Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, March 13, 2008

Awal Usia Baru....Melodrama Seorang Aku...


22 tahun berlalu
Tatkala si kecil lahir
Mungkinkah disambut gembira?
Oleh keluarga tercinta.

Bukanlah insan istimewa
Sama apa adanya
Membesar dengan cepat
Tidak sedar masa berlalu
Kini sebesar seorang Aku.

Dia punyai matlamat
Hidup bukan sekadar ini
Punya misi dan visi
Terkadang lebih angan dari realiti
Namun tekad terus membulat
Yakin pastikan terjadi
Mungkin kini atau tertangguh.

Berdoa pada Tuhan
Pemilik diri
Yang telah dengan sifat Pemurah
Memberi hidup
Sehingga saat ini
Moga mati sebagai yang diredhai

Doakanlah
Moga tidak lupa diri
Dalam meniti usia sendiri
Kerana pertambahan ini
Membawa seribu erti
Kampung halaman menghampir dengan pasti

Moga kau menjadi dirimu wahai seorang aku!!!

Konsesi Dakwah
13 Mac 2008
12.00 a.m
Berjayalah kau wahai diri!

2 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

sangat terkesan dihati ini sekarang...aku ada persamaan yang pasti dengan Al marhum Ustaz Fadzil Noor... maka dengan sebab itu...ada tautan hati antara aku dengan PAS... maka kalian yang bersuara itu...jangan pernah tanya kesetiaanku!!

Anonymous said...

salam perjuangan,

akk akan doakan adik akk sorang ni terus gagah melangkah sebagai mujahid muda umpama saidina umar beraninya, umpama salahuddin al-ayubi tangkasnya dan umpama al-banna bijaknya.insyaALlah ameeen..=)

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!