Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Saturday, March 29, 2008

Kaedah membuat keputusan... oh salah lagi ka??

Peristiwa Satu...

Ada dua aktiviti... pertama untuk jemaah luar... kedua untuk jemaah kampus... mana yang lebih aulawiyat??... untuk jemaah luar, aku akan kerumah anak2 yatim untuk memberi sedikit sumbangan atas dasar kemanusiaan bersama2 dengan ramai rakan serta mentor jemaah luar... dan untuk jemaah kampus, kami dikehendaki menjalani tamrin... aku telah menyatakan persetujuan untuk kerumah anak2 yatim lebih 2 minggu awal dari tarikh di beritahu adanya tamrin... maka, yang manakah lebih aulawiyat??... keputusan yang diambil akan ku bagitahu jika ada permintaan!!... hehe...

Peristiwa Dua...


Ada 3 aktiviti... pertama untuk peribadi,... kedua untuk saudara dan ketiga untuk jemaah... oh pening manakah lebih aulawiyat??... peribadi adalah ke syarikat tempat aku akan membuat Industrial Training... kedua ke rumah saudara di Taiping... oh sepupuku kahwin... dan ketiga atas urusan jemaah kampus... mandi-manda???... oh yang manakah lebih aulawiyat??... ramai yang tahu keputusan yang aku buat!!

Peristiwa Tiga...

Aku sudah berada di Kedah... oh best berada di sana... dapat tidur di bilik YDP PAS Pokok Sena ( carilah siapa!!)... siap duduk2 di kerusi YDP... berangankah??... haha... tujuan utama meraikan pernikahan seorang super senior yang pada pandanganku banyak memberi buah fikiran untuk jemaah... benarkah??... huhu... dan hampir seminggu di sana dapat juga bergerak kerja untuk jemaah sebelum PRU.. oh tidak dilupakan untuk Darul Hadith dan adik2 murabbitun ( kalian sangat hebat)... tiba2 hari keempat disana... dapat panggilan jemaah inginkan berada di Padang Menora... ada taklimat dan roadshow PMN... yang manakah lebih aulawiyat??...

Semua peristiwa tersebut telah berlalu dan kesemuanya fiqh aulawiyatku dipersoal... ada banyak lagi peristiwa2 yang aku lalui sekitar membuat 2 keputusan dan seringkali juga aulawiyatku dipersoal!!... oh dan esok, jangan di tanya jika keputuan ini aku ambil... kali ini, biar aku ambil keputusan sendiri!!

P/S : ini belum termasuk membuat keputusan untuk diriku... benarkah kalian hanya akan membelanjaku makan hanya jika ingin sesuatu dariku??... oh inginku memegang sesuatu jawatan??... oh ingin aku masuk ke rumah sewa??... alahai... begitu?? ... oh tinggal beberapa minggu!!

Teruskan Bacaan......

Thursday, March 27, 2008

Pemimpin datang dan pergi....

Sudah lama rasanya aku tidak menulis isu2 semasa sekitar dunia hari ini... benar, aku sering mengikut perkembangan, kerana aku bolehlah dikategorikan penagih maklumat... sehari, jika aku mampu belajar sekitar 3 jam, maka sekitar 3 jam juga aku melayari internet untuk tujuan mencari maklumat dan membaca... benar, aku gemar sekali membaca... melalui pembacaan, aku jadi puas kerana banyak yang aku dapati adalah perkara baru dalam hidup ini... dan kerana itu juga... aku semakin sedar, kerdilnya diriku... oh, kekuasaan Allah tiada kata mampu menggambarkannya...

Erm... kurang lebih lagi 10 hari, mahasiswa kampus ini akan menghadapi peperiksaan akhir... sudah terlalu sering membincangkannya... ya, mahasiswa memang didokrin untuk menjawab soalan peperiksaan pada akhir sesuatu semester... maka, apa yang perlu di ulas lagi??... tekanan??... sesuatu yang sepatutnya mahasiswa sudah lali mengenainya... bukankah sistem kita memang sistem beroreantasikan peperiksaan???

Tinggalkan semua itu, berbicara tentang tajuk... itulah yang ingin aku bincangkan sedikit pada penulisanku kali ini... oh sebelumnya, baik kita mulakan dengan mengucapkan tahniah dan takziah kepada pimpinan yang baru mendapat mandat di kampus USM induk... oh, melihat senarainya, kalian memang layak... tahniah kerana selepas ini anda akan menjadi aktivis yang lebih terkehadapan... tetapi takziah kerana tanggungjawab itu kelak akan dipersoal... moga2 kalian mampu menjalankannya dengan sebaik mungkin... tetapi x mungkin sempurna!!

Dan aku di fahamkan, pimpinan sahabat2 di UM juga akan melalui perubahan 2,3 hari lagi... benarkah??... oh, pemimpin datang dan pergi... kebetulan sekali, aku mengikuti perkembangan sahabat2 yang sering menjadi pencetus kebangkitan nasional untuk sesuatu isu berlegar tentang mahasiswa. Maka, sangat menarik untuk melihat siapakah yang bakal mewarisi tradisi mencabar dan penuh liku ini... benar, untuk membandingkan tidak adil... kerana setiap yang dilantik pasti punya kekuatan yang benar2 telah terlihat... tetapi, oh seronok juga melihat siapakah mereka ini... sekadar selingan... jika Tun M dan Pak Lah... bagaimana ya??... adakah perbandingan??... tidak perlu kerana semuapun sudah tahu!!

Cuma aku sering sahaja berpesan kepada diriku... sekali lagi pimpinan datang dan pergi... jika kita adalah penyokong pimpinan, ketahuilah ianya tidak kekal... tetapi dukunglah idealis yang inginkan kepada Islam... benar, pimpinan yang dilantik, sudah pasti membawa misi Islam bersamanya... tetapi andai satu saat mereka menjadi golongan yang tercicir, perlukah lagi mereka ini diikuti??... sekadar info, ada seorang pak menteri yang jadi begini.. siapakah??... nasihat ini terpakai juga untuk jemaah di luar... aku benar menyokong jemaah Islam... kadang kala ada juga tindakan pimpinan yang bersalahan dengan pendapatku... tetapi memikirkan dukunganku adalah untuk Islam, maka selemah2 ukhuwah adalah berlapang dada... moga2 kalian begitu juga....

Aku coretkan begini kerana sudah sangat biasa terjadi, apabila pimpinan baru dilantik, ada sahaja suara2 sumbang yang mempertikaikan kreadibiliti dan karismatik pimpinan itu... kerana mereka menyokong orang dan bukan Islam... Allah maha tahu!!




Oh adakah lagi pimpinan sehebat sahabat??... aku bukan seorang Umar... bukan juga Abu Bakar!!

Teruskan Bacaan......

Tuesday, March 25, 2008

Sunnah Berjuang...



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.


P/S : Berjuang itu banyak halangannya... sudah menjadi sunnah begitu... tidak dinamakan berjuang tanpa halangan... kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan, maka tiada alasan untuk katakan tidak pada perjuang ini... namun Ya Allah, hati ini sering terdetik perasaan tidak yakin pada kemampuan diri... kurniakanlah keberanian kepada diri yang hina ini Ya Allah... Wahai yang Maha Pemberi... Tiada Tuhan selain Engkau...

Teruskan Bacaan......

Sunday, March 23, 2008

Kematian itu pasti...bukan sekadar mimpi...

Rupanya itu mimpimu... erm sekadar mimpi... belakangan ini, ramai pula rakan2 memberi respon terhadap posting2ku... syukran masih mengambil berat... kalian sahabat dunia akhirat...

Pertama...
Ya akhi, kebelakangan ini, tulisanmu sering menunjukkan sisi sedih dari perjalanan hidupmu... tidakkah kau punya sisi gembira sehari2??...

Kedua...
Banyak sungguh rahsia yang akhi pendamkan dari kami... mengapa tidak dulu berterus terang??

Ketiga...
Melihat postingmu... terlihat kurangnya jalinan ukhuwah di dalam gerak kerja kampus... benarkah??

Keempat...
Terukkah sakitmu... masa TAQ dulu... benarkah akhi pengsan hasil penyakitmu??

Dan beberapa soalan lagi... buat aku berfikir kembali... benarkah apa yang aku sedang lakukan kini??... adakah aku sedang menagih simpati dengan yang namanya manusia??... sedangkan penggantungan harapanku hanya pada Dia... Tuhan yang Esa..




Kematian itu pasti wahai sahabat... tidak perlu dimimpikan... ia janji yang pasti... cumanya... bersediakah??... Ya Allah... moga aku mati dalam Iman dan Islam... Redhailah kami...

Oh teman... ketahuilah, aku seorang yang ceria... tanyalah pada mereka2 yang rapat denganku... haha... terlalu banyak sisi gembira dalam hidupku sehari2... melihat wajah sahabat yang tersenyum cukup membuatkan aku gembira... maka janganlah kau takut... aku masih melalui hari2ku dengan gembira... cuma kalau kau perasan dan mengambil tahu... kegusaran hatiku sangat tertumpu pada jemaah ini... belum pernah aku meluahkan perasaan selain untuk jemaah yang aku sayangi ini... kerana aku jadi sangat takut... andai aku tidak membantu malah menjadi beban untuk jemaahku... aku punya pemikiran lain dari yang lain... sudah terbiasa begitu... berterus teranglah jika kalian tidak senang dengan itu... dan satu yang sangat penting untuk kau tahu mengenai aku... aku punya hati yang halus sekali!!

Oh teman... soalanmu menusuk sekali... itu bukanlah rahsia... cuma belum perlu aku war2kan ia... pasti kau terperanjat andai kau tahu... banyak lagi yang kau tidak tahu mengenaiku... jom kita berkenal2lan... sehinga catatan ini ditulis... aku masih punya banyak rahsia berkenaan keterlibatanku dengan jemaah dan aku kira, biarlah ia sekadar rahsia... kerana menurutku... manis sekali jika aku mampu menjaganya... moga tidak timbul riak... hehe.. sekadar membiarkan tanda tanya berlegar di mindamu!!

Oh teman... janganlah kalian menilai begitu... jika ukhuwah antara kami tidak sebaik ini, aku jamin akulah orang pertama yang akan menjauhi jemaah ini... walaupun sudah ada bayang2 rakan jemaahku yang cuba menjauhi kita... tetapi ketahuilah, kalian yang paling ku cinta dilapangan kampus ini!!... mana mungkin orang yang pernah aku tidur sebantal... saling suap menyuap makanan, berkongsi air minuman dari bekas yang sama, direndam bersama..( oh lupa..aku tidak kena...wing2..huhu ) eh sekejap...haha, aku kene lebih lama untuk TQ...hahaha hipokrik sungguh kalian...benarkah hipokrik itu munafik??...sekadar membuatkan kalian takut kerana bahasa arab lebih terkesan... benarkan??..., beraktiviti... mengembara, menghamburkan air mata.. berkongsi bahu untuk menceritakan perihal masalah 'itu'... oh ukhuwah bagaimana lagi yang ada begini di dunia??... kalianlah sahabat dunia akhirat... sehingga selalu dalam doaku... meminta kita sama2 berjiran di syurga!!

Oh teman... benar... waktu TAQ itu aku sedikit terpengsan... lantaran terlalu kuat berfikir dan kepalaku jadi pening sekali... sedikit terkesan... cuma pendapat peribadiku... itulah Tamrin paling tidak berjaya... sehingga membuat sahabat yang paling rapat denganku dulu dan kini mengelak untuk bersama jemaah... apa yang kalian lakukan??... sedikit tersentak... dalam keadaan begitu... soal seseorang... "tidur eh??"... oh bila dikenang kembali... sudah menjadi lawak... tapi perasanku waktu itu??... pesanku... dilain kali... jagalah maruah... kerana melalui maruah, ramai yang akan menilai... hipokrit??... entahlah... sekali lagi... sama maksud dengan munafik!!

Ya ALlah... tunjukkanlah jalan yang benar buatku... kerana penulisanku ini... ada baik dan buruknya... dan untuk itu, manakah yang lebih baik... beginikah atau ku senyapkan sahaja??... oh lemah rupanya aku... siapa kata aku kuat??... sekadar melalak sewaktu mesyuarat??... boleh sahaja dilatih... x percaya??... cubalah!!... rupanya kalian lagi penakut!!

Teruskan Bacaan......

Saturday, March 22, 2008

Pabila Daku Terkenang Bonda...


Sejadah Tua Itu...

Umurnya 4 tahun lebih tua dariku...
Hadiah Abi buat Ummi..
Tatkala menyarung cincin dijari...
Oh dapatku bayang bahagianya saat itu...

Sewaktu kecil, aku jadi hairan...
Ummi hanya akan bersembahyang...
Bersama sejadah tua itu...
Aku pernah bertanya...
Apakah istimewanya ia..
Ummi menjawab, istimewanya ia tiada dua...
Sehingga kini masih yang sama...

Pabila daku terkenang Bonda...
Sejadah tuapun mampu mengubat duka...
Kerana aku juga gembira berada diatasnya!!

Teruskan Bacaan......

Taubat Seorang Hamba...

Hari ini aku menghadiri mesyuarat jemaah untuk merancang aktiviti jemaah seterusnya... tetapi entah kenapa aku jadi sedih sangat... entah lah apa punca sebenarnya... rasa diri tidak menyumbang satu apapun pada jemaah yang aku sayangi... malah aku rasakan, aku adalah beban yang terpaksa dipikul oleh rakan2 ku yang lain.. terutamanya pimpinan yang banyak berbaik sangka dan berlapang dada denganku... entahlah... saat ini aku teringat Umi... derhaka sungguh rasanya diriku... dalam penulisanku, tidak pernah langsung ku sentuh darihal kekasihku ini... zalim sungguh aku... Wahai ibu, ketahuilah, kau kekasihku Dunia Akhirat....

Sisi lain dariku, aku ingin sahaja meletakkan jawatanku...semata2 kerana sayangku kepada jemaah ( atau melarikan diri??..) entahlah... mungkin aku dilahirkan dengan melihat sesuatu terus pada sisi yang lain... dan x ramai yang boleh terima itu... maka akhirnya, aku jadi beban di dalam melontarkan idea pemikiranku yang pada tanggapan banyak pihak... sedang menjatuhkan jemaah itu sendiri...benarkah??

Tidak dapat kutahan2 lagi... benar, aku sedang berkonflik dengan 'mereka'... semuanya gara2 mulutku yang aku sendiri yakin memang tidak mampu kukawal... itulah aku... tetapi ketahuilah aku benar2 melakukan itu, untuk menjadikan jemaah yang aku sayangi lebih terkehadapan... lebih membangun bersama Islam... lebih maju dengan gerak kerja... dan tentu sahaja tidak ramai yang bersamaku... kerana itu memang aku...

Maka aku putuskan... kembali pada pemilikku adalah yang terbaik.. Ya Allah, terimalah taubat seorang hambaMu....



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, March 19, 2008

Jika Kekasih Allah itu berada di sisiku...


Suatu hari Rasulullah berbaring di sebelah sahabat tercintanya Sayidina Abu Bakar Al-Sidiq ra...Tiba-tiba sahaja baginda menangis sehinggakan airmatanya beralur di lantai gua Thur tempat mereka bersembunyi semasa peristiwa hijrah..

Abu Bakar merasa risau lantas bertanya..

"Mengapa ya Rasulullah apakah yang tak kena?"

Rasulullah menjawab ''aku rindukan saudara-saudaraku''

Tanya Abu Bakar lagi ''saudara-saudara yang mana ya Rasulullah''

Rasulullah menjawab lagi ''saudara-saudaraku al-ikhwan umat-umat Islam akhir zaman''

P/S : Ya Kekasih Allah, adakah aku termasuk al-ikhwanmu??... jika Kau masih berada di sisiku saat ini, pasti kau bertanya... Islamkah kamu... ish malu untuk aku bertemumu wahai yang amat kurindu... diri ini hina sekali... sunnahmu menjadi amalan tatkala musibah menimpa... maksiat bermaharajalela... namun aku tidak melakukan satu apapun untuk menghalangnya... masihkah kami ini al-ikhwanmu wahai yang benar??...



Hijjaz
Dia Kekasih Allah


Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa

Ku Pujuk Jua Hati Dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat

Selagi Upaya Ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya Ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat

Kerana Peribadinya Aku Terpesona
Kerana Budinya Aku Jatuh Cinta
Rindu Ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga

Sesungguhnya Apa Yang Ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Berarti Cinta Kepada Allah

Teruskan Bacaan......

Sunday, March 16, 2008

Sakit Itu Kifarah Dosa??

Kesinambungan Artikel terdahulu.... [link].... aku berjanji kepada seseorang untuk menerangkan keadaan sebenarku... ( suspen sungguh ) ... haha... beberapa orang sahabat bertanya apa sebenarnya penyakit yang aku tanggung... bunyi macam teruk... benarkah?

Ketika artikel pertama ditulis, aku baru sahaja menerima rawatan dari klinik Universiti, keesokannya aku membuat pelbagai ujian klinikal seperti ujian air kencing, ujian darah, tekanan darah, ujian paras gula, ujian paras kolestrol dan beberapa ujian lagi yang mengambil masa 4 jam kesemuanya..

Tak perlulah kuumumkan keputusannya... haha sekadar prosedur biasa apabila seseorang disyaki mempunyai pelbagai penyakit... aku mendapat keputusan seminggu kemudian... ternyata banyak yang normal kecuali tekanan darahku yang tinggi... 160/110 ( tafsir sendiri!!)...
dan sedikit gastrik alahan jika aku tidak sarapan... sedikit pedih tetapi kuasa Tuhan, tidak pernah menyerang ketika bulan Ramdhan ataupun ketika aku berpuasa sunat!!

Aku ingat sekitar itu sahaja... kerana 13 mc yang aku dapati adalah hasil kepalaku yang sering sahaja pening tatkala bangun dari tidur atau panas yang terlalu terik dan kadang kala ketika tekanan hidup yang memuncak... maka tekanan darahku boleh naik sehingga 180/120... maka sahaja doktor memberiku mc yang dipersoal oleh lecture ku... haha.. banyak mc yang aku tidak gunakan kerana penyakit ini sekadar 15 minit sahaja...

Maka pada hari aku menerima keputusan itu, doktor jadi pelik aku sering sahaja pening2 dan meningkat tekanan darah... dia menyuruhku menceritakan sejarah perubatan keluargaku... ketika aku menceritakan nenekku meninggal pengidap barah payu dara, makcikku meninggal pengidap barah usus dan perut, pak cikku pengidap angin akhmar, dengan tiba2 doktor tersebut menjadi panik.... aku segera di beri surat rujukan ke hospital Taiping untuk membuat ujian scan kepala kerana melalui laporan ujian klinikalku, katanya aku disyaki mengidap kanser otak!!


Erm bayangkan bagaimana perasaanku saat itu???.... haha... esoknya aku bibawa oleh pihak klinik Universiti ke Hospital Taiping untuk scan otak...dan keputusannya, seminggu kemudian...
Hehe dan keputusannya... huhu.. Syukur pada Tuhan, aku disahkan bebas sel kanser... tetapi cecair dalam otakku melebihi sedikit dari paras normal... tidak ada apa yang perlu dilakukan kerana itu adalah faktor genetik... cuma akan sedikit pening apabila cuaca panas, atau terlalu sejuk, atau terlalu kuat berfikir... jadi, penyelesaiannya??... hehe

Dan mengenai darah tinggi dan gastrik, aku di ceramahkan oleh Dr untuk mengawal pemakannanku, dan sering bersenam... haha... suatu yang aku lupakan sejak 10 tahun lalu... malas aku nak ceritakan pada Dr itu bahawa aku pernah terkeluar tulang lutut menyebabkan aku tidak mampu aktif dengan sukan yang lama... ( bermain badminton sekejap2 je neh )... haha... dan kalau aku lapar, jam 3 pagi aku boleh keluar mencari makanan!!!... hahaha dunia sekarang kedai 24 jam...

Aku sudah sedia berkongsi ini, maka aku juga bersedia untuk melawan semuanya!!... haha... jangan sekadar semangat sudahlah... maka aku lancarkan kempen Tak Nak Nasi!!... ( selepas kul 6 petang...hahaha boleh pulak aku hidup x makan nasi?? ) dan satu lagi kempen Kurangkan Percakapan Harian 40%!! ( kerana aku sering tertekan apabila mengutarakan sesuatu pendapat!!... dan darahku akan naik!! ) btw banyak cakap membuatkan aku selalu dalam situasi tidak selesa... dapatkah aku melakukannya??... sekadar info, sejak sekolah rendah, aku terlibat dengan syarahan, pidato, bersajak, berbahas, dan segala jenis aktiviti yang memerlukan aku bercakap... maka memang satu pendekatan yang jika berjaya, aku akan jadi seseorang yang lain selepas ini... benarkah??... haha.. kita lihat nanti hasilnya!!

P/S : sekarang tengah selesema nie... hehe mcm nak demam je... sok mc lagi??... hahaha... eh jap satu lagi penyakit aku sejak 5 tahun lepas... x mampu tidur malam... ape ubatnya??... huhu

Ya Allah, aku takut sebenarnya... takut dengan diriku sendiri... ampunkanlah dosa2 hambuMu ini ya Allah... moga2 aku masih kekal dengan iman dan Islam... doakan aku sahabat sekalian... ( apa mimpimu wahai sahabiah??... adakah sama dengan mimpiku?? )... moga cukuplah ALlah bagiku... dan mimpi sekadar mainan tidur dan ke jahannam lah kau syaitan yang dilaknat!!!


Teruskan Bacaan......

Thursday, March 13, 2008

Awal Usia Baru....Melodrama Seorang Aku...


22 tahun berlalu
Tatkala si kecil lahir
Mungkinkah disambut gembira?
Oleh keluarga tercinta.

Bukanlah insan istimewa
Sama apa adanya
Membesar dengan cepat
Tidak sedar masa berlalu
Kini sebesar seorang Aku.

Dia punyai matlamat
Hidup bukan sekadar ini
Punya misi dan visi
Terkadang lebih angan dari realiti
Namun tekad terus membulat
Yakin pastikan terjadi
Mungkin kini atau tertangguh.

Berdoa pada Tuhan
Pemilik diri
Yang telah dengan sifat Pemurah
Memberi hidup
Sehingga saat ini
Moga mati sebagai yang diredhai

Doakanlah
Moga tidak lupa diri
Dalam meniti usia sendiri
Kerana pertambahan ini
Membawa seribu erti
Kampung halaman menghampir dengan pasti

Moga kau menjadi dirimu wahai seorang aku!!!

Konsesi Dakwah
13 Mac 2008
12.00 a.m
Berjayalah kau wahai diri!

Teruskan Bacaan......

Wednesday, March 12, 2008

Belum Berakhir..awalan sebuah gembira...


Terasa diriku adalah yang terlambat untuk memberi sedikit respon terhadap keputusan PR 8 mac lalu... hehehe... sedikit sibuk belakangan ini... mencari erti sebuah aku... penawar bagi hati... huhu... yang sedang dirundung resah... tatkala sering menyendiri... dilubuk bilik sendri... terasa cepat masa berlalu...

Namun, keputusan Pr yang lalu... benar2 mengubat hatiku... ya Allah... tiada ragu lagi... Kaulah pemilik Alam... yang selama ini ramai dari hambaMu... seakan melupakan kuasaMu... dengan angkuh sekali menyatakan Malaysiaku milik mereka... sedang Kau tunjukkan keangkuhan... tidak layak untuk yang namanya hamba!! Bukan sahaja dimalukan di Kelantan... malah diaibkan di Selangor, Perak, P. Pinang dan Kedah... haha... terbukti kalian makhluk yang sangat lemah!!

Dan untuk diriku pula... aku berasa sangat puas... Syukur sekali pada Tuhanku... Baling, Pokok Sena, Sungai Petani, Bagan Serai, Padang Serai, Parit Buntar, Sungai Dua , Pulai Chondong adalah tempat2 yang aku pernah lawati dalam proses PR... ( x memberi sumbanganpun!! ...huhu) ... namun aku puas.. hampir semuanya dimenangi oleh BR... kecuali Sungai Dua ( berjaya mengurangkan majoriti penyandang dengan banyak neh)...

Erm Ok la... rasa malas nak mengulas lanjut... pelbagai ulasan telah keluar sedari awal keputusan pertama keluar... cuma satu dari dasar hatiku yang paling dalam... moga2 BR tidak akan leka akan kemenangan menidakkan majoriti 2/3 BN ini... kerana rakyat sedang menilai... dan pengundi anda... ramai yang bukanlah ahli anda... mereka hanya sekadar menghukum BN..buktikan anda mampu menjadi yang lebih baik... semoga mereka2 ini akan terus menyokong malah mungkin satu masa menjadi pendukung BR!!...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, March 5, 2008

PR..suatu analisis @ pendapat peribadi??

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad, keluarga Baginda, Para Sahabat, muslimin-muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang sesat lagi menyesatkan. Moga cukup Allah bagi pejuang islam!!

PRU kurang lebih 48 jam dari sekarang, rakyat malaysia akan diberi peluang untuk memilih kerajaan yang bakal mengurus tadbir negara. Gerak kerja telah giat dijalankan sejak angin pembubaran parlimen bertiup kencang sekitar setengah tahun lalu. Pelbagai usaha menarik dan memikat pengundi telah dilakukan tidak kira oleh pembangkang mahupun pihak Barisan Nasional.

Terpanggil untuk membuat suatu analisi isu atau (pendapat peribadi??) mengenai PRU 12 ini. Mari kita sama-sama semak bermula faktor kemenangan besar BN pada PRU 11 2004 yang lalu.

1. Faktor Mr clean...

Ketika Perdana Menteri terdahulu, kita gelar Tun M melahirkan hasrat melepaskan semua jawatannya, ramai yang tertanya2 siapakah bakal menggantikan beliau untuk jawatan awam negara no 1 itu. Beberapa nama telah disebut-sebut seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan beberapa senior dalam UMNO. Waktu itu, nama Pak Lah tiada langsung didalam senarai rakyat Malaysia. Namun, pengumuman yang Tun M buat secara terbuka iaitu inginkan Pak Lah sebagai pengganti beliau, benar2 membuat rakyat gembira. Faktor Mr Clean Pak Lah begitu menonjol diawal kemunculannya sehingga membawa kepada keputusan yang begitu cemerlang buat BN pada PRU 11. Disamping itu, calon2 yang dikemukakan juga seakan2 mendukung aspirasi PM baru ini dengan agenda hadharinya. Mashitah umpamanya dilihat begitu bersahaja dan berpengaruh sehingga mampu menumbangkan Ustaz Taib di Baling. Maka dengan gelaran cucu ulama', masyarakat menyangka beliau akan memacu negara kearah lebih islamik.



2. Faktor Komponen Maya BN

Dinamakan SPR, POLIS dan MEDIA MASSA ( RTM, MEDIA PRIMA, UTUSAN dll) sebagai komponen maya BN kerana melalui komponen2 inilah sebenarnya BN meraih sokongan terbanyak. Mari analisis satu persatu.




SPR, melalui kepakaran dan bidang kuasa yang ada pada mereka telah merangka satu pelan strategik kemenangan berterusan BN didalam pilihan raya. Tidak keterlaluan jika dinyatakan komponen SPR adalah komponen terpenting dalam BN melewati kepentingan MCA dan MIC. Dengan me'legal'kan pengundi2 hantu yang berjumlah puluhan ribu ( banyak rakan2 bloger telah mendedahkannya) di samping undi2 pos yang secara total menjadi milik BN, maka SPR cukup berperanan sekali.



POLIS, dengan bidang kuasa yang ada, POLIS telah menjadi komponen utama BN dalam menyekat pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Berbekalkan hukum RIMBA, ISA yang dimaksudkan, semua figure2 berpengaruh telah dibuat seolah2 cukup bersalah dimata masyarakat. Anuar Ibrahim umpamanya ( walaupun telah diakui oleh Tun M beliau menganiaya Anuar), Polis terus agresif memastikan setip yang bersalah terletak di bahu pembangkang. Kejadian di Batu Buruk umpamanya mampu menceritakan segalanya.


MEDIA MASSA, merupakan satu lagi komponen utama BN didalam merealisasikan hasrat mereka untuk terus-terusan menipu rakyat. Melalui pelbagai berita dan sumber yang saban hari memberi mesej negatif terhadap pembangkang, tidak keterlaluan dikatakan Media adalah alat BN yang paling ampuh!. Dan menjelang 13 hari sebelum tarikh keramat, media ini dilihat menjadi komponen yang bakal mendapat imbuhan berupa durian runtuh jika BN mampu sekali lagi menawan Malaysia.

Dan mari kita lihat PRU 12 bagaimana....

Jika PR yang lalu, terbukti 2 faktor sahaja sudah cukup untuk mengembalikan kuasa kepada Bn, maka adakah situasi sama berulang?

Dan yang pasti serta sangat pasti...

1. Namun 4 tahun kemudian... Pak lah yang digembar-gemburkan sebagai Mr Clean, sudah kotor dan terpalit sana sini. Apatah lagi bekas Bosnya sendiri dengan terbuka telah mengkritik kepimpinannya yang lemah dan tidak bertenaga. Dengan imej yang kian tercalar, diburukkan lagi dengan perilaku sendri yang acap kali tidur ketika acara2 besar seperti perhimpunan UMNO malah perjumpaan ketua2 negara OIC dimana Malaysia adalah pengerusinya telah menjatuhkan lagi krediabiliti cucu ulama' ini sehingga satu tahap beliau ditertawakan oleh rakyat Malaysia atas tindakannya itu. Terbaru, pendedahan gambar peribadi beliau secara berpeluk pinggang dengan pelakon dan model jelita menjadi bualan mulut. Kalaulah media massa arus perdana menyiarkan gambar ini, pasti terduduk Pak Lah saat ini juga.




2. Namun, kekuatan komponen maya BN masih tidak mampu diatasi...

Tetapi, beberapa situasi luar jangka sekarang mungkin banyak membantu mengimbangi kekuatan komponen maya BN ini... antaranya:

1. Faktor Anuar...tidak keterlaluan jika dikatakan faktor Anuar masih kuat mencengkam, bukti paling nyata adalah sokongan kuat daripada kaum India dan Cina mula dirasa oleh PAS dan Keadilan sendiri di samping DAP yang secara tradisi mempunyai pendokong setia sejak dahulu. Ditambah kelab penyokong PAS yang saban hari kian aktif, tidak mustahil pengaruh media, SPR dan Polis mampu ditenggelamkan. Namun, segala bentuk penipuan sudah dirancang lama dulu. Maka faktor ini masih belum menjamin.

2. Faktor perebutan dalaman BN itu sendiri seperti yang berlaku di banyak kawasan di Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor dan banyak negeri lain sehingga berlaku protes terhadap BN sendri. ( x perlu dihurai kerana sudah terlalu banyak didedahkan). Hal ini sudah tentu memberi kelebihan kepada pembangkang yang sudah sememangnya menjanjikan yang terbaik untuk setiap rakyat.

3. Faktor kelemahan Kerajaan di dalam mengawal isu2 semasa. Kenaikan harga minyak umpamanya merupakan isu yang sangat ampuh sekarang. Dengan janji yang dibuat pembangkang untuk melaksanakan negara berkebajikan, dilihat isu kenaikan harga barang dan sara hidup begitu berpihak kepada pembangkang.

4. Faktor sokongan pengundi muda. Pengundi muda melalui culaan yang dibuat di Sungai Dua, Baling, Pokok Sena, Bagan Serai dan Parit Buntar umpamanya ( sekadar beberapa tempat yang penulis ada pengalaman mengenainya), pengundi muda adalah sangat berpihak kepada pembangkang. Faktor mengetahui isu semasa sangat membantu di dalam peningkatan sokongan orang muda ini.

5. Faktor kelemahan Yb BN yang lalu. Di banyk kawasan, faktor ini sangat terkesan di hati pengundi, jika tidak, mana mungkin Mashitah terpaksa ditolak ketepi lantaran tiada satupun jasa yang beliau taburkan di parlimen sendri. Pengundi yang telah rasa tertipu ini sudah barang tentu mencari alternatif untuk menunjukkan kemarahan mereka. Dan memang menjadi kredit kepada Pembangkng kerana sangat kebetulan prestasi YB2 pembangkang begitu baik sekali.

Kesimpulan..

Jika dilihat dari mata kasar, kemenangan BA adalah sangat hampir terjadi jika tiada penipuan dan komponen2 BN yang tidak sah ini. Namun, apa2pun boleh terjadi. Tetapi sebagai seorang beriman, cukuplah ALlah bagi kita...moga2 kemenangan milik pejuang ISLAM!!!..mari kita sama2 berusaha dan terus bekerja...moga2 Uhud bertukar Badar!!

Teruskan Bacaan......

Sunday, March 2, 2008

Tolong Amin-kan...

Seseorang baru sahaja bagi satu doa...dia minta diaminkan...bila baca semula doa tu...sayu rasa hati....dan cukup hina rasa diri...jom sama2 aminkan doa sahabat ini...moga2 menjadi doa kita bersama...

Ya Allah kau satukan lah hati2 kami .. di hari tiada sebutir nasi yang mampu disuap. tiada satu kenderaan yang dpt mghilangkan penat, tiada kaum kroni yg mampu menolong. kecuali mereka yg mndpt pelepasan dari kerugian ini dan mereka yg dari golongan sedikit..

Ya Allah jadikan lah hati-hati ini bersatu menyintai-MU... berteduh bawah "bendera"-Mu .. yang Engkau redha pacaknya.... yang Engkau redha darah yg mengalir bawahnya...


Ya Allah.. jauhi kami dari penyakit2 hati yang merosak... jadikanlah rindu dan khauf kami semata untuk-MU.. jadikanlah dunia ini hanya keperluan kami, seperti mana yang Engkau kurnia kpd Rasul-MU yang kami cintai....


Ya Allah... Rindu kami ke Jannah-MU tiada tertahan lagi... Pengharapan kami tiada penghujung lagi.. Kurniakanlah kami cintamu yangb tak pernah malap... Kerana hanya dgn Cinta-MU kami hidup, dan tiada hidup tanpa Kasih-MU...

Ya Allah... cabutlah nyawa kami dgn mati yg Engkau redha akannya... supaya kami kembali dgn tenang... dan aman bawah rahmat-MU... dan supaya pertemuan kami dan Engkau menjadi bukti perjuangan kami....


Ameen ya Muqallibal Quluub


Teruskan Bacaan......

Saturday, March 1, 2008

Pesanan TGNA....


UMNO ibarat layang-layang putus tali,
Nampak bebas ke atas ke bawah dan kiri ke kanan,
Akhirnya layang-layang ini akan jatuh ke sungai atau merempuh pokok dan musnah.

PAS mempunyai tali yang terikat dengan Allah,
Tali ini ialah tali taqwa.
Ia nampak seperti tidak bebas, tetapi ia tetap selamat.
Dengan ikatan itu, ia dinaikan di awal petang dan ditarik turun di awal pagi,
Ia disimpan dan dinaikan semula dengan selamat sampai bila-bila.

Demikianlah PAS berbanding UMNO/BN.
Satu parti yang tidak bertunjang, tidak berpancang dan tidak bertali.
Inilah parti kebangsaan yang sama-sama kita hadapi dalam Pilihanraya Umum (PRU) kali ini.

Pilihlah dengan cermat demi keselamatan dunia dan akhirat

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)

P/S : Aku dapatkan ini melalui emel rakanku...dan moga2 benar ia mutiara dari TGNA...dan aku telah memilih Islam dan PAS...anda bagaimana???

Teruskan Bacaan......

Doa Qunut Nazilah...suatu permintaan yang wajib!!

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم
وفرق جمعهم
وستت كلمتهم
وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلاب
ك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب
ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
-------
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



P/S: Ya Allah bantulah kami...sesungguhnya kami insan yang lemah...Cukuplah Allah bagi kami...

Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!