Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, June 4, 2009

Terharu...

Entah kenapa tetiba aku terharu apabila mendengar dan melihat muktamar muslimat PAS Pusat... ya, perbincangannya biasa-biasa.. benar hebat... namun, itu belum mampu menyentuh hatiku sedalam ini... tetapi yang membuatkan aku terharu tatkala ini dan lansung tidak dapat menahan sebak yang entah lain macam... mungkin bagi orang lain adalah biasa-biasa... namun, sangat berbekas dalam hatiku... ah, namakan sahaja derma jihad... ya benar derma jihad yang mereka lakukan dan terus diserahkan kepada wakil dari bumi palastine... ah, jika jumlah 6000++ itu sudah cukup besar bagiku... namun yang berjaya mencuit hatiku adalah 2 bentuk cincin dan seutas gelang emas yang mereka sumbangkan... ah, x terkata... jika muslimat sudah begitu taranya.. mka dimanakah aku disisi perjuangan??... aku sangat jauh dan bukanlah siapa2... belum pernah rasanya aku menderma jihad lebih daripada 5 ringgit.. ah kerapnya sekadar seringgit dua... Ya Allah malunya hambaMu ini... tribute buat muslimat PAS!!



p/s: tahniah ustazah nuridah... menang ketua muslimat PAS 2009-2011!!.. takbir!!

3 comments:

Anonymous said...

Tahap keimanan seseorang (maaf, saya guna istilah ni, sebab tak terfikir yang lain)memang tidak sama. Saya mungkin seperti saudara juga. Saya nak share ni. Di Tanjung Karang juga ada seorang hamba Allah, pegawai kerajaan, bukan kaya atau senang sangat pun, sanggup menghadiahkan sebagai tanda kenangan kepada seorang rakannya yang berpindah ke Pahang. Seutas gelang mutiara, yang paling disayangi, baru setahun dibelinya, dan entah baru berapa kali dipakainya, sanggup menyerahkannya kepada seorang sahabat karib yang berpindah. Bayangkan keimanannya. Dia cuma berpegang kepada hadis, yang katanya, dia pernah dengar ustaz menyebut, kalau nak memberi hadiah, berilah barang yang paling kita suka. Itu sahaja pegangannya. Saudara sanggup begitu? Saya pun ... entahlah. Wallahu-a'alam.

Unknown said...

A ah kak ker abg anon betul ler tu... nak bagi kena ikhlas...seeloknya benda paling kita sayang...aduii ada orang dah mampu buat tu tapi jangan la kita rasa rendah diri sampai kita on the edge of falling down a hill like...kang jatuh curang payah lak masuk ICU...hehe
kita bagi ler mana mampu janji kita ikhlas hati...sekupang 2 pun tak per...hehe...dengar kata PAS dah kaya? Deme kata tak payah susah-susah nak derma dah..hehe

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

haha Hanz... PAS sejak awal daku kenal sampai la nie x pernah kaya2... rasanya bab ekonomi la PAS paling kantoi sekali.. dulu KOHILAL kira power gak la.. but seriusly.. kat Bukit Gantang hari tu ada UPU makan nasi dengan kicap dan ikan kering je beb... kesian... tapi itu la nilai pengorbanan mereka... kalau ada yang kata PAS dah kaya.. pembohong besar la tu...

Ya betul la tu bab ikhlas... memang sekupang dua ikhlas yang lebih utama dan diterima.. entah la... moga2 lepas nie konsep derma Jihad masih diteruskan walaupun PAS nanti dah betul2 kaya.. huhu

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!