Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, March 12, 2008

Belum Berakhir..awalan sebuah gembira...


Terasa diriku adalah yang terlambat untuk memberi sedikit respon terhadap keputusan PR 8 mac lalu... hehehe... sedikit sibuk belakangan ini... mencari erti sebuah aku... penawar bagi hati... huhu... yang sedang dirundung resah... tatkala sering menyendiri... dilubuk bilik sendri... terasa cepat masa berlalu...

Namun, keputusan Pr yang lalu... benar2 mengubat hatiku... ya Allah... tiada ragu lagi... Kaulah pemilik Alam... yang selama ini ramai dari hambaMu... seakan melupakan kuasaMu... dengan angkuh sekali menyatakan Malaysiaku milik mereka... sedang Kau tunjukkan keangkuhan... tidak layak untuk yang namanya hamba!! Bukan sahaja dimalukan di Kelantan... malah diaibkan di Selangor, Perak, P. Pinang dan Kedah... haha... terbukti kalian makhluk yang sangat lemah!!

Dan untuk diriku pula... aku berasa sangat puas... Syukur sekali pada Tuhanku... Baling, Pokok Sena, Sungai Petani, Bagan Serai, Padang Serai, Parit Buntar, Sungai Dua , Pulai Chondong adalah tempat2 yang aku pernah lawati dalam proses PR... ( x memberi sumbanganpun!! ...huhu) ... namun aku puas.. hampir semuanya dimenangi oleh BR... kecuali Sungai Dua ( berjaya mengurangkan majoriti penyandang dengan banyak neh)...

Erm Ok la... rasa malas nak mengulas lanjut... pelbagai ulasan telah keluar sedari awal keputusan pertama keluar... cuma satu dari dasar hatiku yang paling dalam... moga2 BR tidak akan leka akan kemenangan menidakkan majoriti 2/3 BN ini... kerana rakyat sedang menilai... dan pengundi anda... ramai yang bukanlah ahli anda... mereka hanya sekadar menghukum BN..buktikan anda mampu menjadi yang lebih baik... semoga mereka2 ini akan terus menyokong malah mungkin satu masa menjadi pendukung BR!!...

5 comments:

Anonymous said...

Ulama dahulu menentang kebathilan tanpa menuntut untuk menjadi pemimpin. Parti Islam jauh sekali. Beza ulama kini, sambil menegur nak jawatan sekali. kenapa?..Kerana mereka rasa Islam tak dapat ditegakkan tanpa mengambil alih pemerintahan.

Ulama dahulu tidak ada keiginan langsung untuk menubuhkan puak-puak penentang kononnya pemerintah telah berlaku zalim, oleh itu mari kita jatuhkan pemerintah dan naikkan pemerintah di kalangan kita. TIDAK. SEKALI-KALI TIDAK. Mereka Ulama Terdahulu berjuang menegakkan kebenaran IKHLAS semata-mata menuntut keredhaan Allah. Tanpa Parti, Tanpa Demonstrasi, Tanpa Memorandum.


Mereka yakin bahawa yang menaikkan dan menjatuhkan kerajaan adalah ALLAH SWT. Adakah Nabi Musa a.s memerlukan kerajaan dan tentera yang hebat untuk menyampaikan kebenaran kepada Firaun?

Adakah Ibrahim a.s memerlukan Kerajaan dan Tentera yang besar dan hebat untuk menentang kebathilan Namrud?Adakah Nabi Muhammad saw memerlukan kerajaan yang besar dan tentera yang ramai untuk menyebarkan Islam?Bahkan kerana ada segelintir di kalangan orang mukmin yakin kepada kekuatan dan bilangan makhluk, maka Allah telah membiarkan para sahabah r.anhum tewas dalam peperangan HUNAIN?...

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

MasyaAllah tuan... tuan berkomentar seolah2 kenal rapat dengan ulama'2 terdahulu... erm kaji sejarah... lihatlah bagaimana cantiknya perjalanan politik itu... Nabi Muhamadpun menyebarkan dakwah dengan meluas sekali setelah berjaya membebaskan Kota Mekkah!!!

Pergantungan pada Allah tidak pernah dilupakan... namun usaha jalan serentak!!

Anonymous said...

aper yg sy faham AGAMA tidak tersebar dgn sebuah kerajaan sahaja, tp AGAMA tersebar dgn usaha DAKWAH ILALLAH. bila suasana iman wujud dlm sesuatu komuniti manusia, maka manusia itu sendiri akn taat hukum ahkam ALLAH (seperti zaman RASULULLAH-seorg yg berzina telah dtg mngaku pd RASULULLAH yg dia berzina).

tp hari nie ummat jauh dari agama. BAGAIMANA mereka nk taat hukum ahkam kalu dlm diri mereka tdk ader keinginan utk mentaati hukum ALLAH?? jd IMAN perlu ader dlm diri mereka.baru mereka dtg pd agama sprti SAHABAT

'alakulli-hal ya akhi. Apabila Rasullullah SAW ditawarkan oleh Allah SWT gunung untuk ditukarkan untuk menjadi EMAS, apa jawab Nabi SAW? Kenapa baginda SAW tidak menerima tawaran itu. Dari segi logiknya Nabi SAW pasti akan menerima kerana DAKWAH yang difahamI oleh antum mesti ada kerajaan. Mesti ada WANG. Mesti ada KEDUDUKAN. Tetapi kenapa Nabi SAW menolaknya?

Nabi SAW memilih jalan MUJAHADAH dan susah payah untuk menyebarkan ISLAM. Kerajaan? Nabi SAW bina Kerajaan atau bina MASJID dulu? la nie masjid kosong akhie. tak de roh agama. nabi bina kerajaan, tapi melalui cara bagaimana? Allah dah ajarkan cara. Amat mustahil ISLAM yang begitu sempurna tidak mengajarkan CARA.

Bahkan cara untuk membuang AIR turut diajarkan oleh ISLAM. tuan, kita telah tinggalkan kerja nabi. dakwah ilallah yang akan menyatukan UMMAT seluruh Alam, tanpa parti politik, tanpa kerajaan yang tuan-tuan maksudkan, yang tidak ada agenda MELAYU. Bahkan bergeraknya ke seluruh alam dalam ditakuti oleh musuh-musuh Allah. Yang menghidupkan SUNNAH. Tidak ada pergaulan antara bukan mahram. Yang tidak mencaci sesiapa bahkan diCACI.

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Tuan berkomentar dari sisi tuan sedang benar... muhasabahlah semula... mengapakah ada golongan ulama' mengambil jalan politik untuk berdakwah... tidak perlu mengatakan jalan kamu salah, jalan kami benar... kerana yang menilai itu Allah... benar agama semakin jauh dari manusia hari ini... apa puncanya??... kerana pengamalan agama tidak menjadi pokok yang dibicangkan oleh kerajaan sekarang... maka untuk itu wajib bagi kita memurnikan kerajaan ke arah Islam... TGNA pernah berkata... jika kerajaan yang ada kini mengubah dasar untuk kembali kepada Islam, maka tidak akan ada jemaah lain di bumi yang kita cintai ini...

ulama' terdahulu dapat berdakwah secara menyeluruh tanpa perlu memikirkan pembentukan kerajaan... kenapa??... kerana mereka sudah sedia berada bersama kerajaan yang inginkan Islam... tetapi setelah jatuhnya khalifah Islam... apa terjadi??

sekadar untuk bacaan... jika tidak mahu menjadi pendukung... cuba fikirkan untuk tidak menjadi penentang... usaha ini murni sekali tuan...

http://samuraisyahid.wordpress.com/2008/01/22/menubuh-parti-untuk-berjuang-bagi-menegakkan-kerajaan-islam/

moga ada sedikit kefahaman... kadang kala terfikir juga... mengapalah kita tidak saling melengkapi... bahkan sudah menjadi lumrah saling salah menyalahkan... aku benar kau salah... seolah2 kitalah yang paling dekat dengan Rasulullah... oh benarlah hanya satu golongan yang diterima Allah... rupa-rupanya banyak sekali golongan dalam Islam ini... moga Allah ampunkan keterlanjuran kita...

Azwadi_net said...

Si anonymous ni tahu tak tugas manusia sebagai khalifah atas muka bumi ni bukan beribadah dalam erti sembahyang puasa, atau menyeru orang bersembahyang berpuasa sahaja? Tugas orang Islam ni melaksanakan semua tuntutan oleh Allah. Adakah membina negara Islam, membina pemerintahan Islam berasaskan syariat Islam itu bukan satu tuntuan? Atau si anonymous rasa tuntutan tersebut kita perlu tunda dahulu kerana perlu ajak manusia bersolat sehingga ramai dulu masjid2, penuh dulu surau, baru kita mahu membentuk kerajaan Islam selepas semuanya sedar?. Saudara samakan pemerintahan Islam dengan Emas dan nabi tidak mengambil emas kerana tak mahu jalan pemerintahan terlebih dahulu? Adakah parti PAS mahu sebuah kerajaan untuk dapatkan kedudukan supaya dakwah lebih berkesan? Adakah saudara berfikiran sebegitu. Kalau saudara berfikiran sebegitu, alangkah sedihnya. Saudara tidak kenal apa itu parti PAS. Pas mahu mendaulatkan Hukum Allah di atas muka bumi. Menjadikan Al Quran dan Sunnah itu syariatnya. Dan PAS itu bukan hanya sebuah parti politik, tetapi lebih luas lagi. Siasah wa Dakwah. Politik dan Dakwah menjadi konsep pas. Adakah pas tidak menyeru ummat mengamalkan sunnah? Tidak pas mahu mengamalkan sunnah terbesar Nabi Muhammad iaitu membina Negara Islam itu sendiri. Adakah pas tidak menyeru manusia untuk memenuhkan masjid? Tidak adakah ustaz PAS yang mengajar kitab di masjid? Tidak adakah ustaz PAS berceramah menyedarkan manusia untuk mengimarahkan masjid? Adakah pas tidak menyeru manusia untuk berkorbankan diri menyebar agamanya? Adakah tiada ustaz PAS yang dipenjara ketika menyampaikan dakwah? Tiadakah Ustaz PAS yang dibunuh dalam menyampaikan dakwah? Ingatlah saudara, jika jalan dakwah tiada onak dan duri, tiada mehna dan tribulasi, jangan anggap jalan dakwah itu sudah berjaya. Tiada permaidani merah dihampar untuk pendakwah-pendakwah berjalan menyampaikan dakwah.


Tahukah saudara sudah beribu2 shahid untuk menegakkan hukum Allah dilaksanakan di atas muka bumi? Dibunuh oleh pemerintah yang mengaku menganut Islam? Ya, yang menaik dan menurunkan sesebuah kerajaan ialah Allah. Allah akan menghancurkan umat manusia yang tidak membuat tuntutannya dan menaik ummat yang lain. Adakah ummat yang hanya mahu melaksanaan sebahagian tuntutannya dan menlengah-lengahkan sebahagian yang lain tidak akan dihapuskan oleh Allah? Saudara mahu suasana Iman disebarkan, tapi ingat iman perlu disebarkan bukan hanya menyeru kebaikan, tetapi juga mencegah kemungkaran. Ingatlah, jika kamu melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu dengan kata-kata, jika mampu hendaklah membenri, itulah selemah2 iman. Saudara tentu ingat kata-kata itu. Adakah relevan kita menyeru kebaikan dalam masa yang sama kejahatan juga menyeru lebih hebat lagi oleh pihak lain ? Dan kita tidak berbuat apa2 untuk menyekat seruan mungkar oleh pihak yang lain atas dasar tidak mahu perpecahan? Sedarkan saudaraku.... Aku tidak menyatakan jalan kamu menyempang. Hanya membangkit persoalan-persoalan. Sama-sam ingat pesanan As Shahid Hassan Al Banna, berperasangka baiklah kepada gerakan Islan yang lain...Aku setuju kata-kata pemilik blog, kalau tidak mahu jadi pemdokong, janganlah jadi menentang.

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!