Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, July 17, 2008

Menadah Ke Langit

Hujan renyai menggamit perasaan pilu tatkala kedinginan malam menghimpit rasa sendu. Hati yang dirundung celaru cuba mengajak diri kembali pada suatu masa dahulu mengimbau kenangan asal ukhuwah mula bertaut.. Oh indahnya...

Semalam adalah sejarah, telah berlalu dan tetap berlalu. Mustahil untuk kembali menjenguk. Hari ini realiti, rempuhan perjalanan hidup di atas jalan yang dipilih tatkala sirah belum menjadi sirah dan ia mesti tetap bernafas sehingga nantinya ada yang menjemput menuju kampung halaman.

Esok adalah cita2, adalah harapan, adalah impian atau adakah esok buatmu??... Jalan yang kau lalui semalam dan teruskan hari ini pasti menentukan destinasimu esok. Namun hati terdetik benarkah jalanku semalam?, perlukah hari ini aku meneruskan jalan begini?, adakah esok benar itu jalannya yang Kekasih Allah tunjukkan?... Oh celaru itu menyakitkan!!

Tiada istilah letih di dalam berjuang, malah untuk berehat2 sebentar sudah dianggap futur. Maka apakah benar kau manusia?, makhluk Allah yang berakal itu?, yang letih termasuk di dalam keterbatasan diri, yang membuatkan kau tetap dan akan tetap dipanggil hamba, pada Yang Satu!

Kau seorang yang meminta2, kau sering memandang sesuatu terus dari sisi negatif, kau membuatkan sahabat2mu yang dahulu berengkau aku, tetapi kini ber nta nti makin terus celaru. Kau tidak menghadapi masalah tetapi kau terus tetap ingin lari dan akhirnya menambah masalah.. oh benarkan kau itu aku???...

Kini, hanya mampu menadah ke langit, moga keputusan2ku selepas ini, bukan atas dasar nafsu, tetapi ia terbaik buatku dan buatmu!!

Ya Allah!... Ya Allah!... Ya Allah!!


2 comments:

Cahaya~ said...

kenapakah perlu bersedih. bukan sedang menikmati manis perjuangan? manis dalam segala kesulitan. manis dalam membuat kesilapan. hehe.
Life goes on beautifully.

bak kata berg. dewasa dengan sempurna. he.

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

ye.. terlalu manis sehingga manis itu terasa sedikit pahit.. oh alangkah indahnya kalau manis itu umpama madu!!... huhu syukran ya nur... yup!!... sedang dewa dengan sempurna... huhu

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!