"Ya Tuhan, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. Al-A'raf 23).
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini, aku sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua, maka aku masih diberi nafas... malah masih mampu berlari-lari dengan tenang walaupun sedang dalam fasa sedikit sibuk dan kesihatan tidak menentu... kelihatan tubuh badan yang sihat... masih pula mampu kehulu kehilir... dan melakukan banyak kegiatan lainnya... oh nikmat Allah sungguh benar besarnya... dan kisah mc seminggu??... hehe
3 bulan lalu... aku sangat bertekad dalam hati untuk menghentikan segala penulisanku di dalam blog ini... kerana tidak ramai yang mampu membaca apa yang ada di dalam fikiranku yang aku terjemahkan melalui bentuk penulisan di alam maya ini... Maka saja, pelbagai tafsiran dibuat... benar-benar membuat aku sedih sekali... dan tatkala bermuhasabah... mungkin ilham yang Allah turunkan, aku perlu berehat daripada membuat sebarang penulisan selama 99 hari... dan hari ini adalah hari terakhirnya... maka sahaja aku yang sudah sangat rindu akan menulis di blogku sendiri.. sudah tidak mampu untuk menunggu esok... terus sahaja aku menulis!!
Detik masa berlalu begitu pantas sehingga tempoh itu kurasa begitu sebentar... Tetapi, pelbagai peristiwa terakam sepanjang masa yang singkat ini... sayang tidak dapat kutitip di dalam blogku sendiri... sebagai rujukan diri sendiri suatu hari nanti... itulah natijah dari keputusan yang kuambil... namun, aku sangat gembira dengan hasilnya... tidak ada lagi yang salah tafsir, tidak ada lagi perasaan-perasaan aneh setiap kali aku menerima komen-komen balas dan yang paling membuatku bangga adalah aku mampu mengharungi saat-saat yang mencemaskan itu dengan jayanya... haha saat yang begitu menguji kesabaranku... menguji kesihatanku... malah menguji daya fikirku sendiri... segalanya sudah berakhir... tahniah buat diri!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala melihat gambar TGNA ini, hatiku jadi begitu bersemangat... entahlah, mengalir satu perasaan aneh mengatakan aku pasti mampu untuk mengharungi hidup ini dengan optimis... ya benar acap kali aku mendengar orang-orang dikelilingku menyatakan aku terlalu yakin diri dan ini akan menghukumku dikemudian hari... tapi entah kenapa, aku rasa aku perlu untuk jadi begini... hehe terutamanya setelah dimalukan oleh satu tragedi yang pelik... hehe nasib baik itu tidak terjadi... bayangkan jika saat itu terjadi, dan baru aku tahu yang sebenarnya... haha mana nak letak muka??
Kini dalam kampus, aku bukanlah siapa-siapa lagi... hehe dulupun aku bukanlah siapa-siapa... sedikit janggal apabila dengan selambanya apa yang dikatakan lansung sudah tidak didengar... hehe mungkin inilah perasaan Che Det kini... haha... namun, aku sangat percaya, janganlah diganggu kepimpinan untuk sesuatu zaman... mereka lebih tahu bagaimana untuk mencorakkan zaman mereka sendiri... nasihat dan panduan mungkin boleh... sekadar itu dan tidak lebih... cuma yang aku cukup terkilan dan sedih... terhadap diriku sendiri... adalah aku tidak mampu merealisasikan satu impianku sendiri iaitu untuk melihat tidak ada lagi kesilapan yang sama dilakukan berulangkali dizamanku... namun, aku gagal... malah kesilapan yang lebih besar telah kulakukan... sepanjang proses untuk mencapai impianku itu... mungkin terlalu ghairah... aspek yang jauh lebih penting tidak ku jaga... ah, satu kekesalan yang pasti aku kenang sepanjang hidupku dan pasti akan kuceritakan kepada anak-anakku serta kepada cucu-cucuku... itupun jika aku punyai mereka... hehe... sekarangpun x pasti lagi!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak sebenarnya yang inginku luahkan... namun, benar juga... ada benda yang perlu kita luahkan dan ada banyak perkara sebenarnya yang perlu kita pendam untuk diri sendiri dan akhirnya kita mengadu kepada ALlah... kerana manusia tidakkan mungkin paham, apa yang kita pendamkan seperti apa yang kita kehendaki... pengalaman 23 tahun ini mengajarku untuk bukan sekadar ada yang memberi arahan... rupa-rupanya lebih ramai yang perlu menerima arahan... barulah dunia ini menjadi stabil... tapi soalnya... arahan yang bagaimana??
Akhirnya... kuucapkan tahniah dan takziah kepada seluruh saff kepimpinan baru... janganlah diulangi kesilapan-kesilapan lalu... bina ukhuwah jauhi telingkah... kecapi manisnya berjuang... jauhi pahitnya berperang... andai aku diberi pilihan... mahu aku putarkan semula waktu... agar mampu aku diberi kesempatan untuk memperbaiki keadaan... jangan ada yang dominan... bina kerja sepasukan... jauhi perasaan aku bagus dan kalian tidak... juga jangan terlalu keras... tidak pula terlalu lembut... buat keputusan bukan untuk menyelamatkan keadaan sekarang... tetapi buat keputusan untuk menyelamatkan generasi mendatang... soal duit jangan berkira... yakinilah Allah sudah tetapkan buat segalanya... hendak diapakan duit yang mati??... laburkan untuk bertemu denganNya nanti... kita bukan super hero... mampu lakukan banyak tugas... sebagus manapun kita... fokus lebih baik... jangan jadikan alasan tidak cukup tenaga kerja... kerana perjuangan Islam tidak pernah bermula dengan pejuang lebih ramai... akademik perlu dijaga... maruah pejuang islam turut terletak padanya... namun yakinilah akademik bukan segala-galanya... akhirnya yakinilah satu... kalian bukan yang memulakan... tapi jangn sampai kalian adalah yang penghabisan!!... carilah mata-mata rantai untuk menyambung perjuangan!!
Alhamdulillah syukur... ringan rasa kepala yang sedang pening!!
8 comments:
salam..post yg agak menarik setelah lama berehat..sedikit kata2 yg x seberapa..berjuang n terus berjuang walau dimana jua brada..
tahniah berg...
tak sihat ke?..apsal x koling2?
oppss,,maceh berg kol aritu..sori terbzbodi terus lupo,huhu
Syukran atas nasihatnya...
kak memot sombong betul skang.. callpun x nak angkat dah... huhu
:-)
tu la pasal..tetiba jek jd sombong,haha
ciss berg
tak buat ucapan penghargaan kat akak pun dalam ucapanmu!
cuba tiru cam balqis tu... dapat posting dia musti ada namaku.. haha
- akak yg gile glamer :P
x nak angkat tepon pastu suh anak bgtau kata mama x de... ces kek betul... hehe...
dialog ngan anak kak memot.. si ammar..
" ammar: sori la bro.. mama suruh kata dia x de kat umah... tapi sebenarnya dia duk layan blog dia tu...
aku: ooo... x pe la ammar oii... biau la dia.. sombong dia ek skang..."
hehe...
uit2... takootttnya... sapa pulak yang tetiba ngaku cantik nie??...
hari tu ada sorang pompuan call daku... alamak sore minah2 jambu la pulak... pastu duk komplen2 kata malas masak... kuar g beli makanan.. ces!
ces jugak.
cepat.. anda dijemput untuk membetulkan ayat daku untuk dihantar pada supervisor... secepat mungkin.. hehe...
Post a Comment