukan lawan debat DSAI yang berstatus menteri itu... aku malas untuk mengulas isi debat kerana sngat yakin sana sini sudah mula membicarakannya... cuma ini pointku... yang namanya debat adalah... hanya Jika hujah Lawan hujah!!
No comments:
Post a Comment