Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, February 29, 2008

Sukan dan Doa??...Perkaitan yang x pasti...


Petang tadi... aku sepatutnya membacakan doa majlis penutup sukan yang dinamakan KASUS... karnival sukan untuk semua... aku diminta oleh anak usrahku.. sejak sebulan lalu untuk membacakan doa... erm dan memang aku tidak keberatan untuk melakukan itu... apatah lagi anak usrahku antara orang penting karnival... exco protokol... huhu jawatan yg sudah menjadi lali dengan hidupku... maka aku sangat tahu betapa sibuknya dia... bagiku... apa salahnya membantu...

Tetapi, secara peribadi aku jadi tidak tenteram.. apabila menyaksikan beberapa acara akhir yang berlansung sebelum perasmian penutup oleh TNC... bayangkan bagaimana perempuan beradu tarik tali.. mungkin biasa bagi anda... tetapi bagiku... sangat tidak manis sekali... dengan pakaian yang menjolok mata... dan penontonnya adalah lelaki!!!... ish aku sudah rasa lain dan tidak ingin bersubahat... apakah dengan membacakan doa penutup majlis, maka aku boleh dikatakan bersubahat dan redha dengan apa yang berlaku??.. dan acara kemuncak sebelum penutup adalah perlawanan akhir bola sepak antara pusat pengajianku dengan satu pusat pengajian lain... ya benar kami menang... tetapi sekali lagi aku terpaksa akui imanku lemah sekali... 25 orang diatas padang.. hanya 5 org sahaja yang menjaga batas aurat!!... bagaimana dapat aku tegur mereka yang ramai ini??... maaf cakap, bagiku... lelaki yang tidak mampu menjaga aurat yang pada perkiraanku mudah sekali... (antara pusat hingga lutut!!)... adalah lelaki yang tidak mampu menjadi ketua yg baik.. benarkah??... hatiku bergolak... sedih dan berserah sekali pada Allah...

"Barangsiapa diantara kamu menyaksikan kemungkaran... hendaklah dia mengubahnya dengan tangan... jika tidak mampu, dengan lidahnya..dan jika masih tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hatinya.. sesungguhnya itu adalah selemah2 iman"... maka, terjawablah... dimana tahap keimananku!!!....

Dan yang pasti, Allah tahu dengan pasti pergolakan dalamanku tadi... keinginan aku untuk tidak bersubahat dan tidak menunjukan redhaku pada kemaksiatan yang berlaku dalam bersukan... Allah balas dengan satu kejadian diluar perancanganku... dengan kuasa Allah yang tidak terbatas... HEP meminta supaya slot doa penutup majlis dibatalkan... hahaha... aku tidak tahu alasan sebenarnya... tetapi anak usrahku kata... masa tidak cukup... hari beransur lewat petang!!... hahaha... ketahuilah bacaan untuk doaku hnya tidak lebih 3 minit... huhu... bersyukur sekali... kerana aku yakin aku tidak redha dengan majlis tersebut!!... tetapi ketahuilah... dalam hatiku tetap berdoa kepada Allah.. moga2 dibuka pintu hidayahnya untuk semua yang terlibat tadi... yang percampuran lelaki perempuan tidak dijaga... yang batas aurat hanya khas untuk kawasan masjid... yang majlisnya mencari seronok... dan yang pasti.. .dibatalkan acara untuk memohon ampun kepada Allah dan diredhai majlis!!...

Erm aku sangat berkobar2 untuk menuliskan semula doa yang telah aku karangkan itu... moga2 Allah masih memakbulkannya... walaupun dalam keadaan aku tidak redha akan perbuatan maksiat didalamnya...

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah , Tuhan Pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, Keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami pada petang ini sebagai perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara. Dan janganlah apa kiranya sekalian yang ada di kalangan kami mendapat kecelakaan, atau terbuang atau terhalang daripada mendapat rahmatMu.

Wahai Tuhan pengurnia rahmat.
Wahai yang Maha Pemurah, perhimpunan kami pada petang ini adalah bagi meraikan majlis penutup Karnival Sukan Untuk Semua KASUS 2008. Justeru, besrlah harapan kami agar dapat Kau beri RedhaMu kepada kami. Moga-moga setiap daripada kami terpelihara daripada azab yang pedih.

Wahai yang Maha Pemberi, hanya kepadaMu kami meminta, perkenankanlah doa kami."

Erm setakat tue je doa Bahasa Melayu...ditambah sedikit bahasa arab...berapa minitkah untuk membaca doa ringkas ini??...haha..lebih kepada perancangan ALlah yang meliputi setiap perancangan manusia.

P/S : molek dan kemasnya perancangan Allah...aku memang berniat nak pergi pasar malam sebelum magrib..tapi kalau ikut majlis tadi, memang akan habis menjelang magrib...jadi, bila doa dah x jadi, maka aku terus sahaja cabut kepasar malam...dapat beli jagung manis yang sedap sekali...huhu..cukup Allah bagiku...


Teruskan Bacaan......

Wednesday, February 27, 2008

Rintihan....Seorang Aku...
















Biar berlinangan air mata
Ku tak kan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu
Merentasi liku hidup
Ohh...Sungguh ku tak mampu
Menghadapi semua itu
Ohh...Sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan
Jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima

Namun ku percaya

Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya Maha mendengar
Rintihan hamba-hambaNya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya.

P/S : puisi ini aku baru terjumpa dihelaian buku lama milik seniorku yang aku pinjam tanpa memberitahu tuannya... huhu... sebuah tanda buku yang cantik sekali di keraskan dengan plastik... sungguh menyentuh jiwaku.. kerana seakan2 ia berbicara padaku supaya aku tabah... moga cukup Allah bagiku...


Teruskan Bacaan......

Tuesday, February 26, 2008

Aku Tak Sokong UMNO Tapi...

Selawat dan Salam Keatas junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku berlindung dengan nama Allah dari Syaitan yang menghasut!!

Baru sebentar tadi, aku keluar minum teh tarik setelah penat menelaah (huh test lagi esok- sistem pendidikan...alahai). Sebenarnya memang menjadi kelaziman kami keluar minum lewat begini sekadar malas membuat air dirumah. Di kedai mamak boleh juga pekena roti arab...huhu

Bukan itu yang ingin aku kongsikan...tetapi kisah menarik sekitar perbualan sekumpulan pak cik tua (lingkungan 40-an ke 50-an). Semestinya kisah politik telah berjaya menarik perhatianku...huhu akupun memasang telinga dan menjadi pendengar yang baik perbualan mereka.

Perbualan itu pada asalnya berkisar kegiatan mereka. Aku percaya mereka adalah penduduk kampung yang bekerja sendiri (berdasarkan perbualan dan keluhan mereka)...Dan aku mula tertarik apabila salah seorang daripada mereka membuka kisah penamaan calon Ahad lepas. Dia telah pergi dan bersaksi bahawa pihak pembangkang lebih ramai penyokong!!...huhu ini terpaksa aku akui...

Kemudian selang perbincangan mereka agak panjang...malas aku menulis semuanya..sekitar isu2 setempat dan nasional yang aku yakin diketahui umum...tetapi satu yang membuatkan aku tersedak teh tarik...bilamana salah seorang daripada mereka mengeluarkan statement begini...(asalnya aku yakin mereka adalah pembangkang!!)

"Aku nie man bukan x nak sokong pembangkang nie... depa nie bagus2... malah kalau nak nengok hebat, aku rasa semua hebat2 belaka... Kerajaan nie pulak aku tahu memang jahat!!... habis semua disapunya... harta... rasuah sana sini... tahun pertama jadi wakil rakyat, kehidupan berubah terus... kekayaan meningkat mendadak... kalau bukan rasuah... macam mana depa dapat kekayaan tu??"

Setakat ini, aku sangat yakin pak cik yang berkata begitu akan memangkah PAS!!... tetapi... alahai manusia...

"Tapi, cuma satu je la yang x best kalau PAS memerintah... teruk kita nanti, kat mana kita nak beli no ekor??... " kuang2

Terus malas aku nak dengar lagi ape yang dibincangkan!!.. Ya Allah manusia macam niepun ada kat bumi malaysia ini... moga Allah bagi hidayahNya kat pak cik tu... segala penyelewengan kerajaan dihapuskan just dengan perkara haram yang menjadi rutin hariannya??... sapa nak jawab??!!

P/S : Perbualan tu dalam loghat utara... ada yang aku ringkaskan menurut pemahamanku.. tetapi aku yakin 100% tidak lari dari maksud asal...

Teruskan Bacaan......

Sunday, February 24, 2008

Mundur Sangatkah Kelantan???


Aku pernah menetap lebih sebulan di Johor, KL, Melaka, P.Pinang, Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan... dan menetap lebih seminggu di NS, Selangor, Kedah dan Perlis... dan pernah melawat Serawak dan Sabah...

Bukan nak belagak mengatakan aku dah sampai sume negeri tu... btw.. aku memang suke menjelajah... cume pointku...dah banyak bandar aku saksikan... walau mungkin x semua yang aku lihat adalah realiti setempat.. tetapi dari kaca mataku begini...

Bandar paling x best dan buruk serta buhsan dan penuh maksiat ditambah x de tempat menarik adalah Kuantan... setahun aku disana... makan mahal.. bas antara paling huduh kat Mesia.. malah x de ape nak dibanggakan...

Diikuti Melaka... satu lagi bandar yang x de hala tuju... 4 bulan aku menetap dimelaka... selain daripada tempat yg dikatakan bersejarah, bandar melaka bagiku sebuah bandar mati... ntahlah... bgku..x maju lansung... (definasi maju bgku mungkin sahaja berlainan dengan org lain)..

Kemudian KT... ntah ape yg dibanggakan ngan KT... lihat bandar kecil nie.. tergelak aku nak dinamakan Bandaraya... (maaf rakan2 dari KT!)... hakikatnya... KT hanya sebuah bandar yg setaraf bandar daerah dinegeriku... huhu

Kemudian, JB, KL, Shah Alam, Penang bagiku setaraf... kalo yg dinamakan maju adalah yg tinggi2 banggunannya ...yang sesak jalannya.. yang setiap hari 24 jam ada sahaja manusia ... maka bolehlah dikatakan maju... tetapi ...lihat dibandarnya... (jangan baca dengan nada perkauman) ...siapakah yg berniaga dibandar2 ini???... JB dan Penang umpamanya ...semua bangsa asing yg berniaga... even rakan2 Cina malaysia sudah semakin berkurang ...Singapura, omputih dan ntah sape2 lagi... kemana Melayu??... di setinggan2.. hahaha.. maka inilah bandar yg dikatakan maju... kuikui...

Ipoh, Seremban, Alor Star, Perlis, KK dan Kuching... aku kelaskan sekali... bagiku... bandar2 ini tidak lansung aku iktiraf sebagai bandar... maaf ckp.. pengamatan aku, bandar2 ini lansung tidak tersusun... mungkin semakin sibuk tahun belakangan ini.. tapi bagiku... sakit mata memandang bandar2 nie ...inikah yg dikatakan maju??... tolong bg definasi maju buatku...

Dan Akhir sekali...yang rakyat Mesia kata mundur...Kota Bharu ...ya Kota Bharu, Kelantan... bandar Islam... terus terang aku katakan ...aku damai disana ...sejuk mata memandang...bandar yang tersusun...tidak terlalu besar... tidak pula terlalu kecil.. sedang2 sahaja ...lengkap prasarana... tidak secanggih Kl..tetapi tidak pula sehuduh Kuantan... dan yang paling menggembirakanku ...mudah sekali mencari peniaga2 Melayu di bandar ini...dan jika ditanya padaku... Kota Bharu adalah model bandar yang ideal... aku dibesarkan di JB... aku sudah puas hidup pening dengan 'pembangunan' yg dicanang2 ..semakin membangun semakin di usir Melayu... maka mengakulah rakyat Malaysia... yang bangsanya Melayu... kalian yg pernah sampai ke Kota Bharu... pasti terdetik di hati untuk menetap di sana... kalo ko kata di sana Jem... ketahuilah di JB seawal 6 pagi setiap hari sudah Jem... Maka aku bersaksi bahawa... melalui pengalamanku yg tidak seberapa ini... Kelantan jauh lebih maju dari negeri lain.... (mengikut definasiku)... definasi kalian bagaimana???

P/S : memang 100% berdasarkan pengamatanku... jangan pernah menyanggah... kerana inilah pengalamanku!!... bukan kalian...

Teruskan Bacaan......

Saturday, February 23, 2008

Kewajipan memilih pemimpin...TN Haron Din...


"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.

"


P/S : esok penamaan calon...ramai org disekelilingku berpendapat...mereka memilih calon dari parti...tapi pendapatku lain sekali...pilihlah PAS...kerana calon PAS itu sudah pasti inginkan Islam...kalian bagaimana??...jngan menyesal untuk tempoh 5 tahun...banyak yg boleh dibuat dalam tempoh itu...





Beginikah calon yg kita inginkan??...kalo yg inilah pilihan kalian...x dapek den nak nolongnya...

Teruskan Bacaan......

Thursday, February 21, 2008

Kesakitan itu TIDAK 'sakit'....

Aku dapat mc tadi... satu kuliah aku x hadir... malah kuizpun aku x ambil... (kene tahan kat klinik neh)...4 jam aku ditahan (ganasnya ayat)... huhu...kerana aku memang ada penyakit...tetapi...KESAKITAN ITU TIDAK "SAKIT"...

Mereka tidak tahu...aku dah 13 kali dapat mc...kerana sakitku itu...tetapi x de sape tahu...ape penyakitku itu...tekanan darah tinggi??...cuma secebis darinya ...hahhaa... (suspen sungguh)... banyaknya penyakitku...

Surat mc aku bg pada lec...katanya "kamu sakit apa??... saya nampak ok je...dr tu saya nak mintak mc bukan main susah nak dapat...awak sihat je...mcm mana dapat mc??...".. wakaka...kesian.. dia x tahu... kesakitan aku...

Dah la..x nak cite banyak2... hehe...kepada kawan2 yg tanya tu...jangan takut...kesakitan itu tidak sakit!!

Teruskan Bacaan......

Apa Ertinya Saya Menganut Islam....

Tadi aku skip program U yang HEP anjurkan..huhu...kul 8-12 tengah hari...tapi aku x rase ape2 perasaan besalahpun..ntah la..mungkin sebab program tu aku fikir x relevan..untuk aku...(sebenarnya aku masuk gak program tu sejam pertama...terasa sungguh x bestnya..dan aku fikir x membantu aku dimasa hadapan)...huhu...alahai...

Tetapi petangnya..selepas Asar...(memang menjadi rutin akan ada kuliah yang aku sertai)...untuk menambah ilmu didada...huhu kerdil dan jahil rasa diri...banyak sungguh yang daku x tahu...tanya ayat Quran...nak sambung x reti..huhu..kerdil dan hinanya aku disisi Allah!!

Erm tinggalkan itu...aku akan membaiki kelemahan diri...tujuan penulisanku hari ini ialah mengupas isi kuliah lepas asar tadi...menggunakan kitab dr Fathi Yakan...Apa Ertinya Saya Menganut Islam....( aku dah habis baca 2 kali buku nie )...banyak yang aku dapat sebagai panduan hidup..moga2 dapat aku amalkan....

Sedikit cerita bahagian pertama kitab ini, aku tersentuh..perkaitan yang ustaz ceritakan...smbil membandingkan diriku ini...dimanakah agaknya aku disisi Allah??...huhu...bagaimana perkaitan Aqidah, Ibadat, Akhlak dan Berkeluarga....selusuri satu persatu...Saya Mesti Muslim dari segi Aqidah....dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah...aqidah yang mantap akan menafikan makhluk dan mengEsakan Allah...tetapi aku kadang-kala sering juga terkesan dengan manusia apatah lagi habuan dunia...dimanakah tahap keimananku??...ya Allah aku hamba yang lemah...

Dan lagi..dengan keimanan yang mantap..tidak akan mendatangkan nilai ( Allah tidak terkesan dengan makhluk!!)...maka peri perlunya Saya Mesti Muslim dari segi Ibadat...perbuatan yang menunjukan tahap keimanan seseorang individu adalah melalui ibadat ikhlasnya...dimanakan ibadatku??...sekadar melunaskan ibadat rutin,...yang menjadi kebiasaanku??...malah kadang-kala sering benar berasa terbeban untuk melalukan ibadat...untuk siapakah ibadatku ini??...untuk Allah kah??...perlukah Allah pada ibadatku??...sudah semestinya tidak!!..ibadatku...amalanku...untuk diriku jua...adakah aku masuk syurga kerana ibadatku...sudah pasti tidak!!...syurga Allah untuk hambaNya yang diredhai...justeru untuk apa ibadatku??...wahai hamba..ibadatmu untuk mendapat Redha Allah semata2...Ya Allah..redhailah hambamu yang hina ini....

Cukuplah sekadar ini..minggu depan aku azam untuk menyambung kuliahku ini...tenang rasa hati..suntikan baru..moga bukan semata2 smangat!!



Asma Allah...hafal sahajakah???

Teruskan Bacaan......

Tuesday, February 19, 2008

Orang Utan....

"Sesekali aku terdengar nama mu
Teringat kisah suka hidup mu
Kekadang kau lebih mulia dari manusia
Kekadang kelebihan mu mengatasi insan bergelar manusia
Orang Utan
Tidak pernah kaum mu merampas tanah manusia
Namun manusia merampas desa mu
Desa balak mu dirampas rakus oleh manusia
Tongkat Ali,kacip Patimah mungkin hasilan desa mu jua
Orang Utan
Hidup mu penuh kedamaian
Kau tidak mungkin pernah buang anak mu ke dalam sungai
Tong sampah lagi tidak mungkin
Mangkuk tandas juga tidak ku temui anak mu
Orang Utan
Kau tidak kenal motosikal
Kau tidak terlibat dengan lumba haram
Kau tidak merempit di tengah kotaraya


Namun kaum muda manusia yang tiada agama
Mereka mempunyai PHD dalam bidang ini
Orang Utan
Dadah juga tiada dalam kamus hidup mu
Kau tidak inginkannya
Kekadang kau digunakan oleh saintis untuk menguji dadah
Nyawa mu menjadi ujian untuk kehidupan manusia
Mulia hidup mu rupanya
Orang Utan
Kau kenal dunia ini sementara
Rumah dan sarang mu sama selamanya
Kau tiada banglow puluhan juta
Tidak kau tamak harta dunia yang sementara
Tidak seperti manusia yang lupa jalan pulangnya
Orang Utan
Bahasa mu hanya difahami Sulaiman a.s
Mungkin bertasbih memuji yang Esa
Tapi ada sesetengah manusia
Lupa pencipta lupa tanggungjawabnya
Tiada bekalan untuk di bawa pulangnya
Orang Utan
Tidak pernah kau meletupkan musuh mu
Betina liar mu tidak pernah kau hina matinya
Manusia sebangsaku lebih ganas dari mu
Letup,bunuh,bakar,gantung
Jadi mainan hidupnya
Orang Utan
Sejak aku kenali mu
Bahasa mu bahasa itu jua
Namun bangsa ku
Sekejap ke timur sekejap ke barat
Pendirian tiada yang ada cuma RM di raja
Orang Utan
Kau juga ada persamaan dengan undang - undang ku
Siapa kuat dialah raja
Bukan yang benar itulah yang betul
Tapi yang paling kuat dipilih jadi ketua
Mungkin ketua mu seperti ketua mereka juga
Kuat penipu
Maafkan aku Orang Utan
Orang Utan
Remaja mu lebih suci dari segelintir remaja ku
Mereka tidak terikut dengan Orang Utan barat
Tidak terikut budaya asing
Tidak mencukur bulu kening
Tidak berfesyen rambut bagai landak
Tidak menunjuk pusat pada Sang Belang
Tapi remaja ku
Lakukan semuanya kerana wang
Rupanya kau lebih mulia dari manusia
Manusia yang lupa agamanya
Manusia yang tidak kenal peraturan Tuhannya
Benarlah termaktub dalam kitab Quran ku
Kekadang manusia makhluk paling mulia dari malaikat
Kekadang manusia lebih hina dari seekor BABI
Pilihlah kita...
Menjadi mulia
Menjadi hina"

Teruskan Bacaan......

Sunday, February 17, 2008

Ciri2 Seorang Naquib...

Faham Agama Allah

Qudwah Hasanah (akhlak terpuji)

Sabar

Lemah Lembut

Memudahkan

Tawadu' (rendah diri)

Manis muka dan tutur kata

Pemurah

Menyempurnakan keperluan org lain.


PS: dimanakah aku??....layakkah aku??...dengan kefahaman agama yang kurng (perlu banyak belajar neh!)...akhlak yang caca marba....sabar??...huhu daku memang baran orgnya...kekasaranku jelas pabila ditanya pada rakan2ku...sungguh senang melihat org lain bersusah2...sangat merasa diri hebat berbanding yg lain ( tawadu' kah??)...muka yg masam dan tutur kata yg kasar...kedekut dengan harta dunia...menyempurnakan keperluan sendri melebihi segalanya....Ya Allah kesian adik2 ku mendapat naquib seperti ku...jadikan aku insan yang menepati ciri2 ini Ya Allah..moga2 di hari kebangkitan kelak..aku tidak lagi disoal tentang ini...


Teruskan Bacaan......

Friday, February 15, 2008

Panduan memilih sahabat...

1. Orang yang berakal. Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata:

"Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang bodoh.Jauhi
akan dia.Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan
orang alim ketika ia bersahabat dengannya."

2. Orang yang baik akhlaknya:

Saidina Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiat kepada anaknya:

Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memelihara
akan dikau.

Apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai
dirimu.

Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama
menanggung kesusahanmu.

Apabila engkau menolong akan dia nescaya dia akan membalas
kebaikanmu.

Apabila ia melihat kepadamu akan kejahatan nescaya ia akan
menutup ia.

Apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya ia akan menutup
menutup kira akan dia.

Apabila engkau berkata nescaya membenarkan ia akan perkataanmu.

Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya
ia akan menolong dikau.

Apabila engkau bersilisih dengannnya pada sesuatu,nescaya
ia akan melebih dikau.

3. Orang yang soleh:

Janganlah bersahabat dengan orang yang fasik yang
selalu melakukan dosa besar.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia:

Jangan sesekali
bersahabat dengan orang sebegini kerana ia umpama racun yang dapat
membunuh kerana tabiatnya yang suka meniru dan mengikuti tabiat orang
lain dan perangai yang baik capat sekali berubah menjadi jahat.

5. Orang yang benar:

Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang
pendusta.

P/S : Adakah aku termasuk dalam 5 panduan ini??...Ya Allah...layakkah aku menjadi sahabat kepada saudaraku yang lain??

Teruskan Bacaan......

KISAH CINTA DAN SAHABAT……..

Satu hari CINTA dan SAHABAT berjalan-jalan di perkampungan.

Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam telaga….

Kenapa..??
Kerana..
CINTA itu buta.
Lalu SAHABAT pun cari CINTA dalam telaga.

Kenapa??
Kerana…
SAHABAT itu setia sebagai sahabat
Di dalam telaga, CINTA hilang.

Kenapa??
Kerana…
CINTA itu halus,
mudah hilang jika tidak dijaga,
Sukar di cari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Lalu SAHABAT pun terus mencari dan manunggu.

Kenapa??
Kerana….
SAHABAT itu sejati dan akan kekal sebagai SAHABAT
Jadi, hargailah SAHABAT kita kerana sahabat sungguh bererti….

P/S : Cinta dunia mungkin sahaja palsu dan dusta...tetapi ketahuilah sahabat mampu dibawa kesyurga...yang dinamakan sahabat tetap tika susah dan senang...tetapi yang sering hadir hanyalah cinta manusia...siapakah yang layak digelar sahabat??...Ya Allah tunjukkanlah aku sahabat ku di syurga...




Kutujukan khas buat semua sahabat2ku...terutamanya yang merasa aku makin jauh dari kalian..ketahuilah sekali sahabat tetap ingin sahabat...hingga ke syurga!!

Teruskan Bacaan......

AL Ikhlas (Tulus)

Al Ikhlas


1. Katakan : Allah itu Esa.


2. Allah itu tempat meminta.


3. Tiada Beranak dan tiada diperanakan.


4. Dan tiada seorangpun yang serupa dengan Dia.



P/S: Lalu mengapa aku mesti meminta2 dengan yang namanya hamba??...sesungguhnya cukuplah Allah bagiku..aku berlindung dengan nama Allah dari kelemahan dan sifat kejiku yang terkutuk!!...moga aku mampu menjadi yang lebih baik...moga keputusan ku adalah yang terbaik bagiku...moga tiada lagi perasaan terkesan dengan tindakan manusia...moga tiada lagi rungutan dan kata nista...moga tiada lagi umpatan dan kata mengata...Aku Berlindung dari Syaitan yang menghasut!!

Teruskan Bacaan......

Tuesday, February 12, 2008

Tetamu Senja...


JiKa dITanYA paDA diRikU... MamPUKah AKu MeneRaNgKan SiapA AkU??

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas


Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


~ A. Samad Said

Aku penah jahil...dan x ingin kembali jahil!!!...moga aku benar dan tetap dijalan yang benar...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, February 6, 2008

Aku Dan Diriku....'epilog sebuah luahan'

Hari ini...aku jadi x sedap hati ...aku x tahu kenapa...ada satu perasaan yang terlalu bersalah bermain dimindaku...aku berfikir hampir sejam memikirkan apa silapku...(memang menjadi rutinku muhasabah diri sebelum tidur)...tetapi kali ini lain sungguh dari hari2 yang lalu...


Sebentar tadi...ya sekitar jam satu pagi...aku dapati aku sedang dengan sengaja membuatkan seseorang yg sepatutnya tiada kene-mengena denganku...(dihubungkan oleh aku naqibnya)...mungkin rasa tidak selesa denganku...entahlah..aku sendiri tidak mengerti...mungkin sahaja hanya ku yang bersangka begitu...


Silapkah method yang aku gunakan selama ini??...adakah aku terlalu mengongkong??...adakah aku terlalu mendesak??...adakah aku terlalu ingin mengambil tahu??...Ya Allah silapkah percaturan aku selama ini??...ketahuilah adik2ku...aku berbuat ini semua demi mencapai redha Allah!!


Aku terkenang suatu masa dahulu...aku juga seorang yang biasa...sukakan hiburan dan suka berhibur...yup, aku memang mendapat pendidikan agama yang sempurna oleh ibu bapaku...seawal usia 6 tahun, aku sudah pandai membaca Quran...aku khatam kali pertama seawal usia 8 tahun...tetapi aku masih juga gemarkan keseronokan...


Tapi kini...aku ada perasaan ingin mengubah anak2 usrahku menjadi sempurna...aku lupa siapa aku dulu...aku lupa aku pernah ke konsert di bandarku...aku lupa aku juga pernah mencuri buah rambutan jiranku...aku lupa aku pernah ponteng sekolah agama semata2 untuk pergi bermain dengan rakan2ku..aku lupa semua itu....


Jadi kini, salahkah jika adik2ku yg masih muda ini ( ya aku juga muda!!) terus menjalani hidup mereka tanpa berlakunya perubahan hidup yang mendadak?...salahkan jika mereka tidur lewat...sedang aku sejak seawal usia 15 tahun sudah mengamalkan tidur lewat..jadi, apa salah mereka untuk tidur lewat dan melayari internet...


Aku setiap hari mendesak mereka solat malam...sedang sewaktu dulu, aku hanya akan solat malam jika ada program yang diatur untukku...adakah aku sdang mengongkong dan akhirnya akan membuatkan mereka lari dariku??...Ya Allah..berikanlah aku jalan...aku bukan sempurna..aku lemah sekali...jika salah lakuku kali ini, ampunkanlah aku...


Dan hari ini juga...aku jadi pelik dengan hatiku...tiba2 berbunga sekali dengan perasaan rindu pada manusia...Ya Allah adakah dia yang selalu kusebut2 benar2 telah berada dihatiku??...mengapakah hari ini debarannya sungguh kurasa??...inikah yang dinamakan cinta??...tidakkah akan timbul fitnah dikemudian hari Ya Allah??...aku jadi pening dan bingung sekali...perkara yang kuanggap main2...mungkin sudah menjadi doa...aku redha jika dia benar untukku...


Aku bertekad kini...untuk menjaga lidahku...tidak akan kusebut lagi namanya..sehingga dia terbukti untukku ( sebut secara bermain2)...dan buat anak2 usrahku...ketahuilah...persaudaraan seIslam ini manis sekali...aku tidak malu untuk menyatakan cintaku pada kalian...jika kalian jijik mendengrnya waktu ini, tolonglah...diakhirat nanti bersaksilah bahawa aku pernah menyatakan cintaku pada kalian...cinta yang benar...saudaraku SeIslam!!!


Dan kini aku menangis???...perlukah kalian tahu??...aku sudah menulisnya...maka aku ingin kalian tahu!!

Teruskan Bacaan......

Lemah Dan Hina...Ya Allah Tetapkanlah Imanku...

Ya Allah...jika benar dia untukku...tunjukkanlah aku jalan...

Teruskan Bacaan......

Manifestasi Diriku....

Jika kau ingin kenal aku..maka inilah aku!!




Teruskan Bacaan......

Friday, February 1, 2008

Bersabarlah Wahai Hati...

Minggu yang penuh menyesakkan jiwa?...
Inikah diari seorang aku??...
Entahlah...aku jadi penat dan letih...
mungkinkah kerana penyakit itu??...

Atau benar aku sedang
Bermaksiat hati??...

Apa tujuan hidupku??...
Adakah sekadar melalui hari2 berlalu??...
Atau sekadar menempuh takdirku??...

Minggu ini sebenarnya sama sahaja...
Seperti minggu2 berlalu...

Hidup seorg aku masih tetap seperti dulu...
Sudah beberapa kali...
Aku mengingatkan diri ...
Agar cepat bertemu doktor...

Memang kau
Yang mulakan sehingga mereka...
Menyangka benar berlaku...

Aku hidup untuk mendapat redha tuhanku...
Hari2 akan tetap berlalu...
Semoga esok lebih baik dari...
Hari ini lebih baik dari semalam!!!


'Sesungguhnya Allah menguji
sesuai dengan kemampuanku'

Maka apa alasanku untuk...
Menyatakan tidak mampu???...


Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!