Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, September 26, 2008

Kisah Aku.. dan naquibku...

Hari nie aku telah menzahirkan siapa aku di dalam alam maya setelah agak lama berkira2 untuk berbuat demikian... banyak faktor sebenarnya aku fikirkan termasuklah kebebasan menulis yang sudah pasti akan sedikit berkurang... dan aku juga sudah bersedia untuk menulis dengan serius... mengharapkan diri ditegur... kerana aku sngat suke menegur walau terkadang sering teguranku disalah tafsirkan... dan mulai sekarang.. inilah kisah hidupku.. kisah perjuanganku ( oh berjuangkah?? )... fikrahnya aku... dan sisi2 yang aku lalui sehari2... sudah berada pada tahun terakhir pengajian ijazah pertamaku... namun aku sangat berkira2 untuk menyambung sarjanaku selepas ini... target utama UM ( bumi para pejuang berjuang...) kemudian UTM... dan mungkin sahaja masih disini.. USM yang aku cintai dan kadang2 mulai bosan... salam perkenalan pada semua yang tidak mengenaliku secara zahir sebelum ini... dan oh.. ini juga salah satu janjiku pada diri dan pada seseorang yang sedikit mencabar!!... huhu... oh dewasa dengan sempurna...

====================================================================

Kisah naquibku pula... hehe dia nak kawen!!... itu sahaja... haha... aku baru selesai berdiskusi secara 4 mata.. dari hati ke jiwa dengannya.. ternyata dia ini hebat sekali... tiba2 aku yang belum bernikah ini banyak sekali memberi kata2 semangat dan turut memberi nasihat... oh cuma satu pesanku... oh abangku yang aku kasihi... dewasalah dengan sempurna... dengan perkahwinanmu 5/10/2008 ini.. bererti kau sedang menyempurnakan separuh dari hidupmu yang lain.. bersedialah dengan tanggungjawab yang besar itu.. I'syaAllah.. aku akan menyusul 2 tahun dari sekarang... haha... oh abangku... satu pesanku lahir dari hati yang paling tersembunyi... mari kita abaikan mereka2 yang tidak penting itu... maju kedepan... masa depan itu Allah yang tentukan... maruah tidak tercalar selagi tidak dilanggar larangan Allah.. selagi masih diikut suruhanya Dia... Cukup kau tahu... ada seorang anak usrah... yang begitu menyayangimu kerna Allah!!

====================================================================

Kisahku kembali... haha.. aku akan pulang berhari raya bersama umi hari ini... ya basku malam ini ke johor bahru... oh x sabar rasanya... dan sedih.. internet masih juga tidak ayahku sambung.. walaupun dia berjanji ingin menyambungnya... haha.. aku faham.. tinggal mereka berdua.. abah dan umi... maka internet membazir cuma ( maka line kene potong dulu... haha)... dan pointku.. maka selama percutianku untuk hari raya ini.. maka tidak dapatlah aku on9.. kecuali jika aku pulang kerumah nenek... hehe...

Ucapanku.... selamat menyambut syawal yang mulia dan seribu ampun dan maaf kupohon... kepada semua... walaupun tiada akadnya.. aku mengharapkan setiap yang membaca postingku ini dapat memaafkan aku.. kerana aku sangat yakin berdosa dengan kalian... contoh dosa.. ( ish... lembab betul budak2 USM nie....kataku dalam hatiku... haha) bukankah itu bermakna aku berdosa dengan kalian??.. huhu.. maka sahaja aku memohon ampun dan maaf.. dan ketahuilah.. aku telah memaafkan setiap kesalahan kalian selewat sebelum aku tidur setiap pagi selepas dhuha... haha.. malamku siang.. siangku malam!!... sampai jumpa... salam lebaran!!



Teruskan Bacaan......

Wednesday, September 24, 2008

Kususun Sepuluh Jari....

Salam'alaik... sahabat2 sekalian... Ramadhan tinggal kurang lebih 6 hari lagi.... dan sudah barang pasti selepas dari ini.. akan ramai yanga akan pulang ke kampung halaman masing2 untuk meraikan syawal mendatang.... bila muhasabah diri balik... rasanya tahun nielah paling banyak buat dose.. huhu.. paling banyak ngumpat.. paling banyak sakitkan hati org n x terlepas paling banyak menunjukkan rasa hati... justeru... adalah diharapkan diri ini dapat diberi keampunan dan kemaafan sekiranya kalian adalah salah seorang daripada mereka2 yang terkena dengan kejahatan serta kejahilan diri... ampun maaf dipinta... dan ketahuilah kalian juga banyak membuatkan hati ini menderita... huahua... tapi ketahuilah... mulut jahat ini berakhir sekadar mulut sahaja... kalian sudah lama ku maafkan... salam'alaik





Teruskan Bacaan......

Tuesday, September 23, 2008

PMIUSMKK...


Persatuan Mahasiswa Islam USM Kampus Kesihatan bukanlah baru diperjuangkan... tidak tahu apa salah dan silapnya... penubuhannya seringkali mendapat tentangan pihak2 tertentu... entah apa alasan yang logik yang mampu diberikan...

Namun, dikejauhan... kami rakan2 PMIUSMKKj sangat berharap dan berdoa semoga gerakkan penubuhan kali ini yang dilihat lebih brsungguh akan melahirkan natijah lebih baik... dan sudah barang pasti kami menyokong penuh penubuhannya selaras dengan wadah gerakan mahasiswa islam di bumi serambi mekah.. moga2 sahabat2 di sana akan terus cekal dan berusaha... ketahuilah senior kami di sini pernah melalui saat2 seperti itu... tetapi dengan kesabaran yang tinggi... halangan bukanlah perencat... sebaliknya penaik semangat untuk lebih berusaha...

Sekali lagi.. didoakan moga2 yang terbaik akan dihasilkan... PMIUSMKK... pasti akan menjadi kenyatan!!



Teruskan Bacaan......

Thursday, September 18, 2008

Merungkai potensi diri.. suatu muhasabah...

Ayahku call... " adik... abah dah g nengok tiket... entah mcm mana... pekerja kaunter tu kata dah abis... 5,6 ngan 7 sume dah x de... abah pelik gak sebab dulu kata 17 baru mula jual tiket raya.. tup2 dah abis... then selidik punya selidik.. rupa2nya dapat arahan dari KL tuk cakap dah abis... huh"

Nada kesal ayahku... so, balik 8 aribulan.. hola...

--------------------------------------------------------------------

Selalu bab2 memerlukan keputusan aku akan bincang ngan abah.. bab2 hati bincang ngan umi... bab2 merapu bincang ngan sahabat2.. huhu... selalu je cite ngan abah... pasal politik dan kepimpinan kampus...

Kesimpulan.. abah cakap... biarlah mereka dengan zaman mereka.. kerana setiap zaman berlainan corak dan warna... so, abah x bg campur lagi... yes x nak campur...

--------------------------------------------------------------------

Antara ayat yang buat aku respek kat ayah aku.. " Abah x nak force anak2 abah tuk belajar atau jadi anak yang dikawal... tapi abah janji akan guide anak2 abah untuk sekurang2nya tahu mengawal diri dan belajar untuk belajar... kerana abah dulupun x suke belajar! "

Abah kata lagi... " Umur yang kita ada setiap detik sudah tertulis apa yang akan kita lakukan... ikutlah sunnah itu sambil terus berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik... "

"Lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang mampu kawen 2... tapi lelaki yang mampu mengawal dan menjaga 2 wanita.. isterinya dan anak perempuannya..."-Abah.. huhu lain mcm je bunyinya...

---------------------------------------------------------------------

Ok cukup... just teringat abah sebelum sahur... abah kata setiap org ada potensi diri pada lapangan yang dia sedar atau tidak... berusahalah untuk merungkai potensi diri kerana disitu ada kelebihan untuk diri bermuhasabah...


Teruskan Bacaan......

Sunday, September 14, 2008

24 jam Kembara Sufi.... huhu Sufi??

Kuala Lumpur bukanlah tempat yang asing bagiku... sesat bukanlah perkara baru di Kuala lumpur... oh terus pada tajuk... aku disuruh??... haha sapa pula yang suruh.. diberi pilihan untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu meeting yang aku kira sekadar untuk menjadi pemerhati dan mendapat sedikit maklumat dari sahabat2 siswa lembah kelang yang hebat... benar naik bas mudah.. walaupun harga tiket bakal naik.. syukur saja belum naik.. pergi balik.. betolak jam 12.30 malam.. dan pulang jam 11.30 malam keesokannya.. eh.. 23 jam sebenarnya.... haha 23 jam yang akan aku huraikan... menjadi suatu kisah yang unik... tidak dirancang dan penuh dengan perasaan ukhuwah dan kegembiraan Ramadhan...

Sampai sekitar jam 5 pagi di puduraya aku mengambil kesempatan untuk sahur di gerai tepi jalan... erm enak juga hidangannya... dan aku disajikan dengan dndangan lagu raya oleh seorang penyanyi jalanan yang pada pengamatanku sungguh merdu sekali suaranya... teringat cicik... finalis AN... oh beginilah hidupnya.. selesai makan.. kuhulurkan sedikit duit buat nyanyian yg hebat itu... bergegas ke surau hentian puduraya... surau hidayah??.. erm lupa namanya... menunaikan solat subuh kemudiannya... dan aku terus menaiki taxi ke destinasi mesyuarat walaupun jam baru sekitar 6.30 pagi.. hehe meeting jam 10!!... tidak mengapa kerana aku ada rancangan untuk berehat di surau tempat yang bakal aku tujui.. oh namakan saja sudah tiga kali aku kesitu...

Erm baik aku jelaskan dahulu... aku bukanlah dari kampus yang menerima jemputan secara khusus.. haha... sekadar jika ingin datang.. tidak akan dihalau... sejujurnya sekadar kampus lembah kelang sahaja yang terlibat secara serius dalam meeting ini.. oh hebatnya mereka... serius hebat!!... dan aku memilih untuk hadir... kerana faktor aku ingin hadir... huhu... oh benar aku ingin sekali melihat gerak kerja mereka... dan sunnahnya org yang tidak dijemput... maka segala perubahan terakhir tidaklah diketahui... hehe.. mana tahu tempat meeting sudah diubah... kali ini di belakang Giant batu Cave... haha.. nasib baik aku menghubungi seorang ustadz... yang cukup hebat... walaupun berada di Kelantan.. tetap sahaja melayan msgku... huhu... syukran...

Sekali lagi aku mengambil taxi menuju destinasi baru... terasa cepat sungguh meter harga itu bergerak.. haha.. agak mahal juga rupanya.. kuang2... dan sampai.. aku masih saja cepat 40 minit.. mengambil keputusan untuk berjalan2 sekitar Giant... dan sempat juga membeli 2 buah buku disana... haha... beli buku memang asyik... bila baca buku.. tidak terasa masa berjalan... dan sedikit dmi sedikit sahabat2 lembah kelang tiba... UM... UTMKL... UIA... dan U yang lain... maka meetingpun berjalan... dengn suasana cukup hebat... terkesan juga dengan kehebatan mereka!!... tapi maaf aku tidak langsung tercuit untuk menceritakan isinya meeting... haha

Sekitar jam 1.40 meeting selesai... huhu... baru aku sedar... rupa2nya aku tidak punya rencana di Kuala Lumpur.. ah, aku biasa begitu... rencanaku adalah apa yang telah direncakan oleh Allah... dan ternyata cukup Allah bagiku... sahabatku yang hebat dari UIA telah mengajakku untuk ke UIA... melihat2 Universiti unik dan indah itu.. cukup mngasyikkan... oh aku cukup menyusahkan... benar cukup menyusahkan... moga sahabatku itu tdak serik.. huhu... tiba di UIA.. kami terus bersolat terlebih dahulu... dan rupa2nya ada kunjungan muhibbah sahabat UTP ke UIA.. maka sahaja aku sekali lagi menjadi pemerhati yang aktif.. oh indahnya ukhuwah yang mereka tunjukkan... perbincangan singkat mereka sempat membuatku kagum dengan usaha dakwah mereka... oh mereka beraktiviti sambil tidak melupakan tuntutan dakwah dan kebajikan ahli... dan aku disini??... huhu

Masa berlalu pantas... bertemu tetap juga berpisah... sahabat2 UTP akan ke UM pula.. dan aku punya rencana untuk berbuka bersama TGNA... ah, siapa sangka dan siapa merangka??... benar perancangan ALlah... sempatlah aku mendengar tazkirah tuan guru... hebat dan sayu... terlihat ketokohan ulama' dan kehebatan pemimpin dari pancaran wajahnya.. oh hebat sekali... terus berbuka... solat magrib.. Isyak.. teraweh... tazkirah t. menteri besar... dan akhirnya kembali ke UIA... oh secara peribadi aku ingin merakamkan ucapan jutaan syukran kepada sahabat2 UIA yang telah melayanku dengan cukup hebat.. malu sendri rasanya hati.. dengan hadiah2 yang diberi... oh mereka juga yang tergesa2 menghantarku ke pudu semula kemudiannya.. oh kenangan indah ini bakal tercatit di kalbuku paling dalam.. moga2 diakhirat nanti.. tatkala layar raksaksa menayangkannya kembali... aku tidak malu2 mengaku itu benar sahabatku...

Oh sampai dipudu tatkala bas 2 minit lagi ingin bertolak.. oh syukur masih sempat.. hehe.. dan aku yang jarang terlena di dalam bas entah bagaimana saat itu tidak dapat mengawal lelah.. akhirnya kecundang.. dan bukan sebentar.. tetapi sepanjang perjalanan sehingga aku terlajak dari destinasi sepatutnya... hahaha... namakan sahaja Kulim... oh jam sudah 5 pagi.. sekali lagi sahur di gerai tepi jalan dan jam 6.45 aku menaiki bas lain menuju ke kampus halaman... oh kembara sufikah??

huhu.. entri sebelumnya terbatal kerana kembara ini... maka itulah sebabnya aku namakan kembara sufi!!




Teruskan Bacaan......

Thursday, September 11, 2008

Buatlah keputusan dengan Istiharah...

Ya Allah.. bantulah hambaMu ini di dalam membuat keputusan.... hambaMu sangat takut wahai Tuhan... sangat takut... moga2 neraka itu bukan tempatku... tetapi adakah layak syurga bagiku??

Moga keputusanku bukan atas hasutan Syaitan... oh sudah dirantai... bukan juga nafsu yang x terkawal... oh aku sedang berpuasa!!

Teruskan Bacaan......

Wednesday, September 10, 2008

Kalaulah dia itu ibuku!!





Aku janji nak update blog untuk sertakan gambar2 sekitar rumah yang akan kami bantu nanti... dan membetulkan sedikit maklumat yang silap untuk entry memberi pada yang menerima itu... maaf sekali aku terlewat lantaran di samping PC yang rosak.. aku juga baru sembuh dari demam yang penuh kisah... huhu... syukran diucapkan kepada para penderma yang sudi mempercayai kami dan lebih penting mempercayai aku... oh berat hal2 berkaitan wang ini... doakan aku masih beramanah... benar ini tidakpun legal!!

Dan sabtu lalu... buat pertama kalinya aku dan 3 rakan yg lain menjejakkan kaki ke rumah usang itu... sedih dan pilu... umurnya sudah 87 tahun... ketika muda hidupnya susah kerana penjajah... alangkah sedih apabila sudah 51 tahun merdeka... dia itu masih juga susah... adakah kerana dia tidak berusaha untuk membaiki hidupnya dia...??

Dia sudah kematian suami lama dulu... anak juga cuma seorang dan sudah lama meninggal dunia... dari anak yang sorang... dia ada cucu 12... oh 4 meninggal muda... tinggal 8... 4 lelaki dan 4 perempuan... hidup semua miskin... dan ketahuilah setiap daripada mereka ada masalah tersendri... x pasti berapa org yg sudah meninggal kemudiannya... ada yang menagih dadah... malah dia tinggal dengan cicitnya Abdullah... seorang yang kurang waras akal fikirannya... ada yang kata slow learner... x pasti... syukur dia masih makan... cucu perempuan tinggal dirumah sebelah... rumah yang pabila hujan akan dinaiki air... di dalam rumah... kawasan tanah rendah... oh cucu itu juga punya banyak masalah lainnya... namakan saja dia janda... yang bukan kematian suami... tetapi suami itu lari... 26 tahun lalu... dan dengan menjual kuih.. dia hidup... oh ad pula kencing manis!!...


Che Ton Bte Abdullah ( jika x silap)... itulah namanya... mempunyai masalah penglihatan... selaput mata yang membataskan penglihatan... sekadar mampu menilai adanya cahaya... 24 jam dalam hidupnya... 23 jam darinya adalah diatas katil... yang alasnya sekadar papan nan tebal serta totto yang sudah menipis... melihat sahaja sudah lenguh dan keras... apatah lagi duduk diatasnya seumur hidup... pabila sejuk ( kebetulan hujan waktu kami ingin beransur pulang)... maka diselimutnya dirinya dengan telekung buat dia sembahyang... oh selimutpun dia tiada... mujur sahaja ada yang baik hati... katilnya sedekahan org...


Syukur sahaja dia masih mampu berjalan... walau terpaksa mengesot2... dan perlu pula memapah sesuatu... dia tetap lakukan sendri... mandi, makan, ketandas umpamanya... oh dia ini cekal sekali!... aku sahaja cukup terkesan dihati.... lihatlah tandasnya dan bilik airnya... oh majukah negaraku??


Aku kagum sekali... tetap juga puasa... ya benar... cucunya yang akan menyediakan juadah berbuka... oh ketahuilah juadah yang sama jugalah dibuat bersahur... tidak mahu menyusahkan cucu itu katanya... sedang cicit si Abdullah akan sahur dirumah sebelah... dia makan sekadar 3,4 suap... katanya cukup... kenyang... kalian??... ah aku... 4 suap baru mukaddimah makan!!... kemudian dia bancuh air susu... kami berempat ingatkan susu tepung... mungkin saja cucunya belikan... tetapi rupanya susu pekat manis... f&n... oh susu penyedap rasa itu yang kau minum??... bertambah sayu hatiku...

Ketika bersembang2, dia menyuruh 2 org rakanku duduk di katil cicitnya... dan disuruhnya buka kipas... sebelum hujan, cuaca baik2... tidak panas tidak sejuk... kami berpandangan sesama sendri... kipas itu bilahnya sudah patah satu!!...

Banyak yang ingin aku ceritakan... cukuplah sekadar ini dahulu... kami bukan meminta simpati... jauh sekali meminta2... sekadar berkongsi rasa... atau mungkin menghayati Ramadhan??... oh ini tahun terakhir kami di bumi kampus APEX ini... biarlah ada sesuatu yang apabila ditayangkan di layar raksasa Allah nanti... ada sesuatu yang kami lakukan ketika kami di bumi ilmu ini... itulah hasrat kami.. tidak banyak... kakakku meminta aku membuat sedikit perincian bentuk bantuan yang akan kami bg... oh sekadar termampu... jika sahaja tidak ada yang sudi membantu lantaran tekanan hidup sekarang memuncak... kami tetap sahaja meneruskan misi ini... dengan cara kami...
Mungkin sedikit sebanyak yang cuba kami bantu:
tilam baru... +- 200
bina tandas baru ( jika mampu ) - upah orang kampung... +-1000
buat dinding untuk bilik air yang open begitu... +-100
cat bahagian dalam rumah bagi memberi suasana raya... +-50
tukar tikar getah yang sudah berkulat... +-30
almari pakaian sederhana... oh baju2 diletakkan di dalam kotak??... +-100
bersihkan semak samun diluar rumah yang mengundang banyak binatang bisa... ular??...tenaga
buat saliran untuk air hujan ( longkang )... +-100+tenaga
dan kemas apa yang mampu...tenaga
pakaian baru untuk raya seluruh keluagra... +-200
kelengkapan dapur yang akan diberi kepada cucunya... +-200
Jumlah.... tiada target... banyak yg kami mampu kumpul... banyaklah yang mampu kami bantu... jika tidak... sedayanya...

Sejujurnya kami x mampu nak buat banyak dalam kondisi kami sebagai mahasiswa... yang berbentuk kudrat mungkin tiada masalah... tetapi doakan kami berjaya jika tidak mengubah hidupnya sekalipun... paling tidak Ramadhan dan syawal ini... agak berbeza berbanding biasa... moga Allah terima apa yang kami lakukan... juga kalian...

Oh, kalaulah dia ibuku.... ibu kalian!!

Teruskan Bacaan......

Friday, September 5, 2008

Memberi Pada Yang Menerima...

Besawang dah blog nie... diam x diam dah hampir seminggu x sentuh internet secara fokus.. huhu ad gak ayat mcm nie.. bukan apa.. pc dah sebulan rosak... pc super senior lak x leh bukak dah.. huahua.. bila la nak hantar kedai...

Erm tinggalkan tu.. bulan mulia nie... ringan je rasa kepala... x dapat main tenetpun masih boleh cool... huhu... tapi tujuan aku pinjam pc senior hari nie bukan nak update blog sangat.. tapi nak hebahkan satu prog yang bakal kami 4th year meche lakukan pada 20 Ramadhan nanti...

Benar... tidak lengkap rasanya Ramadhan bagi aku jika tidak ada aktiviti2 pengisian yang menggambarkan apa sebenarnya tujuan Ramadhan diberi ibadah yang sebegini rupa... Seringkali diberitahu oleh ustaz2 bahawa Ramadhan melatih sikaya untuk menyelami perasaan simiskin yang kadang2 makan terpaksa bercatu... benar sekali... itulah tujuannya...

Tetapi, adakah benar2 falsafah ini dihayati oleh kebanyakan dari kita??... oh buktikan dimeja makan tatkala berbuka... maka tahulah kalian dimana.. sedang simiskin itu masih tetap begitu...

Jika tahun lepas, aku mengambil bahagian di dalam aktiviti TKO dalam misinya selamat hari raya adik2... di rumah anak yatim di kupang... tahun ini aku sangat mendambakan aktiviti sama bagi lebih menghayati erti Ramadhan... oh seperti org yang mengantuk disorongkan bantal... tiba2 timbul satu idea dari sahabatku untuk kami membantu satu keluarga ibu tunggal miskin dalam menyediakan persiapan Raya yang lebih bermakna buat mereka...

dalam proses itu, kami sedar 32 org yang terlibat secara serius atau tidak ini rupa2nya masih belajar di universiti Apex ini... oh dengan sumber kewangan terhad.. kami membayangkan tidak banyak yang dapat kami bantu... sedang dalam perancangan banyak sekali telah di atur... membaik pulih rumah mana yang mampu.. membeli keperluan raya dari bahan dapur sehingga kelengkapan raya... dan bagi memberi motivasi secara psycologi, kami juga merancang untuk membukakan akaun SSPN buat anak2 ibu tunggal ini...

Oh agak mudah rupanya merancang... tetapi rupa2nya dananya tidaklah mampu menampung perancangan yang telah dibuat... Justeru, dengan penuh kerendahan hati, aku merayu kepada sesiapa yang percayakan kami... dan ada rasa sedikit ingin menyumbang... aku menadah tangan sepuluh... syukur.. semampunya... bukan meminta tetapi sekadar berkongsi rasa... moga masih ada yang punya perasaan seperti kami...

Hulurkan sumbangan di Bank Islam 08022020254609.. Atas nama Mohammad Najib bin Daud..ph.
phone no...014-6177086

p/s : ada yang bertanya kenapa x buat program ini dengan kerjasama Universiti... mungkin akan dapat penajaan... oh kami menjawab... atas dasar insani... bukan publisiti yang kami inginkan... kami x mahu hilang ikhlas!!...kami percaya untuk berbakti.. tidak perlukan protokol... jika sahaja masih tiada penajaan... maka apa yang mampu kami hulurkan... moga2 itu lebih berharga disisi Dia... oh aku akan update dan menyertakan gambar2 disini nanti... moga benar niat kami ini... ( huhu tapi kire publisiti ke publish kat blog buruk nie??)... haha x kot... sebab bukan ad org masukpun dalam nie... huahua

jap g atau esok akan update... letak gambar2 sikit... ada kesilapan maklumat atas nie.. coz pedihnya sama... cuma tersalah maklumat... tapi percayalah... malu mengaku Malaysia maju kerana masih ada orh yg hidupnya begini.. bagaimana... nanti tunggu update!



Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!