Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, April 28, 2008

Membuka pekung di dada... tetapi sungguh!!... ia lega...

Ada yang pernah bertanya kepadaku... layakkah setiap org memberi nasihat... aku menjawab mengapa tidak??... sampaikanlah walau sepotong ayat bukankah tertakluk kepada semua muslim??... maka adakah kelayakan khusus??... masalah cinta... sekali lagi berlegar isu remaja... isu dalaman diri... isu universal... isu yang bukan isu bagi mereka2 yang mendakwa kononya 'open'... ah, persetankan itu... bercinta bagiku tetap sahaja dosa!!.. yang namanya menghampiri zina itukan haram... maka buktikan padaku perzinaan berlaku bukan kerana cinta nafsu!!

Hari nie aku berbincang dengan seorang yang jika setahun lepas, mungkin aku tidak berani seberani ini membuka pekung didadaku... 2 hari aku memikirkan method bagaimana untuk menegur kesayanganku ini berkaitan masalah bercinta, dosa2 kecil yang menjadi dosa2 besar.. tetapi akhirnya aku membuka pekungku sendiri... layakkah aku memberi nasihat??... oh bukankah aku sudah dari awal menyatakan adakah kelayakan khusus untuk menyampaikan sepotong ayat??...



Cuma satu harapanku... moga2 aku dan kesayanganku ini mampu berubah... kita sama2 menjaga hati, laku dan bicara kita... kita layan wanita2 itu sebagaimana sepatutnya tanpa perlu bermaksiat hati... bagaimana caranya??... oh mungkin rakan2 yang lain boleh membantu??

10 comments:

Yan Norayhunt said...

Assalamualaikum. Istilah 'jatuh cinta' sebelum pernikahan lebih molek dikenali sebagai 'jatuh nafsu' kerana ia adalah hasil daripada runtunan nafsu yang tidak berjaya dikawal. Nafsu yang terkawal berjaya ditundukkan menurut syarak dan mengarahkan kepada ikatan yang sah;pernikahan dan itulah cinta yang diredhaiNya, insyaAllah. Cara untuk mengelak berzina hati, nikah jika mampu dan berpuasa jika belum mampu. Allah dan Islam sediakan cara untuk setiap masalah. Permulaan kehidupan berkeluarga dengan cara yang tidak diredhai akan memberi kesan jangka panjang mahupun jangka pendek;murka Allah,kepada insitusi keluarga tersebut. Hidup ini mencari redha Ilahi, jika itu tidak ada lagi, apa gunanya hidup, bukan?
Wallahualam.

eagle said...

teringat dulu-dulu ..

prnh dengar kuliah psl sebab2 yg boleh melemahkan iman. ust ana sebut antaranya ialah panjang angan2 dan x menjaga pergaulan. dia kata x menjaga pergaulan bukan saja secara luaran, malah dalaman pun. x menjaga pergaulan dlm berfikir tu contohnya. ada org x berani menzahirkan maksiat tetapi suka menyembunyikannya dlm berfikir je.
mmg maksiat dalaman ni sukar nk dicegah, dan benda dalaman ni lah menjadi punca kpd amalan luar ...

dalil : Hadith - sesungguhnya setiap amalan bergantung kpd niat

ustaz ana pesan, kekunci apa nk bg hilang benda ni? CUT @ BANTERAS

bagi ana pula, bahaya kalau kita ambil risiko. cthnya, YM atau sms ni ..murah, senang dan lama. malah boleh tulis apa saja dan virtually bebas dok dua-dua tanpa mahram. tak dak sapa yg akan check n balance kita kecualilah kalau ada naqib yg dah kawin yg tau nak handle. itupun kalau ada lah..

the point is ..this is how it leads to the wrong way of relationship.
jika taqarrub kpd Allah makin sikit ..kalau ibadah kita menurun..bila bertakbir utk solat, tgk-tgk tak masuk kebesaran tuhan, malah terganggu dgn bende lain..whatever citer yg selalu kita dgr

so .. jgnlah kita sanggup utk bersubahat, dan proceed dgn benda2 mcm ni.. lagha..

mgkn ada yg blh control perasaan,
tapi jangan lupa ..syaitan akan bermain2 ..

so, nak jaga hati, maka kena jaga amal. nak jaga amal, maka kena banteras benda2 mcm ni. berhati-hati dengan HATI

dulu waktu sy chat dgn ustaz zaharuddin, dia directly pesan "saya tak percaya lelaki berkopiah dan perempuan tudung labuh masa bercinta". jadi, itulah prinsip yang ana pegang. tapi jangan salah faham, pesanan ustaz tu ada aplikasi pengecualian cthnya bg mrk yg dah bertunang (plus beberapa syarat). hehe

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

w'salam.. oh kak yan.. benar, ramai tahu hakikat itu... tapi hati sukar sekali dibendung apatah lagi jika sedari kecil batas pergaulan tidak pernah dijaga antara lelaki dan perempuan... nikah, oh satu penyelesaian yang sangat bagus.. indahnya Islam... tapi, mampukah kami bernikah dalam keadaan begini??... oh hati.. sering menyatakan ragu sedang bukankah dengan bernikah kamu akan jadi kaya??... moga Allah pelihara daripada segala yang tercela... adikku... bukankah lebih nikmat kalau dapat bercinta selepas kawen... jadi, jom kita bercinta dengan mereka selepas kita kawen... huhu tangguh dulu la... bukan putus!!

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

benar eagle... sangat menunjukkan lemahnya iman kami... oh cut dan banteras... kalaulah semudah itu... dan kalaulah kami sekuat itu... bagaimanakah caranya untuk dia tidak secara mendadak memutuskan perhubungan begitu??... ya benar.. secara perlahan2 sudahku minta dia kurangkan msg dan telefon..moga dia faham... tetapi di dalam hati bagaimanakah untuk mengubati??... ya Allah sampaikanlah cintaku kepadaMu moga2 kau tunjukkan kami jalan yang lurus...

Anonymous said...

boleh ke menjaga hati? sedihnya bila baca... saya pun xmampu... nak cinta Allah melebihi cinta manusia.. walhal belum kawin... boleh ke kawin? hmmm... susah nak cakap bab kawin... belum mampu dr segi kewangan... sedeyyyyy... :( nak kawin xboleh, nak stop pun susah... sedeyyyyynyeeee...

eagle said...

first, okay, pasal ’cut’ .. personally ’cut’ yang saya maksudkan ialah jangan start dengan memberi apa-apa harapan. jangan mulakan. sebabnya, bila dah ada pasangan nak jugak fikir cause and effect nya. bagaimana pulak dgn tumpuan dan kebebasan kerja yang kita tgh buat skrg. sudah bersediakah mental dan batin untuk menempuh alam baru. aah..mmg macam-macam nak fikirlah..

tapi..jika tangguh itulah yg terbaik, biarlah Allah yang menentukan segala-galanya. share dgn parents n sahabat2 yang dah nikah dan doa byk-byk supaya Allah buangkan emosi negative. Doa supaya diberi kekuatan dan sakinah, sbb apb ada masalah, capability kita mengurang.

second, pasal nk jaga hati, haha.. definitely jawapannya ialah x der yg betoi2 suci hati kecuali mrk para aulia yang ada hakikat iman yg sempurna. spt kata fathi yakan dlm kitab bahtera penyelamat - Siapa yang ada penasihat dari dalam hatinya maka adalah bagi dirinya pengawal dari Allah.

cuma, dlm masalah hati ni, satu benda yg sy tengok ialah kena jauhi perkara "laghwun" ataupun sia-sia. kalimah 'laghwun' ada hubungkait dengan kalimah 'lughah'. Lughah ialah bahasa. Maksudnya, secara ‘default’ bahasa yang kita guna boleh membawa kepada sia-sia kecuali apabila ia digunakan untuk menyatakan kebenaran

Anonymous said...

:).. setuju, semuanya beri pendapat yg bagus.. soal hati memang satu perkara yg susah utk dikawal.. cumanya perlu diingatkan bahawa Islam tidak pernah mengharamkan atau menrigidkan proses ke arah perkahwinan tersebut.. Bagaimana?? Islam telah menetapkan batas2 tertentu, jalan-jalan tertentu yg telah ditunjukkan Nabi s.a.w. .. mintalah fatwa hati utk diri... bagaimana dgn konsep khitbah (pertunangan) dalam Islam.. apakah Islam melarang proses tersebut?? tidakkan...

Sekali lg sy konfius.. kenapa muslimin/muslimat skrg byk bercakap soal menjaga hati, itu tak boleh ini tak boleh (sehingga nampak Islam itu begitu rumit).. tp di list 'mesengger'nya sendiri masih penuh dgn id orang yg sah nikah dgnnya.. padahal mereka2 itu bukan orang yg penting dalam study bahkan dalam gerak kerja sekalipun.. jgnlah sampai kita dinilai Allah dalam orang golongan yg lebih dalam berkata2... wallahu A'lam...


'hasanatul abraar, wa sayyiatul muqarrabuun'

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

enta telah mnjadi org lain??... mana perginya abg naquibku yang lama??... hehe jangan marah.. nanti kene jual...

sekurang2nya masih ada rasa kesal dalam hati... bukankah itu tandanya masih punya iman?... benar tiada siapa yang sempurna... Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah...

Boleh??

eagle said...

to a some extent, betul proses ke arah nikah tu boleh, tapi still bergantung kepada pelaksanaannya. apb prosesnya dihalalkan tapi pelaksanaannya mcm tak betul, jadi tak betul gak kan. Mcm najib kata, islam itu mudah tp jangan dipermudah. dan sy kena beware dgn saper utk kongsi jawapan aa. firstly classified dgn siapa sy bercakap.

kalo namazzuriahk yang tanya, I am sure akan jawab : financial planning >>>> risik >>>> istikharah >>>> tunang >>>> isteri. haha. lbh kurang mcm itulah. majlis walimah buat simple2 jer. sy tau condition namazzuriahk. senior dan bekas rumate sy nih. kata imam an-maknawi, nikah adalah ubat kepada cinta .. hehehe :) :) :) apamacam abg?? nak gi makan nasi minyak banyak2 ..hehe, melawak jer

tapi... aii…

kpd adik2 kat kampus lg, i am sorry to say. sy rasa tak sesuai ar utk cinta time kita tgh belajar ni, plus taklifan persatuan n jamaah yang banyak. bare in mind that kahwin ni bukan takat menghalalkan yg haram ja, ia suatu yg sangat kompleks n perlu kpd penelitian. cuba adik-adik pikir, apa prospek kerjaya yang kita nak prove depan mak dan ayah mentua? bkn senang kan ..

mmg, saper tak nak kawin. kalau kawin tu tak guna duit langsung, mmg kawin jer kita ni. hehe. lagi best dah halal sume. tp masalahnye, sume kena pakai duit. pinang kena, hantaran kena, kenduri lagi kena.. belom campur len lagik. haduiii... bila la bole nikah erkk? :laugh: :laugh:

personally, bg sy simple. kerja dulu, baru cari calon dan kawin. masa belajar tak yah lah pikir lagi bakal isteri. sbb kalau kita try gak, akan datang perasaan nak enjoy dan keep in touch dan mcm2 lagi. cuak-cuak. "saya tak percaya lelaki berkopiah dan perempuan bertudung labuh masa bercinta" - at least ni pesan ust zaharuddin utk adik-adik para pejuang di kampus. tak der saper nak concern pasal hal ni melainkan diri kita sendiri ..

keje kuat2.. kumpul duit, beli kereta baru. masyukkk.. senang je hati. bakal mak n bapak mentua pon senyum lebar .. ;) haha

okay, abg argue dlm YM kita banyak list ajnabi yg sah nikah dgn kita. bagi saya la kan, cuba revise semula niat kita waktu mula2 add mslmh tu. krn nak diskus project dlm lab @ coursemate kita @ schoolmate kita @ ahli persatuan kita @ senior kita etc. jika mslmh faham stand, cara dan pembawaan kita, saya fikir tak kan berlaku punya benda2 aib melainkan ada ler 1-2 yg kadang2 terlebih sembang. adeiii la… . dan sebenarnya, inilah isunya. 1-2 org mslmh yg pelik skit tu, bukannya overall mslmt dlm YM. blh ker kita exaggerate tindakan 1-2 mslmt kpd sume mslmt mcm tu, lalu perlu didelete list2 diorang yg len? sy fikir tidak. bahkan, kpd 1-2 mslmt yg ‘special’ ni, tegaskan pendirian kita spt posting sy sblm nih. huhu.. bkn krn nak menolak tapi kita ni yg tak layak ..

next, abg tnya nape kt byk komen pasal2 mslh hati ni. erm, betol gak noo …kita byk sembang pasal cinta dlm blog najib ni!! haha. tapi .. bg sy, 6 bulan kebelakangan ni, kalau tak salah … 75 % posting sy pasal political & isu semasa, 22% pasal fiqh & comparative religion, dan seingat saya 3% jer sy posting pasal mslh2 hati nie :: peace ::

actually, portion otak sy utk political survival 25 kali lbh byk drp masalah2 hati nih. penulis2 yg hebat mcm ust hasrizal abdul jamil dan pahrol juoi juga bercakap ttg masalah hati ni, tapi itu bukan ultimate fokus diorang. lantaran cinta ni tidak berkala, tapi ia fenomena yang akan terus berlaku dan subjek sepanjang masa

anyway, reflection yg baik drp abg. kita pakat2 muhasabah di mana yang tak kena. i just speak up on my behalf and experiences. hope adik2 made the right decision of reading my words

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

hehe apabila 2 orang abangku sudah bersuara... maka apa lagi yang mampu dikatakan??... huhu... sabarlah wahai hati... perlu ditarbiyah lagi dan lagi neh!!

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!