Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, March 13, 2009

Kehidupan adalah seni membuat pilihan...

Menambat Rakit ~ A. Samad Said

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…

Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan

Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.

Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban

Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

P/S: -dipadam- , sudah tidak relevan... kerana pilihan terletak ditangan masing2... :-)

2 comments:

Anonymous said...

aik,lain mcm ja bunyik
think out of the box sket la
jgn terlalu membuat keputusan untuk org lain dan jgn hlg husnu zhon yg ade
pastikn seni kamu tidak memudaratkan org len

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Syukran...

X perasan rupa2nya selalu dianggap membuat keputusan untuk orang lain... maaf2... x terniat

Kenyataannya... pilihan terletak ditangan masing2... Akhirnya berjaya membuat 2 keputusan besar dalam hidup hari ini... Tanpa ragu2... untuk pertama kali...

Erm...

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!