“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku” (HR. Tirmidzi)
Oh aku tidak tahu... hidupku sejak akhir2 ini seakan berepisod2... entahlah... perancangan untukku, benar adalah yang terbaik buatku... perlu apa lagi dipersoal?.. tinggalkan itu... sepanjang minggu, aku mengikuti banyak sekali kisah cinta... biar jelas, aku muatkan disini, aku lebih suka mengambil yang namanya bercinta lelaki perempuan itu haram hukumnya... biarpun ulama' berbeza pendapat mengenai itu... tapi bagiku... setiap yang menjadi pembuka zina, adalah haram... TITIK!
“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
Dapatkah kau bercinta tanpa melihat kekasihmu??... ingatkah ini..:
Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang melihat dengan tidak sengaja. Maka jawab Nabi, ‘Palingkanlah pandanganmu itu!” (HR Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Tirmizi).
Oh sedang terlihat sudah Rasul tercinta perintahkan berpaling... adakah saat kau bercinta maka pandanganmu ditundukkan??... oh kami tidak pernah bertemu ya sheikh... hanya ber SMS dan kadang kala telefon... oh, canggih sungguh percintaan kini... seakan2 dapat menutup pintu2 zina melalui percintaan yang kononnya dengan cara yang benar... tetapi mereka lupa kerana, adanya zina hati... zina telinga dan akhir sekali pasti akan terbit keinginan yang tidak tertahan... oh, kau berzina dengan tanganmu sendiri???...
Episod 1.Yang mampu aku katakan... kurangkan sms, kurangkan telefon... kerana selain berlaku dosa disitu... kau telah mendatangkan fitnah terhadap dirimu... ah, budak baik tupun bergayut!!... adikku... aku pernah dengar ayat tu... huhu... kalian yang lain... ada saranan??... kuasa Allah besar sekali... mampu menjadikan perasaan dan hati manusia itu lain sekali... oh Tuhanku...
Episod 2.
Aku suke dia sejak matrik lagi... dia memang sangat baik... aku dah jatuh cinta dengan dia... tapi aku tahu dia dah ad kekasih... cume aku masih tetap mengharap... sampailah sekarang... dah 4 tahun sekarang... kami masih berhubung... aku g sinipun sebenarnya memang sebab dia... aku nak jumpe dia... aku nak luahkan perasaan aku pada dia... aku dah x sanggup lagi... dia pernah dikecewakan oleh kekasih dia sekali... aku nak tanya dan pastikan dia kembali semula dengan kekasih dia bukan sebab famili atau kawan2 dia.. aku nak dengar dari dia sendiri yang dia sayangkan kekasih dia... luah seorang sahabat baikku... sahabat!!... aku sayangkan kau!!
Aku jadi kelu nak bagi nasihat kes sahabat baikku ini... benar masalah hati begini rumit sekali?... berjayakah aku dengan hanya menyuruhnya kembali kepada yang Maha Pengasih??... oh aku sangat terbayang akan gagal sementelah dia telahpun menerima kata putus itu sewaktu disini... benar, sedih sekali... malah sempat membuatku sebak bersama... oh alangkah sadis perkara yang haram ini!!... cuma satu sahabat... perjalanan hidup masih jauh... kau perlukan rakan2 yang memahami... masuklah jemaah ditempatmu... moga2 ada yang mampu menegur dan menasihatkanmu... hidup didunia bukanlah matlamat... kg akhirat tempat yang abadi... tiada guna berkeluh kesah... bersedih berterusan hanya kerana keperluan hidupmu didunia.. benar dunia jangan ditinggal... tetapi janganlah terlalu kau kejar... Aku hanya mampu berdoa moga perjalanan yang lebih panjang selepas ini akan menemukan kau dengan jodohmu yang sebenar... jika tidak didunia ini... ingat sahabat... pasti Allah tangguhkan di akhirat!!
Episod 3.
Dan ini pula kisahku... oh malu sekali??... setiap yang aku tulis diatas tadi boleh sahaja kalian batalkan kerana penulisnya juga seorang yang bermaksiat hati!!... maka ini yang aku namakan masalah hati... sukar sekali... benar sukar sekali... bagi yang tidak mengenal Penciptanya... ya, aku menaruh harapan... tidaklah bercinta seperti 2 kisah diatas dan 3 lagi kisah lain sekitar minggu2 chenta ini kerana menghormati diri empunya kisah...
Cuma mungkin berbeza sedikit... aku masih mampu mengawal diri... oh bukan memuji diriku... malah aku sempat menyiapkan diri untuk ditolak... benar aku menyukainya... tetapi menyukai bererti memiliki??... panjang angan2ku mencerminkan hina dan lemahnya aku... oh aku tidak sanggup menulis... biarlah aku begini... kepada yang faham... oh, benar... ia benar sekali... rupa2nya aku juga perlukan nasihat dan bimbingan... saat ini... tiba2 terjadi begini... oh dan oh lagi... rupa2nya tidak sama padan malah jauh sungguh dari segala segi... bukankah sekufu lebih bagus??... oh Tuhanku... tunjukkanlah aku jalan bagaimana aku mampu mencintaiMu!!
12 comments:
Salam berg,
cinta itu besar maknanya dalam kehidupan. Lantaran itu Allah bekalkan setiap insan dg perasaan ini supaya dg bermodalkan 'cinta' semua hamba berusaha mencari-Nya. Bukankah kerana cinta gunung tinggi sanggup didaki, lautan api sanggup direnangi, onak duri sanggup ditempuhi, dan mcm2 lg la ayat2 cinta yg sepatutnya ditujukan kepada Dia Pencipta kita!
Cinta adalah modal untuk 'mencari Dia'. Tp tak ramai manusia mengetahuinya. Lantaran kejahilan itu, ramai yang menyalurkan cinta kepada perkara yg bersifat sementara yg akhirnya akan binasa!
Sungguh rugi!
Saya dh baca posting2 anta.
Ini hanya pandangan peribadi saya.
Bila berhadapn dg remaja sebegini kita tidak ada pilihan lain, hanya nasihat sahaja. Nasihat yg santai seolah2 mengajak, memujuk bukan memaksa. 'sampai'kan apa2 yg berkaitan spt hukum, manfaat dan mudarat.
Jgn pula kita mengharapkan perubahan yg drastik serta merta. Cinta itu sgt mempengaruhi hidup seseorang.
Terus mendekati remaja begini dan ingat, kita hanya ditaklifkan utk berdakwah. Soal berubah itu bukan urusan kita. Kerana utk berubah seseorg itu perlukan hidayah dan hidayah itu hanya milik Allah semata.
Saya tak tau sama ada idea saya ni memenuhi kehendak berg atau tidak. Maaf ye, otak rasa kering je.
Masalah couple ni bukan melanda pelajar akademik sahaja, pelajar agamapun sama. Nak bicara soal bersih hati pun belum tentu depa tau apa perlunya hati yang bersih. Kalau tau pun belum tentu ada keinginan utk bersihkan hati. Semuanya bergantung pd kesedaran diri sendiri jg.
Klu yg sudah bercouple tp tak mampu tinggalkan peliharalah ia dlm roh Islam. Mcm mana? Mcm ayat2 dan hadis2 yg berg sebutkan tu.
Rasanya smua org tahu hukum-hakam Islam cuma mungkin terlupa. Sbb itulah perlunya teguran dan nasihat diberikan.
Sekian.
Ehemm.. Dengan sape tu?
salam,
benar sekali idayu... cinta memang kurniaan Allah yang maha besar... hanya layak untukNya dan rasul Allah... dan perasaan ini juga sesuai untuk jantina lawan.. tetapi dengan keterbatasan dan syarat2 yang mendahului Allah... bercintalah kerana Allah... ikutlah aturannya... kahwin!!
Benar, kami bukan dari aliran agama... pergaulan sebelum ini bebas sekali.. tidak punya kekuatan untuk terus berubah secara drastik... malah sangat gembira kerana dia masih punyakesedaran tentang yang namanya dosa... dan bagi kes2 lain, sngat mengikut hati adalah kunci berlakunya perkara2 begini... bagaimanakah dapat dijinakkan hati dan nafsu ini??... syukran ya ukhti.. sangat membantu... moga dapat hikmah dalam menegur selepas ini...
ya, hukum2 itu ramai yang tahu.. tapi nak buat juga??.. ya Allah kami insan yang hina sekali... peliharlah kmi yang Allah... sahabat.. jom tangguh cinta sehingga kita kawen!!
uit akhi.. hehe soklan apakah itu??... biarlah rahsia... moga2 kalau dia tolak... tidak ada sesiapa tahu dia yang menolak... dan moga kalau dia terima...ketika kami kahwin baru ada yang tahu... huhu
bagi saya, buat masa sekarang kan, kalau kita rasa belum sampai masa untuk nikah lagi, eloklah avoid dulu. cipta lah mcm2 alasan utk elakkan diri kita drp sebarang komunikasi dgn ajnabi tu
tapi, lain lah kalau dirasakan dah smpai masanya. boleh minta senior atau sahabat yg dah nikah untuk tlg adjust. planning utk jumpa parents ajnabi tuh. so kita tau tahap kita di mana sama ada sedia atau tak
saya lebih prefer utk berterus-terang tentang ketidaksediaan. bagitau sekali je. kuat kan semangat dan tegas dgn pendirian… dan terus jangan hubungi lg. kalau tak tegas, saya yakin mmg cair. seeloknya kita tangguh lepas habis belajar. ambil jalan warak. lagipun senang ker nak kawin? kalau tak de RM 15 000, tu pun paling kurang, baik simpan dulu hasrat kita. camtu lah..
seperti biase.... quran... solat jamaah dan itu kena maintain lah. dampingi kwn2 yg sholeh. ia sbg suatu mekanisme yg mmg praktikal yang dapat kekang perasaan dan dapat tekan nafsu.
ingat sekali lg... jgn reply sms... chat.. call... lepas kita bgtau pendirian kita kat dia (kecualilah dialog atas urusan yg penting). segalanya start dari hati. hati tenang, kerja pun mudah. Nak sms ker nak chat ker, apapun, “istafti qalbik” = mintalah fatwa hati (nabi pesan)
the best remedy to this problem : “Ya Allah, jika Engkau telah takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku.” – doa dalam novel seindah mawar berduri
syukran eagle... mungkin ditujukan buat ana... ana x pernah berbalas msg dengan dia..tidak pernah telefon untuk tujuan2 x menentu... cuma dibataskan ana telah melalui proses yang dinamakan baitul Muslim... maka ana telah sedia diterima atau ditolak... yang ana risaukan, anak usrah dan sahabat ana.. bagaimana ingin memberi nasihat terbaik.. baru lima minit td sahabat ana msg lagi.. katanya... susah aku nak buang harapan tu... oh, apa yang mampu ana katakan??.. kerdilnya diri rasa x mampu sekali nak membantu..
kedua, susah nak buang harapan? alamakk..erm, klu dibiar lama takut diambil orang.. hendak kahwin sekarang keluarga pulak yang larang ..isn’t it? atau bagaimana? sy rasa kalo diorang masih 1st atau 2nd year, step pertama ialah cut-off atau putuskan hubungan dulu..sanggup??
tp kalo x mampu gak, alaaa..bagi saya la kan, buat apa pening kepala ..Allah pegang hati manusia. bila?? ..siapa?? itu second issue. paling penting, dont worry. sebab Allah Maha Pemberi, bumi Allah ni luas adik oii. don't hurry fall in a love...
maaf kalo saya x brp mengerti. bukan utk merendahkan sesiapa. spt kata ust pahrol juoi, saya juga rasa itu hanya perasaan yang kadangkala berbentuk sementara, ditambahi perasaan yang berkabur. asas dan sebabnya tak jelas. dikhuatiri itu belum lagi dikatakan cinta. ia sekadar buaian perasaan apb bertemu di program, selalu dok tengok etc. lbh tepat kita katakan sbg perasaan tertarik yang mmg difitrahkan oleh Allah. rasa tertarik bkn cinta sbb ia blh berubah-ubah kalau ada cabaran mendatang. so, baiki niat. niat itu ialah kemahiran utk 'menamakan' apa yang ada pada hati.
but, kalo itu juga bkn jawapannya, mmm …i think they should discuss with parents. usahakan utk bertunang. hahaha. family planning dan start saving duit…tp sy fikir ia tak semudah itu. i doubt that. perghh
ya moga2 perasaan itu bersifat sementara... dan masa menjadi pengubat paling mujarab... huhu.. memang yang namanya hamba lemah sekali!!
moga2 kalian membaca dan semakin faham...
maaf, diri hina nie x mampu memberi nasihat yang dihajatkan... maaf dan maaf...
Sesuatu yang susah nak disedari
"Cinta tu tanggungjawab"
huhu...luasnyaa
anonymous...
Oh sungguh general penyataan itu.. hehe...benar tanggungjawab hamba untuk mencintai PenciptaNya... oh, mampukah??... Sayang kerana ALlah dan benci juga keranaNya... doakan kita termasuk golongan yang mampu ini... oh benar.. luasnyaaaa...
hahaha.. sungguh pandai btl ko mengulas ayt ek najib
yg pasti mse sek bm aku lg tgi markah dr ko
=P
wlupon takde kna mengena dgn blog ko
tp yg pasti ok..1 blog yg baik
ceh ko lupa ke... bukankah aku pelajar tebaik BM... ko dapat markah lebih sekali je.. huhu... ingat x ko x reti buat ayat tanpa imbuhan dengan perkataan goreng??... wakaka... tq2... malu neh.. oit jangan cite ngan dak2 lain.. haha
Post a Comment