Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, July 1, 2008

GAMIS : Kalaulah Semudah Salin Pakaian...

Minggu-minggu belakang ini aktivis mahasiswa seluruh negara hangat membincangkan isu Gabungan Malasiswa Se-Malaysia, GAMIS yang telah memohon untuk menjadi sebuah non-governmental organization (NGO). Penulis sedikit terlewat untuk membincangkan isu ini kerana perkhabaran mengenainya pada awalnya dilihat bukanlah suatu isu yang perlu diperbesarkan kerana penulis percaya ianya suatu tindakan bijak dan penulis bersetuju mengenainya.

Tetapi ketika meneliti semula isu ini, sedikit kekeliruan telah dengan tidak sengaja membuatkan jiwa penulis memberontak perlukan penjelasan. Hal ini kerana penulis faham pimpinan sudah barang tentu membincangkan secara mendalam sebelum tindakan ini diambil.

Melalui pembacaan penulis, pimpinan telah mengeluarkan alasan yang boleh diterima. Jika diambil alasan seperti menjadikan GAMIS sebuah pertubuhan berdaftar yang sah dan bebas, ia sudah tentu menyelesaikan masalah yang sering menghantui GAMIS sedari awal penubuhannya di mana GAMIS cukup terkenal dikatakan sebagai pertubuhan haram.

Maka dengan ini, ramai mahasiswa-mahasiswa yang ada keinginan untuk beraktivitas menahan kehendak mereka daripada menyertai sebarang gerak kerja GAMIS. Melalui NGO-GAMIS, hal ini sudah pasti dapat diselesaikan dan diperingkat GAMIS sendiri tiada lagi aktivitas atau gerak kerja bersifat bawah tanah dengan kerahsiaan yang cukup tinggi lantaran menyertai pertubuhan 'haram'.

Ditambah lagi melalui NGO-GAMIS cakap-cakap yang mengaitkan GAMIS dengan ideologi parti-parti politik di luar kampus atau dibaca tunggangan parti-parti politik tertentu akan sedikit sebanyak dapat dielakkan dan ini menjadikan GAMIS mencapai peranannya secara optimum sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan, kumpulan pemikir kepada isu-isu berlegar sekitar mahasiswa dan kemahasiswaan , begitu juga isu semasa samaada nasional mahupun antarabangsa, gabungan kepada seluruh front mahasiswa didalam menyampaikan hasrat dan pendapat dan yang lebih penting sebagai kumpulan yang memperjuangkan segala bentuk kebajikan kepada mahasiswa dan rakyat.

Namun apabila penulis memahami semula apa itu NGO, penulis mendapati melalui NGO-GAMIS ianya tidak akan ada beza daripada GAMIS sekarang kerana jika ingin menjadikan setiap aktiviti mahasiswa sebagai sesuatu yang legal, NGO itu sendiri sebenarnya sudah menjadi batu sekatan kepada mahasiswa beraktivitas.

Mengikut kefahaman penulis, hal ini umpama melegalkan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan atau dibaca pihak berkuasa kerana AUKU menyekat mahasiswa menyertai dan bergerak aktif di dalam pertubuhan luar kampus apatah lagi pertubuhan seperti GAMIS yang sudah pasti menjadi tumpuan mereka.

Jika dahulu kita amat berhati-hati di dalam setiap tindakan dan memang sukar untuk mengesan aktivitas kita kerana bergerak tanpa ada bukti yang sah menunjukkan kita menyertai dan aktif di dalam GAMIS, namun kini seolah-olah sedang menyerahkan nama yang benar-benar terlibat dengan pertubuhan luar untuk diambil tindakan.

Penulis beranggapan isu AUKU belum berjaya diselesaikan untuk membolehkan mahasiswa bergerak aktif di dalam pertubuhan luar seperti NGO-GAMIS jikapun tidak mampu dimansuhkan. Dan pandangan dangkal ini terbatal andai tiada peruntukan seperti itu di dalam AUKU atau sekurang-kurangnya melalui semakan semula AUKU mahasiswa sudah dibenarkan menyertai dan aktif di dalam pertubuhan berdaftar.

Isu lain yang penulis mohon pemurnian adalah isu keahlian NGO-GAMIS dan kepimpinannya selepas ini. Umum mengetahui NGO adalah pertubuhan bersifat berterusan walaupun seseorang itu tidak lagi bergelar mahasiswa. Maka penulis sempat membayangkan bagaimana nanti keahlian NGO-GAMIS akan lebih didominasi oleh senior-senior yang sudah pasti pimpinan NGO-GAMIS tidak mustahil dipegang oleh bukan mahasiswa dan untuk beberapa penggal.

Bagaimanapun isu ini bukanlah besar kerana penulis yakin telah ada suatu ketetapan khas membincangkan darihal berkaitan ini. Namun tujuan utama penulis bukanlah tidak menyokong pimpinan yang bukan lagi mahasiswa, tetapi sekadar kuatir ideologi GAMIS akan berubah oleh kerana isu kampus bukan menjadi isu yang penting lagi.

Namun akhirnya, penulis masih menyokong tindakan ini dengan andaian penulis kekurangan maklumat berkaitan isu yang dangkal yang cuba penulis bawa. Maka besarlah harapan penulis untuk diberi suatu bentuk penerangan kepada ahli GAMIS supaya walupun ada yang beranggapan tindakan ini tidak akan mengubah GAMIS apa adanya hari ini tetapi sekurang-kurangnya ahli jelas bagaimana NGO-GAMIS akan bergerak selepas ini melalui saluran NGOnya.

Jika GAMIS dahulu lebih tertumpu di IPT sekitar Lembah Kelang kerana faktor geografi dan sebagainya, di harap NGO-GAMIS nanti bakal dapat beraktivitas dan bergerak kerja di utara, timur, selatan malahan Sabah dan Sarawak sekalipun.

Kalaulah semudah salin pakaian. Tiba-tiba penulis terfikir mengenai diri penulis yang lebih selesa memakai pakaian yang lusuh dan luntur daripada pakaian baru. Malah ada pakaian baru penulis yang disedekahkan kepada orang lain kerana ketidak selesaannya. Namun jika menghadiri sesuatu majlis, penulis pasti memilih untuk memakai pakaian baru demi menjaga penampilan diri. Dengan menganggap GAMIS kini berhadapan dengan pelbagai majlis saban hari, maka pakailah baju baru itu!!. Tetapi awas jangan sampai dibuang kerana tidak lagi relevan seperti baju baru penulis yang sangat tidak selesa pada badan. Ops bukan dibuang, tetapi disedekahkan pada orang lain.

Konsesi Dakwah
2 Julai 2008
1.58 a.m




3 comments:

Anonymous said...

ini post terbaik aku baca...teruskn lagu nie deh...bereh

Faridzul Nasaruddin said...

Terbaik!

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

artikel nie terbatal.. sebab tuan punya soklan merapu sudah mendapat penjelasan sempurna.. i'syaAllah.. GAMIS akan memacu dengan lebih maju!!

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!