Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, September 5, 2008

Memberi Pada Yang Menerima...

Besawang dah blog nie... diam x diam dah hampir seminggu x sentuh internet secara fokus.. huhu ad gak ayat mcm nie.. bukan apa.. pc dah sebulan rosak... pc super senior lak x leh bukak dah.. huahua.. bila la nak hantar kedai...

Erm tinggalkan tu.. bulan mulia nie... ringan je rasa kepala... x dapat main tenetpun masih boleh cool... huhu... tapi tujuan aku pinjam pc senior hari nie bukan nak update blog sangat.. tapi nak hebahkan satu prog yang bakal kami 4th year meche lakukan pada 20 Ramadhan nanti...

Benar... tidak lengkap rasanya Ramadhan bagi aku jika tidak ada aktiviti2 pengisian yang menggambarkan apa sebenarnya tujuan Ramadhan diberi ibadah yang sebegini rupa... Seringkali diberitahu oleh ustaz2 bahawa Ramadhan melatih sikaya untuk menyelami perasaan simiskin yang kadang2 makan terpaksa bercatu... benar sekali... itulah tujuannya...

Tetapi, adakah benar2 falsafah ini dihayati oleh kebanyakan dari kita??... oh buktikan dimeja makan tatkala berbuka... maka tahulah kalian dimana.. sedang simiskin itu masih tetap begitu...

Jika tahun lepas, aku mengambil bahagian di dalam aktiviti TKO dalam misinya selamat hari raya adik2... di rumah anak yatim di kupang... tahun ini aku sangat mendambakan aktiviti sama bagi lebih menghayati erti Ramadhan... oh seperti org yang mengantuk disorongkan bantal... tiba2 timbul satu idea dari sahabatku untuk kami membantu satu keluarga ibu tunggal miskin dalam menyediakan persiapan Raya yang lebih bermakna buat mereka...

dalam proses itu, kami sedar 32 org yang terlibat secara serius atau tidak ini rupa2nya masih belajar di universiti Apex ini... oh dengan sumber kewangan terhad.. kami membayangkan tidak banyak yang dapat kami bantu... sedang dalam perancangan banyak sekali telah di atur... membaik pulih rumah mana yang mampu.. membeli keperluan raya dari bahan dapur sehingga kelengkapan raya... dan bagi memberi motivasi secara psycologi, kami juga merancang untuk membukakan akaun SSPN buat anak2 ibu tunggal ini...

Oh agak mudah rupanya merancang... tetapi rupa2nya dananya tidaklah mampu menampung perancangan yang telah dibuat... Justeru, dengan penuh kerendahan hati, aku merayu kepada sesiapa yang percayakan kami... dan ada rasa sedikit ingin menyumbang... aku menadah tangan sepuluh... syukur.. semampunya... bukan meminta tetapi sekadar berkongsi rasa... moga masih ada yang punya perasaan seperti kami...

Hulurkan sumbangan di Bank Islam 08022020254609.. Atas nama Mohammad Najib bin Daud..ph.
phone no...014-6177086

p/s : ada yang bertanya kenapa x buat program ini dengan kerjasama Universiti... mungkin akan dapat penajaan... oh kami menjawab... atas dasar insani... bukan publisiti yang kami inginkan... kami x mahu hilang ikhlas!!...kami percaya untuk berbakti.. tidak perlukan protokol... jika sahaja masih tiada penajaan... maka apa yang mampu kami hulurkan... moga2 itu lebih berharga disisi Dia... oh aku akan update dan menyertakan gambar2 disini nanti... moga benar niat kami ini... ( huhu tapi kire publisiti ke publish kat blog buruk nie??)... haha x kot... sebab bukan ad org masukpun dalam nie... huahua

jap g atau esok akan update... letak gambar2 sikit... ada kesilapan maklumat atas nie.. coz pedihnya sama... cuma tersalah maklumat... tapi percayalah... malu mengaku Malaysia maju kerana masih ada orh yg hidupnya begini.. bagaimana... nanti tunggu update!



4 comments:

Anonymous said...

a ah.. publisiti gak publish kat sini ;p

mm, Universiti Apex tu apa nama penuhnya?

no tepon hang tak letak lak kat depan tu.. nnt after org masuk duit, org nak sms laa ckp "najib, dah masuk duit utk prog hang.."
heheh

- kak izzah brutal

eagle said...

hulurkan bantuan, ringankan beban
simpatilah kpd org2 yg memerlukan. jon pakat2 bagi sumbangan. "fastabiqul khairaat" ..

mjmashie said...

emm menarik!! semoga Allah permudahkan..

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Dah selamatpun prog kami.. syukran diucapkan kepada semua penderma... moga Allah menilai setiap keikhlasan dari kita... moga2 Ramadhan kali ini membenihkan bibit2 insaf akan yang namanya saudara seIslam lain... yang ramai diluar sana perlukan bantuan.. oh namakan sahaja mereka miskin... terkadang bukan tidak usaha.. tetapi keterbatasan diri... mengekang hidup mereka... oh tuhan.. bantulah diriku.. diri saudara2ku... seluruhnya... moga2 miskin di dunia.. di sana nanti melimpah kayanya... amin

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!