Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, August 30, 2007

Program Pendidikan Perlu Hindar Lahirkan Robot: Raja Nazrin

IPOH, 29 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah hari ini mengingatkan mengenai pentingnya asas falsafah pendidikan yang menekankan pembinaan sahsiah, minda dan roh insan bagi menghindari lahirnya "produk pendidikan robot".

Baginda menyifatkan "produk pendidikan robot" itu sebagai manusia yang hilang sifat-sifat insaniah sebaliknya akan bersifat takbur dan berlagak sombong.

"Produk pendidikan yang dihasilkan, wajib diperkukuhkan dengan iman dan takwa, menjadi insan yang memiliki integriti diri yang tinggi lagi dihormati, bersifat jujur dan bersifat amanah," titah baginda pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ridzuan (KIDR) di sini hari ini.

Menurut Raja Nazrin, program pendidikan hendaklah dirangka untuk dapat menghubungkan modal insan yang dibangunkan dengan proses pembangunan negara.

Baginda bertitah pelbagai perkembangan yang sedang berlaku di abad ke-21 menuntut kepada orientasi baru, pendekatan baru, kaedah baru dan kurikulum baru pendidikan supaya produk pendidikan menjadi relevan kepada keperluan semasa.

Usaha mencetuskan transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh kerajaan amatlah bertepatan dan membuktikan usaha serius negara dalam merealisasikan agenda membangunkan modal insan, titah baginda.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang memperkenalkan tiga langkah khas untuk mencetuskan transformasi dan membawa pembaharuan kepada institusi pengajian tinggi negara ini.

Menerusi rancangan jangka panjang yang melangkaui tahun 2020 itu, Perdana Menteri menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur IPT dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

Raja Nazrin bertitah bahawa pembangunan insan akan lebih sempurna jika sentuhan keinsanan turut terbina di samping keupayaan menguasai ilmu teknologi.

Baginda juga mengingatkan bahawa teknologi yang dikuasai oleh manusia yang memiliki nilai kemanusiaan akan digunakan untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia tetapi akan menyebabkan kemusnahan apabila dikuasai golongan yang zalim.

"Teknologi tinggi semata-mata jika tidak diimbangkan dengan sentuhan kemanusiaan tidak akan memberi faedah kepada kehidupan alam. Konsep sinergi bersepadu yang merupakan kesepaduan antara komponen peribadi mulia dan komponen misi universal perlulah menjadi asas dalam pembangunan sahsiah insan," titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, kejayaan sistem pendidikan juga bergantung kepada tenaga pengajar yang bijaksana dan berupaya menggabungkan keagungan tradisi dengan pengetahuan semasa selain berupaya menyemai roh dan komponen kemanusiaan di hati pelajar.

Dalam konvokesyen hari ini, 173 pelajar menerima diploma bagi pengajian syariah, bahasa dan kesusasteraan Arab, teknologi maklumat, perbankan dan kewangan Islam serta perakaunan.

-- BERNAMA

Tidak dinafikan mahasiswa yang dilahirkan kini lebih lesu dan bersifat menurut..asal sahaja mendapat pekerjaan selepas tamat belajar...mereka jadi gembira tanpa sedikitpun mempedulikan hak2 mereka sebagai mahasiswa...mereka lebih suka hidup statik daripada bersusah payah meningkatkan kualiti diri...moga2 aku dan kamu tidak tergolong dari manusia2 rugi ini...amin

Teruskan Bacaan......

Wednesday, August 29, 2007

Fitnah...Termasuk dosa-dosa Besar??


Filed Under (Tazkirah) by badruzamani on 17-08-2007

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat yang paling agung diberikan Allah S.W.T sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hatilah lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati. Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah. Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Aku bawakan penulisan yang aku bace beberapa hari lalu untuk tatapan diriku dan juga mereka2 yang selalu menabur fitnah..sesungguhnya aku memohon ampun dan maaf dan aku juga telah memafkan kalian...kepada penulis asal tulisan ini, aku minta maaf kerana tidak meminta izin kepadamu untuk meletakkan penulisan ini di sini...jika ada sebarang masalah...hubungi aku dan aku akan menarik kembali posting ini...moga2 dapat dikongsi bersama di alam maya!!

Teruskan Bacaan......

“ Erti Kemerdekaan Adakah Minda Muda-mudi Masih Dijajah?!!”

Salam Perpaduan, Salam Merdeka Dan Salam Muhibbah…

Alhamdullillah…bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengn limpah kurnianya, InsyaAllah kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaaan Negara Malaysia tercinta yang ke-50 tidak sampai 2 hari lagi iaitu 31 Ogos yang akan datang. Maka hari ini, suka saya untuk berpidato di bawah tajuk “ Erti Kemerdekaan Adakah Minda Muda-mudi Masih Dijajah?!!”

Hadirin Hadirat Yang dimuliakan,

Jika dinisbahkan kepada umur seorang manusia, tempoh 50 tahun adalah ibarat seorang datuk yang mempunyai 3 orang cucu. Maka dalam jangkauan umur ini, adalah mustahil pemikiran mereka masih seperti kanak-kanak seusia 10 tahun. Namun bukan itu yang ingin saya perkatakan. Tetapi hakikat kini, muda-mudi tidak dapat mencapai pemikiran seperti yang dialami oleh mereka-mereka yang sama-sama berjuang mendapatkan kemerdekaan. Nama seperti Abdurrahman Limbong, Tok Janggut, Tok Bahaman langsung tidak diketahui apatah lagi dikenali. Malah mereka-mereka ini lebih mengenali siapa J.W.W Bird yang kononnya teraniaya.

Lahir mereka kedunia dalam keadaan sudah sedia merdeka. Apa yang dihajatkan dihati seringkali tertunai. Tidak langsung pernah merasa keperitan zaman pejuang-pejuang bangsa mendapatkan kemerdekaan. Makanan tidak mencukupi, pembunuhan setiap hari sehinggakan tidak sedikit yang terkorban untuk meraih kemerdekaan. Namun malangnya apabila kemerdekaan telah diperoleh, muda-mudi lupa semua itu. Saban tahun, jika disebut hari kemerdekaan, mereka jadi seronok untuk menyambutnya tanpa sedikitpun mengetahui erti sebenar kemerdekaan itu. Jauh dari itu, setiap kali sambutan dibuat, seolah-olah menyambut sebuah pesta keraian tanpa seikitpun menoleh ke belakang bagaimana sebuah kemerdekaan dicapai. Jerit perih pegorbanan wira-wira silam langsung dilupakan dengan semangat yang tinggi menyatakan kita tidak lagi dan tidak mungkin akan pernah terjajah semula kerana kita telah merdeka!

Hadirin Yang dimuliakan,

Namun hakikat kini, kita masih lagi dijajah!!.Bukan dari segi lahir, tetapi dalaman dan pemikiran kita telah terjajah. Sedar atau tidak, kita sebenarnya menuju kepada penjajahan bentuk baru yang jauh lebih ganas. Jika penjajah-penjajah zaman silam tidak mampu mengubah budaya bangsa kita seperti Melayu tetap Melayu, Cina tetap Cina dan India tetap India. Tetapi lihatlah kini, muda-mudi yang telah keracunan minda ini menganggap setiap yang dilakukan oleh bekas penjajah ini adalah yang terbaik dalam hidup. Mereka lupa manusia yang mereka jadikan model ini merupakan penjajah bangsa mereka suatu masa dahulu. Penjajahan bentuk baru ini telah berjaya mengubah Melayu menjadi Inggeris, Cina menjadi Irish dan India menjadi Perancis!!

Lihatlah sahaja cara pemakaian muda-mudi ini. Semakin hari baju kurung diganti dengan seluar ketat, Kain pelikat diganti dengan seluar pendek. Malah tindik telinga bukan lagi milik wanita, rambut pendek bukan lagi milik lelaki. Halal haram bagi Islam bukan lagi ukuran, yang tidak elok bagi bangsa Cina bukan lagi sandaran. Sedarlah Khadijah sudah jadi Caddy dan Tan Jiun Yang sudah jadi Robert. Maka apa lagi yang tinggal untuk mengambarkan jati diri bangsa sendiri?

Duhai rakyat Malaysia sekalian,

Bagaimana minda mudi-mudi ini tidak dijajah jika saban tahun setiap kali tiba musim sambutan kemerdekaan, kita terlalu disogokkan dengan hiburan yang melalaikan. Tidak dinamakan sambutan jika malamnya tiada bunga api dimainkan tidak dinamakan sambutan jika tiada artis antarabangsa dijemput membuat persembahan. Tetapi dalam prose situ, mat rempit berleluasa, zina tidak terkawal dan penagih dadah turut berpesta. Inikah erti sebenar sebuah kemerdekaan??...setakat ini sahajakah sambutan sebuah kemerdekaan ??..dan diakhiri pada paginya dengan sebuah perbarisan..dan perkara ini berterusan dari tahun kesetahun. Program kerohanian diabaikan, dan jika ada yang masih mempunyai kesedaran untuk melaksanakan tidak ramai yang akan menyertai. Kerana minda mereka berkata ini bukan caranya menyambut kemerdekaan!!

Maka janganlah hairan nanti jika ditanya kenapa muda-mudi ini tidak lagi mengenal bangsanya. Kerana kita tidak langsung menyekat budaya songsang yang dibawa oleh penjajah. Malah lebih teruk dari itu, kita menganggap mereka yang terbaik. Dunia semakin terbuka dan tiada sekatan yang boleh dibut. Perkahwinan sejenis bukan lagi perkara baru, zina sana sini umpama kejadian biasa, maksiat dikatakan lucu, anak haram mempunyai kesatuan, bunuh bayi tidak berdosa, mat rempit pejuang bangsa, penagih bangsa aset berharga dan rasuah dianggap upah!!. Macam inikah negaraku yang telah 50 tahun merdeka??. Tidak ingatkah kita pada apa yang berlaku di Indonesia yang kini hamper lumpuh kerana mereka sudah hilang jati diri!

Bangunlah rakyat Malaysia,

Kita bina bina jati diri, kita pupuk kesatuan hati, kerana kita mempunyai bangsa sendiri yang perlu kita cermati.Melayu, Cina, India dan semua peribumi, Kita adalah bangsa Malaysia. Kita adalah kita. Tidak perlu menjadi yang lain. Kemerdekaan bukanlah jaminan kita akan kekal merdeka. Kerana penjajah menganggap kita tidak lagi perlu dijajah lahirnya kerana kita sudah jadi seperti mereka!! Malah kadang kala kita lebih terkehadapan daripada mereka.

Jika berbahasa, bahasa Melayu tidak lunak sebutannya, bahasa mandarin tidak fasih struktur bunyinya, bahasa Tamil tidak ketahuan asasnya tetapi bahasa penjajah ini kita tahu penggunaan mana yang salah melebihi bangsa penjajah ini sendiri. Tidak hairanlah jika ada yang menyatakan kelihatan bodoh jika berbahasa ibunda!! Semua ini terjadi kerana minda muda-mudi telah terjajah dengan menyatakan bahawa bahasa inilah bahasa dunia dan dengan bahasa inilah kita akan maju. Dan untuk kelihatan maju apalah salahnya jika warisan bangsa kita lupakan!!

Hadirin Hadirat pemilik jiwa merdeka,

Ayuh kita bangun dan kita sedarkan diri kita dari lena yang panjang, kemerdekaan bukan sekadar sambutan. Ia memerlukan pengisian dan jiwanya sendiri. Jauh dari itu, kemerdekaan perlu dipertahankan. Bukan sahaja dari segi lahir, kita seharusnya merdeka dari segala segi. Minda kita perlulah diubah kepada minda pejuang bangsa dan agama dan bukannya minda seperti seorang penjajah. Saya menyeru kepada diri saya dan kalian semua supaya kita sama-sama melahirkan generai selepas ini yang faham apa sebenarnya erti sebuah kemerdekaan. Dan ketahuilah ianya memakan masa 450 tahun untuk dicapai tetapi dalam sekelip mata boleh dirampas!!

Salam Merdeka dan Selamat Berjuang!!





Teruskan Bacaan......

Tuesday, August 28, 2007

Pesanku Buat Diriku dan Dirimu...

Kebelakangan ini sungguh banyak aktiviti yang telah aku lalui...kebanyakannya adalah untuk jemaah yang aku sayangi...dan antara lainnya adalah aktiviti yang dibuat khusus untuk adik2ku...tahniah kepada yang telah betungkus-lumus untuk program ini dan maafku pinta kepada ketua excoku...aku bukanlah yang menyumbang melainkan yang mendatangkan masalah...

Bukan itu yang ingin kusentuh pada penulisanku kali ini...tetapi aku ingin membicarakan ketidaksenanganku berkaitan semangat batch dan tradisi sesuatu program diurus...adakah benar setiap batch mesti menguruskan hal2 berkaitan batch bawahnya??...bagaimana dengan batch senior??...hanya mampu melihat2 dan meninjau2??...maka dibiarkan kami bekerja sambil mengharapkan yang terbaik??...

Jika itu tradisinya, maka aku jadi sangat tidak yakin keberkesanan program yang di jalankan...bagaimana mungkin batch yang ada kini akan mampu menguruskan adik2 mereka pula nanti???...maka aku bukanlah menyalahkan abg2 senior, namun tujuanku adalah ingin berpesan kepada diriku dan kepada dirimu rakan2 seperjuangan dari batchku supaya janganlah kiranya kita biarkan adik2 kita ini nanti pula terkontang-kanting di dalam menguruskan sesuatu program...

Aku tuntut diriku dan dirimu jua supaya kita sama2 membantu dan memberi tunjuk ajar di dalam mereka menguruskan program yang di atur...kerana pengalaman kita ini janganlah ianya menjadi dendam supaya dilalui pula oleh adik2 ini...pincang??...memang pincang...cacat disana-sini...memang aku yang bersalah...maafkan aku untuk itu...tetapi jauh dari itu aku ingin kita sama-sama jadikan iktibar supaya ianya tidak berulang...

Dan Aku jadi sangat tertarik dengan sedikit perbalahan yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang kuanggap kesalahan penerimaan komunikasi. Kuakui tiada yang sempurna didunia ini namun aku melihat perbalahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan inginkan kesempurnaan. Bagus sebenarnya namun lebih dari itu, emosi mestilah terlebih dahulu stabil sebelum menghadiri mesyuarat. Melihat muslimat dngan nada marah maka tersingkaplah peribadi diri sendiri. Garang juga dia rupanya!!

Untuk adik-adikku, semoga kalian mendapat sedikit sebanyak manfaat di dalam program yang telh diatur dan diharap untuk masa-masa hadapan kita akan sama-sama dapat berganding bahu di dalam membantu adik-adik yang bawah ini pula...dan untuk itu, selamat berjuang!!

Teruskan Bacaan......

Friday, August 24, 2007

Sahabat..Ukhuwah Fillah Illal Jannah...

Sahabat...
Ketahuilah satu perkara...
Aku bukanlah yang terbaik...
Jauh sekali dianggap sempurna...

Aku punya keperibadian sendiri...
Terkadang buat kau tersentuh...
Atau mungkin sahaja terguris...
Kerana sikapku memang begini...

Ramai yang seperti kau...
Tidak langsung memahami aku...
Sedang kau mengakui aku sahabatmu...
Mengapa kekurangan ini tidak bisa kau terima??...

Aku juga punyai hati...
Terkadang tidak dapatku kawal...
Kerana masalah hati rumit sekali...
Aku jadi sering tertewas...

Ya benar...
Terkadang juga...
Hati ini jadi keras sekali...
Umpama batu seusia dunia...

Namun percayalah...
Sekeras2 batu...
Akan tetap mampu untuk dilembutkan...
Lantaran batu juga makhluk...
Yang menurut perintah Allah!!...

Katahuilah sahabatku...
Walauapapun badai melanda persahabatan kita...
Aku cuma ingin kau tahu...
Aku masih seperti dulu...
Cuma mungkin sedikit menjadi lain...
lantaran pemikiranku kini kritis sekali...

Dan ketahuilah...
Sekali bersahabat...
Selamanya tetap sahabat!!

Sahabat...Ukhuwah Fillah Illal Jannah!!!...


Dedikasiku kepada sahabat2 diluar sana yang mungkin tersalah sangka kepadaku...aku masih seperti dahulu...atau aku mungkin sahaja bersalah...dan aku mohon kemaafan untuk itu...kerana aku jadi takut...masalah hati tidak siapa mengetahui!!...

Buatmu sahabat...


Teruskan Bacaan......

Thursday, August 23, 2007

Arrrrgggg...test lagi!!!...



Aku jadi sudah terbiasa dengan test2 di bumi kampus ini...dan sekali lagi untuk entah keberapa kali dalam semesta ini...aku melalui test yang pada pandanganku akan memberi impak yang hampir sama terhadap tahap akademikku...bukan tidak boleh buat...jauh dari itu...aku sudah terbiasa sebenarnya melalui test2 duniawi yang bersifat berfikir ini...walau sesukar manapun...hatiku jadi tidak begitu gelisah seperti apa yang berlaku malam tadi...

Ya malam tadi...tatkala rakan2ku sibuk menelaah dengan penuh stress...dan akhirnya paginya ramai juga yang mengeluh tidak dapat menjawab test yang diberi...aku telah pergi melihat2 bumi Allah yang letaknya lebih 50 km dari bumi kampus ini...sebetulnya aku pergi atas urusan Jemaah...dan bagi kebanyakan orang, akan menganggap aku kurang bijak kerana bertindak tidak kene pada masa...walaupun ahli jemaahku sendiri!!

Aku jadi terfikir...antara usaha terhadap agama Allah dan usaha terhadap diri...mana satu yang lebih utama??...aku kadang2 jadi keliru...perlu seseorang untuk menerangkan padaku...kerana prinsipku kini...aku sedang melakukan fardu kifayah...sedang fardu ain aku ringankan...arhh...aku semakin pening...bermasalahkah aku??...

Namun aku jadi bersyukur kerana Allah itu maha kaya...ya malam tadi aku keluar dan pulang lewat malam...aku hanya mula study sekitar jam 12 tgh malam sehingga 2 pagi...dan hasilnya...apa yang keluar test tadi...walaupun agak berlainan dengan apa yang aku study malamnya...namun aku masih yakin aku mampu menjawabnya...selebihnya aku serahkan pada Allah!!...

Berbeza dengan diriku yang lama...aku jadi kalut dengan test...setiap kali menjelang hari test...aku jadi kalut dan merasa beban yang maha besar...aku tinggalkan kerja2 jemaah dengan alasan standardku..."erm sori bang esok ada test la..."

Penulisanku ini bukanlah bertujuan meringan2kan akademik...ya...sebagai mahasiswa, akademik sangat penting...bergerak kerja di lapangan jemaah juga...akademik sebenarnya sangat penting...kerana jika ianya teruk...maka akan timbul pula fitnah di kemudian hari bahawa bergerak kerja di medan dakwah...hanya dikalangan manusia2 yang teruk akademiknya ...aku tidak mahu itu!!

Walau apapun alasannya aku jadi tahu satu perkara...aku sebenarnya adalah...;

Teruskan Bacaan......

Tuesday, August 21, 2007

Berbahagialah kalian berdua abang dan kakakku...



Penulisan ini aku dedikasikan kepada sepasang makhluk Allah yang aku anggap seperti abg dan kakakku sendiri...Berbahagialah kalian di hari pernikahan...

Aku menjadi seronok hari ini apabila dapat bertandang ke rumah kakakku kerana meraikan hari berbahagianya bersama abg yang turut kukasihi...( aku bersama 2 lagi rakan sampai ketika majlis sudah selesai dan khemah sudah dikemas!! )...=))...

Ketahuilah aku jadi sangat ingin ke sana bagi meraikan mereka adalah semata2 kerana mereka adalah mentorku di lapangan jemaah ini...kalau kekaguman itu sesuai untuk makhluk...aku pastinya jadi kagum pada mereka berdua...sama padan...sama berilmu...sama baik(akhlak terpuji...= sedikit mengampu=)) ) ..dan betullah kalau dikatakan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik...

Sesat??...ya...menjadi lumrah mencari rumah yang tidak pernah dikunjungi...tapi itu bukan persoalan...huhu...apa yang penting...aku ingin mereka tahu...aku gembira untuk mereka!!

Dan aku juga jadi ingin sekali mengetahui mengenai Baitul Muslim yang aku percaya telah menjadi pengantara jodoh mereka...huhu...( aku yakin akan menggunakan kaedah yang sama untuk mencari pasanganku!!...haha )

Apa-apapun...perjuangan kalian dilapangan jemaah mahasiswa akan ku kenang dan kalian memang pejuang sebenar!!...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Berbahagialah kalian berdua abg dan kakakku!!!...

Selamat Pengantin Baru!!

Teruskan Bacaan......

Sunday, August 19, 2007

Pelaku Maksiat VS Pencegah Maksiat...

Aku ke kuala lumpur bersama beberapa rakanku semalam...atas urusan kerja yang ku tahu tidak akan selesai...banyak yang aku peroleh...namun yang paling terkesan di hatiku...cerita tentang perbicaraan dan penahanan 7 orang sahabat2ku di ipt sekitar lembah kelang...mendengar cerita itu...aku jadi teringat akan satu lagi kisah...

" Al-kisahnya disebuah ipt cawangan, di utara...terdapat sepasang kekasih yang hidupnya jika dilihat dari sudut luaran ibarat lebih bahagia daripada suami isteri yang sah...makna kata...hubungan bebas seolah2 Islam telah merestui perhubungan mereka...

Perhubungan yang "bahagia" ini berlanjutan walaupun mereka terus bergelumang dengan dosa...mungkin juga ini salah seluruh mahasiswa Islam di ipt tersebut kerana sebelumnya tidak ada seorangpun yang menegur perbuatan salah mereka ini...( atau salah pengurusan yang tidak penah mengambil tahu akan maksiat di kampus???)...walau salah siapapun, mereka sebenarnya telah sampai sehingga satu peringkat...mereka ini telah tidur sekatil dan berhubungan sex secara bebas...Ya Allah ampunkanlah dosa hamba2Mu...

Entah syaitan berpangkat apa yang mendampingi mereka (atau atas dasar seronok=nafsu)...perhubungan ini terus subur tanpa dihidu oleh sesiapa...namun percayalah...kekuasaan Allah mengatasi sesuatu apapun...jika Allah ingin menunjukkan kemungkaran itu...maka siapalah manusia untuk menghalangnya...

Sehingga suatu hari...kononnya hari malang dan sedih...(mase buat ta penah pikir!!)...(Allah tak penah takut)...(malu kat makhluk...dengan Allah tak malu!!)...siswi ini disahkan mengandung...hah baru mereka tahu langit itu ciptaannya tinggi!!...mereka jadi tidak keruan...

Allah tetap ingin menyelamatkan bayi yang tidak berdosa itu...maka lahirlah dia kedunia sebagai anak haram!!...kasihan dia..."

Bukan itu yang aku pertikaikan...manusia mungkin sahaja melakukan kesilapan...dan bisa pula bertaubat...kerana sesungguhnya manusia itu lemah dan berhajat pada yang Maha Berkuasa...soalnya adalah...mereka siswi ini tidak sedikitpun dikenakan tindakan!!...malahan berita kemungkaran ini disembunyikan dari pengetahuan umum...jika tujuannya untuk menjaga aib pelaku...aku mungkin masih dapat menerima asal sahaja diberi hukuman setimpal menurut Islam...namun pihak pengurusan menyembunyikan perkara ini demi menjaga nama baik universiti!!!...sesuatu yang tidak dapat aku terima sama sekali!!...

Aku bandingkan cerita ini dengan rakan2 seperjuanganku yang ditahan dan ditangkap hanya kerana melahirkan ketidaksenangan mereka dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan...dan hasilnya mereka ini dikenakan tindakan!!!...maka aku jadi tahu bahawa nama baik Universiti jauh lebih penting daripada mencegah kemungkaran...Huh..Ya Allah berikanlah petunjukMu kepada hamba2Mu yang sesat!!!...

Dan kalian...punya akal yang sempurna...nilailah dengan hati yang tenang...macam inikah negara Malaysia yang kalian inginkan???...jangan sampai Allah tunjukkan kemurkaanNya...baru kita tersedar...aku takut itu!!

Kalian???

Teruskan Bacaan......

Friday, August 17, 2007

Menjejak Aktivis Kampus 2...

Malam tadi aku secara tidak sengaja telah teradd seorang hamba Allah yang aku dapatkan id ymnya ketika conference dimana aku diinvite menyertainya...pada asalnya aku hanya ingin merapatkan ukhuah lantaran semua yang menyertai conference adalah daripada satu aliran pemikiran dan ideologi yang hampir sama...

Namun secara tidak sedar...hamba Allah ini merupakan seniorku di bumi kampus yang sama ini walaupun di lain lapangan...aku jadi tertarik dengannya kerana melalui blognya yang aku bongkar selepas itu...aku dapati dia juga seorang aktivis mahasiswa yang pada pengamatan aku wajar untuk aku hormati dan banggakan...

Dengan rasa yang berkobar2 untuk lebih mengenali siapa sebenarnya dia ini...aku terus sahaja menegurnya di ym walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan ke angka 2:00:01 pagi...dan hasilnya...aku sungguh bersyukur kerana mengenalinya...seorang yang amat mengambil tahu (baru mengenali sehari aku sudah berani mengatakan dia begini :-)) ) dan begitu hebat pula di dalam penulisannya...

Aku tidak ingin menceritakan keperibadiannya...namun aku ingin berkongsi sedikit perbualan kami...( dia menelefonku sejurus itu juga!! )...sungguh tidak ku duga...penuh dengan kepercayaan...dan perbualan kami berkisar mengenai bagaimana masyarakat Cina dapat bersatu walaupun ditekan sedang situasi yang sama berlaku terhadap Melayu namun kita menjadi semakin lemah...kenapa???...

Ketika soalan ini ditanya kepadaku...aku jadi terkedu dan tidak tahu bagaimana untuk membela bangsaku...kerana aku tahu ada kebenarannya untuk persoalan ini...adakah bangsa kita bangsa penakut??..atau sopan kita terlebih seperti puisi "Melayu" karya Allahyarham Usman Awang??...atau apakah yang menjadikan kita begitu takut akan ugutan pihak2 tertentu ini???

Aku kembali muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan...kini tahulah aku...kita bukan tidak mampu untuk menang...tetapi kita memilih untuk kalah!!!...kita boleh bersatu...tapi kita memilih untuk berpecah!!...

Marilah kita kembalikan era kepimpinan mahasiswa...kerana memang kita juga nanti bakal menjadi pemimpin negara!!...dan persoalannya...pemimpin yang bagaimana bakal kita pilih??...sangat berkait rapat dengan kepimpinan mahasiswa bagaimana yang bakal kita pilih nanti...keluarlah mengundi...dan pastikan undi anda bukan rahsia!!!

Teruskan Bacaan......

Thursday, August 16, 2007

Menjejak Bekas Aktivis Kampus...

Aku tertarik sekali pabila membaca tulisan ini beberapa bulan lalu...bagiku...ad asasnya penulis membuat perbandingan antara mahasiswa dahulu dan sekarang...aku juga jadi tertanya2 siapakah kita kini??...sekadar ulat buku yang hanya tahu final exam sudah hampir tiba??...mari kita selusuri penulisan ini...moga2 akal kita yang Allah kurniakan ini dapat kita gunakan...

Menjejak Bekas Aktivis Kampus
Posted on Saturday, April 14 @ 09:12:14 MYT by din-cryptos
Artikel Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Shuhaimi7070@gmail.com

Lama juga saya tak menulis dalam SIASAH. Rasanya dah lebih setahun. Beberapa kali Ketua Pengarang SIASAH, Sayuti Omar atau MSO mempelawa saya menulis semula dalam akhbar yang dipimpinnya. Berkali-kali berjanji untuk menghantar artikel tetapi tidak dapat ditunaikan sebab penulis sibuk sejak menjadi mahasitua semula di kampus.

Ini adalah kali ketiga penulis berada di kampus. Lebih menarik lagi, ini adalah kampus yang ketiga juga. Sejak menyambung pengajian diperingkat sarjana ini, masa untuk menulis dan aktiviti sosial amat terhad. Mulai minggu ini, penulis cuba istiqamah menulis semula untuk akhbar ini kerana bercuti panjang bermula pertengahan April ni.

Saya berjanji untuk menulis Dari Kampus. Rupanya susah jugak nak mulakan semula apa yang telah lama ditinggalkan. Sepanjang terlibat dan menjadi pemerhati politik kampus, saya pernah menulis dalam berbagai akhbar dan majalah berkaitan dengan dunia politik seperti WATAN, Dunia Islam, Mingguan Politik dan lain-lain serta berjaya menghasilkan dua buah buku berkaitan dengan gerakan pelajar dan politik kampus – Gerakan Pelajar : Kepimpinan, Pengurusan dan Cabaran (1992) dan Disebalik Tabir Politik Kampus (1995).

Minat saya mengkaji politik kampus dan aktivisnya tidak pernah padam, tetapi masa dan kesempatan saya berada dikampus tidak lama. Buku saya yang kedua itu, boleh dikatakan sebagai sambungan kepada apa yang telah dirakamkan oleh Muhamad Abu Bakar (sekarang Dato’ Professor) di Universiti Malaya dalam bukunya bertajuk Mahasiswa Menggugat! yang menceritakan kehebatan mahasiswa dizaman pra Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Universti Malaya.

Manakala saya pula dalam buku Disebalik tabir Politik Kampus mengambil pendekatan membincangkan pola-pola penting pergolakan UMNO/BN dan PAS dalam suasana politik kampus ketika itu selepas AUKU di kesemua universiti utama termasuk di Universiti Malaya (UM) , Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM – sekarang Universiti Putra Malaysia), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dahulu jika jadi pemimpin dan aktivis kampus mereka amat dikenali bukan sahaja oleh masyarakat kampus malah pemimpin2 negara kerana aktiviti anti establishment mereka sentiasa mendapat perhatian. Banyak nama-nama besar dalam politik kampus sebelum AUKU seperti Hishamuddin Rais atau Anwar Ibrahim dan lain-lain di Universiti Malaya. Abdul Halim Arshat atau Idris Ahmad dan lain dari UKM serta Anuar Musa atau Ahmad Lutfi Othman dari Universiti Teknologi Malaysia. Ibrahim Ali dari ITM, Saifudin Nasution dari UPM dan lain-lain yang banyak mewarnai suasana politik kampus dizaman mereka.

Suasana politik kampus sekarang dalam abad ke-21 ini pun juga sudah jauh berubah berbanding dengan beberapa dekad terakhir abad ke-20 yang lepas. Uniknya politik kampus ketika itu, walaupun mereka anti-establishment dan berjuang diatas platform Islam semasa bergelar pemimpin mahasiswa, selepas keluar dari dunia politik kampus mereka bebas memilih sama ada UMNO atau PAS untuk menerus aktiviti politik.

Penulisan ini tidak habis disini...aku hentikan setakat ini hanya untuk kalian membuat perbandingan...di tahap manakah mahasiswa kita di zaman ini??...kalian mampu memberikan jawapan!!

P/s untuk penulisan lengkap...sila buka link di atas...

Teruskan Bacaan......

Wednesday, August 15, 2007

AGM...Alahai demokrasi...

Aku baru kembali dari AGM yang aku kira tidak serancak tahun lepas...dapatannya tetap sama...pertarungan banggsa...aku bukan ingin membangkitkan soal perkauman disini...namun hakikat kita manusia biasa memang akan menyokong rakan dari bangsa sendiri untuk menduduki sesuatu jawatan...oleh itu terimalah dengan hati terbuka...jika tahun lepas kaum A kalah...kini kaum A menang...

Oleh itu alangkah indah Islam jika kita berpegang kepadanya...konsep lantikan jauh lebih mulia...sebagai contoh...jika seluruh kaum itu jahil....maka sudah barang pasti ketua yang mereka pilih juga dari kalangan mereka...supaya mudah mereka melakukan maksiat!!..Allah jauhkan dari kami....amin...

Setiap daripada mereka yang dilantik adalah seseorang yang memang layak dari segala segi...namun dalam keadaan negara kita Malaysia ini...kita tetap berpegang kepada konsep pilihan rakyat...bukan dari mereka yang layak...dan dengan harapan setiap daripada kita akan memilih ketua yang terbaik...bagaimana pula kesnya yang terjadi tadi???...adakah ini menunjukkan cara pemilihan kepimpinan terbaik??...kalian punya akal untuk berfikir!!

Aku berharap dimasa akan datang sistem pelantikan Islam akan dapat dilaksanakan...dan kepada kepimpinan baru aku tetap mengucapkan tahniah dan takziah...ingat jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoal kelak...moga2 kita tidak termasuk golongan yang rugi!!

Teruskan Bacaan......

Apa Perlunya Usrah???.....

Kelas nuqaba' pertama aku ikuti hari ini...dibawah bimbinga seorang Ustaz yang aku hormati...kami diterangkan tentang apa itu Usrah mengikut sukatan ulama'...dan ape itu usrah??...ape perlunya menyertai usrah??...siapa aku untuk menjadi naquib kepada adik2ku??...

"Usrah adalah satu perkataan arab yang bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara kandung...

Dari segi istilah, yang disebut oleh ulama' gerakan ialah kumpulan individu muslim yang beriaman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong antara satu sama lain bagi memahami dan menghayati ajaran Islam....Tegur-menegur dan saling menasihati antara sesama ahli adalah asas kekuatan dan kemanisan sesebuah usrah...

Usrah membentuk suatu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam ( ukhuah Islamiyyah ). Usrah juga merupakan medan tarbiah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dana mati memperjuangkan Islam..."


Jelaslah kini padaku...Usrah memang menjadi keperluan didalam situasi kampus yang penuh dengan kemaksiatan...adik2ku ini perlu ada yang menegur dan ada yang membimbing...dan kalau bukan aku, adakah lagi sesiapa yang akan mengambil peduli terhadap ,mereka ini??...Ya Allah janganlah kiranya mereka ini kau biarkan dalam keseronokan dunia di bumi kampus bertuah ini...

Dan buat pimpinan Jemaah atau lebih tepat senior2ku...ya memang tanggungjawab itu kini di bahu kami...tapi, aku amat pasti kalian juga pernah melalui detik2 yang sama...aku akui memang sistem usrah di bumi kampusku ini sudah sangat menghampiri kegagalan...tapi apa yang kalian lakukan??...hanya menyatakan secara mendatar bahawa usrah itu penting...buatlah usrah dan sebagainya...namun, apa tindakan kalian di dalam membantu kami??..

Sesungguhnya antara faktor utama mengapa kami dulu juga kadang2 berasa ingin lari dari usrah...ya masa...kalian tidak pernah merasakan betapa masa itu amat berharga...jauh dari itu...masa yang lama juga tidak efektif untuk terus2san bercerita soal agama...bukan tidak boleh...tapi kita manusia biasa...mampu menerima namun ada had penerimaan..jangan nanti hati yang mule ingin insaf tiba2 dicemari perasaan marah dan gelisah untuk cepat2 habis lantaran masa yang terlalu lama diambil untuk usrah...

Dan bukan untuk tujuan usrah sahaja...malah lebih dari itu...mesyuarat sehinggah pukul 1 pagi??...kalau petang menjangkau sehinggah magrib???...secara peribadi aku nampak, sangat tidak perlu walau untuk ape alasan sekalipun... sebenarnya jika kita betul2 mengikut cara berjemaah yang sebenarnya...amer sangat berkuasa untuk menentukan segala keputusan..dan ya memang dalam proses itu amer perlu mendapatkan pandangan daripada ahli jemaah yang lain...namun kini, aku melihat seolah2 keputusan tidak akan dicapai selagi tidak semua bersetuju...Ya Allah maafkan aku jika aku tersasar...namun inilah hakikatnya...kita sebenarnya lebih banyak bermesyuarat daripada bekerja...sampai masa untuk merealisasikan tugas...berapa kerat sahaja yang sanggup turun padang??...

Seperti biasa untuk diriku pula...aku juga bukanlah seorang yang sempurna..aku jauh lebih banyak kelemahan...seperti kata kakakku tempoh hari...aku memang bertindak mengikut perasaan...dan aku memang cuba untuk mengawal perasaanku..aku cuba sangkarkan hatiku...namun aku bukanlah seseorang yang menerima secara berlapang dada jika sesuatu yang agak tidak kena berlaku di hadapanku...cumanya kadang2 aku jadi tidak tahu apa tindakan yang perlu aku lakukan...

Untuk itu aku cume mampu berdoa dan berharap semoga aku salah dan perjuangan ini tetap diteruskan...

Jom Usrah adik2 esok kat cafe j...kita berbuka sama!!

Teruskan Bacaan......

Semangat dan Ilmu...

Aku baru habis berdiskusi dengan seseorang yang aku hormati di lapangan Jemaah ini...sedikit terbuka perbincangan kami...berkisar tentang dimana erti perjuangan sebenar??...aku juga jadi berfikir...untuk ape aku berjuang sebenarnya jika akhirnya aku akan keluar sebagai seorang biasa yang pada waktu magrib aku masih berlengah2 untuk tidak ke surau...ape ertinya perjuangan ini???..pening kumemikirkannya...

Setelah berbincang selama kurang lebih 30 minint itu...taulah aku kini bahawa aku memang terikut2 semangat yang membara di dalam berjuang...dan bukan sekadar aku...malah ramai lagi yang seperti aku...seringkali melaungkan amar makruf nahi mungkar...sedang diri sendiri sedikitpun tidak menunjukkan ape yang diperkatakan...tiba2 aku jadi takut dengan diriku...akan jadi apakah aku diakhirnya??..

Siapalah aku untuk menegur...tetapi aku rasakan ada asasnya...kepada bekas pimpinan atau sekurang2nya ahli Jemaahku yang senior...usahlah kalian menyerahkan bulat2 tugas
ini kepada kami...kami perlukan bimbingan...namun aku amat pasti...kalian juga pernah merasakan perkara yang sama tatkala kalian berada di tempat kami...marilah kita sama2 jalan seiring didalam mendaulatkan agama Allah dibumi kampus ini...kerana kita perlu saling ingat-mengingati...

Dan untuk diriku...aku berdoa kepada Ilahi supaya ditunjukkan jalan yang benar..kerana sesungguhnya aku masih mencari...mencari siapa sebenarnya diriku ini??...aku jadi bingung...hati...Kau menang perlu di sangkar!!!

Teruskan Bacaan......

Tuesday, August 14, 2007

Salam Graduasi...

Musim berijazah datang lagi...mungkin bagi mereka2 yang bakal berijazah...ini merupakan hari paling berharga buat mereka...dan aku sebetulnya turut sama medambakan hari yang sama supaya cepat tiba...kerana kadang2 hati ini begitu malas untuk meneruskan perjuangan..kerana kukira apabila aku telah menggenggam segulung ijazah...maka aku akan dikira sebagai seorang yang berjaya...

Namun aku sangat sedar bahawa bukan segulung ijazah penentu kejayaan...Ia milik Allah jua...aku perlu terus berjuang dilapanganku...kerana mahasiswa juga punya peranan...dan seperti yang sering aku tekankan...aku memang telah sangkarkan hatiku!!!...

Kepada abg2ku...kakak2ku...yang bakal bergraduasi pada i'syaAllah 18 Ogos ini...aku ingin sekali mengucapkan jutaan tahniah...kerana bukan sahaja berjaya bergraduasi..namun kalian sebenarnya telah melakukan usaha dakwah yang sangat berkesan sehinggakan hati yang keras ini suatu masa dahulu berjaya kalian lembutkan...jasamu akan kukenang...

Salam ke alam pekerjaan!!!

Teruskan Bacaan......

Kenyataan Akhbar Mahasiswa UIAM berhubung isu Sewaan Kampus
Posted on Tuesday, June 26 @ 16:09:02 MYT by greenboc
Open Artikel Oleh ahmadfawwaz

"

KENYATAAN AKHBAR MAHASISWA UIAM TERHADAP PENTADBIRAN UIAM
BERHUBUNG ISU SEWAAN KAMPUS KEPADA DRB – HICOM

Pihak We Unite For Islam (WUFI) UIAM mewakili seluruh mahasiswa UIAM ingin melahirkan rasa kekesalan kami terhadap pentadbiran dan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak di atas sewaan kampus induk ini kepada pihak DRB – HICOM kerana menganjurkan Karnival Sukan pada 22hb Jun hingga 24hb Jun 2007 yang lalu. Secara asasnya, pihak WUFI bersetuju dengan sewaan yang dibuat.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang mana pihak pentadbiran gagal memainkan peranannya sebagai tuan rumah untuk menjaga situasi dan kebajikan mahasiswa – mahasiswi UIAM.


Kami melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara :

1)
Kolej Kediaman

Pihak DRB – HICOM telah menyewa beberapa buah kolej kediaman di UIAM bagi tujuan penempatan staf-staf serta keluarga yang terlibat dengan Karnival Sukan tersebut. Isunya, mahasiswa dan mahasiswi UIAM diminta untuk mengosongkan bilik kediaman mereka disamping tidak mempedulikan barang-barang dan peralatan di bilik tersebut. Pihak pengurusan kolej meminta supaya mahasiswa mengosongkan bilik walaupun ada dikalangan mereka yang tidak bercuti kerana terlibat dengan urusan praktikal dan program universiti. Arahan ini telah menyusahkan mahasiswa dan mahasiswi terbabit yang terpaksa hidup berpindah randah kerana semata-mata untuk mengutamakan pihak DRB-HICOM.

2)
Isu Kod Etika Pemakaian
Sebagai sebuah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pihak pentadbiran sepatutnya bertegas dengan Kod Etika Pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Sekiranya, mahasiswa dan mahasiswi bukan Islam yang menuntut di UIAM diminta untuk memakai skaf (tudung kecil), berkain labuh dan berseluar panjang sewaktu sesi pembelajaran, kenapa pihak pentadbiran membenarkan staf-staf DRB-HICOM tidak berpakaian yang sepatutnya mengikut lunas Syari’at Islam dan Kod Etika Pemakaian di UIAM. Bagi pihak WUFI, ia dikira sebagai satu pencanggahan yang jelas samada
mengikut hukum agama Islam dan peraturan universiti.

3)
Isu Konsert
Pihak DRB – HICOM telah mengadakan konsert pada malam 23hb Jun 2007 dengan menjemput artis tanahair Malaysia iaitu M.Nasir dan Ramli Sarip. Pihak WUFI masih lagi boleh bertimbang rasa dengan jemputan artis-artis berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak kami menyesal kerana pihak UIAM tidak menyediakan etika penganjuran konsert yang sesuai untuk dianjurkan di Taman Ilmu dan Budi ini. Contohnya, sewaktu solat Isya’ ditunaikan, terdengar pekikan nyanyian artis di Stadium Saidina Hamzah, UIAM yang berhampiran dengan surau kolej kediaman dan masjid UIAM sendiri. Pihak pentadbiran UIAM juga gagal mengasingkan pengunjung lelaki dan perempuan yang bukan muhram untuk menyaksikan konsert tersebut. Sedangkan sewaktu penganjuran konsert tersebut, pihak keselamatan UIAM juga turut beroperasi di
dalam dan di luar stadium itu.

Tuntutan Mahasiswa Dan Mahasiswi Kepada Pihak Pentadbiran UIAM :

1)
Pihak WUFI menggesa pihak pentadbiran UIAM supaya dapat mendedahkan butiran perjanjian sewaan di antara UIAM dan DRB-HICOM kepada semua massa. Ini bertujuan untuk melihat keseriusan pihak UIAM samada adakah mereka mengambil kira perkara-perkara seperti di atas atau tidak di dalam perjanjian tersebut.

2) Pihak WUFI juga menuntut pihak pentadbiran supaya mengeluarkan satu manual penganjuran konsert atau program-program hiburan di UIAM supaya selaras dengan Syari’at Islam dan imej UIAM sendiri. Ini kerana, pihak kami merasakan adalah menjadi satu amanah yang besar untuk menjaga kredibiliti Taman Ilmu dan Budi sebagai sebuah institusi agama dan intelektual.

3) Pihak WUFI juga memohon kepada pihak pentadbiran UIAM supaya tidak mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan utama warga UIAM dan menggadaikan nilai dan kredibiliti Taman Ilmu & Budi ini. Akhirnya, pihak We Unite For Islam (WUFI) berharap agar pihak pentadbiran UIAM sedar dan insaf di atas tanggung jawab dan amanah dalam menguruskan kampus Taman Ilmu dan Budi, Gombak ini.

Disediakan oleh,
Ahmad Fawwaz Abdul Aziz
Jurucakap, We Unite for Islam (WUFI)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
"


Kalaulah dibumi kampusku ini mampu berbuat bantahan seperti ini...semoga bantahan saudara2ku di UIAM akan mendatangkan hasil atau setidak2nya membuka mata pihak pengurusan supaya lebih berjaga2 dilain masa...kerana tiada kompromi di dalam urusan beragama!!...dan untuk kampusku..aku tetap menanamkan hasrat untuk melihat sesuatu perubahan bakal berlaku..biarpun 100 tahun lagi!!...

Teruskan Bacaan......

Rancangan Pastor Homoseks Bina Gereja Dibantah
Posted on Tuesday, August 14 @ 09:24:35 MYT by greenboc

Analisis Isu aKUALA LUMPUR: Satu kontroversi tercetus di kalangan masyarakat Kristian Malaysia terhadap apa yang mereka dakwa satu cubaan seorang pastor, yang mengaku dirinya homoseksual, untuk memulakan sebuah gereja di sini.

Sejak beberapa minggu lalu, banyak e-mel dan pesanan ringkas (SMS) membantah rancangan itu dikirimkan kepada Reverend Ou Yang Wen Feng, seorang pastor Malaysia yang berkhidmat dengan Metropolitan Community Church (MCC) di New York, Amerika Syarikat.


Beliau kini berada di Kuala Lumpur sekitar seminggu.

Menurut laman web MCC, gereja itu adalah sebahagian daripada satu gerakan gereja Kristian antarabangsa yang cuba mendapatkan sokongan golongan homoseksual, dwiseksual dan transeksual.

Rev Ou Yang, 37 tahun, menerima bidasan keras daripada masyarakat Kristian Malaysia kerana merancang mengadakan upacara penyembahan Ahad di sebuah hotel minggu ini.

Beliau mendedahkan bahawa dirinya seorang homoseksual tahun lalu dan dikatakan adalah pastor pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

Rev Ou Yang, yang juga penulis kolum dalam akhbar Sin Chew Daily, belajar di Amerika Syarikat selepas mendapat biasiswa akhbar itu sekitar 1990-an.

Apabila dihubungi, Rev Ou Yang berkata beliau hanya cuba membangunkan sebuah gereja 'yang mana semua orang berasa selamat dan diterima'.

Adalah tidak adil untuk memberinya label sebuah gereja homoseksual, kata beliau. Menurutnya, beberapa e-mel yang diterimanya amat menyakitkan hati. - The Sta

Ulasan Roslan SMS
Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?

Rakyat Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada hujung bulan ini. Genap 31 Ogos nanti maka Malaysiaku Gemilang mencecah usia 50 tahun. Di ambang kemerdekaan ini kita sering menyingkap kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang telah menumpahkan darah dan air mata untuk membawa udara kemerdekaan bagi kita bernafas dan mengharungi hidup seterusnya di atas bumi bertuah ini.

Rakyat dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India masing-masing menyumbang ke arah kemerdekaan ini sehingga sama-sama kita membina satu negara bangsa berasasakan budaya yang kita terima dan warisi turun-temurun.

Budaya Timur yang kita junjung, selaras dan selari dengan agama dan kepercayaan anutan kita masing-masing. Malah kita mampu hidup dengan aman dan damai kerana walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan namun adat ketimuran mengikat kita seakan satu rumpun rakyat yang hormat-menghoramti dan saling percaya-mempercayai.

Kita mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk mengejar kemajuan dalam ruang lingkup kerangka budaya kita. Mereka terdedah dan mencungkil serta menimba ilmu dan maklumat dari luar namun mereka diingatkan untuk tidak menyerap masuk budaya kuning yang bercanggah dan bertentangan dengan budaya kita. Melayu, Cina dan India, kita semua mahukan anak-anak kita berjaya dan cemerlang sebagai rakyat Malaysia yang baik, berakhlak dan tinggi moralnya.

Lalu saya terkejut apabila membaca berita berikut dalam akhbar The Star hari ini:

\

Berita tersebut melaporkan berkenaan seorang warga Malaysia keturunan Cina yang kini adalah seorang paderi bertugas di Metropolitan Community Church (MCC) di New York. Masalahnya Reverand Ou Yang Wen Feng 37 tahun ini bukan seorang lelaki normal. Beliau mengakui adalah seorang gay yang mengamalkan seks sejenis.

Lebih parah lagi Reverand Ou dalam kunjungannya ke sini membawa sekali kekasihnya seorang lelaki kulit putih bernama Angel Ayala yang beliau akui akan beliau kahwini sebaik sahaja bandaraya New York mengizinkan perkahwinan sejenis tidak berapa lama lagi. Ou menambah beliau nanti berhasrat untuk membuka cawanagn gereja MCC di negara kita menjelang tahun 2010. Gereja itu nanti akan terbuka kepada semua tanpa membezakan amalan seks masing-masing.

Saya difahamkan amalan Ou ini ditentang oleh hampir semua gereja di Malaysia. Walaupun saya bukan penganut Krisitian saya tahu bahawa amalan homoseks ini bukan hanya ditentang oleh agama Kristian malah seluruh agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan ianya bercanggah sama-sekali dengan adat resam dan budaya kita turun-temurun.

Dengan pengakuan Reverand Ou ini pihak berkuasa perlulah mengambil perhatian kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia mencontohi amalan kotor beliau yang tidak dapat diterima di negara ini. Saya akui mungkin ada rakyat Malaysia yang mengamalkan seks sejenis seperti Ou ini tetapi itu mereka lakukan secara bersembunyi kerana amalan seks di luar tabiie ini dikategorikan sebagai suatu jenayah di negara kita.

Cukuplah sudah dengan masalah keruntuhan moral dikalangan anak-anak remaja kita. Kita tidak perlukan seorang ahli agama seperti Ou pula untuk datang ke sini, meyalahgunakan statusnya untuk memperkenalkan amalan yang ditolak sama-sekali oleh semua rakyat Malaysia yang bermoral dan berakhlak. Yang saya hairannya kenapa akhbar ini memberikan ruangan dan layanan yang cukup istimewa kepada Ou ini, apakah mesej yang mahu ia bawa?

Ya Allah...semacam apakah negaraku Malaysia ini nanti selepas ini??...Kau jauhilah kami dari segala kemaksiatan Ya Allah...Lindungilah kami...kau hancurkanlah segala niat jahat musuhMu...tunjukkanlah kebenaranMu Ya Allah...Sesungguhnya kau TUHAN PEMILIK KEAGUNGAN....

ISh2...ape nak jadi dah zaman sekarang...x kan manusia x nampak lagi kebenaran disebalik segala penyelewengan ini??...semua agama melarang keras amalan songsang ...tetapi tidakkah mereka terpikir...dikalangan ketua mereka turut melakukan mengamalkannya ??..lalu apakah lagi yang mereka2 ini harapkan daripada agama yang sesat ini???...Ya Allah berikanlah hidayahMu kepada umat manusia ini...tetapkanlah hati2 umat Islam...semoga niat2 jahat musuhMu tidak akan mampu menggugt kami...amin...

Teruskan Bacaan......

Monday, August 13, 2007

Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

MELAYU’ :

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut.
Biar mati adat
jangan mati anak.

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan.Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual….

Aku bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu...namun aku jauh lebih beruntung dilahirkan sebagai seorang Islam...kerana dalam Islam itu ada kesempurnaannya!!!..

Teruskan Bacaan......

Minda Pembaca: Kaji mengapa "Meng Chee" jadi begitu PDF Print E-mail
Monday, 13 August 2007

Image
MENGAPA pelajar Malaysia di sebuah universiti luar negara sanggup mengutuk negaranya sendiri?

Oleh: MYI, Bangi

ADALAH sangat mudah untuk banyak pihak terjebak di dalam isu Meng Chee secara tidak rasional sehingga tidak kurang yang mencadangkan anak muda berumur 24 tahun tersebut ditangkap dan didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Klip video kontroversinya yang dikatakan menghina lagu Negaraku, yang secara langsung diinterpretasikan sebagai telah menghina negara, agama (tentunya agama Islam), bangsa serta pemimpin yang telah banyak berjasa dengan menggunakan bahasa kasar serta lucah.

Pada pendapat saya jika semakin ramai orang politik diberi kesempatan untuk menyuarakan pendapat mereka masing masing dalam isu ini dan akhbar akhbar arus perdana pula sibuk mensensasikannya kita berkemungkinan akan mencatit satu lagi episod yang tidak enak di dalam hubungan antara kaum di negara ini.

Bukan kejadian pertama dan terakhir

Saya khuatir kesan negatifnya kerana sebahagian masyarakat negara majmuk ini sudah tentu akan melihat kepada siapa dan bukannya apa dan mengapa.

ImageMeng Chee bukanlah orang pertama yang telah dikatakan menghina lagu Negaraku dan kita boleh percaya bahawa beliau pula bukan semestinya yang terakhir.

Telah ada sebelum ini rakyat di dalam negara ini yang telah menghina Nabi Besar Muhammad SAW dikaca TV, akhbar arus perdana yang telah memuatkan kartun yang menghina Nabi Besar Muhammad SAW, ada yang telah menghina bahasa Melayu di pentas dan juga ada pula yang telah menghina lagu Negaraku dan sebagainya.

Kenapa pula tidak ada 'juara' yang sibuk untuk mengISAkan mereka mereka ini ketika itu? Apakah sekali ini kebetulan ianya "Meng Chee" dan bahang pilihanraya telah hampir maka timbul 'juara' yang begitu prihatin tentang imej negara di mata dunia?.

Kebetulan "Meng Chee" adalah warganegara Malaysia yang belajar di luar negara. Apa pula halnya nanti jika di masa akan datang ada bukan warganegara di luar negara kita yang turut mempersendakan Negaraku, agama, bangsa dan negara? Apakah kita nanti akan turut mencadangkan supaya mengISAkan sahaja mereka?

Perlukah Meng Chee dihukum?

Sebagai warganegara di dalam negara yang majmuk ini kita hendaklah berupaya untuk melihat masalah "Meng Chee" itu bukan dari sudut symptomatic yang terhad tetapi patut mengkaji masalah akar umbi sebab musabab terjadinya masalah ini.

Usia "Meng Chee" adalah seusia mahasiswa kita yang ratusan ribu yang sedang belajar di IPTA/IPTS tempatan maupun di luar negara. Apa sahaja tindakan terhadapnya sudah tentu akan mengundang impliksasi baik positif maupun negatif.

Sebagai ibubapa kepada "Meng Chee" apakah wajar kita menghukum sahaja beliau? Apakah dengan tindakan sedemikian kita telah menyelesaikan masalah? Bukankah kita juga patut dirotan kerana telah gagal mendidik "Meng Chee" dengan baik?

Adakah kita juga sebagai ibubapa telah mendidik ratusan ribu lagi anak bangsa untuk menghormat lagu Negaraku, menghormati kaum yang lain, menghormati agama yang lain dan mengenali pemimpin masa lampau yang telah banyak berjasa kepada Negara? Apakah kita mempunyai sistem pendidikan yang boleh menjamin semua itu, sekarang?

Penulis merupakan seorang pensyarah universiti terkemuka. Atas sebab tertentu beliau memohon klpos.com merahsiakan identitinya. - Pengarang

P/s : "Apakah kita mempunyai sistem pendidikan yang boleh menjamin semua itu, sekarang?"...aku juga seringkali tertanya2 macam apakah sistem pendidikan kita kini??...Ya Allah berikanlah kami petunjuk kejalan yang benar...


Teruskan Bacaan......

Ukhuah Fillah Ilal Jannah....

Indah sungguh hari2 yang aku lalui semalam...berjumpa rakan2 seperjuangan dari ketiga-tiga kampus membuatkan aku senang sekali...perbincngan demi berbincangan...pertukaran idea...seterusnya semangat Muhibbah menjadikan aku semakin sayangkan jemaahku...dan Allah itu maha besar...aku berjumpa semula dengan rakan lamaku...walaupun dipisahkan oleh 600 km perjalanan darat...namun atas kehendak Allah kami bertemu di satu pertemuan yang tidak dirancang...benarlah sesungguhnya perpisahan dan pertemuan adalah kehendak Allah semata...

Menyingkap kembali isi2 perbincangan semalam..tahulah aku bahawa menegakkan Islam memang mendapat tentangan di semua tempat...namun aku sangat percaya bahawa satu hari nanti kemenangan berada dipihak Islam....amin...dan aku cuba berbaik sangka dengan turut berdoa kepada penentang2 agama Islam supaya Allah berikan hidayah kepada mereka...

Semoga pada masa2 mendatang...kami disini pula akan dapat melakukan lawatan Muhibbah kesana...dan menjadi harapanku juga supaya dapatlah Allah pelihara ukhuah kami dan tetapkan hati2 kami didalam berjuang...sesungguhnya perjuangan ini tidak akan terkesan kepada Allah melainkan untuk manfaat diri kami jua...Maha Besar Allah tuhan sekalian alam...

Kepada sahabat2ku...syukran jazilan kuucapkan...dan semoga...ukhuah Fillah Ilal Jannah!!

Teruskan Bacaan......

Sunday, August 12, 2007

Makhluk yang di Sangkar....

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3.Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular ,yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun pekat
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
(Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159)


Aku menjadi bersyukur diberi nikmat Iman dan Islam...sesungguhnya segala jenis haiwan adalah makhluk yang Allah ciptakan dengan kesempurnaan penciptaan yang terdiri daripada kepelbagaian rupa dan hikmah...kibas umpamanya mendapat penghormatan menjadi pengganti Nabi Allah Ismail ketika peristiwa Qurban...Burung2 Ababil menjadi tentera tuhan dalam menghancurkan tentera Abrahah yang menyerang kota suci Mekah...Labah-labah menolong Rasulullah ketika peristiwa baginda dikejar oleh Bangsa Quraisy...dan belbagai lagi...

Sesungguhnya binatang yang tidak Allah kurniakan Akal padanya mampu memberikan hikmh dalam gerakan Islam...maka adakah kita makhluk yang Allah beri kelebihan akal fikiran tidak mampu menyumbang untuk Islam...amat sedih jika ini berlaku...darjat penciptaan kita seakan2 tidak menjadi kayu ukur kepada pencapaian dakwah...mungkin ramai antara kita kini jauh lebih teruk daripada Haiwan...moga Allah jauhkan segala yang dikeji...

Pulang dari zoo menyebabkan aku sekali lagi berfikir...Maha besar Allah dalam penciptaan...dan aku ingin merakamkan ucapan syukran kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam aktiviti rehlah ke zoo Taiping ini...semoga kita sama2 mendapat sedikit sebanyak input yang berguna...tahniah khususku buat pengarah projek...saudara Firdaus...anta memang bekerja keras dan layak mendapat kejayaan...Allah lindungi kita semua...amin....

Zoo Taiping...Binatangmu dalam sangkar...maka kau dapat mengawal segala kelakuan mereka...terima kasih kerana kau menguatkan semangatku bahawa hatiku perlu disangkar!!..


Teruskan Bacaan......

Sangkar Hati 2...



Aku memang gemar melihat2 dunia ciptaan Allah...ke Bukit Merah menyebabkan aku sekali lg kagum akan kehebatan Penciptaku...terima kasih peribadi kuhulurkan pada abg MB dan Asri kerana sudahlah pergi aku diambil...balik dihantar...maka makanku juga ditanggung...Maha Besar Allah yang mengurniakan rezeki...

Sekitar mesyuarat yang kononnya aku sertai td...aku melihat kesungguhan hamba Allah di dalam mencari keredhaanNya...sungguh menyentuh hati kecilku lantaran mereka2 ini tidak sedikitpun mengharapkan balasan di dunia...aku jadi berfikir dengan sedikit matang bahawa di dunia ini masih ada yang namanya insan...aku sangat percaya mereka juga telah menyangkarkan hati2 mereka pada dunia...TJ...Azraie...I_S...MB...Asri...Asoi...

Dan untuk diriku sendiri...aku tanamkan tekad hidup bukan dunia semata2...banyak yang aku pelajari daripada mereka ini...berbagai ragam manusia dapat ku baca...sungguh indah ciptaan yang Khalid...dari satu topik ke satu agenda...semua membuatkan aku lebih bersemangat dan hati kecilku berkata...Inilah diriku yang sebenar walaupun hatiku telah kusangkar!!

Esok...I'syaAllah 12 Ogos 2007...aku akan sekali lagi pergi melihat2 ciptaan Allah...binatang...ya aku memang gemar melihat2 kelakuan binatang kerana aku beranggapan kadang kala binatang jauh lebih mulia daripada sesetengah manusia...namun binatang tetap binatang...belum ada binatang yang mampu menjadi manusia walapun Darwin berkata mampu...namun yang pasti...semakin ramai manusia terikut2 peranga kebinatangan!!...Ya Allah jauhkanlah umat Islam daripada segala sifat2 terkeji...kepada diriku juga...moga2 aku tidak terjebak kepada segala bentuk kekejian...

Jumpa di Zoo Taiping!!!

Teruskan Bacaan......

Saturday, August 11, 2007

Sangkar Hati 1...

Menjadi pimpinan bukanlah diriku yang sebenar...aku suka dengan caraku....aku ingin bebas berkarya dan memerhati...pesan kakak yang ku anggap kakakku...

kakak : naper tolak?
aku : kadang2 ad benda x de alasan..tapi kita tau 2 keputusannya..
kakak : ermm
aku: then what should i say??
kakak : nk kongsi sst
kakak : ada sorg ust ni ckp
kakak : ust sidik noor kalau x silap
aku : ye2..
aku : terus
kakak: dia kata kalau jemaah lantik kamu mmgang jwtn, jgn tolak
kakak : sbb bila org melantik kita utk sst jawatan melalui jemaah
kakak : Allah akan hadirkan pembantu untuk dia jlnkan amanah jwtn dia tu
kakak : dua org pembantu dr kalangan malaikat
aku : thanks...
kakak : xder sape nk pgg jwtn
kakak : kalau diberi pilihan, kwn2 kamu yg pgg jwtn tu org pertama akan letak jwtn
kakak : kdg2 ada org yg kalau diberi jwtn jer dia buat kerja..
kakak : ada org kalu xder jwtn xder la kejer
kakak : kita pun x tau kita ni org mcm mana kan
aku : erm x tau la kak...
aku : may be hormon x stabil kot hari nie...
kakak : so anggapla jwtn tu satu perkara yg ada hikmah di sebalik yg kita x tahu
kakak : hehe

Dan aku putuskan...aku perlu sangkarkan hatiku...kerana mengikut kata hati adakah kau akan mati??...niatku satu...biarlah bumi aku berpijak kini tidak ada lagi maksiat yang berleluasa...untuk itu...aku perlu menjadi yang lain ...walaupun itu bukan diriku!!

Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!