Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Saturday, April 19, 2008

Selamat sudah... berhenti berdoa???


Alhamdulillah selamat sudah aku menjalani peperiksaan semester 6-ku di Kampus kecil ini... oh benar, tidak seperti semester2 lalu, aku lebih santai dan tenang... mampu bermain badminton sehari sebelum final, aku tidak tahu kenapakah perasaan ini indah sekali... benar, aku sudah mampu menjangkakan keputusan yang bakal aku perolehi!... haha.. kalian juga begitu... kerana kita mampu menilai sejauh mana prestasi kita di dalam peperiksaan itu!...

Aku tidak mahu mengulas lanjut apa yang membuatkan aku jadi tenang semester ini, tetapi aku ingin berkongsi apa yang guruku pesan 10 tahun lalu ketika aku mengambil peperiksaan UPSR. Didalam satu sesi motivasi yang cukup terkesan di dalam jiwaku, kurang lebih begini kata guruku...



" Ketika berlangsung peperiksaan, banyaklah pihak yang akan mengadakan solat hajat perdana, ibu bapa juga mendoakan anak2 di dalam solatnya, anak2 sendiri bagi yang rajin cukup tekun berpuasa dan melakukan solat hajat, banyak sungguh membaca Al-Quran... oh pendek kata jika sebulan lagi peperiksaan, makan sebulanlah ibadah tambahan ini dilakukan... bagus itu... setelah berusaha, memohon kepada Allah untuk mendapat yang terbaik... tetapi kita lupa, proses peperiksaan itu tidak berakhir hanya sehingga kertas terakhir kita jawab... banyak lagi proses sesudah itu... guru2 memberi markah, di masukkan markah di dalam sistem, pengredan dan sebagainya... dan waktu proses ini berlaku, kita sudah berhenti berdoa??...."

Banyak lagi ayat2 yang diutarakan guruku itu dan aku ingat hampir keseluruhannya... dia menceritakan bagaimana seorang sahabat baiknya sedang menanda kertas peperiksaan dan saat itu dilanda ujian apabila sahabatnya itu bertengkar suami isteri dan peristiwa itu telah mempengaruhi penandaan kertas tersebut... akibatnya, ramailah yang mendapat keputusan yang buruk... sahabat guruku menyesal, tetapi perkara sudah berlaku... dan aku sangat pasti banyak hati2 yang akan kecewa... apakah puncanya??... kita berhenti berdoa apabila selesai peperiksaan!!

Sejak dari saat itu, aku secara serius lebih banyak berdoa untuk mendapatkan keputusan yang baik setelah aku selesai menduduki sesuatu peperiksaan... malah jika keputusannya kurang memberangsangkanpun, aku jadi dapat menerima dengan hati yang tenang... cukup indah... bayangkan jika tiba2 sungguh tidak dapat menjawab sesuatu kertas, tetapi dengan kuasa tuhan berlaku kesilapan sewaktu pensyarah memasukakan grad dan sampai kepada namaku, Allah kalihkan perhatiannya dengan meletakkan A di dalam list namaku, oh aku rasa pernah terjadi kepadaku!!... tidakkah kalian pernah rasa terjadi begitu??

P/S :Jadi, aku menyeru sahabat2 sekalian, ayuh kita solat hajat untuk mendapat keputusan yang cemerlang secara istiqamah... moga2 kita sama2 cemerlang, gemilang dan terbilang!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!