“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku” (HR. Tirmidzi)
Oh aku tidak tahu... hidupku sejak akhir2 ini seakan berepisod2... entahlah... perancangan untukku, benar adalah yang terbaik buatku... perlu apa lagi dipersoal?.. tinggalkan itu... sepanjang minggu, aku mengikuti banyak sekali kisah cinta... biar jelas, aku muatkan disini, aku lebih suka mengambil yang namanya bercinta lelaki perempuan itu haram hukumnya... biarpun ulama' berbeza pendapat mengenai itu... tapi bagiku... setiap yang menjadi pembuka zina, adalah haram... TITIK!
“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
Dapatkah kau bercinta tanpa melihat kekasihmu??... ingatkah ini..:
Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang melihat dengan tidak sengaja. Maka jawab Nabi, ‘Palingkanlah pandanganmu itu!” (HR Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Tirmizi).
Oh sedang terlihat sudah Rasul tercinta perintahkan berpaling... adakah saat kau bercinta maka pandanganmu ditundukkan??... oh kami tidak pernah bertemu ya sheikh... hanya ber SMS dan kadang kala telefon... oh, canggih sungguh percintaan kini... seakan2 dapat menutup pintu2 zina melalui percintaan yang kononnya dengan cara yang benar... tetapi mereka lupa kerana, adanya zina hati... zina telinga dan akhir sekali pasti akan terbit keinginan yang tidak tertahan... oh, kau berzina dengan tanganmu sendiri???...
Episod 1.Yang mampu aku katakan... kurangkan sms, kurangkan telefon... kerana selain berlaku dosa disitu... kau telah mendatangkan fitnah terhadap dirimu... ah, budak baik tupun bergayut!!... adikku... aku pernah dengar ayat tu... huhu... kalian yang lain... ada saranan??... kuasa Allah besar sekali... mampu menjadikan perasaan dan hati manusia itu lain sekali... oh Tuhanku...
Episod 2.
Aku suke dia sejak matrik lagi... dia memang sangat baik... aku dah jatuh cinta dengan dia... tapi aku tahu dia dah ad kekasih... cume aku masih tetap mengharap... sampailah sekarang... dah 4 tahun sekarang... kami masih berhubung... aku g sinipun sebenarnya memang sebab dia... aku nak jumpe dia... aku nak luahkan perasaan aku pada dia... aku dah x sanggup lagi... dia pernah dikecewakan oleh kekasih dia sekali... aku nak tanya dan pastikan dia kembali semula dengan kekasih dia bukan sebab famili atau kawan2 dia.. aku nak dengar dari dia sendiri yang dia sayangkan kekasih dia... luah seorang sahabat baikku... sahabat!!... aku sayangkan kau!!
Aku jadi kelu nak bagi nasihat kes sahabat baikku ini... benar masalah hati begini rumit sekali?... berjayakah aku dengan hanya menyuruhnya kembali kepada yang Maha Pengasih??... oh aku sangat terbayang akan gagal sementelah dia telahpun menerima kata putus itu sewaktu disini... benar, sedih sekali... malah sempat membuatku sebak bersama... oh alangkah sadis perkara yang haram ini!!... cuma satu sahabat... perjalanan hidup masih jauh... kau perlukan rakan2 yang memahami... masuklah jemaah ditempatmu... moga2 ada yang mampu menegur dan menasihatkanmu... hidup didunia bukanlah matlamat... kg akhirat tempat yang abadi... tiada guna berkeluh kesah... bersedih berterusan hanya kerana keperluan hidupmu didunia.. benar dunia jangan ditinggal... tetapi janganlah terlalu kau kejar... Aku hanya mampu berdoa moga perjalanan yang lebih panjang selepas ini akan menemukan kau dengan jodohmu yang sebenar... jika tidak didunia ini... ingat sahabat... pasti Allah tangguhkan di akhirat!!
Episod 3.
Dan ini pula kisahku... oh malu sekali??... setiap yang aku tulis diatas tadi boleh sahaja kalian batalkan kerana penulisnya juga seorang yang bermaksiat hati!!... maka ini yang aku namakan masalah hati... sukar sekali... benar sukar sekali... bagi yang tidak mengenal Penciptanya... ya, aku menaruh harapan... tidaklah bercinta seperti 2 kisah diatas dan 3 lagi kisah lain sekitar minggu2 chenta ini kerana menghormati diri empunya kisah...
Cuma mungkin berbeza sedikit... aku masih mampu mengawal diri... oh bukan memuji diriku... malah aku sempat menyiapkan diri untuk ditolak... benar aku menyukainya... tetapi menyukai bererti memiliki??... panjang angan2ku mencerminkan hina dan lemahnya aku... oh aku tidak sanggup menulis... biarlah aku begini... kepada yang faham... oh, benar... ia benar sekali... rupa2nya aku juga perlukan nasihat dan bimbingan... saat ini... tiba2 terjadi begini... oh dan oh lagi... rupa2nya tidak sama padan malah jauh sungguh dari segala segi... bukankah sekufu lebih bagus??... oh Tuhanku... tunjukkanlah aku jalan bagaimana aku mampu mencintaiMu!!