Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, September 10, 2008

Kalaulah dia itu ibuku!!





Aku janji nak update blog untuk sertakan gambar2 sekitar rumah yang akan kami bantu nanti... dan membetulkan sedikit maklumat yang silap untuk entry memberi pada yang menerima itu... maaf sekali aku terlewat lantaran di samping PC yang rosak.. aku juga baru sembuh dari demam yang penuh kisah... huhu... syukran diucapkan kepada para penderma yang sudi mempercayai kami dan lebih penting mempercayai aku... oh berat hal2 berkaitan wang ini... doakan aku masih beramanah... benar ini tidakpun legal!!

Dan sabtu lalu... buat pertama kalinya aku dan 3 rakan yg lain menjejakkan kaki ke rumah usang itu... sedih dan pilu... umurnya sudah 87 tahun... ketika muda hidupnya susah kerana penjajah... alangkah sedih apabila sudah 51 tahun merdeka... dia itu masih juga susah... adakah kerana dia tidak berusaha untuk membaiki hidupnya dia...??

Dia sudah kematian suami lama dulu... anak juga cuma seorang dan sudah lama meninggal dunia... dari anak yang sorang... dia ada cucu 12... oh 4 meninggal muda... tinggal 8... 4 lelaki dan 4 perempuan... hidup semua miskin... dan ketahuilah setiap daripada mereka ada masalah tersendri... x pasti berapa org yg sudah meninggal kemudiannya... ada yang menagih dadah... malah dia tinggal dengan cicitnya Abdullah... seorang yang kurang waras akal fikirannya... ada yang kata slow learner... x pasti... syukur dia masih makan... cucu perempuan tinggal dirumah sebelah... rumah yang pabila hujan akan dinaiki air... di dalam rumah... kawasan tanah rendah... oh cucu itu juga punya banyak masalah lainnya... namakan saja dia janda... yang bukan kematian suami... tetapi suami itu lari... 26 tahun lalu... dan dengan menjual kuih.. dia hidup... oh ad pula kencing manis!!...


Che Ton Bte Abdullah ( jika x silap)... itulah namanya... mempunyai masalah penglihatan... selaput mata yang membataskan penglihatan... sekadar mampu menilai adanya cahaya... 24 jam dalam hidupnya... 23 jam darinya adalah diatas katil... yang alasnya sekadar papan nan tebal serta totto yang sudah menipis... melihat sahaja sudah lenguh dan keras... apatah lagi duduk diatasnya seumur hidup... pabila sejuk ( kebetulan hujan waktu kami ingin beransur pulang)... maka diselimutnya dirinya dengan telekung buat dia sembahyang... oh selimutpun dia tiada... mujur sahaja ada yang baik hati... katilnya sedekahan org...


Syukur sahaja dia masih mampu berjalan... walau terpaksa mengesot2... dan perlu pula memapah sesuatu... dia tetap lakukan sendri... mandi, makan, ketandas umpamanya... oh dia ini cekal sekali!... aku sahaja cukup terkesan dihati.... lihatlah tandasnya dan bilik airnya... oh majukah negaraku??


Aku kagum sekali... tetap juga puasa... ya benar... cucunya yang akan menyediakan juadah berbuka... oh ketahuilah juadah yang sama jugalah dibuat bersahur... tidak mahu menyusahkan cucu itu katanya... sedang cicit si Abdullah akan sahur dirumah sebelah... dia makan sekadar 3,4 suap... katanya cukup... kenyang... kalian??... ah aku... 4 suap baru mukaddimah makan!!... kemudian dia bancuh air susu... kami berempat ingatkan susu tepung... mungkin saja cucunya belikan... tetapi rupanya susu pekat manis... f&n... oh susu penyedap rasa itu yang kau minum??... bertambah sayu hatiku...

Ketika bersembang2, dia menyuruh 2 org rakanku duduk di katil cicitnya... dan disuruhnya buka kipas... sebelum hujan, cuaca baik2... tidak panas tidak sejuk... kami berpandangan sesama sendri... kipas itu bilahnya sudah patah satu!!...

Banyak yang ingin aku ceritakan... cukuplah sekadar ini dahulu... kami bukan meminta simpati... jauh sekali meminta2... sekadar berkongsi rasa... atau mungkin menghayati Ramadhan??... oh ini tahun terakhir kami di bumi kampus APEX ini... biarlah ada sesuatu yang apabila ditayangkan di layar raksasa Allah nanti... ada sesuatu yang kami lakukan ketika kami di bumi ilmu ini... itulah hasrat kami.. tidak banyak... kakakku meminta aku membuat sedikit perincian bentuk bantuan yang akan kami bg... oh sekadar termampu... jika sahaja tidak ada yang sudi membantu lantaran tekanan hidup sekarang memuncak... kami tetap sahaja meneruskan misi ini... dengan cara kami...
Mungkin sedikit sebanyak yang cuba kami bantu:
tilam baru... +- 200
bina tandas baru ( jika mampu ) - upah orang kampung... +-1000
buat dinding untuk bilik air yang open begitu... +-100
cat bahagian dalam rumah bagi memberi suasana raya... +-50
tukar tikar getah yang sudah berkulat... +-30
almari pakaian sederhana... oh baju2 diletakkan di dalam kotak??... +-100
bersihkan semak samun diluar rumah yang mengundang banyak binatang bisa... ular??...tenaga
buat saliran untuk air hujan ( longkang )... +-100+tenaga
dan kemas apa yang mampu...tenaga
pakaian baru untuk raya seluruh keluagra... +-200
kelengkapan dapur yang akan diberi kepada cucunya... +-200
Jumlah.... tiada target... banyak yg kami mampu kumpul... banyaklah yang mampu kami bantu... jika tidak... sedayanya...

Sejujurnya kami x mampu nak buat banyak dalam kondisi kami sebagai mahasiswa... yang berbentuk kudrat mungkin tiada masalah... tetapi doakan kami berjaya jika tidak mengubah hidupnya sekalipun... paling tidak Ramadhan dan syawal ini... agak berbeza berbanding biasa... moga Allah terima apa yang kami lakukan... juga kalian...

Oh, kalaulah dia ibuku.... ibu kalian!!

9 comments:

Anonymous said...

ana sungguh terharu dengan mak cik tu, insyaallah, anta dimudahkan untuk membantu

eagle said...

tak sampai hati nak tatap gambar2 tuh..mcm nak menangis pun ader. isk, isk..tabah benar hati mak cik tue. rumah dier di mane najib? kampung ape ..address???

Anonymous said...

sedih...:(
bgimana sy nak bagi bantuan?
melalui PMI? siapa?

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

erm kat entry sebelum nie ad cara nak salur bantuan... huhu... bukan under PMI... tapi atas ikhsan sahabat2 je...

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

abg fikri.. umah dia kat sungai kecil... belakang kampus je... huhu sori2.. alamat x tau la... hehe..

Anonymous said...

salam,

rumah nenek ni kat mana? belakang univ. tu kat mana? Boleh bagi detail sikit.Sg. Kecil ni kat mana?

kak mia

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

salam kak mia.. kalau kak biasa ngan USM kampus kejuruteraan.. mesti tau jalan nak g batu hampar... lalu jalan pintu belakang USM.. rumah nenek tu kat depan dewan serbaguna kampung sungai kechil tu.. maaf2 x tahu alamatnya.. nanti cuba dapatkan.. ada 4 org bank in duit tapi x tau sapa dia... moga2 Allah balas jasanya dan ikhlas... syukran atas kepercayaannya dan I'syaAllah akan bantu nenek tu sedayanya...

Anonymous said...

salam...1st time singgah blog ni...hebat. bleh tau no akaun utk bank in? xtau nk tgk kt entry terdahulu.

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Hulurkan sumbangan di Bank Islam 08022020254609.. Atas nama Mohammad Najib bin Daud....

sebenarnya kami dah pergi... n dah Alhamdulillah dah berjaya bantu apa yang patut... sumbangan dapt dalam RM 1600... tapi kalau masih nak bagi sumbangan dalam bentuk zakat atau duit raua... boleh... kami akan pergi beraya ke sana sabtu nie... I'syaAllah boleh disampaikan...

please text msg via phone kalau ad bank in atau apa2... tq.. no 014-6177086

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!