Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Monday, June 30, 2008

Beratnya Tangga Itu!!...

Oh mengapakah si tangga menimpa sang lelaki yang telah terjatuh itu... mungkinkah kerana dirinya bosan kerana seringkali dipijak2 lantaran sang lelaki ingin mendaki lebih tinggi menuju puncak??... maka dengan sengaja ia gelincirkan kaki sang lelaki sehingga jatuh dengan sadis... oh tidak cukup dengan itu, ia malah jauh lebih rakus dengan rasa hatinya yang tidak puas dijatuhkan dirinya untuk menghempap sang lelaki tadi... dan lelaki itu kini merasa betapa beratnya tangga itu sedang luka jatuhnya melelehkan darah...

..........................................................................................................................................................................

Ada kakitangan kerajaan marah apabila produktiviti mereka dicabar... hakikatnya??

5 jam bukan masa yang lama... tidur malam tidak terasa sudah 5 jam.. maka berada di pejabat kerajaan selama 5 jam bukanlah isu yang besar... orang lainpun begitu... benarkah??... namakan sahaja pejabat pendaftaran negara...

Fikir dengan dalam... Anita kehilangan adik tersayang... dia meratap sedih... datang sang penguasa yang ditugaskan menenangkan anita... dengan sinis memarahi anita... mengapa tidak dijaga adikmu itu waktu hidupnya dia??... kehilangan itu akibat kemalangan.. maka kamu didenda 100 ringgit atas kecuaian kamu... selesai...

...........................................................................................................................................................................

Jom kita berfikir!!...

p/s : syukran ku ucapkan kepada kedua2 mamaku yang sungguh memahami... benar aku cuai... di dalam menjaga barangku sendiri... aku insaf untuk itu... tapi sangat yakin ada hikmah besar disebaliknya... aku jadi mahu lebih kuat... ya Allah bantulah hambaMu ini... banyak dosa yang dia lakukan Ya Allah... benarkah ini siri ujian seterusnya dariMu tanda kasihnya Kau Wahai Pencipta terhadap ciptaanMu ini??.. oh redha dengan senang hati... aku menganggap masalah selesai... cuma sedang fikir dengan mendalam... bila nak hantar surat itu... erm mungkin selepas segala hutang selesai!!... jangan jeles... aku sering kali di uji... doakan aku... kerana menurut ibuku sebentar tadi... orang yang diuji itu... yang Allah beri perhatian padanya.. mungkinkah aku???... oh senang sekali hati...



Teruskan Bacaan......

Sunday, June 29, 2008

Dosa besar itu... Umpama Gunung Menghempap Kepalaku!!

Falsafah Cina kadang2 halus sekali... cuma satunya... ia berdasarkan idealisma yang namanya manusia... tiada petunjuk melainkan akal semata2... berbeza dengan Islam... Al-Quran dan Sunnah.. jelas memberi panduan... maka setiap yang dikatakan, sudah pasti tidak tertakluk pada silapnya akal manusia...

Membunuh itu berdosa... kalau yang dibunuh itu nyawa yang tidak berdosa atau kata lain tiada hak untuk dibunuh... semua agama dan bangsa percaya itu... bezanya Islam... jelas di dalam Al-Quran dan Sunnah... tentang berdosanya ia...

Dosa terbahagi 2.. bagi org kebanyakan macam aku... ada dosa kecil dan ada juga dosa besar... masih ada iman jika tatkala kau melakukan dosa... terdetik rasa kesal dan menyesal... dan kau membenci itu... tapi, dosa kecil yang dilakukan berulang kali akan menjadi dosa besar!!

Ah, dosa besar itu umpama Gunung menghempap kepalaku... mujur sahaja tadi Allah telah membalasnya dengan cara yang sungguh halus... membuatku terfikir... dosa apa ya!!

Jangan takut sahabat... aku akan gantikan semuanya!!

p/s : semua x kan faham entriku kali ini... kalau ada yang mentafsirpun... atas tafsir sendiri... cuma aku ingin merakamkan ucapan jutaan syukran... kepada seorang insan yang tidak pernah mengenaliku... malah cuma kenal melalui alam maya... oh, sungguh tinggi kepercayaanmu buatku... sempat membuatku menitis air mata... bagaimana mampu aku membalas kepercayaan ini??... tiba2 rasa masih ramai yang sayang.. ( bukan bermaksud sebelum ini tiada yang sayang!! )

Hadiah buat diriku sendiri...






Teruskan Bacaan......

Saturday, June 28, 2008

Pandang Hadapan... Tetapi belakang jangan dilupa!!..

Memandu kereta... sangat seronok jika dapat meluncur dengan laju (motorpun sama)... apatah lagi jika perjalanan itu lurus... kadang-kala bangga jika dapat memotong kenderaan lain dihadapan... dan untuk tujuan itu... pandangan harus sangat tajam dengan memandang dan mengawasi apa yang ada di hadapan... setiap selekoh, papan tanda, halangan2 lainya perlu sangat di awasi... jika sedikit lalai, maka banyak padah boleh berlaku... sama ada pada kereta, pemandu, kenderaan lain, pemandu kenderaan lain bahkan setiap entiti yang terlibat dengan kelalaian ini akan mendapat padah... ah namakan saja kemalangan...

Mari kita lihat jenis2 lalai...

1. Pemandu itu sendiri... oh mabuk??... mengapakah kau mabuk??... bukankah haram air kencing syaitan itu!!... dan jika kau mabuk... berdosa hal lain... yang kau pergi memandu sapa suruh??... kau memang menyusahkan orang la sipemabuk!!

2. Pemandu itu sendiri... mengantuk??... apa yang kau buat malam tadi??... oh jika kau mengantuk.. janganlah kau membunuh diri atas jalan... aku ada falsafah sendiri... kalau nak mati, janganlah ajak orang lain!!...

3. Pemandu itu sendiri... keseronokan tanpa batas??... oh kategori ini dalam jemaah kampusku sangat banyak...dia x tahu sedang timbulkan fitnah untuk seluruh jemaah kampus...pernah dengar ayat nie x??... " nengok budak PMI tu... bawak motor laju nak mampus!!... entah betul ke tidak budak2 agama tu!!"... kalau ko nak bawak laju mcm tu... pastikan kau jauhkan diri dari aku... sebelum kene maki secara percuma!!... aku belum kawenlah!!



4. Kenderaan itu sendiri... oh rosak disana sini??... ish2 x de ke inisiatif untuk kau selenggara kenderaanmu itu.. sehingga rosak di sana sini tetap juga kau bawa... dah tahu tali break putus... yangkau bawa juga moto tu buat apa??

5. Keadaan jalan... oh licin sungguh jalan selepas hujan... dan tiba2... ops.. ada lubang yang sangat besar di hadapan... dan booom... faktor luaran...

Itulah antara punca2 berlakunya kemalangan... tetapi ramai yang lupa... jangan pandang belakang??... ketahuilah melalui belakang juga kemalangan boleh berlaku.. maka sekali2 pandanglah ke belakang!!!

erm... penulisanku kali ini sebenarnya bukan bertujuan untuk bercerita darihal kemalangan.. ini permulaan untuk satu label baru penulisanku... iaitu fikir dengan dalam... maka kalau kalian faham.. baguslah... kalau tidak... anggap aku sedang marah pemandu lalai!!... oh ya... berkaitan jemaah... siapa pemandu?... siapa kenderaan?... di mana destinasi... erm... klu yang banyak sekali!!


Teruskan Bacaan......

Monday, June 23, 2008

Melestari sebuah gerakan... Meluncur dengan laju!!

Selamat datang!!... tahniah dan moga terus berjaya...

yup 28 Jun... adik2 baru akan melangkah ke alam baru.. yang manusia ramai gelar alam kampus... hebat bunyinya sehebat cabarannya... soalnya benarkah??...

Ke tempat baru... boleh saja mendatangkan kejutan... budaya mungkin... dan satu yang pasti.. mereka tidak salah!!... kita yang salah... yang mengaku pejuang ini... kerana tidak melestari sebuah gerakan dan tidak meluncur dengan laju...

Apa2pun... aku sangat ingin menghadiahkan ini pada adik2ku!!

Selamat Datang Adik!!



Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 18, 2008

Wang Oh Wang....

Tinggal kurang 8 hari lagi aku akan berLi... tiba2 teringat sahabatku seorang pelatih, juga dari Tanah Besar China... maka berbuallah kami bagai ayam dengan itik.. huhu dan dia itik nila... namakan saja dia Wang...

Erm tapi aku x bercadang nak bercerita perihal Wang kawanku itu... tetapi.. mari bercerita:

Tanah Melaka... pernah gemilang... rakyatnya dikhabarkan hidup penuh aman sentosa... buminya subur...


Sejarahnya cukup panjang... malah kegemilangannya tercatat didalam sejarah.. oh betapa hebatnya zaman itu...

Tetapi, sehebat2 Melaka... akhirnya hancur juga... selesai

Seorang sahabat, yang genetiknya Melayu... ( pinjam kata2nya dia )... pernah memberiku Rm 100.. hanya kerana aku sudi bertandang kerumahnya di Seremban... dan Wang itu tidak kusia2kan... kusalurkan ke... selesai

Suatu hari... aku ditugaskan mengutip derma untuk tajaan berbuka puasa... targetnya RM 1000... tetapi aku gagal... tercapai sekitar RM 770++... selesai

Menjadi pengarah projek... sungguh letih... malah sedar atau tidak.. seseorang pengarah projek... kalau ianya atas nama jemaah dan islam.. pasti banyak mengeluarkan wangnya sendiri... kagum dengan mereka... selesai

Aku x de duit la... erm x pa.. pakai la duit aku dulu... ( aku x de duit x pa )... Aku itu setiap pejuang islam yang ikhlas... selesai

..........................................................................................................................................................................

Aku sangat mencintai jemaah... entahlah.. obses mungkin... dan wang salah satu cabang yang aku sangat tidak berkira jika soal jemaah... aku sedang berkonflik diri.. satu pihak menyalahkan diri kerana terlalu obses dengan jemaah... satu pihak lagi mempertahankan tindakanku kerana bagiku jemaah adalah tunjang kekuatan...

Robohnya kota Melaka juga berkaitan gilanya pembesar akan namanya Wang... dan akan robohkah jemaah ini kerana Wang??... Ya Allah jauhkanlah...

Aku ditegur secara sinis... mungkin hanya lawak saja.. namun aku memandangnya sebagai sesuatu yang serius...

Aku terdidik untuk menyatakan harta itu bukan harta.. ianya rezeki.. dan di dalam tanganku itu belum tentu rezekiku.. hatta didalam mulutpun boleh dimuntahkan semula andai itu rezekinya semut...

Dan baru sebentar tadi.. satu lagi teguran... seorang yang obses jemaah ini dikatakan tidak mengamalkan konsep berjemaah.. aku jadi sedih dan tersentuh sekali.. benar2 sedih...

Ingatanku kuat sekali terhadap pesan ibuku... jika kamu ditegur.. maka itu salahmu.. walaupun itu bukan salahmu... dalam sekali maksudnya.. dan aku benar bersalah..

Tiada istilah letih dalam berjuang... wang ringgit bukan ukuran.. walaupun jelas kau tiada itu.. tetapi kata saiful Islam.. pejuang muda sangat berpegang dengan ayat biasa.. kalau kita tolong agama Allah... Allah pasti akan menolong kita.. tapi inginkah Allah menolong.. andai diri sendri tidak berusaha??...

..........................................................................................................................................................................

kalau aku ikutkan hati... dah lama aku tinggalkan jemaah ini...

kalau aku ikutkan hati... aku tidak akan duduk dirumah jemaah ini dengan beban kewangan yang sungguh besar...

kalau aku ikutkan hati... aku ingin jadi seperti diriku yang dahulu... akademikku sering menjadi no 1... pedulikan kerja jemaah!!

kalau aku ikutkan hati... aku ingin berehat2 dirumah selepas pulang dari kerja..

kalau aku ikutkan hati... aku ingin pergi jauh.. ditempat elaunnya berkali ganda... moga tiada bebanan ini..

kalau aku ikutkan hati... semua orang akan aku arahkan.. biarlah kau nak lari... biarpun sudah 2 orang yang aku jumpa begini...

Tetapi kenapa aku tidak ikutkan hati??... ah, hatiku halus sekali!!!

Banyak yang aku nak tulis.. tetapi... END!!

Entri terakhirku berkaitan sirah hidupku.. selepas ini aku hanya akan memendamkan segalanya.. dan ikut cara lama... caranya aku menulis didalam sehelai kertas.. atau berhelai2.. kemudian ku masukkan dalam botol.. kucampak kelaut... malamnya aku mohon ampun pada Pencipta... selesai...

Tolonglah kenali AKU!!... "KAu seorang yang penakut dan pengecut!!... bersembunyi disebalik nama konsesi dakwah"- ayatku sendiri hasil sindiran halus sahabatku yang kuanggap serius.. aku pasti memperkenalkan diriku.. ya dilain kali.. maaf buat semua... ( letih, pening, risau... kemudian dimarah?... hahaha... mujur tuhan sentiasa ada!! )

Adakah benar aku hanya mementingkan rasaku sahaja??... dan mengabaikan perasaan yang lain??... maafkan aku semua... pada semua...

Teruskan Bacaan......

Saturday, June 7, 2008

Sekadar Perancangan??...

Genggaman sebatang pen,
Meluncur lancar mengorak sebuah tulisan,
Yang sekadar perancangan,
Bagi setiap pejuang,
Sipendahaga gerak kerja...

Terus halus penulisan itu,
Ideanya tidak pernah mahu putus,
Oh banyak sekali perancangan yang sekadar perancangan?,
Buat setiap pejuang,
Sipendahaga gerak kerja itu...

Yang hadir menyumbang idea,
Dan penulisan terus menari-nari,
Tetapi ahli senyap tetap ada,
Tidakkah di dada sesuatu ingin dikatakan?
Oh, perancangan itu tetap diteruskan...

Dalam sedar atau tidak,
Rupanya perancangan itu telah ada,
Maka teruskanlah ia,
Kurang pasti,
Mengapa merancang perancangan itu?
Ia telah ada...

Tetapi,
Sekadar perancangan?
Oh lebih baik ada daripada tiada!!

Konsesi Dakwah
Meeting 7/6/2008
10.15 a.m.

nota kaki : maaf amer.. hehe sempat menulis ini... waktu nta sedang berucap... huhu.. oh maaf sekali...




Teruskan Bacaan......

Wednesday, June 4, 2008

Minyak Oh Minyak...

Aku bukan dari latar ekonomi... maka sudah pasti jika berhujah berkenaan tajuk ini, mudah saja aku tersalah fakta... namun, melalui pemerhatianku yang lemah ini... oh kerajaan sedang membuat sesuatu yang sangat drastik dan sudah pasti memberi kesan kepada rakyat Malaysia ( oh lebih kepada rakyat 'orang kebanyakan!!' )... naik sebanyak 78 sen untuk petrol dan 92 sen untuk diesel bukanlah sesuatu yang normal dan pasti membebankan.. entahlah apa yang difikirkan oleh kerajaan ini...


Aku sempat berfikir... jika harga pasaran dunia untuk minyak ini naik mendadak... bukankah bermakna, Malaysia sebuah negara penjual minyak juga akan menjual minyaknya dengan harga yang tinggi??... ( sempat singgah ditelingaku minyak Malaysia adalah yang berkualiti tinggi.. benarkah?? )... maka dengan sebab kualitinya itu.. ia sangat sesuai dikomersialkan.. dan sebagai ganti.. Malaysia membeli pula minyak berkualiti rendah dari luar... maka, apakah kenaikan harga minyak dunia begitu mencengkam??... bagaimana ini berlaku sedang kita juga penjual.. walaupun juga pembeli... oh mungkin sahaja beli lebih banyak dari jual... aku x tahu!!

Adakah minyak ini satu2nya sumber utama kewangan Malaysia??.. oh jawablah bagi yang tahu.. kerana jika bukan... oh apalah salahnya jika semua minyak yang kita ada mulai hari ini digunakan sahaja untuk tujuan domestik.. bukankah kita yang nanti akan mengawal harga??.. entahlah.. sekali lagi aku bukan ahlinya ekonomi... cuma aku sangat berharap.. cepat2lah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia... dengan harapan janji2 untuk menurunkan harga minyak dapat dilunaskan.. oh dan bukan naik mendadak seperti hari ini...

Esok2 sape2 nak pinjam motor!!.. pastikan isi minyak penuh.. huhu... minyak oh minyak!!

Teruskan Bacaan......

Monday, June 2, 2008

Catatan Santai Penang-Kb-Penang... Ops Intai 1

Tidak lama.. cuma dalam tempoh 72 jam... dan perjalan mengambil masa hampir 18 jam pergi balik (bukan jangka masa yang normal..huhu)...

Mari kita mulakan...
Aku sememangnya seorang yg nekad ( atau punya keterbegantungan yg tinggi pada Penciptaku??.. hehe)... buktinya sudah banyak dan perjalanan ini salah satu buktinya.. santai sekali... aku dengan seorang rakan terpaksa terlebih dahulu perlu menuju ke kulim... oh menumpang pengantin untuk ke Kelantan.. haha... asal boleh!!... dan seperti biasa dengan nada yakin aku cukup mengharapkan di hentian bas tempatku ada bas perjalanan ke Kulim.. maka sahaja aku merancang untuk bertolak lewat.. huhu.. sekitar jam sepuluh sedangkan hari jumaat dan kami akan bertolak seusai solat jumaat... hehe.. oleh kerana tiada bas terus ke kulim, maka dengan nada selamba seolah2 tiada apa2 akan berlaku, kami ke butterworth... oh lambatnya bas yang satu ini.. haha... jam 12.20 kami sampai... terus mencari bas menuju ke Kulim.. oh dapat dan terus naik.. erm x de masalahpun... haha sampai ke kulim tepat pada masanya... terus sembahyang dan betolak bersama pengantin ke kelantan.. bermula suatu perjalanan yang menguji mata.. haha...

Oh lupa untuk aku catatkan disini... tiket dari kelantan untuk pulang semula ke penang sudah habis... kuang2.. jika kalian adalah aku, ingin teruskan perjalanan??... hehe... dan aku adalah aku... Kelantan harus kau jejaki... walaupun hanya berbekal duit 100 untuk 3 hari...!!


Dalam perjalanan, permandangan yang cukup indah aku tempuhi.. entah berapa kali aku catatkan di blog kecilku ini betapa aku sangat menghargai permandangan yang sungguh indah.. oh ciptaan Penciptaku!!.. apa lagi bukti untuk 'mereka2' yang tidak mempercayai wujudnya kuasa tunggal Maha Agong itu!!.. aku pelik... tetapi... ops ( rupa2nya sepanjang perjalanan aku lebih banyak tido??.. lalalala )...berhenti sebentar dipuncak, perjalanan diteruskan dan sekitar jam 7.30, kami sampai di masjid kubang kerian... semgbahyang disana dan rakanku turun disitu.. perjalanannya ke bachok kemudian diteruskan dengan diambil oleh ibunya... ( maafkan ak tidak dapat memenuhi permintaan untuk bermalam dirumahmu.. oh maaf, tidak dalam perancanganku... percayalah aku sering sahaja mengembara dalam keadaan senang tidak menyusahkan ramai orang.. ) hehe benarkah??

Aku minta diturunkan di masjid Muhammadi... sudah tiga kali aku bermalam disitu sepanjang kisah panjang hidupku... walaupun memang banyak nyamuk... hehe tetapi ada satu kuasa yang menyebabkan aku rasa sesuatu yang lain disitu.. entahlah.. mungkin sahaja lahir atas obsesku terhapad TGNA??.. haha pulak.. mcm x de kene mengena... sekitar jam 8.20 malam aku tiba disana... memang termasuk dalam perancanganku untuk tidur sekali lagi disitu.. tetapi siapakah aku, perancanganku memang seringkali akan gagal.. kerana janganlah kalian lupa, Allah juga merancang dan perancangannya itu maha sempurna... dan bukankah itu juga yang terbaik buatmu??... erm masjid rupa2nya dikunci.. oh aku tidak pernah tahu itu... tiba2 demam!!.. selesema... dan batuk2... heheh kata doktor perubahan cuaca??... apa2 la... aku msg tuan presiden, memberi kata dua.. haha... lebih kurang mcm memberi soalan yang mana jawapannya nanti akan aku gunakan untuk membuat keputusan... hehehe... percayakah kalian, di kelantan masih ada hotel berharga serendah RM 30 ringgit semalam???... percayalah dan itu aku alami... didepan hotel, aku menunggu balasan tuan presiden... hola... tidur dirumah presiden la aku 2 malam nie... hehe... ops dan malam itu juga aku telah melihat2 keindahan bumi kelantan... erm Pantai Cahaya Bulan... waktu malam memamng memukau... tetapi seperti kata sahabat baikku AT... ad sedikit kebenarannya.. kuang2 ada lebih sedikit sampah sarap dari tempat kelahiranku.. huhu!!

Malam itu aku habiskan dengan meletihkan kakiku... bayangkan 3 jam aku perlu menunggu tuan presiden yang juga dalam perjalannya dari kemaman... sampai sekitar jam 11, maka dari jam 8 aku ad 3 jam untuk meletihkan kakiku.. dan memang letih!!

Sampai di rumah tuan presiden.. oh aku syukur sekali... mendapat ibu yang sungguh mengambil berat adalah idaman semua orang.. melihat ibunya tuan presiden, seperti melihat ibuku sendri.. dalam keadaan aku yang macam poyo sampai negeri org time tu la buat2 nak demam.. haha.. batuk2 lagi.. ( sangat mengganggu seisi rumah neh!! ).. ibunya telah dengan nada keibuan sangat risaukan diriku.. oh rasa diriku sangat menyusahkan.. bukan caraku.. kami dijamu makan dan panadol sudah tersedia... makan.. dan tido??... hahaha pastinya tidak.. kami berdiskusi berkenaan banyak perkara ( atau mengumpat??... haha... masalah umat jemaah ini memang rumit.. dengan semangat turun naik.. rasa malas yang amat.. oh inilah aku...) sehingga sekitar jam 2.30 pagi barulah kami memaksa diri masing2 untuk tido... haha

Selamat pagi dunia!!... subuh yang sedikit awal... hehe ad denagan tuan presiden tu.. x kan nak subuh lewat??... hehe... tiada sangat xtvt hari ini melainkan cuba untuk mendapatkan tiketku pulang ke penang... bukan mencari di kaunter bas... tapi sibuk menelefon ke sana-sini.. haha... patutlah aku kurang rasa risau dalam hati.. rupa2nya ada rombongan helwa dari pusat Islam di kelantan ini.. bersama untadz cui, maka dengan bas yang banyak kosong... rupa2nya inilah hikmah Allah tidak gerakkan aku untuk membeli tiket awal... ( haha sebenarnya aku memang suka bertangguh!! )... dan membeli sedikit hadiah untuk pengantin esok... oh singgah makan di yati ayam perchik.. haha.. PUASnya makan.. wakaka.. masing2 menggeleng kepala... dah x amek lauk.. janganlah harap nak makan banyak!!... dan aku sebenarnya punya satu lagi agenda ke kelantan ini...

[ Disini ] Oh rupa2nya niat yang ikhlas pasti Allah tunjukkan jalan.. ya malam itu sekali lagi aku dapat berkumpul dengan sahabat2 dunia akhirat dari ketiga2 kampus... oh rupanya dicampur dengan sahabat2 UIA, UiTM dan UPSI... berjumpa dengan kepimpinan dan disertai oleh seorang mentor yang hebat dilapngan jemaah ini... kami berdiskusi mencari kekuatan dan kelemahan serta berkongsi rasa dan jerih betapa jemaah itu perlu kuat.. tetapi yang lebih penting perlu diteruskan!!.. walau apapun badai yang menimpa... melihat jemaah sehebat UIA, kerdil terasa diri ini.. tetapi terdetik juga sedikit bangga apabila mengetahui hakikat kami bermula dari sifar... oh berbahagialah mereka2 yang mendapat tarbiyah dari awal... sekitar jam 1.30 pagi... barulah kami berpisah.. oh dalam suasana ukhuwah yang indah sekali... terasa kemanisan berjuang!!.. ( erm aku berjuangkah??.. haha )

Sampai dirumah.. tidak banyak yang mampu diperkatakan... oh tiada elektrik.. hehe sebentar cuma... x lama kemudian ia ad.. haha.. dan aku.. tido.. selamat malam dunia... dan kuang2.. rupa2nya xtvt yang memerlukan akal lebih letih rupanya.. buktinya huhu aku subuh jam 7.00 ??!!.. ish2 ciri2 pejuang Islam yang sungguh gagal.. oh malunya pada Pencipta!!... tinggalkan itu... kita bercerita pula perihal perkahwinan seniorku... oh aku sangat mengharapkan kalian berdua berbahagia.. oh senior yang senama denganku... inilah tujuan aku ke kelantan sebenarnya... acap kali aku memberitahu kalian hatiku halus sekali.. jika aku, akan berasa hati jika sahabat2 se rumahku tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinanku.. ada yang memberi alasan jauh... oh jika terengganu jauh, maka.. mcm mana nanti aku di johor... ish2.. tidak mengapa.. aku tidak berharap!!... ops lupa aku namakan misi ini.. OPS intai!!... haha... bersediakah aku untuk bernikah??.. erm sebulan 2 ini.. duniaku berlegar isu ini.. rupanya terlalu ramai orag yang menjadi kenalanku sudah berumah tangga.. berbahagialah kalian dunia akhirat.. dan buat seniorku yang mempunyai nama yang sama dnganku... aku panjatkan doaku buat dirimu.. moga2 kekallah hendaknya perkahwinanmu hingga kesyurga.. moga2 isterimu kini adalah ketua dari bidadari buatmu!!... selamatlah dikau hendaknya... ( haha pernah terpikir nak bg set baby neh!! )

Dan usai menghadiri majlis walimah itu.. aku dengan muka seolah2 pemalu.. menyertai rombongan helwa untuk pulang ke penang!!... erm satu lagi perjalanan yang panjang... uhuk2... ashimmm... erm batuk dan selesema... haha.. selamat tinggal kelantan.. pasar besar siti khadijah... muzium diraja.. KB mall... Pantai cahaya Bulan... erm ak pasti ke sana lagi.. ke pulai chondong mungkin.. erm terdetik rindu pada keluarga angkatku.. maaf tidak dapat ziarah... kerana ak tidak sendiri.. mengikut org maka tidak boleh membuat keputusan sendiri.. haha... adios!!

Nota Kaki : melihat adik tuan presiden terpaksa ke sekolah lengkap berpaian seragam.. oh aku jadi kasihan.. begini sistem yang terlalu mengejar yang namanya pencapaian akademik melalui peperiksaan... oh sungguh di hari2 cuti juga perlu belajar... oh aku juga begitu dulu??.. haha... dan tiba2 aku teringat anak muridku yang pertama dan mungkin terakhir.. ( setahun lepas aku pernah jadi guru tuisyen... haha )mendapat 5 A!!... erm mungkin inilah perasaan seorang guru.. apabila anak muridnya berjaya.. ya, perasaan sepertiku!!... haha



Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!