Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Wednesday, March 19, 2008

Jika Kekasih Allah itu berada di sisiku...


Suatu hari Rasulullah berbaring di sebelah sahabat tercintanya Sayidina Abu Bakar Al-Sidiq ra...Tiba-tiba sahaja baginda menangis sehinggakan airmatanya beralur di lantai gua Thur tempat mereka bersembunyi semasa peristiwa hijrah..

Abu Bakar merasa risau lantas bertanya..

"Mengapa ya Rasulullah apakah yang tak kena?"

Rasulullah menjawab ''aku rindukan saudara-saudaraku''

Tanya Abu Bakar lagi ''saudara-saudara yang mana ya Rasulullah''

Rasulullah menjawab lagi ''saudara-saudaraku al-ikhwan umat-umat Islam akhir zaman''

P/S : Ya Kekasih Allah, adakah aku termasuk al-ikhwanmu??... jika Kau masih berada di sisiku saat ini, pasti kau bertanya... Islamkah kamu... ish malu untuk aku bertemumu wahai yang amat kurindu... diri ini hina sekali... sunnahmu menjadi amalan tatkala musibah menimpa... maksiat bermaharajalela... namun aku tidak melakukan satu apapun untuk menghalangnya... masihkah kami ini al-ikhwanmu wahai yang benar??...



Hijjaz
Dia Kekasih Allah


Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa

Ku Pujuk Jua Hati Dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat

Selagi Upaya Ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya Ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat

Kerana Peribadinya Aku Terpesona
Kerana Budinya Aku Jatuh Cinta
Rindu Ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga

Sesungguhnya Apa Yang Ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Berarti Cinta Kepada Allah

1 comment:

Anonymous said...

"Siapa kalangan kita paling mulia, siapa kalangan kita paling laju lariannya menuju penamat yang terbaik. Oh alangkah, kadang-kadang lidah hanya pandai berkata-kata tetapi jasad mematung tidak bekerja. Dikata cinta dakwah tetapi tindakan tiada. Dikata cinta jihad beraninya sifar. Dikataka mahukan syahid tetapi terluka sedikit mengeluh lama. "

ayat yang buat akk menangis tak berhenti menangis sampai sekarang...

alangkah....

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!