Dimusim peperiksaan yang lalu, aku melalui ah, satu hari yang penuh liku2 hidup yang mencabar minda dan fizikal... dalam hiruk pikuk peperiksaan yang sedang aku lalui, oh rupanya peperiksaan bukanlah sesuatu yang paling menyiksakan... haha, serius aku lebih memikirkan pelbagai perkara lain bersangkutan soal sisi lain hidupku.... mari aku bercerita tentang hidup!!
Kita namakan hari itu sebagai suatu hari setelah 3 paper final secara berturut2 aku lalui...bermula dengan subuh yang hening... lenaku syahdu sekali apatah lagi tidur dipusat Islam, ustazd2 yang sungguh mulia hatinya membenarkan aku memasang air-cond... erm berkesan sungguh tidurku... dan tidak seperti malam2 yang lain di musim peperiksaan ini, aku tidak solat malam... terkesan dek tidur yang sungguh lena!!... dan kisahnya aku namakan "Satu Hari... Oh Permai Sekali"
Entah apa yang sesuai di namakan aku ini, bayangkan tidur ditempat azan dilaungkan... tetapi oh segan yang teramat... tidak terbangun sehingga jemaah selesai solat jemaah!!... hinanya... mungkin petanda sesuatu bakal terjadi hari ini??... jiwa tidak tenang... nasib sahaja masih juga terjaga... tinggalkan itu kerana aku akhirnya berjemaah dengan mereka2 yang lambat... oh masih sempat berjemaah di Pusat Islam... huhu
Kita namakan hari itu sebagai suatu hari setelah 3 paper final secara berturut2 aku lalui...bermula dengan subuh yang hening... lenaku syahdu sekali apatah lagi tidur dipusat Islam, ustazd2 yang sungguh mulia hatinya membenarkan aku memasang air-cond... erm berkesan sungguh tidurku... dan tidak seperti malam2 yang lain di musim peperiksaan ini, aku tidak solat malam... terkesan dek tidur yang sungguh lena!!... dan kisahnya aku namakan "Satu Hari... Oh Permai Sekali"
Entah apa yang sesuai di namakan aku ini, bayangkan tidur ditempat azan dilaungkan... tetapi oh segan yang teramat... tidak terbangun sehingga jemaah selesai solat jemaah!!... hinanya... mungkin petanda sesuatu bakal terjadi hari ini??... jiwa tidak tenang... nasib sahaja masih juga terjaga... tinggalkan itu kerana aku akhirnya berjemaah dengan mereka2 yang lambat... oh masih sempat berjemaah di Pusat Islam... huhu
Jam menunjukkan 7.15 minit pagi... aku ada paper hari itu, paper yang pada pandanganku hebat sekali... aku mengambil kesempatan menghafal beberapa rumus yang cukup penting, tersilap rumus... maka kosonglah markahnya... aku ulangi tersilap rumus, maka kosonglah jawabnya... dan aku bersarapan sekitar jam 8.10 minit pagi... kuang2 melengkapkan hari indahku... dalam celaru ingin menghadapi peperiksaan 50 minit lagi... ops... alamak, tertumpah kuah dalca untuk roti telurku keatas baju... alahai... perasaanku waktu itu dan waktu menulis ini sungguh berbeza sekali... kini, tersenyum sendri!!
Jom masuk kedewan peperiksaan... lalalalala... mungkin kerana pengaruh peristiwa tadi, habis semua rumus2 bercampur aduk... hahaha pertama kalinya setelah 3 paper aku jadi sedikit gelabah dan sasau... oh, ini yang mereka namakan x dapat buat... hahaha... dan aku sedar rumusku silap dan salah hanya 5 minit sebelum masa tamat... 5 soalan... 2 kantoi=200 markah... sabar2... rupanya ramai lagi yang sepertiku... tapi mereka tidak melalui kuah dalca yang tertumpah!!... kuang2... jadi, mengikut pengalamanku... paper ni memang c+... hahaha... mari kita lihat... mujur kerja kursus B+!!... lalalala...
Sambung perjalanan hidupku... jam 12.15 tengah hari.. keluar dewan... aku seperti biasa tersenyum walaupun apa yang terjadi... tiba2 lega kerana semua respon kata x sempat buat... ad yang tinggal 2 soalan.. ada yang lobang2... hehe... tetiba yakin semula.... oh, rupanya rasa gembira tidak lama... makan tengah hari... oh baru kusedar duit dah x de... erm kene keluarkan duit sekadar 50 cukup untuk 3 hari... hehe... aloha!!... kad bankku rosak!!!... oh...oh dan oh lagi... sedikit terlintas betapa malangnya hari ini... nasib cepat tersedar hidup mesti terus... hehe
Dirumah.. masih ad kurang lebih 20 inggit duit ku termasuk duit syiling... haha.. maka 3 hari ini aku akan gunakan duit ini dengan sebaik mungkin!!... kuang2... oh Allah cukup!!... hehe... setelah campur makan kenduri maulid nabi di surau... dan pusat Islam juga... huhu... agak siksa juga tiada duit!!... hidup2... tepat jam 3 petang, seorang pensyarah yang menguruskan Latihan Industriku telefon... tempat kamu tidak confirm lagi... nanti saya akan carikan kilang lain kalau yang nipun x boleh!!...
Hahaha... rupa2nya aku yang selama ini menganggap Latihan Industriku akan berjalan lancar lantaran aku antara org yang awal menerima tempat LI sekitar rumah sewaku... rupa2nya akan ada masalah ini kurang lebih 10 hari dari tarikh LI??... huhu... sebenarnya aku telah menolak 2 syarikat di Johor ( yang aku minta sendiri)... tetapi mengenangkan rumah jemaah ini akan kosong dan tiada siapa akan tinggal selama 3 bulan ini, aku mengisi borang untuk U carikan kilang sekitar rumah jemaah ini... dapat dan kebetulan terlebih dahulu daripada syarikat di johor... maka atas dasar jemaah dan juga U yang carikan... aku tolak di Johor... tiba2... haha.. kene reject sebab aku Melayu!!... huhu... syarikat tu memang menetapkan Chinese sebagai syarat... tetapi since aku tetap diterima mula2.. aku fikirkan tiada masalah... akhirnya... aduhai!.. dan kini... hehe sekurang2nya aku dapat naik kereta pensyarah yang menjadi pujaan mahasiswa kampusku itu... kalian pernah naik??... hehe...
Dan magrib itu... ada maulid nabi di surau taman sebelah... hehe.. dapat makan free neh!... dengan seorang abangku, aku kesana... sampai2 memang tengah makan... oh hujan!... haha.. agak basah gak la... nasib baik masih dapat makan... jimat duit.. ( terlihat disitu niatku sudah terpesong atas jamuan itu!)... oh silapku besar sekali... aku terus mendengar ceramah agama yang sungguh menarik dan menambah ilmu... sekitar jam 11, kami balik... aku hantar abangku ke kampus... dan aku balik rumah... tiba2 je hujan jadi sedikit lebat... dan aku... haha... lencun gak la... lalalala...
Mungkin kalian berfikir sampai disini sahaja ceritaku hari ini... kalian silap... hahaha... sampai dirumah... dengan gaya biasa aku membuka pintu bilik.... kuang2... tilam tempat tidurku tiada... manakah ia??... jawapannya telah diambil semula oleh tuannya setelah ek memakainya kurang lebih 4 bulan!!... hahha... hari yang syahdu...benar2 indah bila difikirkan semula!!... jom tido Pusat Islam lagi!!!
P/S : aku namakan tajuk tulisnku ini apabila nikmat ditarik ...kerana benar, kita hanyalah manusia dan hamba kepada Allah... kita hidup atas nikmat yang Allah berikan dan atas pengasih dan penyayangnya Dia... Solat berjemaah juga nikmat... tidak semua ALlah pilih dapat berjemaah... walaupun aku sudah tidur di tempat azan di laungkan... tetap juga tidak mampu berjemaah dengan imam kerana nikmat itu ALlah tarik.. apatah lagi aku sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya seperti berniat umpamanya untuk bangun solat malam dan berjemaah... maka total salahku...makanan itu juga nikmat... dan tertulis kuah dalca itu bukan rezekiku... walaupun sudah hampir masuk kedalam mulutku... oh tetap sahaja tertumpah... mungkinkah tertulis itu rezekinya semut??... dan aku sendiri jarang sungguh melafazkan syukur untuk perkara2 seperti itu... kerana menyangka dalca itu aku yang punya... menjawab peperiksaan juga memerlukan nikmat aqal yang Allah kurniakan... bayangkan nikmat ini Allah tarik sebentar... aku sudah jadi sasau dan tidak tahu bagaimana menjawab peperiksaan... lebih dari itu... aku sendri jarang benar bersyukur dengan aqal yang dikurniakan ini... adakah kau menyangka duit di dalam bank itu hakmu??... haha bagaimana jika ia tetap ada tetapi tidak dapat kau keluarkan... maha suci Allah.. duit x mampu buat apa2 tuan2... kata seorang sahabatku!!... dan janganlah menganggap yang telah kita miliki tetap kita miliki... tempat LI itu tidak sepatutnya ada masalah kalau dilihat dengan pandangan aqal... tetapi bila Allah menarik nikmat itu... maka siapa yang mampu menghalang??... dan hujan itu rahmat... dapatkah kau menyanggah nikmat hujan ketika kau rasakan tidak perlu hujan waktu itu??... maka ketahuilah tempat tidurmu juga pinjaman Allah... pernahkah kau terfikir alas tidurmu juga boleh Allah tarik semula nikmatnya??... ketahuilah wahai diri... kau hidup dalam nikmat ALlah!!... oh tarbiyah terus dari ALLAH!!!....
2 comments:
Semua perkara yang Allah tetapkan atas diri kita bukan semuanya adalah perkara yang kita nk, tetapi adalah perkara yang kita perlukan. Tarbiyah yang sememangnya berkesan, InsyaAllah..
Benar sekali... malah kadang kala yang kita anggap baik buat kita, bukanlah yng terbaik... tetapi yang kita anggap tidak elok untuk kita, ketahuilah boleh saja menjadi yang terbaik buat kita... perancangan Allah cukup sempurna melewati perancangan manusia...
Post a Comment