Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad, keluarga Baginda, Para Sahabat, muslimin-muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang sesat lagi menyesatkan. Moga cukup Allah bagi pejuang islam!!
PRU kurang lebih 48 jam dari sekarang, rakyat malaysia akan diberi peluang untuk memilih kerajaan yang bakal mengurus tadbir negara. Gerak kerja telah giat dijalankan sejak angin pembubaran parlimen bertiup kencang sekitar setengah tahun lalu. Pelbagai usaha menarik dan memikat pengundi telah dilakukan tidak kira oleh pembangkang mahupun pihak Barisan Nasional.
Terpanggil untuk membuat suatu analisi isu atau (pendapat peribadi??) mengenai PRU 12 ini. Mari kita sama-sama semak bermula faktor kemenangan besar BN pada PRU 11 2004 yang lalu.
1. Faktor Mr clean...
Ketika Perdana Menteri terdahulu, kita gelar Tun M melahirkan hasrat melepaskan semua jawatannya, ramai yang tertanya2 siapakah bakal menggantikan beliau untuk jawatan awam negara no 1 itu. Beberapa nama telah disebut-sebut seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan beberapa senior dalam UMNO. Waktu itu, nama Pak Lah tiada langsung didalam senarai rakyat Malaysia. Namun, pengumuman yang Tun M buat secara terbuka iaitu inginkan Pak Lah sebagai pengganti beliau, benar2 membuat rakyat gembira. Faktor Mr Clean Pak Lah begitu menonjol diawal kemunculannya sehingga membawa kepada keputusan yang begitu cemerlang buat BN pada PRU 11. Disamping itu, calon2 yang dikemukakan juga seakan2 mendukung aspirasi PM baru ini dengan agenda hadharinya. Mashitah umpamanya dilihat begitu bersahaja dan berpengaruh sehingga mampu menumbangkan Ustaz Taib di Baling. Maka dengan gelaran cucu ulama', masyarakat menyangka beliau akan memacu negara kearah lebih islamik.
2. Faktor Komponen Maya BN
Dinamakan SPR, POLIS dan MEDIA MASSA ( RTM, MEDIA PRIMA, UTUSAN dll) sebagai komponen maya BN kerana melalui komponen2 inilah sebenarnya BN meraih sokongan terbanyak. Mari analisis satu persatu.
SPR, melalui kepakaran dan bidang kuasa yang ada pada mereka telah merangka satu pelan strategik kemenangan berterusan BN didalam pilihan raya. Tidak keterlaluan jika dinyatakan komponen SPR adalah komponen terpenting dalam BN melewati kepentingan MCA dan MIC. Dengan me'legal'kan pengundi2 hantu yang berjumlah puluhan ribu ( banyak rakan2 bloger telah mendedahkannya) di samping undi2 pos yang secara total menjadi milik BN, maka SPR cukup berperanan sekali.
POLIS, dengan bidang kuasa yang ada, POLIS telah menjadi komponen utama BN dalam menyekat pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Berbekalkan hukum RIMBA, ISA yang dimaksudkan, semua figure2 berpengaruh telah dibuat seolah2 cukup bersalah dimata masyarakat. Anuar Ibrahim umpamanya ( walaupun telah diakui oleh Tun M beliau menganiaya Anuar), Polis terus agresif memastikan setip yang bersalah terletak di bahu pembangkang. Kejadian di Batu Buruk umpamanya mampu menceritakan segalanya.
MEDIA MASSA, merupakan satu lagi komponen utama BN didalam merealisasikan hasrat mereka untuk terus-terusan menipu rakyat. Melalui pelbagai berita dan sumber yang saban hari memberi mesej negatif terhadap pembangkang, tidak keterlaluan dikatakan Media adalah alat BN yang paling ampuh!. Dan menjelang 13 hari sebelum tarikh keramat, media ini dilihat menjadi komponen yang bakal mendapat imbuhan berupa durian runtuh jika BN mampu sekali lagi menawan Malaysia.
Dan mari kita lihat PRU 12 bagaimana....
Jika PR yang lalu, terbukti 2 faktor sahaja sudah cukup untuk mengembalikan kuasa kepada Bn, maka adakah situasi sama berulang?
Dan yang pasti serta sangat pasti...
1. Namun 4 tahun kemudian... Pak lah yang digembar-gemburkan sebagai Mr Clean, sudah kotor dan terpalit sana sini. Apatah lagi bekas Bosnya sendiri dengan terbuka telah mengkritik kepimpinannya yang lemah dan tidak bertenaga. Dengan imej yang kian tercalar, diburukkan lagi dengan perilaku sendri yang acap kali tidur ketika acara2 besar seperti perhimpunan UMNO malah perjumpaan ketua2 negara OIC dimana Malaysia adalah pengerusinya telah menjatuhkan lagi krediabiliti cucu ulama' ini sehingga satu tahap beliau ditertawakan oleh rakyat Malaysia atas tindakannya itu. Terbaru, pendedahan gambar peribadi beliau secara berpeluk pinggang dengan pelakon dan model jelita menjadi bualan mulut. Kalaulah media massa arus perdana menyiarkan gambar ini, pasti terduduk Pak Lah saat ini juga.
2. Namun, kekuatan komponen maya BN masih tidak mampu diatasi...
Tetapi, beberapa situasi luar jangka sekarang mungkin banyak membantu mengimbangi kekuatan komponen maya BN ini... antaranya:
1. Faktor Anuar...tidak keterlaluan jika dikatakan faktor Anuar masih kuat mencengkam, bukti paling nyata adalah sokongan kuat daripada kaum India dan Cina mula dirasa oleh PAS dan Keadilan sendiri di samping DAP yang secara tradisi mempunyai pendokong setia sejak dahulu. Ditambah kelab penyokong PAS yang saban hari kian aktif, tidak mustahil pengaruh media, SPR dan Polis mampu ditenggelamkan. Namun, segala bentuk penipuan sudah dirancang lama dulu. Maka faktor ini masih belum menjamin.
2. Faktor perebutan dalaman BN itu sendiri seperti yang berlaku di banyak kawasan di Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor dan banyak negeri lain sehingga berlaku protes terhadap BN sendri. ( x perlu dihurai kerana sudah terlalu banyak didedahkan). Hal ini sudah tentu memberi kelebihan kepada pembangkang yang sudah sememangnya menjanjikan yang terbaik untuk setiap rakyat.
3. Faktor kelemahan Kerajaan di dalam mengawal isu2 semasa. Kenaikan harga minyak umpamanya merupakan isu yang sangat ampuh sekarang. Dengan janji yang dibuat pembangkang untuk melaksanakan negara berkebajikan, dilihat isu kenaikan harga barang dan sara hidup begitu berpihak kepada pembangkang.
4. Faktor sokongan pengundi muda. Pengundi muda melalui culaan yang dibuat di Sungai Dua, Baling, Pokok Sena, Bagan Serai dan Parit Buntar umpamanya ( sekadar beberapa tempat yang penulis ada pengalaman mengenainya), pengundi muda adalah sangat berpihak kepada pembangkang. Faktor mengetahui isu semasa sangat membantu di dalam peningkatan sokongan orang muda ini.
5. Faktor kelemahan Yb BN yang lalu. Di banyk kawasan, faktor ini sangat terkesan di hati pengundi, jika tidak, mana mungkin Mashitah terpaksa ditolak ketepi lantaran tiada satupun jasa yang beliau taburkan di parlimen sendri. Pengundi yang telah rasa tertipu ini sudah barang tentu mencari alternatif untuk menunjukkan kemarahan mereka. Dan memang menjadi kredit kepada Pembangkng kerana sangat kebetulan prestasi YB2 pembangkang begitu baik sekali.
Kesimpulan..
Jika dilihat dari mata kasar, kemenangan BA adalah sangat hampir terjadi jika tiada penipuan dan komponen2 BN yang tidak sah ini. Namun, apa2pun boleh terjadi. Tetapi sebagai seorang beriman, cukuplah ALlah bagi kita...moga2 kemenangan milik pejuang ISLAM!!!..mari kita sama2 berusaha dan terus bekerja...moga2 Uhud bertukar Badar!!

No comments:
Post a Comment