Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, March 5, 2009

Neko...

Dalam perjalanan pulang dari kampus... sekitar jam 1 pagi... yup jalan sungguh sepi... tidak banyak kenderaan lalu lalang... menggambarkan keasyikan manusia melayari bahtera mimpi... tapi aku??... hehe duk segar bugar.. makan pil tidopun x mampu menidurkan aku... haha gila!!

Bukan itu yang ingin aku kupas... tapi entahlah.. hatiku terusik sedikit melihat satu kejadian yang sebenarnya bukanlah aneh... ya benar tidak aneh... sekadar melihat seekor neko mati dilanggar kereta... kelihatan terburai isi perutnya... oh entah kenapa... sadis pula kelihatannya...


Sebenarnya... sepanjang perjalanan aku pulang kerumah yang memakan masa kurang lebih 8 minit dari kampus itu... aku terbayang-bayang bagaimana nantinya saat kematianku... adakah aku akan mati seperti tipikal matinya orang-orang Melayu diatas katil ditemani isteri, anak-anak dan cucu-cucuku?... Atau mati secara mengejut atas sesuatu penyakit... atau mati dilanggar kereta... atau tiba-tiba mati... oh segalanya membuatkan aku gementar sekali... cukupkah bekalanku yang bakal aku bawa ke 'sana' nanti??... dengan segala dosa-dosa yang aku sedar mahupun tidak... oh bagaimanakah keadaan disana nanti... bagaimana?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalaulah aku sekadar seekor neko.. mesti x de masalah niekan... huhu... dalam sibuk bergelumang dengan diri sendiri sampai tidak hadir kuliah 2 minggu lamanya... fikiran masih duk fikir hal-hal jemaah... bukankah aku sudah meletakkan semua jawatanku??... kalaulah bekerja itu sekadar hanya jika punya jawatan... ah, pergaduhan dalaman diri rupanya lebih sadis.. dan sejak dulu aku gagal dalam permainan ini...

Entahlah... jika orang lain sudah kata mahu pulang ke kampung... maka terus sahaja pulang walaupun di kampus sibuk dengan pelbagai gerak kerja... aku tidak begitu... benarkah tidak sampai hati akan memakanku suatu masa nanti... entahlah... yang aku pasti... kesibukanku.. kesibukan kita jemaah kampus ini... bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan mereka berdua... yang ku kagumi semangat dan kecekalannya...

Tetapi akhirnya... aku mesti juga membuat keputusan... dan kalian ada idea??... Johor... KL... PASTI... Induk??...

"kot ye pun xleh nk wt kptsn p mana, amik kptsn paling dekat".


hehe... mungkin memang aku terpaksa tidur je kat rumah... kalau benda-benda tu datang lagi... mcm selalu...

====================================================================

Doa Rabitah

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin...


4 comments:

Anonymous said...

Neko = kucing??

"....amik kptsn paling dekat"

Huh, rasa cam dh salah paham dengan ayat ni. Pembetulan spya lg terang.
"Ambik keputusan paling dekat dgn yg terbaik".
Rasanya tido kat umah tu bukan satu "keputusan", tapi lebih kepada elak diri.

Hoh, ampun jika menyakitkan/menambah rasa nk makan hati. Wassalam

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Benar neko adalah kucing...

Satu lagi kesalahfahaman... erm bukan saja2 tido... tapi terpaksa tido... itulah hikmah doktor bagi mc dan 11 jenis pil dimakan sehari semalam...

hehe.. maka ia termasuk juga option... sekali lagi... KL... Johor... Pasti... Induk... Tido??

hehe

Anonymous said...

out of topic: neko kucing apa? kenapa nama neko? nk amik nama ni utk bakal kucing nt...
cdgn utk dilemma: 'pilih tmpt y dmana klu anda tiada disitu akan menyebabkan kepincangan mjlis/prgrm/apa2 y brknaan tu nt'. smoga Allah mengurniakan kesihatan utk akh...

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Erm nekomemang = kucing.. check la bahasa mana... hehe... boleh je nak bg name kucing tu neko.. cute apa name tu... huhu

yup... x semua tuntutan dapat kita laksanakan.. but perlukah ditinggalkan semua??... dalam kes nie sekali lagi x menyebelahi Johor... arghh... but yes.. sok g KL!!

:-)

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!