Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, March 25, 2008

Sunnah Berjuang...



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.


P/S : Berjuang itu banyak halangannya... sudah menjadi sunnah begitu... tidak dinamakan berjuang tanpa halangan... kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan, maka tiada alasan untuk katakan tidak pada perjuang ini... namun Ya Allah, hati ini sering terdetik perasaan tidak yakin pada kemampuan diri... kurniakanlah keberanian kepada diri yang hina ini Ya Allah... Wahai yang Maha Pemberi... Tiada Tuhan selain Engkau...

3 comments:

Anonymous said...

BELUM ADA SEJARAH PADA MANA-MANA TAMADUN MANUSIA HINGGA SEKARANG DAN MUNGKIN SAMPAI KIAMAT ISLAM BOLEH TERTEGAK DENGAN KAEDAH politik. Allah hanya janji prbaiki diri dan taqwa, inshaAllah nusrahNya datang.

YANG TELAH MENAMPAKKAN KEJAYAAN HANYA DENGAN CARA RASULLAH DAN SAHABAT2. PAS TERPAKSA LONGGARKAN AGAMA UNTUK MEMENANGI HATI ORANG MELAYU YANG MAHU ISLAM SEPARUH SERTA ORG BUKAN ISLAM. NAK TONJOLKAN ISLAM SEBENAR KHUATIR TIDAK MENDAPAT SOKONGAN.

saya pun sokong pas. tapi ingatlah
bila ADA MANUSIA YANG BENAR2 BERIMAN DI SISI ALLAH, ORANG INILAH YANG AKAN MENJADI AMIRUL MUKMININ. kerna itu umar telah menakluk 2/3 dunia. hidayat tersebar ke seluruh alam. dunia di tangan bukan dunia di hati

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

oh saudaraku... luaskan maksud politikmu... fahami lagi.. mudah-mudahan sama2 mendapat kefahaman... jawab soalan ini... adakah Rasulullah tidak berpolitik??... jika saudara menjawab tidak... itulah kefahaman saudara... saya tidak mampu membantah... takut2 saya yang silap... tapi kefahaman saya, untuk membebaskan makkah, Rasulullah sangat berpolitik... juga di dalam mentadbir negara... bolehkah saudara pastikan saya silap??...

Tahniah kerana menyokong PAS... ketahuilah tidak sedikitpun dilonggarkan Islam itu di dalam PAS... ia adalah perlembagaan tubuh PAS... maka selamanya menjadi Tujuan utama... mohon dimengerti...
terus maju dilapangan saudara... kita sama2 inginkan cara Rasulullah... cuma dibataskan oleh kefahaman yang sedikit tidak selari... maka dengan itu, mudah jika dapat saling hormat-menghormati... dan mungkin saling lengkap-melengkapi... syukran kerana memberi perhatian terhadap penulisan burukku ini... salam sayang...

Anonymous said...

Apa daa... mesti anonymous ni org tabligh gamaknya. tak suka bpolitik. tak paham dgn politik. betui cakap tuan punya blog ni. RasuluLLAH juga bpolitik. Haras sang anonymous mengaji lebih lagi la. jangan asyik duk baca kitab Fadzail Amal saja. tak berkembang kepala otak...

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!